Tuesday, April 11, 2017

SBE vs JMJ

NOTA PERBANDINGAN

Novel Songket Berbenang Emas
Karya : Khairuddin Ayib

Tema:
·   Ketabahan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan.
Buktinya:
1.     Hal ini digambarkan melalui Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun sangat tabah menghadapi dugaan hidupnya. Apabila emaknya, Saleha menghadapi tekanan perasaan dan dimasukkan
           ke hospital, Dahlia terpaksa keluar dari     asrama dan berulang-alik ke sekolah.

2.     Dahlia seorang yang tabah kerana terpaksa menjaga adik-adiknya di samping pelajarannya.

3.     Kehidupan Dahlia semakin tertekan apabila abahnya dipatuk ular. Dahlia terpaksa mengambil alih semua tugas menguruskan adik-adik dan keperluan rumah mereka.Namun,Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan tersebut.

4.     Dahlia juga tabah dihina oleh Aton apabila Dahlia gagal menyelamatkan Said yang lemas di sungai berhampiran rumahnya.

5.     Dahlia juga tabah melayan kerenah neneknya yang membenci keluarga Dahlia kerana keluarga mereka hidup dalam kemiskinan berbanding anak-anaknya yanglain yang hidup senang.

6.     Dahlia tetap tabah apabila mengetahui neneknya dan Pak Cik Seman ingin menjual tanah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini.

7.     Dahlia juga tabah mengulang kaji pelajaran dalam keadaan yang kurang selesa di pusat pemindahan banjir.

8.     Berkat ketabahan Dahlia,akhirnya dia telah berjaya dalam STPM dan mendapat
            tawaran untuk melanjutkan pelajaran di        
Jepun.


Novel Novel Songket Berbenang Emas
Karya : Khairuddin Ayib (Semester 4)

Bincangkan persoalan dalam novel yang telah anda pelajari. (7 markah ).

1.    Persoalan jodoh pertemuan di tangan Allah
·       Dahlia menyerahkan jodohnya dengan Azhari kepada Allah. Dia mahu meneruskan pelajarannya demi membaiki taraf hidup keluarganya.
2.    Persoalan kasih sayang antara keluarga
·         Embong amat menyayangi isterinya, saleha dan anak-anaknya. Beliau sanggup bekerja dari pagi hingga ke malam untuk menyara keluarganya. Beliau tetap menyayangi isterinya walaupun Saleha menghidapi tekanan mental.
·         Dahlia amat menyayangi emaknya. Dahlia sanggup ponteng sekolah untuk menziarahi emaknya yang dirawat di Hospital Permai.
·         Dahlia sangat menyayangi adik-adiknya, Melati, Anggerik, Mawar dan Abu Bakar. Dahlia sanggup keluar dari asrama dan berulang-alik dari rumah ke sekolah kerana mahu menguruskan keperluan adik-adiknya.
·         Mawar sangat menyayangi keluarganya. Dia sanggup berhenti sekolah untuk menjaga adik-adiknya.
3.    Persoalan kepentingan ilmu dalam  kehidupan.

·         Embong sedar akan kepentingan ilmu kepada anak-anaknya. Oleh sebab itu, beliau marah apabila mendapat tahu Dahlia mahu berhenti sekolah kerana mahu menjaga adik-adiknya.Beliau mahu   Dahlia meneruskan persekolahannya, walaupun Embong sendiri tidak tahu cara untuk menyelesaikan masalahnya setelah isterinya dirawat di hospital.
·         Embong mengatakan bahawa beliau sanggup bersusah payah untuk memastikan anak-anaknya berjaya dalam pelajaran[A1] .

4.     Persoalan keinginan untuk membaiki taraf hidup (m/s 31 – Dahlia ingin membaiki diri sendiri dan keluarga )
·         Dahlia mahu membaiki diri dan keluarganya oleh sebab itu dia tidak memberi kata putus semasa Azhari ingin melamarnya.
5.    Persoalan kemiskinan hidup di  kampung
·         Keluarga Dahlia hidup dalam kemiskinan sehingga dibenci oleh neneknya sendiri.
·         Anggerik menangis kerana tidak mahu minum susu yang cair akibat susu telah
           habis dan keluarga Dahlia tiada wang    untuk membeli susu.
·         Dahlia tidak mahu rakan-rakannya datang ke rumah pada Hari Raya Aidilfitri kerana tidak mahu mereka tahu keadaan keluarganya yang hidup dalam
Kemiskinan.

 6.Persoalan kepercayaan karut masyarakat kampung.
·         Nek Kiah percaya di rumah Dahlia ada hantu oleh sebab itu, seorang demi
·         seorang keluarganya ditimpa bencana. (m/s 50)
·          Nek Kiah tidak mahu dipadamkan kapur yang diletakkan dipintu rumah Dahlia kerana dikatakan boleh menghalau hantu)
·         Nek Kiah menuruh seorang anak muda membawa Said keliling rumah sebanyak
            tujuh kali kerana dikatakan Said boleh      hidup semula jika dibuat begitu. (m/s 56-
           Nek Kiah menyuruh seorang anak muda    membawa Said keliling rumah tujuh kali
kerana dikatakan nyawanya boleh kembali )
       
