Thursday, May 2, 2019

KOMSAS www.sibermerdeka.com

WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY

A. TEMA
 
Ketabahan insan dalam mendepani dugaan hidup.

B. MAKSUD SETIAP RANGKAPRangkap pertama
Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.
 Rangkap kedua
Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain.
 Rangkap ketiga
Dalam kehidupan penyajak, dia sering berhadapan dengan pelbagai dugaan yang menguji kesabaran dan keimanannya.
 Rangkap keempat
Penyajak yang berasakan dirinya hebat sering terpedaya oleh nafsu. Namun begitu, penyajak cepat tersedar seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.
 Rangkap kelima
Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk berubah ke arah kebaikan walaupun dia tidak mengetahui apa-apa yang bakal ditempuhnya pada hari-hari yang mendatang.
 Rangkap keenam
Penyajak yang semakin berusia menjadi lebih matang. Dia tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.
 Rangkap ketujuh
Dalam era globalisasi, penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.
 Rangkap kelapan
Apabila tiba waktunya, penyajak harus bersedia menghadapi kenyataan hidup yang bersifat sementara. Setiap peristiwa dalam hidup penyajak berlalu dengan amat pantas. Oleh itu, penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

C. PERSOALAN 1. Kepentingan merancang kehidupan
Contoh : Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.

2. Kegigihan untuk menyelesaikan masalah
Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain.

3. Cara menjalani hidup dengan bermanfaat
Contoh : Penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

D. BENTUK SAJAK - Terdiri daripada lapan rangkap
-Terdiri daripada tiga hingga 10 baris dalam satu rangkap
-Terdiri daripada tiga hingga enam perkataan dalam satu baris
-Terdiri daripada tujuh hingga 15 suku kata dalam satu baris
-Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.
-Rangkap pertama : abac
-Rangkap kedua : abac
-Rangkap ketiga : abb
-Rangkap keempat : abc
-Rangkap kelima : abcde
-Rangkap keenam : abcbc
-Rangkap ketujuh : abcdefe
-Rangkap kelapan : abcdefghbh

E. GAYA BAHASA 1. sinkof
Contoh :
untuk ku merdekakan warga fikirku
yang tak diduga klimaksnya
Elakkan dirimu menjadi sia-sia 
2. hiperbola
Contoh :
hidup menentang senja dan malam
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan 
3. personifikasi
Contoh :
ombak gelora menampar pantai aman
oleh kata yang mengekang
oleh kata yang menyerang
bagai siang memanggil malam
 4. repitisi
Contoh :
menghayati skrip demi skrip
peristiwa datang peristiwa pergi
 5. anafora
Contoh :
akuberlatih menangkis angin
akuberlatih memunggah awan
 6. responsi
Contoh :
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
 7. simile
Contoh :
bagaisiang memanggil malam
 8. metafora
Contoh :
Dalam kebun diriku
aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
Dalam parlimen diriku
untuk ku merdekakan warga fikirku
Dalam laut diriku
Dalam gergasi diriku
Dalam pentas diriku
Dalam dewan diriku
ke rumah cabaranku
Kini, kapal diriku telah berlabuh
di pangkalan usia
 9. kata ganda
Contoh :
Elakkan dirimu menjadi sia-sia
  
F. NILAI1. Nilai rasional
Contoh : Penyajak berfikiran rasional apabila menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.
 2. Nilai kegigihan
Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain.
 3. Nilai keinsafan
Contoh : Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.

G. PENGAJARAN1. Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan
Contoh : Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.
 2. Kita mestilah memiliki pendirian
Contoh : Penyajak tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.
 3. Kita mestilah sentiasa melakukan muhasabah diri

Contoh : Penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.

Soalan 
§  Apakah maksud rangkap keempat sajak “www.sibermerdeka.com.my”?
§  Maksud rangkap keempat sajak ini ialah pengajak tetap terpedaya oleh tipu muslihat walaupun dia sentiasa berhati-hati. Namun, dia bernasib baik kerana dia sedar akan tipu muslihat tersebut.
§  Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan masalah yang akan timbul pada kemudian hari?
§  Pada pendapat saya, antara langkah ialah kita boleh membuat perancangan awal sebelum melakukan sesuatu perkara. Selain itu, saya boleh memperoleh nasihat daripada ibu bapa sebelum melakukan sesuatu. Seterusnya, saya juga boleh berbincang dengan kawan supaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
§  Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas.
§  Antara nilai ialah nilai keinsafan. Contohnya, penyajak sedar akan kesilapan yang dilakukan dan tidak mengulangi kesilapan itu. Selain itu, sajak ini juga mangandungi nilai kebijaksanaan. Misalnya, penyajak membuat perancangan dengan bijak sebelum melakukan sesuatu perkara.

