Monday, May 18, 2020

LATIHAN AYAT PASIF DAN AYAT AKTIF

 TINGKATAN 4SB /4SE
LATIHAN MINGGU INI.[15-22 MEI 2020]
TULISKAN JAWABANNYA SAHAJA

LATIHAN SPM 1
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan pasu bunga.
Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.
3. Puan Sarah menghadiahi Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.
4. Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah.
5. Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.

LATIHAN SPM 2
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
2. Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
3. Mereka menyusun kerusi-kerusi itu di padang sebelum acara sukan bermula.
4. Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.
5. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.

LATIHAN SPM 3
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.
2. Ali telah mengambil buku itu semalam.
3. Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam.
4. Ayah memarahi Kamal kerana pulang jauh malam.
5. Kakak mencuci pakaian kotor di bilik air.

No comments:

Post a Comment