Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan pelaburan kepada masyarakat serta usaha-usaha menggalakkan masyarakat membuat pelaburan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Melalui aktiviti pelaburan ini, secara tidak langsung, rakyat dapat menikmati kemudahan-kemudahan atau infrastruktur yang selesa yang telah disediakan oleh pihak kerajaan tersebut terutamanya bagi masyarakat yang tinggal di kawasan bandar-bandar utama. Aktiviti pelaburan dapat menyediakan simpanan untuk masa depan atau pada usia tua bagi masyarakat hari ini. Hal ini demikian kerana, apabila usia kita telah meningkat, kemampuan untuk bekerja semakin berkurang. Tambahan pula, orang yang berada di sekeliling kita sekarang belum tentu dapat menyara kita pada usia tua kelak. Dengan adanya aktiviti pelaburan, banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan. Hal ini bermakna aktiviti pelaburan mampu mewujudkan peluang pekerjaan baharu terutama dalam sektor perindustrian, perhotelan dan sebagainya. Keadaan ini juga sekali gus dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat. Kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan masyarakat dapat mencetuskan pelbagai gejala sosial serta peningkatan kadar jenayah. Hal ini sekali gus dapat menjejaskan imej negara di mata dunia. Selain itu, pelaburan penting untuk pendidikan anak-anak pada hari ini. Kos untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma dan ijazah semakin mahal. Sekurang-kurangnya, melalui pelaburan, ibu bapa hari ini mampu mengurangkan bebanan kewangan dalam menampung kos perbelanjaan pendidikan anak-anak.
ISI TERSIRAT
|
KESIMPULANNYA
|
Pengarang menyatakan bahawa kadar pengangguran yang tinggi boleh mengundang pelbagai kesan negatif.
Kemukakan kesan-kesan negatif tersebut.[3 markah]
Aktiviti pelaburan dapat memberikan keuntungan yang besar kepada masyarakat dan negara.
Jelaskan pendapat anda tentang peranan pihak kerajaan dalam menggalakkan generasi muda hari ini melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan.[4 markah]
POSMEN : Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik terpilih untuk
menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus program itu. Kalau umur abang
macam adik, pasti abang tak akan lepaskan peluang ini.
AIMAN : Abang buang saja surat ini. Saya tak berminat langsung. Buat apa nak bersusah
payah sertai program macam ini. Ayah saya banyak duit. Apa yang saya nak, semua
boleh dapat. Buang masa dan tenaga saja program macam ini. Untuk orang susah
bolehlah. Maklumlah, dapat makan percuma enam kali sehari, tempat tidur dan
pakaian semua diberikan. Siap dapat RM50.00 lagi …ha…ha…ha.
(i) Mengapakah Aiman tidak berminat untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara? [2 markah]
(ii) Sebagai anak remaja yang berwawasan, bagaimanakah anda menunjukkan perasaan cinta akan negara?
Kemukakan cadangan anda. [3 markah]
(iii) Jelaskan satu perwatakan Aiman yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan yang lain daripada keseluruhan drama tersebut. [4 markah]
Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka benarkah pada fikir tuan hamba, kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-sungguh.”
Berikan maksud rangkai kata jangan kemakanan matanya. [2 markah]
Tun Perak memberikan beberapa peringatan kepada Seri Amerta. Nyatakan peringatan-peringatan tersebut. [3 markah]
Pada pendapat anda, wajarkah Tun Perak menyuruh orang Kelang datang ke Melaka untuk berperang dengan membawa anak dan isteri mereka? [3 markah]
Sajak : KUDUP PERANG
Andai namamu Tuah,
kita masih tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.
Berdasarkan rangkap ketiga sajak tersebut, nyatakan dua perkara yang menyebabkan Hang Tuah dianggap bukan pahlawan sebenar. [2 markah]
Mencari seorang pemimpin yang benar-benar memiliki ketokohan untuk menerajui sesebuah organisasi amat sukar.
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang berkaliber? [3 markah]
Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
l Polis telah berjaya memberkas pengedar dadah itu dengan bantuan orang ramai.
l Kerajaan telah melancarkan Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak untuk membanteras penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak.
l Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu motosikal itu pada awal bulan lalu.
Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan.
Amalan rumah terbuka merupakan keunikkan yang hanya ada di Malaysia dan tidak ada di negara lain. Tradition ini perlu diteruskan dan perlu menjadikan contoh kepada generasi baharu. Semasa rumah terbuka, pelbagai juadah dihidangkan seperti sate, nasi impit, tosai, kuih sepit dan sebagainya. Melalui rumah terbuka, masyarakat berbilang bangsa di negara kita dapat merasakan juadah yang disediakan.
Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. S
(i) Masalah obesiti di kalangan masyarakat Malaysia semakin memeningkan akhir-akhir ini.
(ii) Walaupun kerja yang saya lakukan agak rumit bahkan saya melaksanakan kerja tersebut dengan penuh tanggungjawab.
(iii) Pelajar yang ponteng sekolah itu lari lintang pukang apabila disapa oleh guru disiplin.
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan satu peribahasa lain yang sama atau hampir sama maksudnya dengan peribahasa yang bercetak tebal.
(i) Penduduk kampung Seronok sentiasa menghadapi susah dan senang bersama-sama ibarat kata peribahasa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
(ii) Walaupun Tan Sri Aliff kaya dan berpengaruh dalam masyarakat, namun beliau tetap merendah diri dan sering bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat bak kata peribahasa ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.
(iii) Sikap Marissa yang melupakan jasa ibu angkatnya tidak ubah seperti ulat lupa akan daun kerana dia sanggup melupakan ibu angkatnya apabila bertemu semula dengan ibu kandungnya.
LATIHAN NOVEL
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
….………………………………………………………………………………………………………………………………
….……………………………………………………………………………………………………………………………….

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapinya.
….………………………………………………………………………………………………………………………………
….……………………………………………………………………………………………………………………………….
….………………………………………………………………………………………………………………………………
….……………………………………………………………………………………………………………………………….
….………………………………………………………………………………………………………………………………
….……………………………………………………………………………………………………………………………….
….………………………………………………………………………………………………………………………………
….……………………………………………………………………………………………………………………………….
….………………………………………………………………………………………………………………………………
….……………………………………………………………………………………………………………………………….
….………………………………………………………………………………………………………………………………
….……………………………………………………………………………………………………………………………….
….………………………………………………………………………………………………………………………………
….……………………………………………………………………………………………………………………………….
|
No comments:
Post a Comment