GABUNGKAN AYAT

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi satu ayat majmuk.

  1. a. Venus termenung di tepi jendela.     b. Venus teringatkan kisah silam.
  2. a. Kejayaan kajian itu hasil usaha sama semua pihak.     b. Kejayaan kajian itu hasil kegigihan semua pihak.
  3. a. Ibu sedang memanaskan gulai kambing.     b. Kakak membasuh pakaian kotor.
  4. a. Syukran tidak pergi ke padang bola.     b. Syukran menonton televisyen di rumah.
  5. a. Fatin ingin membeli komputer riba baharu?     b. Fatin ingin membeli telefon tangan baharu?
  6. a. Kerajaan telah memberi amaran tegas.     b. Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan persendirian.     c. Mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga.
Jawapan:
  1. Nabila termenung di tepi jendela apabila teringatkan kisah silam.
  2. Kejayaan kajian itu hasil usaha sama dan kegigihan semua pihak.
  3. Ibu sedang memanaskan gulai kambing manakala kakak membasuh pakaian kotor.
  4. Syukran tidak pergi ke padang bola sebaliknya menonton televisyen di rumah.
  5. Farah ingin membeli komputer riba baharu atau membeli telefon tangan baharu
  6. Kerajaan telah memberi amaran tegas kepada pemilik kenderaan persendirian supaya memasang tali pinggang keselamatan ketiga.

RUMUSAN

PERKATAAN SINONIM UNTUK PENDAHULUAN RUMUSAN

  1. Faktor, punca, sebab, penyebab, pencetus, pendorong, pemangkin, perkara yang mempengaruhi…
  2. Langkah, inisiatif, cara, kaedah, tindakan, uasaha, strategi, kerjasama, tanggungjawab…
  3. Kesan, implikasi, kebaikan/keburukan, akibat, risiko, impak
  4. Masalah, halangan, cabaran, kekangan, rintangan, kemelut, krisis, konflik, kesukaran , kepincangan, kebejatan
  5. Peranan, sumbangan, fungsi, tugas
  6. Ciri-ciri, sifat, bentuk, kriteria
  7. Faedah, manfaat, kebaikan, kelebihan, kepentingan, keutamaan, kesan positif
  8. Matlamat, tujuan, objektif
  9. Sikap, perwatakan , kelakuan, sahsiah, karektor
  10. Imej, citra, gambaran, pelukisan
  11. Kualiti, spesifikasi, ukuran, piawai
  12. Nilai, norma
  13. Situasi, keadaan, fenomena, senario
  14. Kehendak, keperluan, keinginan
  15. Mesej, teladan, pengajaran, iktibar

BINA AYAT

Bina Ayat 3 

  1. putih bersih (洁白):
    • Baju putih sekolah saya yang dicuci oleh ibu putih bersih.
  1. kenangan manis (甜美的回忆):
    • Pengalaman melancong ke Jepun bersama keluarga saya menjadi kenangan manisyang tidak boleh dilupakan.
  1. bersatu hati (团结一致):
    • Adik-beradik bersatu hati untuk menjaga ibu bapa yang semakin uzur.
  1. berpandangan jauh (有远见):
    • Pemimpin yang berpandangan jauh diperlukan untuk memajukan sesebuah negara.
  1. titik permulaan (起点):
    • Kejayaan dalam peperiksaan SPM menjadi titik permulaan untuk saya mengejar cita-cita.
  1. menenangkan fikiran (安抚心情):
    • Saya suka bersendirian di tepi pantai untuk menenangkan fikiran.
Scan 1.jpeg

PASCAPENULISAN:
Kenal pasti TEMA dan KEHENDAK SOALAN
TEMA: BELAJAR BERKUMPULAN
KEHENDAK SOALAN : FAEDAH / KEBAIKAN / MANFAAT / KEMASLAHATAN

PENGENALAN :
 Gambar di atas menunjukkan aktiviti belajar secara berkumpulan. Aktiviti ini banyak mendatangkan faedah. 

