Monday, May 18, 2020

LATIHAN PENULISAN KARANGAN

BERDASARKAN MAKLUMAT  / NOTA YANG DIBERI BUAT DUA PERENGAN KARANGAN
TEMA : MASA
KEHENDAK SOALAN : KEPENTINGAN
⤔ Aya yang perlu anda lakukan ↩
Tulis perenggan pendahuluan karangan
Tulis SATU perengga isi
  setiap aktiviti dilaksanakan dengan lebih terurus,



Kepentingan pengurusan masa
1. Pengurusan masa yang berkesan mampu membuatkan kita menyusun aktiviti yang ingin dilakukan dengan cara terancang.
2. ketepatan masa dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan mampu menghasilkan tugasan yang berkualiti.
3. dapat membentuk disiplin diri yang terpuji
4. Seseorang itu dapat memupuk sifat menepati masa jika mereka mampu menguruskan masa dengan berkesan
5. Pembahagian masa yang tersusun juga mampu menjadikan seseorang itu patuh pada peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, seseorang pelajar perlu merancang masa dengan betul apabila mereka pulang dari sekolah seperti menetapkan masa belajar, menyiapkan kerja rumah dan mengulang kaji pelajaran di samping masa untuk beriadah, menonton televisyen dan mengaji al-Quran.
6. Pakar motivasi pendidikan, Dr. Ismail Zain sering mengingatkan pelajar sekolah supaya bijak merancang masa kerana kecemerlangan datang daripada pengurusan masa yang berkualiti.
Kesan Kegagalan Pengurusan Masa
1. Banyak kerja tidak dapat diselesaikan
Apabila sesuatu kerja perlu diselesaikan juga tidak kira apa sebab atau keadaannya maka kerja-kerja lain perlu ditangguhkan.  Kesannya semua kerja-kerja penting yang lain juga terpaksa ditangguhkan dan tidak dapat diselesaikan tepat pada masanya. Ini akan menambahkan bebanan kerja anda. Jadi anda perlu fikirkan bahawa sesuatu kerja yang tidak dapat diselesaikan akan mendatangkan kesan pada kerja-kerja lain.

2. Tekanan
Anda akan merasa tertekan jika kerja yang perlu disiapkan tidak dapat disiapkan dan banyak kerja-kerja lain yang perlu diselesaikan dan juga yang sedang  menanti.  Kerja yang banyak dan perlu disiapkan juga akan mengakibatkan tekanan kepada diri anda. Selagi kerja itu tidak selesai, selagi itu anda tidak akan rasa tenang kerana orang di atas anda akan sering bertanya tentang perkembangan kerja tersebut.

3. Tiada Masa Untuk Rehat
Kerja yang bertimpa-timpa tidak memberi peluang untuk anda berehat jika ia tidak disusun dan dirancang mengikut keutamaan. Selesaikan satu kerja terlebih dahulu sebelum melakukan kerja seterusnya. Sebelum membuat kerja, rancang apa yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan kerja itu terlebih dahulu.. Tanpa pengurusan masa kerja-kerja anda tidak dapat diatur dengan baik dan anda tidak berpeluang untuk berehat.

Kesan Kejayaan Pengurusan Masa

Pengurusan masa yang baik memberi banyak faedah dalam hidup.
1. jadual harian lebih teratur,
2.  menyemai sifat tanggungjawab dan amanah,
3. setiap aktiviti dilaksanakan dengan lebih terurus,
4. berupaya memberi fokus kepada perkara-perkara yang patut diberi keutamaan,
5. dapat merehatkan diri dan mengelakkan sifat malas.


Kesimpulan/Penutup
1. pengurusan masa yang berkesan juga mampu meningkatkan kecemerlangan diri setiap orang. Masa yang dirancang dengan sempurna dapat meningkatkan kecemerlangan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
2.  kerana seseorang yang bijak merancang masa mampu mengelakkan diri mereka daripada membazir masa dan terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa.
3. Sebagai contoh, pelajar yang bijak merancang masa akan cemerlang dalam bidang akademik,  kokurikulum dan sahsiah. Hal ini dapat direalisasikan jika mereka merancang masa yang berkualiti seperti menetapkan tempoh masa untuk belajar, mengikuti kelas tuisyen, berekreasi, menonton televisyen, membantu ibu bapa dan mengaji al-Quran.
4. Pelajar yang merancang masa seperti ini dapat membina kecemerlangan diri mereka kerana kehidupan seharian mereka telah dihabiskan dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah.
5. Kesimpulannya, setiap masa yang dilalui hendaklah diatur dengan sebaik mungkin kerana masa yang terlepas tidak akan kembali semula. Berapa banyak masa yang telah kita bazirkan sebelum ini perlu dihitung semula kerana kita tidak berupaya untuk mengembalikan semula masa yang telah berlalu.  Peribahasa ada mengatakan bahawa di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jadi, segala-galanya terpulang kepada diri kita sendiri untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

PEPATAH BERKAITAN MASA
1. Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran. (al-Qur’an)
2. Bila anda menguasai masa, anda akan memahami kebenaran bahawa kebanyakan orang terlebih jangkaan terhadap apa yang mereka mampu capai dalam setahun dan juga apa yang mereka mampu capai dalam sedekad! (Anthony Robbins)
3. Mereka yang teruk dalam mengurus masa sentiasa mengeluh bahawa mereka kesuntukan masa. (La Bruyere)
4. Tiada apa milik kita kecuali masa. (Geothe)
5. Mereka yang memiliki masa memilii segalanya. (Benjamin Disraeli)
6. Semua bunga yang bakal berkembang pada hari esok adalah benih pada hari ini. (Pepatah Cina)
7. Masa ibarat pedang! Jika kita tidak menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita (Dalam peperangan) (Pepatah Arab)
8. Anda sentiasa menangguh, tetapi masa tidak berbuat demikian. (Benjamin Franklin)
9. Masa yang hilang tidak akan ditemui lagi. (Benjamin Franklin)

No comments:

Post a Comment