Friday, May 21, 2021
Tuesday, May 11, 2021
Thursday, March 11, 2021
KARANGAN 2021 - GURU UNGGUL
Soalan: “Pada pandangan kamu ,apakah sifat-sifat yang unggul yang harus ada pada seorang guru “
Rangka jawapan
1. Pendahuluan : Peranan penting seorang guru.
2. isi-isi : a) Mempunyai sifat-sifat bertanggungjawab
b) Mempunyai sifat sabar dan bertimbang rasa.
c) Lemah lembut dan penyayang
d) Menganggap murid sebagai keluarga.
e) Sanggup berkorban.
f) Mempunyai personahti yang tinggi.
3. Penutup
CONTOH :
Jika dibandingkan dengan profesion lain, GURU merupakan suatu profesion yang mulia. Guru boleh dikatakan sebagai cahaya yang boleh menerangi kegelapan bhdup seseorang. Guru juga merupakan pembimbing [fasilitator] kepada seseorang dalam menuju kepada kehidupan yang sempurna . Justeru , amat perlu kepada seorang guru untuk memiliki sifat-sifat tertentu yang sesuai dengan peranannya sebagai pendidik dan pembimbing generasi ke-21 dengan menujahkan kebaikan dan kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.
Pada pandangan saya , seorang guru yang unggul haruslah mempunyai sifat-sifat yang bertanggungjawab . Sifat seperti ini sangat perlu kerana tanpanya sesorang guru mungkin akan cuai dan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah sentiasa mengambil berat terhadap para pelajarnya dan bersedia untuk bekerja keras membantu kejayaaan pelajaran mereka seperti mengadakan kelas tambahan dan menyediakan nota-nota yang lengkap.
Selain mempunyai sifat-sifat yang bertanggungjawab , seorang guru yang unggul perlulah mempunyai sifat-sifat sabar dan bertimbang rasa.Tanpa sifat-sifat ini sudah tentulah mudah bagi guru itu melakukan kekasaran terhadap para pelajarnya tanpa memberi peluang mereka untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Seorang guru yang sabar dapat bertolak ansur dengan para pelajarnya dengan cara ini sudah tentu hubungan lebih erat di antara guru dengan murid-muridnya.
Seorang guru yang unggul hendaklah bersifat lemah-lembut dan penyayang. Sifat-sifat seperti ini dapat membantu seorang gum menyampaikan pengajarannya dengan berkesan. Ini kerana dengan sifat demikian, pelajar akan tertarik dengan tingkah laku guru sewaktu mengajar dan secara tidak langsung mereka akan dapat memahami dan mengingati setiap perkara yang diajar oleh gum mereka. Seorang guru yang berperawatakan kasar bukan sahaja boleh menakutkan para pelajar, malah boleh juga menimbulkan perasan benci di kalangan murid terhadap guru berkenaan. Banyak cerita kita dengar tentang pelajar yang tidak berpuas hati terhadap tindak-tanduk guru mereka, telah mengambil tindakan kasar dengan mengancam dan memukul guru berkenaan.
Seorang guru yang unggul juga tidak menganggap para pelajarnya sebagi orang asing ,sebaliknya sebagai anak atau adiknya sendiri. Melalui cara ini , mereka akan memberi perhatian yang benar-benar serius untuk kepentingan para pelajar mereka sendiri Mereka juga tidak akan berasa jemu untuk mengajar para pelajar dengan bersungguh hati dan sentiasa tidak berputus asa dalam menghadapi setiap cabaran yang datang.
Guru yang unggul perlulah juga memiliki personaliti yang tinggi, mempunyai keyakinan diri serta mempunyai sifat-sifat positif. Tujuannya ialah untuk membangunkan diri sendiri dan juga para pelajamya. Mereka perlulah mengelakkan diri daripada aktiviti-aktiviti yang boleh menjatuhkan nama baik mereka sendiri seperti terlibat dengan penyalahgunaan najis dadah , berjudi , mabuk. Sekiranya guru-guru terlibat dengan kegiatan seperti ini, sudah tentulah ia boleh menyebabkan para pelajar hilang keyakinan terhadap guru berkenaan. Guru yang mempunyai pesonaliti yang tinggi sentiasa menjaga nama baik serta tingkah laku dan percakapan meraka supaya sentiasa sedap dipandang mata dan didengar.
