Tuesday, October 31, 2017

karangan - perniagaan atas talian

Soalan:

Perdagangan secara talian kini merupakan satu mekanisme baru dalam urus niaga. Banyak kesan yang timbul akibat urus niaga melalui sistem elektronik ini. Bincangkan.

Contoh jawapan:

    Perdagangan secara talian kini merupakan satu mekanisme baharu dalam urus niaga tanpa sempadan. Perdagangan secara talian kini semakin meningkat dari hari ke hari dalam kalangan rakyat di Malaysia. Namun, terdapat banyak kesan positif dan negatif yang timbul akibat urusniaga melalui sistem elektronik ini.

   Salah satu kesan positif yang ketara dalam urus niaga tanpa sempadan ini adalah dapatmemudahkan dan mempercepatkan urus niaga. Hal ini kerana urus niaga dan perkhidmatan e-dagang ini boleh diakses dengan mudah setiap masa dan di mana jua sama ada di pejabat, rumah dan sebagainya. Contohnya, urus niaga ini boleh dimulakan walaupun berada di rumah dengan adanya kemudahan mengakses internet.

    Selain itu, urus niaga secara talian juga dapat menjimatkan masa dan tenaga kepada pengguna. Hal ini kerana pengguna tidak perlu berkunjung ke tempat yang jauh untuk membeli barangan keperluan sebaliknya pengguna hanya perlu memesan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan melalui talian. Pengguna  juga dapat menjimatkan masa kerana setiap maklumat tentang pembelian secara talian telah disediakan. Segala pesanan dan pembayaran boleh dilakukan melalui internet atau talian elektronik yang lain.

   Di samping itu, urus niaga elektronik dapat memudahkan pengeluar dan pengguna mendapatkan maklumat untuk membeli atau memasarkan sesuatu barangan. Hal ini memberi peluang kepada syarikat-syarikat untuk menghantar mesej-mesej pemasaran dan maklumat produk kepada pengguna multinasional di seluruh dunia melalui internet. Keadaan ini akan lebih memudahkan promosi sesuatu barangan. Pengguna juga akan memdapat maklumat yang tepat sebelum membeli sesuatu barangan.

    Kesan negatif yang ketara dalam urus niaga secara talian adalah berlaku penyelewengan dalam urus niaga ini. Hal ini berlaku kerana pengguna atau pembeli mungkin ditipu dalam urus niaga ini. Contohnya, barang yang dibeli pengguna mungkin tidak wujud sama sekali. Seterusnya, barang yang dibeli secara elektronik tidak berkualiti dan mendatangkan kemudaratan kepada pengguna.

   Kesan negatif lain adalah berlaku ketidaktentuan trasaksi. Misalnya, akses internet  yang lambat di sesetangah kawasan menyebabkan pengguna sukar membuat tempahan atau pembelian. Barang yang dibeli pengguna juga kadangkala tidak sampai kepada pengguna seperti dalam terma dan syarat yang dipersetujui antara pengguna dan pengeluar. Senario ini akan menyebabkan sebilangan pengguna tidak berminat dalam urus niaga menggunakan akses internet ataupun e-dagang.

    Kesimpulannya, urus niaga secara talian ini mempunyai kesan negatif dan positif yang tersendiri. Namun, jika dimanfaatkan dengan baik urus niaga ini dapat membawa produk dan imej negara ke persada antarabangsa serta mampu bersaing dalam ekonomi dunia tanpa sempadan. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk menggerekkan ekonomi negara agar lebih maju dan setanding dengan negara luar.

Sunday, October 29, 2017

JAWABAN LATIHAN PEMAHAMAN 1

SKEMA JAWAPAN


SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i) Perkara-perkara yang dibayangkan oleh Aiman Aqil

P1
Lulus pengajian tinggi
1
P2
Mendapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa
1
P3
Takah usia dianjakkan sedekad ke hadapan
1
P4
Sebatang pohon nyiur dara di penjuru banglonya
1


(ii) Perkara yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah:
P1
Guru-guru memberi kesedaran tenang keburukan ponteng / kepentingan datang ke
1

sekolah.