Antara faedah ialah kita dapat bertukar-tukar pendapat dan idea baharu dengan rakan-rakan dalam kumpulan. 

Selain itu, kita dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli kumpulan. Ahli kumpulan akan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menyelesaikan soalan yang mencabar. 

Seterusnya, aktiviti ini membolehkan kita membantu antara satu sama lain dalam pelajaran mereka

Secara tidak langsung, keyakinan diri kita dapat ditingkatkan. Kesimpulannya, murid-murid boleh mangadakan kumpulan belajar supaya dapat memperoleh keputusan yang cemerlang. (83 patah perkataan)







UJIAN SUMATIF BM


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang manfaat-manfaat mewujudkan Kelab Doktor Muda dan implikasi pelaksanaannya kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Kelab Doktor Muda. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf usaha berterusan yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia mengaktifkan Kelab Doktor Muda di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sebagai pemangkin melahirkan generasi baru yang sihat dan cergas. Murid yang dilatih berpeluang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.

Kelab ini pada awalnya banyak ditubuhkan di sekolah rendah dan merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah. Wakil WHO, Profesor Don Nutbeam memuji Kelab Doktor Muda sebagai program promosi kesihatan di sekolah yang paling berjaya dan berkesan membentuk tabiat kesihatan yang lebih baik seawal di bangku sekolah lagi. Menurutnya lagi terdapat banyak manfaat melalui penubuhan kelab itu seperti tabiat kesihatan dapat didedahkan kepada para pelajar di peringkat sekolah. Hal ini kerana pelajar akan dibimbing secara berkala oleh pihak Kementerian Kesihatan ketika melaksanakan aktiviti. Selain itu, pelajar sekolah akan mendapat pengetahuan dan kemahiran kesihatan seperti pertolongan cemas dan langkah awal menghadapi saat-saat kecemasan sementara menunggu bantuan sampai. Aspek penjagaan kesihatan juga akan turut ditekankan. Pelajar akan belajar menghargai kesihatan yang telah dianugerahkan. Kelab Doktor Muda juga memberikan seribu pengalaman kerana Doktor Muda akan mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan sekolah menguruskan hal-hal berkaitan kesihatan pelajar. Mereka akan membantu untuk memantau kesihatan asas murid yang meliputi penjagaan asas diri dan kekemasan berpakaian.

Program yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kesihatan ini merupakan suatu program jangka panjang bagi menerapkan amalan gaya hidup sihat dan mengekalkannya sehingga dewasa. Pihak sekolah juga perlu mengambil langkah untuk menggalakkan pelajar menyertai kelab tersebut seperti mengadakan kempen kesedaran supaya ramai pelajar yang akan berminat menyertai kelab tersebut dan menawarkan hadiah menarik untuk setiap aktiviti atau program yang dijalankan. Di samping itu, pelajar juga dapat memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan dalam diri. Mereka akan lebih yakin ketika berkomunikasi dengan rakan-rakan pelajar yang lain semasa melakukan pelbagai aktiviti. Kelab Doktor Muda juga akan secara tidak langsung dapat menyemai cita-cita pelajar untuk menjadi doktor apabila dewasa kelak.

Langkah lain yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah ialah mengadakan pelbagai pertandingan antara sekolah-sekolah dalam daerah untuk mencungkil bakat-bakat baru. Setelah meninjau beberapa buah sekolah terpilih yang menjalankan Kelab Doktor Muda di Malaysia, Profesor Don Nutbeam program yang dijalankan di bawah kelab ini memberi impak maksima daripada aspek penjagaan diri dan kesihatan harian murid.

Secara tuntasnya, penglibatan pelajar dalam Kelab Doktor Muda diyakini mampu memperkukuh penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan diri dan keluarga. Usaha berterusan dan komitmen pelbagai pihak amatlah diharapkan untuk merealisasikan program ini.

Dipetik dan diubahsuai daripada “WHO ikhtiraf Kelab Doktor Muda Malaysia” Majalah Pendidik, Bil.103, September 2016.
Soalan 2 (a) - Petikan Umum

(i)               Berikan maksud rangkai kata menyemai cita-cita.                                 [2 markah]


(ii)                   Pengarang mengemukakan  beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh pihak

sekolah untuk menjayakan program Kelab Doktor Muda.