BAHASA MELAYU STANDARD
Perkataan bahasa klasik yang lazim digunakan bersama maknanya sekali
Adanya demikian – halnya
Arakian/ Arkian sesudah itu , – maka
Barang bila – apabila
Barang siapa - sesiapa sahaja
Bawakan persiapan – dijamukan makanan
Cacau – tidak tentu arah / tidak keruan
Cangkir – cawan
Cemar duli sudi datang , – berangkat / melawat ke sesuatu tempat
Fiil – perangai / tingkah laku / perbuatan
Fulus – wang
Guna pengasih – jampi atau ubat Membuatkan Orang kasih
Gegap-gempita – riuh-rendah , bunyi bising
Gundah gulana – sangat sedih , hati tidak tenteram
Hatta – maka , kemudian dari itu, sampai ( hingga )
Istirahat – berehat , menghilangkan penat .
Jauh hati – berkecil hati
Kasur – tilam
Lalu – tidak larat , tidak sanggup ,terus , langsung
Lasykar – askar
Membuangkan diri – mengasingkan diri
Merupakan diri – menyamar
Maka – sudah itu lalu , dan ( dipakai untuk memulakan ayat )
Murka – marah
Orang keluaran – orang kebanyakan , orang asing
Pacal – hamba kepada raja atau aku
Pecah perang – kalah dalam peperangan
Poci – cerek
Sahaya – saya , hamba
Sanggah – melawan
Santap – makan minum untuk raja
Sida-sida – pegawai istana yang telah dikembiri
Utusan – wakil
Friday, February 26, 2021
KATA MAJMUK
KATA MAJMUK YANG DITULIS SERANGKAI
|
ADAPUN |
DARIPADA |
|
ANTARABANGSA |
DUKACITA |
|
APABILA |
DINIHARI |
|
ATAUPUN |
HULUBALANG |
|
AYAHANDA |
JAWATANKUASA |
|
BAGAIMANAPUN |
JURULATIH |
|
BARANGKALI |
JURURAWAT |
|
BUMIPUTERA |
KAKITANGAN |
|
BIARPUN |
KAKANDA |
|
KERJASAMA |
PILIHANRAYA |
|
KALAUPUN |
PRASEJARAH |
|
LAGIPUN |
PANCARAGAM |
|
MAHASISWA |
SETIAUSAHA |
|
MATAHARI |
SURUHANJAYA |
|
MALAPETAKA |
SUKACITA |
|
PANCAINDERA |
TANGGUNGJAWAB |
|
PADAHAL |
TATABAHASA |
|
PERIBAHASA |
WARGANEGARA |
SINTAKSIS
NOTA :
PEMBENTUKAN AYAT
Ayat – “Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.Ayat boleh terbentuk daripada
satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan
diakhiri dengan kesenyapan” [Tatabahasa Dewan]
- sekumpulan
perkataan yang mengandungi susunan tertentu dan makna yang lengkap
-
subjek/predikat tidak boleh berdiri sendiri
Ayat
Susunan Biasa –
mempunyai subjek di hadapan dan predikat di belakang
Contoh:
1. Fuad menaiki bas.
2. Tingkap itu terbuka.
Ayat
Susunan Songsang –mempunyai predikat di hadapan
dan subjek di belakang
Contoh:
1. Terbuka tingkap itu.
2. Menaiki
bas Fuad..
3. Sudah
disidai pakaian itu.
4. Tertipu
Johan.
Ayat
Dasar / Inti –
ayat yang menjadi dasar / sumber kepada pembentukan ayat-ayat lain
Pola
Ayat-
FN + FN 1.Cik Zalina penulis novel cinta.
FN + FS 2. Pejabat Ali terletak di pusat bandar.
FN + FA 3. Suara Siti merdu sekali.
FN + FK 4. Hujan turun dengan lebatnya.
Jenis-jenis
Ayat
i. Ayat
Penyata
- Masyarakat Malaysia hidup bersatu padu.
- Tempat itu sangat kotor dan berbau busuk.
ii Ayat Tanya
- Siapakah
gadis manis itu? ( menggunakan kata partikel )
- Gadis manis itu siapa?