        7. Persoalan kesabaran dalam mengharungi  dugaan hidup
·         Dahlia tetap bersabar apabila Aton menyindirnya sewaktu dihantar oleh Azhari.
·         Dahlia tetap bersabar apabila Aton mengatakan emaknya gila.
·         Dahlia bersabar mengharungi kehidupannya walaupun keluarga mereka hidup dalam kemiskinan.
·         Dahlia tetap bersabar menghadapi kerenah Nek Kiah yang membenci
            keluarganya.
       8. Persoalan semangat untuk  menempa kejayaan
·         Dahlia terpaksa berulang alik ke sekolah setelah emaknya dirawat di hospital kerana dia tetap ingin belajar.
·         Dahlia bersemangat mengulang kaji pelajaran di pusat pemindahan banjir demi mencapai kejayaan dalam STPM.
9. Persoalan keberanian menyelamatkan nyawa orang lain
·         Dahlia seorang yang berani kerana sanggup terjun ke dalam sungai untuk
menyelamatkan Said walaupun sungai itu arusnya deras.
10. Persoalan semangat setia kawan
·         Kavita membawa Najib datang ke rumah Dahlia apabila Dahlia kerap tidak hadir
            ke sekolah. Hal ini membuktikan     semangat setia kawan yang tinggi.
·         Kavita diminta oleh Cikgu Hisyam untuk membuat salinan nota untk diberikan
            kepada Dahlia. Kavita menurut suruhan   cikgunya kerana dia mempunyai
semangat setia kawan dalam membantu rakannya yang dalam kesusahan.
11. Persoalan sikap mementingkan diri sendiri
·         Nek Kiah seorang yang mementingkan diri sendiri kerana tidak mahu membantu anak dan cucunya sendiri yang hidup dalam kemiskinan.
·         Seman, anak Nek Kiah juga seorang yang mementingkan diri sendiri kerana
             berpakat denganNek Kiah untuk menjual tanah yang menjadi tempat tinggal keluarga Dahlia.
12. Persoalan suka berprasangka buruk terhadap orang lain
·         Aton suka buruk sangka terhadap Dahlia apabila Azhari dan Najib berkunjung ke
             rumahnya.
·         Aton juga mengatakan emak Dahlia “orang gila”
·         Aton juga telah menuduh Dahlia yang menjadi penyebab kematian anaknya, Said.
13. Persoalan sikap keprihatinan terhadap orang lain
·         Tauke Lim amat prihatin terhadap keluarga Embong. Beliau selalu membantu Dahlia dan keluarganya dengan memberi hutang apabila keluarga Dahlia membeli barang di kedainya.
·         Haji Sulaiman juga amat prihatin kepada keluarga Embong. Beliau juga membantu membawa Saleha untuk dirawat di hospital. Beliau juga selalu
             meminjamkan wang kepada Embong.
·         Cikgu Hisyam juga seorang yang prihatin terhadap masalah Dahlia. Beiau menyuruh Kavita membuat salinan nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah


Novel Songket Berbenang Emas
Karya : Khairuddin Ayib  (Semester 4)

Bincangkan perwatakan watak utama dalam novel yang telah anda pelajari. ( 8 markah )
Watak Utama
Dahlia
       ·     Anak sulung (m/s 8)- harapan keluarga  mempunyai lima orang adik.
·         Seorang yang bakal menduduki STPM (m/s 5)
·         Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim (Ting. 6) (m/s 42) dan Sekolah Menengah Tun Ismail (Ting.1 – Ting.5)
·         Tertekan dengan masalah yang menimpa keluarganya
·         Seorang yang bijak-Cikgu hisyam yakin Dahlia akan cemerlang dalam STPM.
            Dahlia merupakan pelajar harapan     sekolah. Dahlia mendapat tawaran untuk
            melanjutkan pelajaran di Jepun.
·         Hidup dalam suasana kemiskinan –berhutang dengan Tauke Lim (m/s 14)
·         Ibunya menghidap penyakit kemurungan
·         Bapanya dipatuk ular
·         Seorang yang tidak sombong –melayan Aton yang menyindirnya ketika dihantar pulang oleh Azhari (m/s 10)
·         Seorang yang taat akan perintah Allah- berdoa selepas sembahyang Isyak(m/s 19)
·         Seorang yang penyayang – sanggup keluar dari asrama untuk menguruskan
            adik-adiknya.
·         Seorang yang menghormati tetamu –memberi layanan yang baik kepada
            tetamu menghidangkan air walaupun     neneknya tidak suka akan keluarganya
            (m/s 21)/ menghidangkan air bujang ketika Kavita dan Najib berkunjung ke
rumahnya (m/s 78)
·         Seorang yang menjaga tatasusila budaya – akur kepada budaya Melayu          yang melarang keras perbuatan  membantah kata-kata orang tua (m/s 27)
·         Seorang yang berani- Dahlia terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan
            Said (m/s 53)
·         Seorang yang berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan (m/s 57)
·         Seorang yang bertanggungjawab- Dahlia bertanggungjawab menjaga makan
minum abah dan adik-adiknya setelah emaknya dirawat di hospital (m/s 73)

Novel Novel Songket Berbenang Emas
Karya : Khairuddin Ayib  (Semester 4)

Bincangkan perwatakan  satu watak sampingan  dalam novel yang telah anda pelajari. (8 markah)

Watak Sampingan
Saleha
·    Ibu Dahlia
·         Berumur 39 tahun (m/s 16)
·         Mempunyai enam orang anak   (Dahlia,Melati,Kiambang, Mawar,Anggerik dan Abu Bakar)
·         Menghidap penyakit kemurungan akibat    terkena buatan orang
·         Bekerja sebagai penoreh getah
·         Seorang yang penyayang- semasa sihat ,       beliau yang menjaga semua
·         keperluan anak-anaknya.

Embong
     · Bapa Dahlia . Berasal dari Melaka.
·         Seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab. Beliau tidak mahu anak-anaknya berhenti sekolah dan mengatakan beliau akan bertanggungjawab menyara kehidupan mereka walaupun isterinya sakit.
·         Seorang yang penyayang sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya
·         Seorang yang percaya akan kehendak takdir –Isterinya menjadi kurang siuman (m/s 22)
·         Seorang yang penyabar (m/s 24)- Sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup miskin.
·         Seorang yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya – menyuruh Dahlia pergi ke sekolah dan akan menguruskan hal adik-adik Dahlia (m/s 32)
·         Seorang yang berani- Embong berani membunuh ular sawa yang membelit
            badannya.

Azhari
·         Berkumis nipis
·         Bermuka bulat (m/s 7)
·         Tinggi
·         Kacak
·         Pelajar senior di sekolah Dahlia iaitu Sekolah Menengah Tun Ismail.
·         Berpendidikan tinggi- baru mendapat segulung ijazah
·         Suka akan Dahlia
·         Seorang yang suka memberi nasihat- menyuruh Dahlia belajar bersungguh-sungguh ( m/s 6)
·         Seorang yang pandai memujuk- Dia pandai memujuk Dahlia agar menerima
             Lamarannya.
4. Siti Wangi
·         Sahabat Dahlia
·         Bermuka bulat
·          Sentiasa ceria