Apakah langkah-langkah tersebut.                                                                              [3 markah]


(iii)                  Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu pihak sekolah menjayakan Kelab Doktor Muda.

[4 markah]

Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden

Kata bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai tradisinya. Kota yang sekadar dibangunkan dengan kempen dan slogan itu sarat dengan api prasangka dan runcing prejudis para warganya yang berbilang bangsa dan bercampur aduk pula budaya dan bahasa pertuturannya. Manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaksuban dan kepentingan diri masing-masing.

Mereka dipecah-pecahkan oleh ideologi, puak dan etnik , warna kulit, bahasa percakapan serta fahaman politik sehingga mengundang resah dan amarah. Lantas masing-masing bangun untuk berjuang menegakkan identiti masing-masing.

Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam dekad lampau. Sejarah yang meninggalkan parut luka sentimen yang bukan sedikit. Sejarah suram yang berparut duka angkara gelodak emosi dan kesumat yang mengalir dalam dada setiap warganya sejak sekian lama.

Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sistem pecah dan perintah, bernanahlah segala prasangka buruk sebelum meletusnya tragedi sengketa dan rusuhan antara warga kota yang mewakili bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya.

Akibatnya, darah dan korban menjadi sebuah api pergolakan sehingga mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung menghirup kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada saya setiap kali menjengah calendar Mei pada wajah hari.


(i). Berdasarkan petikan cerpen tersebut, mengapakan kota besar itu dikatakan sudah hilang segala nilai tradisinya ?

[2 markah]

(ii). Perpaduan merupakan tonggak utama kepada sesebuah negara yang aman dan damai serta maju dalam pelbagai bidang.

Pada  pendapat  anda,  apakah  tindakan-tindakan  yang  perlu  dilakukan  untuk  memupuk

perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara kita ?                 [3 markah]


(iii).      Jelaskan  satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan [4 markah]


Jawab semua soalan

(a). Tulis satu ayat bagi setiap perkataan berimbuhan

(i)            keluaran

(ii)           mengeluarkan

(iii)          pengeluaran

(iv)         berguna

(v)          menggunakan

(vi)         penggunaan

(b)  Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1.            Sekolah Kebangsaan Seri Angsana telah mengutip RM 20 000 melalui program Hari Keusahawanan.

2.            Pasukan Bomba dan Penyelamat telah mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap dalam keretapi itu.

3.            Ibu sudah melipat kain itu petang semalam walaupun keletihan selepas balik dari Kuala Terengganu.

4.            Kami telah menunaikan permintaan jurulatih untuk menang dalam pertandingan bola tampar itu.

5.            Tuan Pengetua telah menyampaikan surat kenaikan pangkat kepada beberapa orang guru pagi semalam.

6.            Transformasi pendidikan berjaya melahirkan murid-murid yang berfikiran kreatif dan inovatif.



(c). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan.

(i). Generasi muda yang mempunyai ide bernas untuk pembangunan negara perlu membimbing kerana mereka akan menjadi tonggak kemajuan negara pada masa depan.

(ii). Syarikat otomotif yang mula beroperasi pada tahun 2012 telah berjaya mencapai sasar jualan kereta sebanyak 2000 unit pada tahun ini.

(iii). Individu yang hendak mengambil makanan penambahan berasaskan cendawan perlu merujuk kepada doktor atau ahli fermasi.

(d). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa..

(i). Kebanyakan filem-filem yang dihasilkan oleh karyawan tempatan di negara ini selalu mendedahkan tema cinta muda mudi.

(ii). Pak Samad sedang mentafsir kerugian yang dialaminya setelah tanamannya musnah di dalam kejadian banjir semalam.

(iii). Para hakim terpesona mendengar hujah-hujah yang cukup panas dilontarkan oleh pembahas kedua daripada pasukan Kolej Tunku Abdul Rahman dalam pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan.


(e). Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa di bawah.

(i).seperti abu di atas tunggul.

(ii).bagai cincin dengan permata.

(iii).di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.



