Thursday, May 14, 2020

LATIHAN UTM

Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.

i) Rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang pelbagai kaum…………………………………..
ii) Semua murid diminta supaya berkumpul di dewan sekolah selepas waktu rehat……………………….
iii) Apakah rancangan awak selepas tamat persekolahan nanti?…………………………….
iv) Janganlah merokok kerana rokok boleh membahayakan kesihatan……………………………
v) Wah, segaknya awak berpakaian seragam pengakap ini!……………………………..
vi) Bangunan masjid itu masih kukuh walaupun pernah dilanda tsunami……………………………

ERTI HIDUP BERERTI
[RANGKAP 2]
keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang

 A. Huraikan peristiwa yang dilalui oleh penyajak dalam rangkap kedua.[ 2 markah ]
...................................................................................................................................................................
B. Pada pendapat anda, apakah punca anak –anak mengabaikan ibu bapa mereka
yang sudah tua. [3markah]
.................................................................................................................................................................
PROSA TRADISIONAL

Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya:pertama , Majapahit; kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang bijaksana; di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.

A. Nyatakan pembesar yang bijaksana di ketiga-tiga buah negara itu. [2 markah]
................................................
B. Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Majapahit, Pasai dan Melaka perlu mempunyai orang yang bijak pandai dalam memerintah kerajaan [3 markah ]
 .....................................................
LATIHAN EJAAN [Pilih dan tulis ejaan yang betul sahaja]

kubis
kobis
mengubah suai
mengubahsuai
dua per lima
dua perlima
Harta-benda
harta benda
sekali gus
sekaligus
mencencang
mencincang
ping pong
pingpong
kuih-muih
kueh-mueh
anti-biotik
antibiotik
tomoi
tomoy
juvenil
juvana
pesepsi
persepsi
chef
cef
ikan dugung
ikan dugong
kelam kabut
kelam-kabut
kang kung
kangkung
memerlukan
memperlukan
ambulan
ambulans
telekong
telekung
mengenalpasti
mengenal pasti
adat pepatih
adat perpatih
kungfu
kung fu
ahklah
akhlak
kalendar
kelandar
berdedekasi
berdedikasi
selsema
selesema
sampah sarap
sampah-sarap
resipi
resepi
penganas
pengganas
tomyam
tom yam

LATIHAN CAKAP AJUK - CAKAP PINDAH
Cakap ajuk
Saya suka bermain bola,” kata Iqbal.
Cakap pindah


Cakap ajuk
“Dahi aku disengat tebuan,” beritahu Angel.
Cakap pindah


Cakap ajuk
Beta akan bersantap sebentar lagi,” titah Sultan Mahmud.
Cakap pindah


Cakap ajuk
Kami berjaya memadamkan api kebakaran itu,” kata penduduk kampung.
Cakap pindah


Cakap ajuk
“Kamu perlu mengisi borang dengan lengkap,” kata Puan Shanti kepada Gina.
Cakap pindah


Cakap ajuk
“Kuih ini dimasak oleh ibu,” kata Suraya.
Cakap pindah


Cakap ajuk
“Aku mungkin tak pulang ke kampung kerana nak siapkan kerja,” ujar Lim.
Cakap pindah


Cakap ajuk
Wah, cantiknya rumah kamu!” kata Lina apabila Tina mempersilakannya masuk.  
Cakap pindah

Cakap ajuk
“Janganlah hamba dibunuh. Hamba tidak bersalah,”rayu pemuda itu dengan suara yang sedih.
Cakap pindah



Gariskan istilah yang tidak tepat dalam frasa dan ayat di bawah ini dan kemudian buatkan pembetulan.

1. memanjat bukit - [ contoh]             MENDAKI bukit
2. durian jatuh
3. pemberian Tuhan
4. Pak Mat telah mati.
5. Tuan puteri sedang mandi.
6. menyeberang jalan
7. melintas sungai
8. naik pokok
9. kubur raja
10. Sultan sedang tidur.
11. Raja Ali telah meninggal dunia.
12. Hang Jebat mengaruk. 
13. Kepalanya terlanggar pada dinding.
14. Kerjanya memelihara kanak-kanak.
15. melempar batu ke arah kucing
16. rumah bertingkat
17. Air sungai itu menuruni ke lembah.
18. Sultan menyampaikan pingat.
19. kebun durian
20. kerja menjolok kelapa
21. membaling peluru
22. baginda berucap
23. memotong lalang
24. mengubati pesakit
       25. kapal terbang jatuh

 SAMBUNGAN

1. membaling lembing
2. menaiki kuda/motosikal
3. sedang melihat televisyen
4. membawa kereta
5. mengangkat barang di atas kepala
6. memotong rambut
7. memasak nasi
8. menjalin benang untuk dijadikan tali
9. menahan lukah di sungai
10. memimpin basikal
11. memegang beg tangan
12. menggigit nasi
13. membetulkan kereta
14. Kereta itu merempuh lembu. 
15. Obor-obor tercampak di pantai. 
16. merasa buah-buahan
17. banyak belanja untuk memperbaik
18. Kereta yang dibawa
19. diceritakan oleh akhbar
20. Lori tersebut terkeluar di selekoh itu.
21. telah hadir ke rumah orang kaya itu untuk mencuri 
22. terpaksa bekerja kerana kesesakan wang
23. anggota pengakap menjalani perkhemahan itu 
24. polis akan berlaku tegas terhadap mereka












No comments:

Post a Comment