5. Tauke Lim
·         Berbangsa Cina
·         Seorang yang suka membantu keluarga Dahlia- sanggup membantu keluarga
Dahlia dengan memberi hutang. Beliau  juga sanggup memberi wang kepada
           Embong untuk dibayar kepada Nek Kiah    yang berhasrat menjual tanah
tempat mereka tinggal.
·         Seorang yang baik budi kerana memberi keluarga Dahlia berhutang
·         Seorang yang prihatin akan masalah orang lain- Sangat prihatin atas nasib
             keluarga Embong
·         Seorang yang pemurah menyumbangkan barang-barang untuk sambutan Maulidur Rasul. Beliau juga memberi wang sebanyak RM300 kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya sebelum ke Jepun.
·         Seorang yang setia kawan – menganggap dia dan Embong sudah berkawan lama
·         Seorang yang pandai bergaul- Walaupun Tauke Lim berbangsa Cina tetapi beliau amat disenangi oleh orang-orang kampung kerana pandai bergaul.
6. Nek Kiah
·         Ibu Saleha
·         Suka membandingkan antara anaknya- Nek Kiah suka membandingkan anak-anaknya dengan keluarga Dahlia yang hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah lebih menyayangi cucu-cucunya yang lain.
·         Tidak suka akan keluarga Dahlia kerana hidup dalam kemiskinan – Nek Kiah
tidak suka akan keluarga Dahlia. Apabila keluarga Dahlia dalam kesusahan,dia langsung tidak membantu malah menyalahkan Saleha yang berkahwin dengan Embong yang tidak diketahui asal usulnya.
·         Seorang yang pemarah
·         Seorang yang suka mempercayai perkara tahyul- Nek Kiah mengatakan
            rumah Dahlia ada hantu. Dia menggores        kapur di setiap pintu kerana dipercayai boleh menghalau hantu.
·         Seorang yang mementingkan diri- Nek Kiah tidak mengambil tahu akan
             keperitan hidup cucunya setelah Saleha   dimasukkan ke hospital.



Novel Songket Berbenang Emas
Karya : Khairuddin Ayib  (Semester 4)


Bincangkan latar tempat  dalam novel yang telah anda pelajari. (8 markah)

Latar Tempat     

1. Padang bola jaring –Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti
Wangi. (m/s 1)
2. Kantin – Tempat Azhari menunggu Dahlia (m/s 4)
3. SMK Tun Ismail – lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia
pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima (m/s 7)
4. Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim- Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar
tingkatan enam. Dia tinggal di asrama sekolah ini.
5. Bilik Kerjaya- Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita.(m/s 91-92).
6. Kebun getah- 20 meter dari rumah seluas lima ekar tempat Saleha menoreh getah
(m/s 17)
7. Kampung Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia (m/s 23). Di sini, Dahlia menjaga
adik-adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah emaknya dirawat di
hospital.
8. Hospital Batu Pahat (Wad 6) -Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan
pada peringkat awal
9. Hospital Batu Pahat (Wad 4)- Abah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular.
(m/s 153)
10. Hospital Permai, Johor Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat (m/s 46) di bilik 16. Di
sini juga Azhari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah.
11. Sungai –kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia (m/s 47)- Dahlia cuba menyelamatkan
Said yang lemas di sungai ini.
12. Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir- Kira-kira dua kilometer dari rumah Dahlia di
sinilah Embong memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah Aton. Di kebun
kelapa sawit inilah ular sawa telah membelit Embong.
13. Sekolah Kebangsaan Jelotong- Said dan Melati bersekolah di sini .(m/s58)
14. Rumah Aton kira-kira 150 meter dari rumah Dahlia. (m/s 58)- Dahlia disindir oleh
Aton kerana dikatakan Dahlialah yang menyebabkan Said mati lemas.
15. Balai raya Kampung Parit Haji Rais- Beberapa orang penduduk bergotong – royong
semasa majlis sambutan Maulidur Rasul. Selain itu, di sini juga menjadi tempat
pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampong Dahlia.


Novel Songket Berbenang Emas
Karya : Khairuddin Ayib  (Semester 4)
Bincangkan latar masa dalam novel yang anda pelajari  ( 8 markah ) 
Latar Masa
1. Petang – Azhari menghantar Dahlia balik ke kampungnya dari asrama (m/s 9)
2. Maghrib- Sehingga maghrib Saleha belum pulang ke rumah ….kentung azan pun
sudah bergema (m/s 17)
3. Pagi- Dahlia menunggu bas untuk ke sekolah
4. Malam- Haji Sulaiman datang bersama dengan tiga orang pekerja hospital
5. Empat bulan sebelum peperiksaan STPM- Cikgu Salwani tidak membenarkan
Dahlia keluar dari asrama kerana periksaan STPM hanya tinggal empat bulan
sahaja.
6. Pukul 8:30 malam- Kambing Embong hilang dicuri orang. (m/s 126)
7. Pukul 3:41 petang –Dahlia menunggu di luar wad untuk melawat abahnya. (m/s 138)
8. Tidak sampai seminggu- Embong dirawat di Hospital Batu Pahat. (m/s 177)
9. Pada waktu petang selepas solat Jumaat- Abu Bakar menemui Dahlia dan bertanyakan sama ada abah mereka masih marah akan tindakannya menjual.

Novel Songket Berbenang Emas
Karya : Khairuddin Ayib  (Semester 4)


Bincangkan latar masyarakat  dalam novel yang telah anda pelajari. (8 markah)

Latar Masyarakat
1. Masyarakat kampung
·         Mereka tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong,
            Tauke Lim dan lain-lain.
·         Mereka hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Mauludir Rasul.
2. Masyarakat guru
·         Cikgu Salwani (Warden asrama) dan Cikgu Hisyam, guru kelas Dahlia.
·         Cikgu Salwani marah apabila Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari
             asrama.
·         Cikgu Hisyam menasihati Dahlia supaya meneruskan persekolahannya kerana
            dia sorang yang bijak .
3. Masyarakat pelajar
·         Dahlia, Siti Wangi, Najib dan Kavita merupakan pelajar sekolah.
·         Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim.
·         Mereka mewakili pelajar yang aktif dalam kokurikulum.
4. Masyarakat yang saling membantu
·         Haji Sulaiman selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia / Tempat
             Embong meluahkan perasaan (m/s 26)
·         Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
5. Masyarakat yang bertanggungjawab
·         Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya,Embong yang
            menghadapi masalah (m/s 24 dan 27)
6. Masyarakat remaja yang terpengaruh dengan rakan sebaya
·         Abu Bakar, adik Dahlia suka berseronok dengan rakan-rakannya dan tidak mahu
             membantu keluarga mereka yang    menghadapi masalah. Dia hanya pulang ke rumah untuk menukar baju sahaja.
7. Masyarakat yang insaf akan kesilapannya
·         Abu Bakar insaf akan kesilapannya yang suka membuang masa dengan rakanrakannya.Dia juga insaf akan kesalahannya yang telah mencuri kambing milik abahnya sendiri.
·         Nek Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia
             dan emaknya yang banyak membantu     beliau ketika sakit sedangkan anak-anak
yang selama ini amat disayangi langsung tidak menziarahinya.
8. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup
·         Embong tabah menghadapi keadaan hidup mereka sekeluarga yang hidup dalam kemiskinan
·         Embong juga tabah apabila beliau tidak disukai oleh ibu mentuanya, Nek Kiah.
·         Embong tabah apabila isterinya mengalami masalah mental.

