Latihan Tatabahasa VEGETARIAN -Soalan Peribahasa Bahasa 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Encik Sawi menerima kedatangan kami dengan _____ walaupun belum pernah bertemu.
A tangan terbuka C cuci tangan B gelap fikiran D tangkai hati
2 Timun rela _____ untuk membeli kereta idamannya itu.
A gerak badan C hancur hati B banyak akal D ikat perut
3 Jangan _______ menuduh orang lain kalau tidak ada bukti yang kukuh.
A diam-diam ubi C angkat muka B serkap jarang D curi tulang
4 Semua pekerja diminta memberi ______ masing-masing dalam perbincangan meja bulat itu.
A buah fikiran C buah pena B bauh mulut D buah hati
5 Apabila sudah berjaya, King Kong menjadi _____ dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.
A bongkok udang C besar kepala B darah daging D kaki bangku
6 Pon Theng merupakan _______ sekolah kami kerana dia sering mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan pidato dan badminton.
A anak kandung C anak emas B anak angkat D anak buah
7 Setiap hari Ahad, Cikgu Manggis akan mengajar anak-anak penduduk kampung itu yang tidak tahu mengira dan ______
A mata duitan C kaki ayam B busuk hati D buta huruf
8 Saya berasa _______ melihat telatah pelawak-pelawak di kaca televisyen itu.
A busuk hati C geli hati B buah hati D iri hati
9 Pihak penguat kuaasa menahan warga asing yang berniaga di _______ bangunan itu.
A kaki bangku C kaki botol
B kaki ayam D kaki lima
10 Soya sering menggunakan _______nya untuk menipu guru apabila tidak siap kerja sekolah.
A lidah bercabang C buta huruf B tangkai jering D akal belut
11 Buncis suka _____ tentang kejayaan anak-anaknya.
A kerang busuk C cuci tangan B cakap besar D busuk hati
12 Sikap Lemon yang menyendiri seperti ______ itu menyebabkan rakan-rakannya memulaukannya.
A kambing hitam C lipas kudung B kera sumbang D patah hati
13 Markisah sangat gembira menyambut kelahiran ______ sulungnya.
A cahaya mata C bidan terjun B kaki wayang D anak kapal
14 Betik______ semasa emak dan ayahnya berbual-bual di ruang tamu.
A pasang telinga C terang hati B pekak badak D ikat perut
15 Kilang itu dibina dengan wang hasil _____ Bendi yang dikumpul olehnya semasa bekerja di luar negara.
A batu loncatan C tin kosong B asam garam D titik peluh
16 Bayam hanya sempat makan sekeping roti sebagai ______ sebelum pergi ke pejabat.
A ambil angin C ganti tikar B alas perut D cuci mata
17 Para tetamu mengucapkan tahniah kepada pasangan ______ yang sedang bersanding di atas pelamin.
A gulung tikar C buta huruf B raja sehari D cari fasal
18 Puan Cili Padi sentiasa memastikan agar anak dan suaminya tidak keluar rumah dengan ______.
A perut kosong C beri muka B buah tangan D gerak hati
19 Setelah beroperasi selama 20 tahun, syarikat itu terpaksa ______ kerana tindakan pekerja yang tidak bertanggungjawab.
A gulung tikar C curi tulang B angkat kaki D cuci perut
20 Kunyit meminta ______ yang baru bekerja di rumahnya itu mengemas rumah setiap hari.
A kerang musuk C orang gaji B orang dalam D anak air
21 Hartawan itu _____ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah dimasuki pencuri.
A sampai hati C pilih kasih B putih mata D salah urat
22 Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang ______ itu.
A lidah bercabang C curi tulang B pisau cukur D mati kutu
23 Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan ______ itu sebagai tempat pembuangan sampah.
A pisau cukur C otak udang B lintah darat D perigi buta
24 Pandan hanya ______ apabila dipuji oleh suami dan anak-anaknya.
A putih mata C telinga nipis B senyum simpul D telinga kuali
25 Emak selalu menegur sikap abang yang ______ itu.
A langkah kanan C berat tulang B rabun ayam D berat hati
26 Kakak saya ______ dengan Syarikat Jati sejak 10 tahun yang lalu.
A berat sebelah C orang dalam B ringan tulang D makan gaji
27 Sikap Selasih yang suka ______ urusan orang lain tidak disenangi oleh jiran-jirannya.
A campur tangan C ganti tikar B ambil angin D batu api
28 Halia ______ setelah mengecap kemewahan hidup sehingga tidak mempedulikan keluarganya lagi.
A makan angin C berat tulang B lupa daratan D buruk siku
29 Jahgung sangat ______ sehingga sanggup menganiaya ahli keluarga sendiri.
A hisap darah C busuk hati B cakar ayam D suka hati
30 Penduduk kampung itu menerima kunjungan Perdana Menteri pada hujung minggu yang lalu.
A besar kepala C geli hati B besar hati D isi hati
31 Pekerja syarikat itu menerima ______ setelah dibayar bonus selama enam bulan oleh majikan mereka.
A durian runtuh C mata duitan B mahkota hati D buah fikiran
32 Botor memang pandai bercakap, tetapi ibarat _____ sahaja kerana dia tidak tahu membuat apa-apa kerja pun.
A perut kosong C gelap mata B tulang hitam D tin kosong
33 Remaja itu gelisah bagai _____ apabila rahsianya yang merokok telah diketahui oleh keluarga.
A cacing kepanasan C gila bayang B kaki bangku D otak udang
34 Walaupun hidup sederhana, Khailan _______ dan sering membantu orang miskin dan fakir.
A mulut tempayan C murah hati B baik sangka D pilih kasih
35 Mangsa-mangsa kebakaran itu hanya tinggal ____ kerana harta benda mereka semua musnah dalam kebakaran itu.
A sehelai sepinggang C kacang hantu B saudara kandung D kata putus
36 Setiap bulan Keladi akan ______ untuk mencantikkan dan mewangikan tubuh badannya.
A mandi bunga C pasang tangan B mandi peluh D cuci tangan
37 Labu dan ibunya berkebun sayur di atas tanah yang _____ di belakang rumah mereka.
A sekangkang kera C setengah tiang B kucing bertanduk D jalan tengah
38 Encik Limau sudah mengenal pasti pekerjanya yang selalu makan _____ semasa di pejabat.
A banyak akal C gaji pokok B lintah darat D gaji buta
39 Lobak _______ apabila semua rakannya pulang ke kampung semasa cuti sekolah.
A berpeluk tubuh C putih tulang B makan suap D mati kuku
40 Nangka sudah pandai ______ apabila keluar rumah.
A pasang badan C naik minyak B perang mulut D berat tulang
No comments:
Post a Comment