Sunday, February 21, 2021

TATABAHASA DISTINGTIF

Ayuh membuat ulang kaji SPM Edisi Distingtif Cakna Bahasa 50 kesalahan bahasa 1. atas talian❌ dalam talian✅ 2. di dalam lingkungan❌ dalam lingkungan✅ 3. dipermudahkan urusan❌ dipermudah urusan✅ 4. pelbagai multimedia❌ multimedia✅ 5. semua orang murid❌ semua murid✅ 6. setiap orang guru❌ setiap guru✅ 7. beberapa langkah-langkah❌ beberapa langkah✅ 8. antara usaha-usaha❌ antara usaha✅ 9. kos perbelanjaan pembersihan❌ kos/perbelanjaan pembersihan✅ 10. oleh kerana❌ oleh sebab✅ 11. memperolehi kejayaan❌ memperoleh kejayaan✅ 12. memperkasa bahasa Melayu❌ memperkasakan bahasa Melayu✅ 13. mereka baca❌ dibaca oleh mereka✅ 14. kami terpaksa lalui❌ terpaksa kami lalui✅ 15. disusun oleh kami❌ kami susun✅ 16. selekoh merbahaya❌ selekoh berbahaya✅ 17. membancuhkan kopi❌ membancuh kopi✅ 18. menggoreng ayah❌ menggorengkan ayah✅ 19. membuat bising❌ berbuat bising✅ 20. ada dengan ibu❌ ada pada ibu✅ 21. akibat daripada amalan merokok❌ akibat/daripada amalan merokok✅ 22. salah satu punca❌ satu punca✅ 23. berbondong orang❌ berbondong-bondong orang✅ 24. lebih tinggi dari adik❌ lebih tinggi daripada adik✅ 25. tertinggi sekali❌ tertinggi/tinggi sekali✅ 26. paling cantik sekali❌ paling cantik/cantik sekali✅ 27. teramat segak sekali❌ teramat segak/segak sekali✅ 28. seekor labah❌ seekor labah-labah✅ 29. setengah penghuni❌ sesetengah penghuni✅ 30. tolong jangan berlari❌ jangan berlari✅ 31. minta jangan merokok❌ jangan merokok✅ 32. sila jemput ke rumah saya❌ sila/jemput ke rumah saya✅ 33. balik kampung pada hujung minggu❌ balik ke kampung pada hujung minggu✅ 34. menyatakan yang ibunya sakit❌ menyatakan bahawa ibunya sakit✅ 35. saling bahu-membahu❌ saling membahu/bahu-membahu✅ 36. amat terang-benderang❌ amat terang/terang-benderang✅ 37. amat cantik-cantik belaka❌ amat cantik/cantik-cantik belaka✅ 38. harap minta hantar buku itu❌ harap/minta hantar buku itu✅ 39. harap tolong jaga kebersihan❌ harap/tolong jaga kebersihan✅ 40. sila tolong senyap❌ sila/tolong senyap✅ 41. alat tulis-alat tulis❌ alat-alat tulis✅ 42. jangan memetik bunga❌ jangan petik bunga✅ 43. jangan lari di kawasan itu❌ jangan berlari di kawasan itu✅ 44. di kalangan guru❌ dalam kalangan guru✅ 45. dalam kalangan murid-murid❌ dalam kalangan murid✅ 46. hingga ke senja❌ hingga senja✅ 47. selain daripada itu❌ selain itu/lain daripada itu✅ 48. usah jangan bimbang❌ usah/jangan bimbang✅ 49. usah jangan merokok❌ jangan merokok/dilarang merokok✅ 50. lain-lain aspek❌ aspek-aspek lain✅ disediakan oleh: Cikgu Theeban Anbalagan

No comments:

Post a Comment