·         Embong tetap tabah apabila rumah yang diduduki oleh keluarganya dilanda banjir.
·         Dahlia tabah menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar walaupun emaknya dimasukkan ke hospital dan ayahnya dipatuk ular.
·         Dahlia juga tabah apabila dihina oleh Aton yang menyalahkannya sewaktu
            menyelamatkan Said yang mati lemas.
·         Dahlia juga tabah berhadapan dengan Azhari yang ingin melamarnya walaupun pada ketika itu terlalu banyak dugaan yang terpaksa ditempuhinya.
9. Masyarakat yang penyayang
·         Embong sangat menyayangi anak-anaknya. Beliau sanggup bekerja dari pagi hingga malam untuk menanggung keluarganya.
·         Dahlia juga amat menyayangi adik-adiknya. Dia sanggup ponteng sekolah
            apabila Anggerik sakit.
·         Saleha juga merupakan emak yang penyayang. Semasa beliau sihat, beliaulah yang menjaga keperluan keenam-enam anaknya itu.
10. Masyarakat remaja yang terlibat dalam percintaan
·         Azhari mencintai Dahlia. Walaupun dia mengetahui Dahlia mempunyai emaknya yang menghidap tekanan mental dan    hidup dalam  kemiskinan namun akhirnya dia tetap melamar Dahlia .
·         Najib juga mencintai Dahlia. Dia mengambil berat apabila Dahlia kerap ponteng sekolah.

    
Novel Songket Berbenang Emas
Karya : Khairuddin Ayib  (Semester 4)

Bincangkan nilai  dalam novel yang telah anda pelajari. (8 markah)


Nilai
1. Kasih sayang (Lengkapkan contoh bagi nilai kasih sayang)
·         Kasih sayang anak terhadap ibu bapanya
– Contohnya:
 Kasih sayang kakak terhadap adik-adiknya- Contohnya:
- Kasih sayang suami terhadap isterinya - Contohnya:
- Kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya - Contohnya:
- Kasih sayang bapa terhadap anak-anaknya - Contohnya:
- Kasih sayang adik terhadap kakaknya- Contohnya:
- Kasih sayang cucu terhadap neneknya- Contohnya:
2. Keberanian
- Embong berani membunuh ular sawa yang cuba membelitnya.
- Dahlia berani terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said.
3. Setia kawan
- Kavita seorang yang setia kawan apabila dia sanggup membuat salinan nota –
nota untuk diberikan kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah kerana
masalah keluarganya
4. Pengorbanan
- Dahlia sanggup berkorban demi menjaga adik-adiknya sewaktu emaknya dirawat
di hospital. Dia sanggup ponteng sekolah kerana ingin menguruskan adikadiknya
dan menjaga adiknya, Anggerik yang sakit. Dahlia juga sanggup keluar
dari asrama sedangkan hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum menduduki
STPM.
- Embong sanggup berkorban bekerja dari pagi hingga malam untuk mencari
rezeki.
5. Keikhlasan
- Tauke Lim ikhlas membantu keluarga Dahlia tanpa mengharapkan sebarang
balasan.
- Beliau juga ikhlas memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
- Beliau ikhlas memberi wang sebanyak RM300 untuk perbelanjaan Dahlia di
Universiti Malaya.
- Beliau ikhlas memberi sumbangan barang-barang sewaktu sambutan Maulidur
Rasul yang diadakan di balai raya.
- Haji Sulaiman juga ikhlas membantu keluarga Dahlia.Beliau membantu
menghantar Dahlia ke stesen bas untuk ke Univesiti Malaya.
6. Nasihat- menasihati
- Haji Sulaiman menasihati penduduk Kampung Parit Haji Rais supaya
mengamalkan sikap bekerjasama dan sedia membantu jiran tetangga yang
susah.
- Cikgu Hisyam menasihati Dahlia agar ke sekolah kerana dia merupakan pelajar
yang berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM.
7. Kerjasama
- Penduduk kampung bekerjasama setelah ditegur oleh Haji Sulaiman. Mereka
bekerjasama membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir.
- Penduduk kampung juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk diserahkan
kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran.
- Haji Sulaiman bekerjasama dengan Hospital Batu Pahat untuk merawat Saleha.
8. Perpaduan/ Bersatu padu
- Masyarakat di Kampung Parit Haji Rais bersatu padu selepas peristiwa banjir
yang melanda kampung mereka.
- Walaupun penduduk di Kampung Parit Haji Rais berlainan bangsa tetapi mereka
hidup bersatu padu. Tauke Lim sanggup menyumbangkan barang-barang
sewaktu sambutan Maulidur Rasul. Beliau juga selesa tinggal di kampung itu
walaupun berbangsa Cina.
9. Kegigihan
- Dahlia gigih belajar di balai raya sewaktu rumahnya di landa banjir untuk
mencapai kejayaan dalam STPM.
- Dahlia gigih belajar dengan menyiapkan kerja rumahnya walaupun terpaksa
menguruskan adik-adiknya setelah emaknya dimasukkan ke hospital
10. Ketabahan
- Dahlia tabah mengharungi dugaan dalam hidupnya. Dia tabah apabila emaknya
sakit dan abahnya dipatuk ular.
- Dahlia juga tabah apabila mendapat tahu neneknya mahu menjual tanah tempat
tinggal mereka.

11. Keinsafan
- Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang suka berfoya-foya dengan rakannya.
- Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang mencuri kambing abahnya.
- Nek Kiah insaf akan kesalahannya yang membenci keluarga Dahlia. Sewaktu
Nek Kiah sakit hanya Dahlia dan keluarganya yang menjaga beliau.


Novel Songket Berbenang Emas
Karya : Khairuddin Ayib  (Semester 4)

Bincangkan pengajaran  dalam novel yang telah anda pelajari. (8 markah)

Pengajaran (Lengkapkan contoh bagi setiap pengajaran di bawah ini)
1. Kita hendaklah membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.
– Contohnya:
2. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sebarang tugasan.
– Contohnya:
3. Kita janganlah berprasangka buruk terhadap orang lain.
– Contohnya:
4. Kita mestilah insaf setelah melakukan kesalahan.
– Contohnya:
5. Kita mestilah nasihat-menasihati antara satu sama lain.
– Contohnya:
6. Kita mestilah bersatu padu demi keharmonian hidup.
– Contohnya:
7. Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita.
– Contohnya:
8. Kita mestilah berani berhadapan dengan sebarang masalah.
– Contohnya:
9. Kita mestilah tabah dalam menempuh dugaan hidup.
– Contohnya:
10. Kita mestilah gigih belajar untuk mencapai kejayaan.