P2
Pihak sekolah bekerjasama dengan pihak berkuasa / PIBG memantau lokasi-lokasi
1

yang menjadi tempat pelajar ponteng.

P3
Guru / kaunselor berkunjung ke rumah murid yang ponteng sekolah memberikan
1

khidmat kaunseling.

P4
Pihak sekolah sentiasa memberitahu ibu bapa perihal kehadiran murid.
1
P5
Guru memastikan P&P menarik dan berkesan.
1
P6
Pihak sekolah mempelbagaikan / mengaktifkan aktiviti kokurikulum.
1
P7
Memberi ganjaran / hadiah kepada pelajar yang sifar ponteng
1
P8
Mengamalkan konsep sekolah penyayang
1
P9
Mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif
1


(iii) Persoalan dalam petikan:
P1
Persoalan kasih sayang seorang ibu
2

Contoh: Ibu Aiman begitu tersentuh hati apabila melihat Aiman dirotan oleh ayahnya.

P2
Persoalan tanggungjawab ibu bapa mendidik anak
2

Contoh: Ayah merotan Aiman Aqil kerana ponteng sekolah.


Persoalan dalam cerpen:

P1
Persoalan adab menuntut ilmu
2

Contoh: Sikap Aiman yang tidak fokus dalam kelas Cikgu Faridah menyebabkan


cikgu hilang sabar.

P2
Persoalan kebanggaan terhadap identiti diri
2

Contoh: Aiman Aqil bangga dengan namanya yang mempunyai makna yang baik.

P3
Persoalan kebijaksanaan menyelesaikan masalah
2

Contoh: Aiman cepat-cepat membetulkan jawapan apabila menyedari wajah Cikgu


Faridah berubah dengan jawapan yang diberikannya.

P4
Persoalan kepentingan mempunyai prinsip hidup
2

Contoh: Aiman bertekad tidak akan menjadi seperti Si Luncai dan Mat Jenin yang


hanya memasang angan-angan tanpa merealisasikan angan-angan tersebut.

P5
Persoalan ketegasan guru dalam mendidik
2

Contoh: Guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana mengganggu


rakan-rakan.

P6
Persoalan sikap memandang rendah terhadap orang lain
2

Contoh: Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat


menyelesaikan tugasan Matematik.


KARANGAN RAMALAN - PERMAINAN TRADISIONAL

Kepentingan Memulihara Bangunan Bersejarah


Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun. Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan rumah dibina yang menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di Dewan Parlimen mutakhir ini ialah isu meruntuhkan bangunan bersejarah tetapi perbincangan itu telah membuat keputusan muktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya, Jakarta. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.


Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau lagenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.


Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara, namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Negara kita juga mampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.


Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan Menara Berkembar Petronas. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis. Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.


Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah persis peribahasa, yakni “tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.


Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan. Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang.

LATIHAN PEMAHAMAN KOMSAS 1

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Tapi dia degil. Hatinya seteguh karang di lautan, sekeras sinar suria berkedudukan 90 darjah tepat.

Babah dan ibu marah. Dendam yang bertakung sekian lama di dalam tasik hati mencair dalam detik momen yang singkat. Aiman dirotan. Ibu mengemukakan bantahan dan protes dalam hati.

Sepanjang minggu, murid bernama Aiman Aqil itu ponteng kelas; protes kepada lebam-lebam di pinggul. Keriangan sudah tercantas, tapi masalah belum terurai dan terungkai.

Spontan, dia mengambil kesempatan itu untuk mewujudkan suasana halusinasi futuristik yang penuh cabaran, disaluti persaingan kompetitif yang menyengat hebat.

Betapa tidak; dia membayangkan dirinya sudah lulus pengajian tinggi, dapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa. Takah usia dianjakkan lebih sedekad ke hadapan. Sebatang pohon nyiur dara di penjuru banglonya, sudah sekian lama menjadi idamannya.