( tanpa kata partikel )
iii Ayat
Perintah ( suruhan, silaan, permintaan dan larangan)
Ayat Suruhah
- Buang tin kosong ini.
-
Awak boleh mula sekarang
Ayat
Silaan
- Sila penuhkak
kerusi di depan.
- Jemputlah ke rumah.
Ayat
Permintaan - Harap anda
semua bersabar.
- Tolong belikan saya
buah limau.
- Minta kamu semua bertenang,
Ayat
Larangan
- Jangan melawan
cakap orang tua.
Usah besarkan hal yang remeh ini.
iv Ayat Seruan – diucapkan untuk menyatakan
pelbagai perasaan dengan
menggunakan
kata seru
* Perasaan terkejut, cemas dan hairan
- Wah, sungguh jernih air di sungai ini!
- Eh, tinggi betul awak sekarang!
- Oh, jauh
betul dia melompat!
*
Perasaan benci dan marah.
- Nah,
terima tumbukan aku ini.
- Cis,
pergi dari sini!
*
Perasaan sedih, kecewa dan memohon simpati.
- Aduhai, beginilah
penyakitku!
- Aduhai, malang
betul nasibku!
*
Perasaan gembira
- Syabas,
kamu menjadi johan dalam pertandingan tersebut!
*
rasa sakit
- Aduh,pedih
di mataku masih belum pulih lagi!
*
Perasaan mengejek
- Amboi, hijau
betul baju kamu ini!
- Amboi,
kurus betul awak sekarang.
*
rasa kesyukuran
- Syukur,mangsa tanah runtuh itu dapat diselamatkan!
Bentuk-bentuk
Ayat
Ayat
Tunggal/Ayat Selapis
-mengandungi
hanya satu subjek dan satu predikat
Contoh: Pelajar
itu mengulang kaji pelajaran.
(subjek) (predikat)
- ayat
tunggal terdiri daripada dua bentuk, iaitu susunan biasa dan susunan songsang.
Ayat
Majmuk/Ayat Berlapis
- hasil
daripada cantuman/ gabungan beberapa ayat tunggal
a) Ayat
Majmuk Gabungan
- gabungan dua atau lebih ayat tunggal.
- dihubungkan dengan kata hubung seperti serta, dan, atau, sambil, lalu,
dan,tetapi
dan sebagainya.
Contoh: Anak-anak yatim harus dibantu.
Anak-anak yatim harus diberi perhatian.
- Anak-anak yatim harus dibantu dan diberi perhatian.
b) Ayat
Majmuk Pancangan
-
mengandungi satu ayat induk dan satu/beberapa ayat kecil yang dipancangkan ke
dalam ayat induk
* Ayat
Majmuk Pancangan Relatif ( menggunakan kata relatif yang )
- pemancangan boleh berlaku di bahagian subjek atau predikat
Contoh :
Narrul merawat kucing. ( Ayat Induk )
Kucing itu cedera. ( Ayat Kecil )
- Nazrul merawat kucing yang cedera itu.
Orang gila itu kotor. ( Ayat Induk )
Orang gila itu mengganggu orang ramai.
- Orang
gila yang kotor itu mengganggu orang ramai.
*
Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
- menggunakan kata komplemen untuk atau bahawa bagi
menggabungkan ayat kecil
yang bersifat pelengkap dengan ayat induk
Contoh: Mereka mengunjungi stadium itu. (
Ayat Induk)
Mereka meraikan kedatangan alaf baru. ( Ayat Komplemen)
- Mereka mengunjungi stadium itu untuk meraikan kedatangan
alaf baru.
* Ayat
Majmuk Pancangan Keterangan
- memberi keterangan lanjut kepada ayat
- keterangan waktu
- apabila,
ketika, tatkala, sejak , sementara, setelah
keterangan syarat
-
jika, kalau, sekiranya
keterangan musabab
- kerana,
oleh sebab
keterangan harapan
- agar,
semoga, supaya
keterangan
cara
- dengan
keterangan pertentangan
- walaupun,
meskipun, sungguhpun
c) Ayat
Majmuk Campuran
- terdiri daripada gabungan beberapa jenis ayat majmuk
Contoh: Zaid dan Zainal akan memasuki pertandingan itu jika diberi
peluang.
Negara kita akan aman dan makmur sekiranya rakyat
bersatu padu.