LATIHAN TAMBAHAN

Novel Songket Berbenang Emas
Karya : Khairuddin Ayib  (Semester 4)

Bincangkan binaan plot  dalam novel yang telah anda pelajari. (8 markah)


Binaan Plot
Plot novel ini mengikut kronologi urutan masa.

Permulaan
Dahlia pelajar tingkatan enam atas sedang menjalani latihan bola jaring di padang bola
jaring.Mereka berlatih kerana ada perlawanan dengan pelajar-pelajar enam rendah.Semasa
berhenti rehat, Dahlia teringat akan emaknya yang hilang ingatan.Azhari datang
menemuinya di kantin sekolah dan memberitahu dia sudah tamat pengajiannya di universiti .
Dia menyuarakan hasrat mahu merisik Dahlia. Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia
pulang ke rumahnya di Kampung Parit Haji Rais.

Perkembangan
Dahlia amat sedih apabila melihat keadaan emaknya, Saleha yang berada di kebun getah
pada waktu senja. Emaknya sudah tidak mengenalinya lagi. Dahlia dan abahnya memujuk
emaknya balik ke rumah dengan bantuan orang kampung.Nek Kiah menyalahkan Embong
yang menyebabkan Saleha menjadi kurang siuman. Dengan bantuan Haji Sulaiman, Saleha
dibawa ke Hospital Batu Pahat dan seterusnya dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru
kerana keadaannya semakin serius.Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan kerap ponteng
sekolah kerana menguruskan adik-adiknya.Abah Dahlia pula dimasukkan ke wad kerana
dipatuk ular.



Perumitan/Konflik
· Seman telah datang ke rumah Nek Kiah dan memujuknya untuk menjual tanah yang
menjadi kawasan tempat tinggal Dahlia sekeluarga. Nek Kiah mahu Dahlia dan
keluarganya berpindah sekiranya tidak mampu membayar sebanyak
RM15,000.Dahlia tertekan kerana keluarganya tidak mampu untuk menyediakan
wang sebanyak itu.
· Aton menyalahkan Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas sedangkan
Dahlia telah berusaha untuk menyelamatkan Said.
· Nek Kiah memandang serong terhadap Dahlia atas kehadiran Azhari dan Najib ke
rumah Dahlia.Begitu juga dengan Aton yang sering menyindir Dahlia.
· Najib cuba untuk memikat hati Dahlia. Begitu juga dengan Azhari yang telah datang
merisik Dahlia kerana bimbang Dahlia dipikat oleh orang lain.
· Penduduk kampung sudah jarang mengamalkan sikap bantu-membantu dan prihatin
terhadap orang lain. Selaku ketua kampung Haji Sulaiman menasihati orang-orang
kampungnya agar bersatu dan prihatin kepada jiran tetangga.
Klimaks/Kemuncak
Abu Bakar menjumpai kain merah yang sudah reput yang membungkus telur ayam yang
mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan paku. Dahlia menyuruh Abu bakar
membuangnya ke sungai. Selepas itu, Saleha sudah sembuh dan dibenarkan pulang ke
rumahnya.Nek Kiah pula sakit dan dirawat di hospital selama dua hari. Keluarga Dahlialah
yang menjaganya. Setelah keluar dari wad, Nek Kiah tinggal dengan keluarga Dahlia
sehingga benar-benar pulih.Nek Kiah mula berubah dan berbaik semula dengan keluarga
Dahlia.
Banjir yang berlaku di Kampung Parit Haji Rais telah membawa hikmah apabila penduduk
kampung bersatu dan bergotong-royong membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir
setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman.

Peleraian/ Pengakhiran
Dahlia tinggal di asrama semula kerana peperiksaan STPM semakin hampir.Keluarga
Azhari menetapkan tarikh pertunangan Dahlia selepas peperiksaan STPM
tamat..Kedatangan Cikgu Daim membawa berita gembira apabila Dahlia terpilih untuk
mengikuti pengajian di Jepun selama empat tahun. Sebelum ke Jepun ,Dahlia perlu
mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Majlis pertunangan
Dahlia terlewat kerana jurucakap majlis lewat sampai. Azhari datang berjumpa Dahlia di
stesen bas sebelum Dahlia bertolak ke Kuala Lumpur. Dia telah menghadiahkan songket
berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari mahu Dahlia menjaga jati dirinya
sebagai orang Melayu walaupun berada di mana-mana jua.
Novel Jendela Menghadap Jalan
Karya Ruhaini Mat Darin

Tema:
Kehidupan masyarakat yang menghadapi pelbagai masalah diselesaikan dengan cara bermuafakat.
Buktinya:
1.     Masalah keganasan rumah tangga yang berlaku kepada keluarga Che Jah akibat sikap suaminya Seman dapat diatasi apabila Che Jah sendiri dengan suka rela membuat laporan polis. Akibat tidak tahan dengan sikap suaminya dan kesan kenakalan anak-anaknya Che Jah akhirnya berjaya diselamatkan.
2.     Masalah buruk sangka atas orang lain.Masyarakat di Pekan Sentosa buruk sangka terhadap anak-anak Che Jah yang selama ini terkenal kenakalannya. Mereka menyangkakan bahawa Haziq dan Rafiq yang melarikan kubah surau. Masalah terlerai apabila Che Jah menyatakan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau tersebut.
3.     Keprihatinan masyarakat terhadap masalah yang dihadapi. Lili begitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh Che Jah. Penduduk kampung yang selama ini menganggap keluarga Seman sebagai contoh institusi kekeluargaan yang buruk, namun dengan bantuan kefahaman Geetha yang bukan berbangsa Melayu menjadikan Lili tersedar bahawa Che Jah perlukan bantuan bukannya cemuhan.









Novel Jendela Menghadap Jalan
Karya Ruhaini Mat Darin (Semester 2)

Bincangkan persoalan dalam novel yang telah anda pelajari. (7 markah ).

1.    Persoalan tentang keganasan rumah tangga.
·         Seman suami Che Jah seorang yang suka berjudi, berhutang dan minum arak telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan. Anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.

2.    Persoalan tentang penggunaan ubat tradisional.
·         Datuk sering disindir oleh nenek akibat terlalu prihatin dan membantu penduduk kampung yang bermasalah kesihatan dengan membekalkan ubat tradisional yang dibuatnya sendiri. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu tanpa pengetahuannya.