Pijakan kakinya di bumi sudah utuh dan kukuh. Cengkaman pada batang pokok kelapa itu turut tersentuh. Dia tidak menoleh ke bawah lagi. Tapak demi tapak tercengkam dengan penuh yakin. Sedar-sedar sahaja, dia sudah sampai di puncak.

(Dipetik daripada Hipertensi, Illias Zaidi
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan di atas, apakah perkara-perkara yang dibayangkan oleh Aiman Aqil?
 [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah bagi menangani masalah ponteng?
 [3 markah]

(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
 [4 markah]

PAKEJ PENULISAN ISI KARANGAN

PERENGGAN 2 – IDEA UTAMA 1
A1 = IU - Sebagai pembuka tirai diskusi yang pertama …….
KK = Izharlah bahawa ….
PERENGGAN 3 – IDEA UTAMA 2
A1 = IU – Jika ditinjau dari perspektif yang lain …….
KK = Ijmallah bahawa ….
PERENGGAN 4 – IDEA UTAMA 3
A1 = IU – Marilah kita capahkan lensa perbincangan dengan indicator bahawa …….
KK = Pendek kata bahawa ….
PERENGGAN 5 – IDEA UTAMA 4
A1 = IU – Dalam erti kata yang lebih komprehensif …….
KK = Dek itu, ….
PERENGGAN 6 – IDEA UTAMA 5
A1 = IU – Pujangga zaman Tuk Nadur berkajang kain ada mengungkapkan bahawa lain padang lain belalang, lain orang lain ragam. Sehubungan dengan itu …….
KK = Tuntasnya bahawa ….

 LATIHAN  

Hidupan liar di Malaysia menghadapi ancaman kehilangan habitat yang semakin musnah. Banyak kawasan habitat haiwan liar di Malaysia seperti serangga dan mamalia telah musnah akibat pencemaran dan pembangunan. Kawasan habitat haiwan-haiwan ini yang dahulunya luas kini semakin sempit. Contohnya, kawasan paya yang ada di sekitar kawasan Tasik Cini Pahang yang menjadi habitat kepada ratusan jenis serangga burung, didapati mengecil sebanyak 1.5% pada setiap tahun akibat akibat kerja-kerja penambakan tanah untuk projek perumahan. Banyak kawasan hutan dan kawasan tanah tinggi yang menjadi tempat tinggal mamalia seperti harimau, badak sumbu, dan gajah diancam pembalakan haram dan aktiviti pertanian ladang. Kesannya, banyak haiwan liar terpaksa bersaing dengan manusia untuk mendapatkan tempat tinggal. Konflik ini selalunya dimenangi manusia. Haiwan yang kehilangan habitat berisiko mengalami pertumbuhan yang terencat dan berhadapan dengan masalah kepupusan.

FORMULA PENULISAN KARANGAN BMSEVA

PENULISAN KARANGAN
LANGKAH 1 : PRAPENULISAN
Reserved: Q = T + KS + For + FokAnalisis Tajuk Karangan





LANGKAH 2 : PENULISAN [Pengenalan]
A1 = P/W + Tema + {situasi kini}
A2 = P/W – Huraian tema – {menjelaskan situasi tema}
A3 = Huraian {maklumat lanjut tentang Tema}
A4 = Contoh / Data + sumber
A5 = peribahasa
A6 = KK = {pw + KS + Tema}

LANGKAH 3 : PENULISAN [ISI] X 5 ISI
A1 = P/W + Tema + {IDEA UTAMA (IU) 1}
A2 = P/W – Huraian IU – {menjelaskan IU}
A3 = Huraian {maklumat lanjut tentang IU - BAGAIMANA}
A4 = Contoh / Data + sumber
A5 = peribahasa
A6 = KK = {pw + IU KS + Tema}

LANGKAH 4 :PENULISAN [KESIMPULAN]
A1 = P/W + [stlb] + KS + TEMA.
A2 = HARAPAN / KERJASAMA / KESAN