LATIHAN PENDAHULUAN DAN ISI TERSURAT
SOALAN 1
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang faktor-faktor berlakunya jenayah pemerdagangan orang dan implikasinya kepada negara. Panjangnya rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan.
Perkembangan ekonomi dan kemakmuran Malaysia menjadi tarikan utama kepada ramai warga asing dari seluruh dunia berhijrah ke negara kita. Kebanyakan mereka yang datang dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam telah menjadi mangsa selepas dijanjikan pekerjaan dengan bayaran lumayan sedangkan semuanya palsu. Keadaan ini merancakkan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Pada masa yang sama kewujudan pusat hiburan yang beroperasi secara haram menyebabkan permintaan yang tinggi kepada aktiviti ini. Hal ini ditambah oleh, kedudukan Malaysia di tengah-tengah negara Asean yang menjadikan antara lokasi strategik untuk aktiviti permerdagangan manusia. Menyedari masalah itu, Akta Antipemerdagangan orang 2007 telah diluluskan tetapi akta ini masih belum cukup kuat untuk menghalang jenayah ini. Selain itu, modus operandi sindiket yang membawa masuk mangsa sukar dikesan oleh pihak berkuasa disebabkan mereka memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial atau pas pelajar. Bukan hanya wanita, malahan lelaki dewasa turut diperdagangkan terutama untuk tujuan pengeksloitasian buruh. Kanak-kanak dan bayi juga mendapat permintaan yang tinggi bagi aktiviti meminta sedekah.
SOALAN 2
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri dan cabaran untuk melaksanakannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sukar untuk kita menjaga tubuh jika tidak tahu apa-apa mengenainya. Ibaratnya, kita hendak melawan musuh tetapi tidak memahami sebab dan cara untuk bertindak. Antara kaedah yang dapat diambil termasuklah pemeriksaan kesihatan berkala sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Pemeriksaan begini mampu mengesan penyakit ketika masih pada peringkat awal seperti cogan kata ‘mencegah lebih baik daripada merawat’. Oleh itu, sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku, lebih baik jika kita melakukan tindakan awal pencegahan. Selain itu, aspek pemakanan juga amat penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Kita haruslah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam kehidupan. Pengambilan makanan mengikut piramid makanan sangat disarankan oleh pakar kesihatan bagi menjamin tahap kesihatan yang baik berterusan. Diet yang seimbang dapat memastikan tubuh seseorang memiliki zat yang diperlukan.
SOALAN 3
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah memulihara
alam sekitar dan kepentingan penjagaannya kepada manusia. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Pemuliharaan terhadap alam sekitar amat penting untuk mengelakkan kepupusan. Ekosistem dan ekologi alam semula jadi akan terganggu apabila berlaku kepupusan flora atau fauna. Cuaca juga akan menjadi panas dan kering jika penebangan hutan dilakukan secara tidak terancang. Habitat semula jadi turut musnah jika pembakaran hutan dilakukan secara terbuka. Pelbagai jenis haiwan bergerak ke kawasan baharu untuk mencari tempat perlindungan. Akhirnya fenomena ini mengakibatkan kepupusan haiwan dan tumbuh tumbuhan.
Permasalahan alam sekitar memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak dan perlu ditangani secara bersama. Setiap lapisan masyarakat seharusnya menyuburkan amalan gaya hidup yang mengutamakan penggunaan sumber secara berhemah demi memulihara alam sekitar dan sumber yang semakin berkurang. Hutan yang menjadi sumber ekonomi negara juga perlu dipulihara dan diurus dengan baik untuk memastikan kelangsungan peranan serta sumbangannya kepada kesejahteraan manusia sejagat. Bencana banjir dan tanah runtuh yang kerap berlaku ada kaitan dengan kegiatan pembalakan dan kemusnahan hutan. Oleh itu, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu menghentikan kegiatan pembalakan haram untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.