3.    Persoalan tentang sikap prihatin.
·         Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya yang buruk selama ini.

4.    Persoalan tentang masalah sosial penduduk kampung.
·         Hidup di kampung walaupun berada dalam keadaan selesa, nyaman dengan pemandangan yang cantik namun terdapat pelbagai masalah sosial. Penduduk kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjual tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak untuk lebih menyetujui penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk kampung juga berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang kurang bertanggungjawab diikuti kelakuan anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih kawan.

Novel Jendela Menghadap Jalan
Karya Ruhaini Matdarin  

Bincangkan perwatakan watak utama dalam novel yang telah anda pelajari. ( 8 markah )
Watak Utama
Lili
·         Lepasan sekolah menengah
·         Tidak gembira pulang ke kampung datuk dan neneknya
·         Berpura-pura menjaga hari ibunya
·         Rajin membaca buku panduan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan
·         Akur cakap orang tua
·         Suka berkawan dan peramah
·         Menjadi teman baik Geetha
·         Cepat bersimpati dengan orang lain iaitu Haziq dan Rafiq anak Che Jah yang nakal,
·         Prihatin dan meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap suami Che Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga.
·         Mesra dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk pembinaan masjid baru di kampungnya itu.

Berdasarkan novel Jendela Mengadap Jalan karya Ruhaini Matdarin yang telah saya pelajari di Semester 2, watak utama dalam novel ini ialah Lili.

Terdapat beberapa perwatakan Lili, antaranya ialah dia seorang prihatin. Sebagai contoh, Lili meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap suami Che Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga.
  
Selain itu, Lili juga cepat bersimpati dengan orang lain…….



Novel Jendela Menghadap Jalan
Karya  Ruhaini Matdarin( Semester 2 )
Bincangkan perwatakan  satu watak sampingan dalam novel yang telah anda pelajari.(8 markah  
Watak Sampingan
Datuk (Haji Abdul Rahman)
·         Pakar Akar Kayu Dan Ubat Tradisional
·         Jadi Sumber Rujukan Masalah Kesihatan Penduduk Kampung
·         Berjaya Sembuhkan Letchumi Daripada Sakit Teruk Dengan Herba Yang Dibuat Oleh Datuk
·         Ajar Lili Ilmu Kegamaan
·         Menguji Lili Dengan Ilmu Agama
·         Sayang Akan Pekerjaannya Mengumpulkan Akar Kayu
·         Berjaya Mengislamkan William
·         Dahulu Orang Mendengar Cakap Datuk Tetapi Sekarang Tidak
·         Berumur 70tahun
·         Rajin Beribadat, Solat, Zikir Dengan Tasbih
·         Rajin Membaca Kitab
·         Berjaya Mengubati Lima Orang Dari Kuala Lumpur Menggunakan Herba
·         Tidak Balik Malam Kerana Mencari Herba Di Hutan\
·         Pandai Mengurut (Mengurut Danel)
Danel
·         Anak William
·         Jelaskan Isu Pembinaan Kubah Surau
·         Jelaskan Kebaikan Rawatan Mden
·         Berhujah Dengan Berhemah Supaya Datuk Tidak Berkecil Hati
·         Percaya Perubatan Moden
·         Akrab Dengan Datuk
·         Menulis Artikel Tentang Buah Pisang Di Tenom Sabah
·         Sering Membantu Nenek Memasak
·         Memasak Menggunakan Pisang
·         Bantu Menyelamatkan Lili Daripada Diculik.
Nenek (Hajah Aisyan Tan Abdullah)
·         Kurang Yakin Dengan Ubat Tradisional Yang Datuk Sediakan
·         Isteri Kepada Datuk
·         Percaya Pantang Larang (Terbalikkan Semua Cermin Untuk Terbalikkan Mata Kilat)
·         Bakar Kulit Bawang Putih Untuk Bau Harum Dalam Rumah
·         Suka Menyindir Datuk Tentang Ubat Tradisional.
·         Pandai Memasak Dan Masakannya Sering Dipuji Oleh Danel.

 Ibu Lili
·         Suka Seni Taman Ala Bali Yang Penuh Reka Bentuk Dan Tumbuhan
·         Tanam Herba Pembuka Selera Makan
·         Tidak Kisah Ilmu Agama Akibat Kecuaian Datuk
·         Gemar Belajar Silat.
·         Belajar Di Luar Negara
·         Menjawat Jawatan Penting.
Rafiq Dan Haziq
·         Anak Remaja Berumur Belasan Tahun.
·         Menduduki Pmr
·         Anak Che Jah Yang Sering Menimbulkan Masalah
·         Memulas Tangan Lili Dan Menculik Lili
·         Menggunakan Senjata Tajam Dan Mengacukan Di Leher Lili
·         Berubah Sikap Menjadi Lebih Baik.
Seman
·         Suami Che Jah
·         Kaki judi, berhutang dan minum arak
·         Melarikan kubah surau
·         Seorang yang pemarah dan sering menjadikan Che Jah isterinya dan anak-anaknya Haziq dan Rafiq sebagai tempat melepaskan geram dan marah.
·         Membelasah Haziq dan Rafiq hingga teruk
·         Ditangkap di belakang pondok dusun dan diserahkan kepada pihak berwajib untuk dijalankan pemulihan akidah.

Pilih mana-mana satu watak sampingan dan huraikan perwatakannya. Sekurang-kurangnya empat perwatakannnya, kalau lebih isi lagi baik.





Novel Jendela Menghadap Jalan
Karya  Ruhaini Matdarin
Bincangkan latar tempat dalam novel yang anda pelajari  ( 8 markah ) 
Latar Tempat
·         Dungun
o    Daerah Tempat Nenek Dan Datuk Tinggal
o    Daerah asal ibu Lili
·         Pekan Sejahtera
o    Tempat Tinggal Geetha
o    Kedai milik Letchumi ibu Geetha terletak di sini.
·         Pekan Sentosa
o    Tempat Tinggal Datuk Dan Nenek Lili
·         Bendang
o    Tempat Lili Bertemu Neneknya Sewaktu Tiba Di Kampung
·         Masjid
o    Tempat Datuk Bergotong-Royong Menaikkan Kubah Masjid Bersama-Sama Penduduk Kampung.
o    Tempat Datuk Bersolat Berjemaah
·         Rumah Datuk
o    Rekabentuk Yang Unik Dengan Corak Jendela Dan Pintu
o    Tempat Datuk Bercerita Tentang Kemujaraban Akar Kayu Dengan Lili.
o    Tempat Danel datang dan membantu nenek memasak
o    Tempat Danel berurut dengan datuk
·         Kedai Runcit Letchumi
o    Tempat Nenek Membawa Lili Berbelanja
o    Tempat Lili Bertemu Geetha
o    Tempat Geetha Bercerita Tentang Datuk Kepada Lili.
·         Kedai Runcit Ah Kwan
o    Tempat Lili Diminta Membeli Barangan Dapur
o    Terletak Berhampiran Dengan Rumah Nenek.
·         Balai Raya
o    Tempat penduduk kampung berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah orang kampung oleh orang yang tidak dikenali.
o    Tempat Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau




 Novel Jendela Menghadap Jalan
Karya  Ruhaini Matdarin
Jelaskan empat nilai dalam novel yang telah anda pelajari . ( 8 markah ) 
Nilai
Nilai Jati Diri
·         Datuk tetap menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya.
Nilai Tanggungjawab
·         Penduduk kampong bergotong-royong membantu menyelesaikan masalah kubah surau.
Nilai Prihatin
·         Lili prihatin Atas Nasib Rafik Dan Haziq Kerana Berpunca Dari Masalah Keluarga Yang Dihadapi Walaupun Mereka Pernah Menculik Lili. Lili Menjenguk Che Jah Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut Tentang Latar Belakang Haziq Dan Rafik.
·         Penduduk kampong prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampong mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka berusaha menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara yang tidak sesuai dan salah.
Nilai baik hati
·         Danel sering datang ke rumah nenek dan membantu nenek memasak. Apatah lagi Danel menganggap masakan nenek memang sedap.
·         Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu Berjaya sebagai cara memberikan alternatif kepada menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.
Nilai kasih sayang
·         Nenek dan datuk melayan baik Lili walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.
·         Sebagai ketua keluarga , sikap Seman yang tidak menyayangi ahli keluarga amat mengecewakan. Keluarga yang penuh dengan kasih sayang akan menghasilkan keluarga yang bahagia.


Novel Jendela Menghadap Jalan
Karya  Ruhaini Matdarin
Jelaskan empat pengajaran dalam novel yang telah anda pelajari . ( 8 markah ) 
Pengajaran
·         Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang berlaku di sekeling kitasupaya masalah tersebut diatasi dan keadaan menjadi seperti sediakala. Contohnya…
·         Kita hendaklah menghargai sumber alam supaya kegunaan herba dapat menfaatkan manusia sejagat.
·         Kita hendaklah hidup dalam harmonisupaya semua kaum dapat menikmati hidup yang aman. Contohnya…
·         Kita hendaklah menyelesaikan masalah secara bermusawarah supaya segala masalah dapat diatasi tanpa menjejaskan hubungan akrab yang telah terbina selama ini. Contohnya…
·         Kita hendaklah sayang akan ahli keluarga supaya melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni serta membesar dengan penuh kasih sayang.Contohnya…

   CONTOH:
SOALAN : Berdasarkan novel yang anda kaji,huraikan tiga nilai yang terdapat dalam novel tersebut. (8 markah )
Novel yang saya pelajari ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Rahani Mat Darin. Terdapat beberapa nilai yang terkandung dalam novel tersebut antaranya ialah nilai prihatin. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui sikap Lili yang prihatin atas nasib Rafik dan Haziq yang berpunca dari masalah keluarga yang dihadapi walaupun mereka pernah menculik Lili.
Seterusnya nilai baik hati. Contohnya, Daanel seing datang ke rumah nenek dan membantu nenek memasak.
Akhir sekali ialah nilai kasih sayang……………. 














































































































































































LATIHAN TAMBAHAN

Novel Jendela Menghadap Jalan
Karya : Ruhaini MatDarin  (Semester 2)

Bincangkan binaan plot  dalam novel yang telah anda pelajari. (8 markah)

PLOT- JENDELA MENGHADAP JALAN

Permulaan
•Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas. walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati.
•Dalam perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel dan juga Geetha dalam bas.
•Rumah datuk dan nenek Lili di Pekan Sentosa sungguh nyaman, cantik dan dipenuhi dengan bendang.
Perkembangan
•Datuk menghadapi situasi getir di kampung akibat penggantian kubah surau.
•Datuk dituduh melindungi anak-anak che Jah yang menculik Lili.
•Sugi memaklumkan bahawa dia berhasrat memajukan tanah penduduk kampung dengan projek agripolitan.
•Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya.
• Kekalutan turut timbul apabila Sugi dikatakan memujuk orang kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan kawasan perumahan di kampung datuk.
• Datuk didatangi oleh orang dari bandar untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.
•Geetha memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya telah berjaya menyembuhkan ibunya Latchumi yang sakit dengan menggunakan herba tradisional.
•Danel sering datang untuk membantu nenek memasak kerana menganggap nenek seorang yang pandai memasak dan masakan nenek sangat sedap.
•Danel berbual mesra dengan datuk dan menerangkan kepentingan perubatan moden.  Cara Danel yang berhemah dapat memastikan  datuk tidak berkecil hati.
•Danel sering menulis artikel tentang pisang.Lili diculik oleh anak-anak Che Jah, namun berjaya diselamatkan oleh Danel.






Klimak, puncak
•Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafik, namun telahan mereka tersasar.

Peleraian
•Che Jah dicadangkan oleh Kak Hamimah supaya membuat laporan polis supaya suaminya itu dapat diberkas dan dipulihkan.
•Suami Che Jah ditangkap di belakang pondok dusun.
•Haziq diberi herba sebagai penawar oleh datuk.
•Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
•Sugi tidak mengaku ada kaitan dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk penduduk   kampung menjualkan tanah mereka.
•Datuk dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang menculik Lili.
•Sugi memaklumkan bahawa dia berhasrat memajukan tanah penduduk kampung dengan projek  agripolitan dan penanaman Jatropha Cuncas.
•Ibu pulang menaiki bas tanpa ayah.
•Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya.
•Haziq dan Rafiq kembali semula ke sekolah untuk menduduki PMR

























KOLEKSI TERBAIK FRASA BOMBASTIK KARANGAN

FRASA MENARIK


Ayat-ayat menarik ini boleh digunakan di dalam penulisan karangan. Diharap karangan anda semua menarik di baca oleh cikgu mahupun pemeriksa kertas soalan anda. Selamat mencuba menggunakan ayat-ayat menarik di dalam karangan anda..