Wednesday, May 1, 2019

Cabaran BelajarDi Luar Negara

PELBAGAI CABARAN MELANJUTKAN PELAJARAN DI LUAR NEGARA 
KEWANGAN
Rata-rata yang belajar di luar negara mendapat tajaan, kerana kos sara hidup yang tinggi. Tapi, ada juga yang datang secara persendirian. Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil, kejatuhan matawang turut memberi kesan bagi pelajar di luar negara.
Disebabkan itu, ada yang memerah keringat membuat pekerjaan sambilan, berniaga untuk menambahkan pendapatan. Ada juga yang terpaksa mengikat perut untuk berjimat. 
Pihak universiti pula ada yang hanya memikirkan keuntungan sahaja, sesuka hati menaikkan yuran tanpa alasan yang munasabah. Sehinggakan, ada yang tak dapat teruskan pengajian kerana kesesakan kewangan.

2. BAHASA
Duduk di negara orang pastinya memerlukan penguasaan bahasa yang baik, bagi melancarkan proses belajar dan komunikasi dengan masyarakat tempatan.
Memahami bahasa yang tertulis dalam buku satu hal, satu hal lagi jika pensyarah bertutur menggunakan bahasa pasar di dalam kelas. Ternganga jelah mendengar celoteh guru di depan. Bila pelajar lain gelak, kita pun buat-buat juga gelak walaupun sepatah haram tak faham apa yang lawaknya. Haha.

3. CUACA
Tinggal di negara 4 musim ni sebenarnya tidaklah terlalu menyeronokkan pun. Bila tiba musim sejuk, seronoklah sekejap dapat main salji, upload kat facebook.  Lepas tu, 3 bulan terpaksa menanggung derita kesejukan. Pakai baju sampai 3-4 lapis. Kalau yang buka pemanas, siaplah bil eletrik mencanak naik.
Pengalaman menempuh ramadhan pada musim panas lebih mencabar. Terpaksa menahan lapar sehingga 16 jam kerana waktu siang yang panjang. Waktu malam pula menjadi lebih singkat, tak lama selepas habis solat terawih dah kena bersahur pula. 

4. BUDAYA
Setiap negara ada budaya tersendiri, kenalah kita sesuaikan diri dengan budaya tempatan. Ada yang baik kita contohi, yang buruk kita tinggalkan.
Contohnya, di negara arab sangat menjaga kehormatan wanita, sehinggakan aib bagi mereka jika membiarkan wanita berdiri di dalam bas. Dan, jika makan di restoran disediakan tempat khas untuk wanita dan keluarga.
Sifat Asobiyyah atau rasis sesama kabilah juga amat menebal di sini, jika kita membuat masalah dengan seseorang, habis semua satu kabilah datang back up, walaupun dia yang bersalah. Sampaikan polis pun tak mampu berbuat apa-apa.

5. SISTEM
Berurusan di sini memang memerlukan kesabaran level tertinggi, tak seperti di negara kita. Perkara yang boleh disiapkan dalam masa yang singkat menjadi berlarutan kerana sikap bertangguh dan sambil lewa pegawai.

“Bukro..bukro” 
tempik si pegawai, menyuruh untuk sambung urusan esok. Sedangkan waktu pejabat masih belum tamat. Adakalanya, kita ditendang seperti bola, sengaja disuruh ke sana sini untuk lengkapkan dokumen. Memang sakit hati.

6. KELUARGA
Penyakit yang menular di kalangan mahasiswa di luar negara adalah ‘Homesick’. Pedih tu menanggung rindu. Terutamanya, masakan mak.
Ada diantaranya yang 2-3 tahun tak pernah balik, ada pasangan suami isteri yang terpaksa tinggal berjauhan. Yang paling menyedihkan, jika ada kematian ahli keluarga di tanah air.

7. KESELAMATAN
Sepertimana kita memandang lekeh pendatang asing dari bangladesh mahupun myanmar di negara kita, begitu juga nasib pelajar di sini terima.

“Ali Baba..Hongga-Hongga” 
Begitulah antara ejekan yang sering diterima. Mereka anggap negara kita tak bertamadun, duduk dalam hutan pegang sumpit, pakai cawat kerana melihat gambar di poskad yang menonjolkan alam semula jadi di negara kita.
Banyak kes-kes ragut, rompak, pecah rumah, raba, flasher yang terjadi kepada pelajar-pelajar kita. Sehinggakan dibuat peraturan, tidak dibenarkan bagi pelajar wanita keluar malam kecuali dengan ‘murakib’ iaitu pelajar lelaki menjadi pengiring.