Sunday, May 24, 2020

LATIHAN BM PAHANG

Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita, seraya diperjamunya
makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin.
Apakah perasaan Patih Gajah Mada setelah mendengar demikian itu?                [2 markah]
….………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Setelah Seri Betara mendengar sembah Patih Gajah Mada demikian itu, maka titah Seri Betara, “Hai Kertala Sari, dapatkan engkau kutitahkan membunuh Ratu Melaka dan hulubalang yang bernama Laksamana itu?”
Pada pendapat anda, wajarkah Kertala Sari menerima titah Seri Betara untuk membunuh  Ratu Melaka dan hulubalang yang bernama Laksamana itu?               [3 markah]
….………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya- kaya dan saudagar.
Apakah yang dilakukan oleh Kertala Sari setelah sampai ke Melaka?                               [2 markah]
….………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Berapa lamanya hatta hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun bersikap dirinya; maka lalu berjalan masuk ke dalam kota. Maka ia masuk ke rumah seorang saudagar yang kaya. Maka dilihat oleh Kertala Sari saudagar itu lagi makan nasi laki isteri. Maka Kertala Sari pun masuk makan bersama-sama dengan saudagar itu. Hatta setelah jauh malam, maka saudagar itu pun masuk tidur. Maka oleh Kertala Sari dicurinya segala harta saudagar itu sekuasa-kuasa ia membawa dan bini saudagar itu pun dicabulinya. Maka ia pun kembali pada tempatnya singgah itu.
Apakah yang dilakukan oleh Kertala Sari setelah jauh malam?                               [2 markah]
….………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa anak-anak
muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah
dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak muda
peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang
murni. Anak-anak muda lelaki perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap
dalam bahasa yang entah apa-apa. Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka konon
untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi keliru dengan setiap patah slanga dan klausa yang tidak
saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa asing
yang mengelirukan. Saya jadi buntu. Malah berasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak muda
sebangsa saya yang telah hilang identiti dan jati diri di negara mewah ini.

i. Berdasarkan petikan di atas, nyatakan sikap-sikap anak-anak muda di kota mewah tersebut?
[2 markah]

ii. Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua peranan ibu bapa dalam usaha menangani masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja?
[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengekalkan dan memartabatkan bahasa ibunda?
[4 markah]

No comments:

Post a Comment