SOALAN 4
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian, buat satu rumusan tentang masalah-masalah yang melanda bidang sukan dan usaha-usaha dalam meningkatkan mutu sukan negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kejayaan mereka membuktikan bahawa atlet Malaysia juga mampu pergi jauh dan mencipta kegemilangan di peringkat antarabangsa. Namun kita sering kali masih berhadapan dengan masalah ketandusan atlet terutamanya barisan pelapis untuk beberapa jenis sukan. Misalnya, kita belum pasti dan jelas siapa pengganti jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan juga jaguh skuasy dunia, iaitu Datuk Nicol Ann David. Jika keadaan seperti ini masih berterusan kita akan menghadapi masalah yang sama selepas Jun Hoong, Pandelela Rinong, Khairul Hafiz, Ziyad dan juga Abdul Latiff. Masalahnya, pengurusan bakat sukan di negara ini tidak konsisten dalam melahirkan atlet sukan yang hebat di peringkat antarabangsa. Misalnya, apabila seseorang muncul secara tiba-tiba kita hanya fokus kepada seseorang atlet tanpa mempedulikan pelan penggantian kepada atlet tersebut. Selain itu, negara juga berdepan dengan masalah kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan negara-negara yang maju industri sukannya. Hal ini menyebabkan para atlet tidak mendapat latihan yang sewajarnya untuk menghadapi kejohanan pada peringkat antarabangsa.
SOALAN 5
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha menggalakkan industri tumbuhan herba dan kebaikan tumbuhan herba dalam bidang perubatan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kini, pengguna mula cenderung kepada produk semula jadi, lalu mereka memilih untuk menjadikan tumbuhan herba sebagai bahan utama kegunaan harian. Untuk itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil langkah proaktif menjalankan penyelidikan mengenai tumbuhan herba. Kementerian ini juga mengadakan kempen secara besar-besaran berkaitan penanaman tumbuhan herba untuk menyedarkan masyarakat tentang industri ini. Kempen ini boleh dijalankan melalui pelbagai cara termasuklah media massa agar masyarakat dapat menyedari kepentingan industri tumbuhan herba.
SOALAN 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang impak gejala rasuah dan punca seseorang terlibat dalam rasuah. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Gejala rasuah yang tidak dibendung akan menyebabkan kehidupan masyarakat menjadi tidak harmoni. Sebagai contohnya, sikap prasangka buruk akan timbul terhadap jiran yang mempunyai harta yang banyak tetapi tidak sesuai dengan pendapatan bulanannya. Gejala rasuah yang berlaku juga akan mengganggu-gugat perkembangan ekonomi negara. Hal ini disebabkan oleh pelabur asing takut untuk datang melabur di negara ini kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk memberi rasuah kepada pihak yang meluluskan permohonan perniagaan. Selain itu, perbuatan rasuah dalam pemberian tender kerajaan boleh menyebabkan kos meningkat kerana peniaga ingin mengimbangi keuntungan.
LATIHAN PENMANTAPAN IMBUHAN
meniti arus moden
|
PEMODENAN
|
memberikan bantuan wang
| |
pelbagai sakit
|
gelintir masyarakat
| ||
mengeluar arahan
|
gores perasaan
| ||
mayat gelimpang
|
tidak akhlak
| ||
bahagi pemakanan
|
mengelakkan tengkar
| ||
jalan kehidupan seharian
|
adat kahwin
| ||
lensa bincang
|
amalan nasihat-nasihat
| ||
mengelakkan cedera
|
melaksanakan wajib
| ||
capai pelajar
|
pelbagai unik
| ||
bimbang pihak berkuasa
|
dapat perkasa bahasa
| ||
berasa kantuk
|
akan mendapat iktiraf
| ||
khidmat bertaraf dunia
|
mampu gegar dunia
| ||
pengamal ubat tradisional
|
capai kegemilangan
| ||
menyampaikan harga
|
semangat sukan
| ||
dapat ringan beban
|
menunjukkan boleh diri
|
No comments:
Post a Comment