1. …masyarakat kita sekarang ini makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan…
2. .kekuatan ekonomi yang cukup ampuh mampu membuatkan Malaysia setanding negara lain di dunia..
3. …kita sepatutnya tidak harus akur kepada ledakan arus materialistik…
4. ….apa jua yang kita rancang perlu menagih komitmen dan pengertian yang serius daripada semua pihak..
5. …masyarakat pada masa kini masih lagi dibelenggu dengan pemikiran yang sempit..
6. ..remaja harus sedar pelbagai cabaran yang bakal menghambat…
7. …..remaja perlu mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang..
8. …cabaran globalisasi ini mesti ditangani dengan serius dan proaktif..
9. ..kita perlu berani menentang ancaman materialistik yang cuba mengikis jati diri umat ..
10. ..kita tidak ingin terus terpinggir dan terkebelakang….
11. .kita perlu berani untuk berhadapan dengan serangan kebudayaan asing yang semakin menular ..
12. ..cabaran globalisasi yang semakin menghimpit mengajar kita tentang kehidupan yang semakin mencabar ..
13. …kita tidak seharusnya mengejar fatamorgana di tanah datar..
14. …kita juga tidak harus hidup seperti Si Luncai yang terjun dengan labunya…biarkan-biarkan..kerana sewajarnya kita bertindak dengan rasional..
15. ..kedahagaan masyarakat terhadap budaya murni kian hambar kerana rata-rata mereka kini ‘seperti enau dalam belukar dan melepaskan pucuk masing-masing…
16. ..remaja masa kini alpa kerana mereka sedari kecil lagi sudah menghirup udara segar hasil kemerdekaan …
17. ..pelajar-pelajar masih dibuai mimpi-mimpi indah sehingga mereka lupa masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan…
18. …kegawatan dunia semakin terasa kerana terpaksa menghadapi pelbagai pancaroba …
19. ..Malaysia kini terus unggul dan kian memuncak kemakmurannya…
20. …kehebatan dan karismatik para pemimpin negara kita menyebabkan mata dunia kini memandang negara kita yang kecil ini….
21. Negara lain kini tiada lagi yang berani menyangkal dan merendahkan keupayaan kita kerana suara kita bernas , padat dan bermakna.
22. ..kejayaan dan kerancakan ekonomi negara kita menyebabkan kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain.
23. ..kepincangan sosial kita kian meruncing dan membengkak ibarat retak menanti belah..
24. ..rakyat kini semakin muflis dan tercabut daripada budaya tradisinya akibat pengaruh barat yang didewa-dewakan oleh remaja masa kini sehingga mereka mudah diperkotak-katikkan
25. ..hakikatnya kita masih belum berjuang dan perjuangan kita masih panjang bak kata bekas Perdana Menteri kita Tun Dr.Mahathir “Perjuangan Kita Masih Belum Selesai”.Justeru kita harus berjuang bermati-matian untuk mencapai apa yang kita hajati.
26. ..apabila rosaknya budi pekerti rakyatnya maka binasalah seluruh negara itu..
27. …oleh sebab remaja kita sering alpa, kecairan jiwa kemanusiaan dan patriotisme di kalangan generasi muda kian terhakis..
28. Justeru satu wahana yang konkrit dan pragmatik wajib dilaksanakan agar Malaysia terus maju di persada antarabangsa.
29. …rata-rata masyarakat hari ini naïf dengan kebendaan dan mateial yang melalaikan…
30. …nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat kita…
31. …tanpa tekad dan azam yang kuat kita tidak akan ke mana-mana..
32. ..kita perlu membenamkan budaya hedonistik yang tidak berfaedah..
33. …remaja kita hari ini sering terkinja-kinja seperti cacing kepanasan apabila mendengar muzik yang melalaikan,pengaruh barat ini banyak merosakkan akhlak mereka…
34. ..kita perlu membebaskan mereka daripada belnggu kejahilan dan kegelapan…
35. ..setiap warga Malaysia perlu prihatin terhadap negara sendiri..
36. …citra budaya dan jati diri bangsa kita perlu diterapkan dalam hati anak-anak muda masa kini agar tak lapuk dek hujan ,tak lekang dek panas.
37. ..dewasa ini kita diterjah dengan pelbagai masalah yang memeningkan kepala..
38. …tidak pernah sunyi daripada kegawatan…
39. kita perlu membebaskan diri daripada belenggu pemikiran negatif..
40. ..era baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran,tranformasi,dan canggih dari segi..
41. ..kita patut menjulang nama negara kita atau bangsa kita sehingga ke puncak jagat tanpa melupakan akar bangsa kita yang tercucuk di bumi ini.
42. ..kecenderungan masyarakat moden yang menagih sesuatu yang unik …
43. remaja masa kini lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran tidak tentu hala..
44. ..sikap warga kota yang taksub mencari nafkah yang tidak pasti halal haramnya sedikit sebanyak melonggarkan semangat kejiranan yang kini kian pudar.
45. …peristiwa paling bermakna dalam liputan sejarah negara..
46. ..masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi juga menjadi penyumbang kepada kegagalan fungsi keluarga dalam menangani masalah sosial di kalangan remaja.
47. ..guru selaku arkitek pembangunan manusia mahu membentuk generasi muda supaya menjadi manusia yang berguna kepada bangsa,agama,dan negara.
48. ..guru bukan sahaja melimpahkan ilmu pengetahuan malah lebih daripada itu ibarat lilin yang membakar diri untuk menyinari orang lain,namun jasa guru sering dilupa.Apabila berlakunya masalah disiplin pelajar guru sering dipersalahkan.
49. …pembudayaan ilmu perlu dibajai dan dijiwai oleh generasi muda masa kini..
50. ..remaja masa kini sepatutnya mula membayangkan ranjau-ranjau kehidupan yang bakal mewarnai hidup mereka agar mereka sedar bahawa hidup ini tidak semestinya menjamin kejayaan tanpa usaha yang gigih..
51. ..sepatutnya setiap individu perlu ada martabat atau nilai diri tersendiri..
52. …media massa kini sebagai pencanai berita yang kadang kala perkara kecil diperbesar-besarkan dan dimomok-momokkan…

KATA-KATA HIKMAT KEJAYAAN

KEJAYAAN KALAU TIDAK DIJEMPUT TIDAK AKAN BERTANDANG DALAM KEHIDUPAN

Kata-Kata Hikmah Kejayaan

  1. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
  2. Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...
  3. Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
  4. Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.- Benjamin Disraeli
  5. Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. - Marcus Aurelius
  6. Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah. - Lao Tze
  7. Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.- Cecil B. DeMille
  8. Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.- Jose Joaquin Olmedo
  9. "Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan."
  10. Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.- Philip Massinger
  11. Kegagalan adalah asas kemenangan - Lao Tze
  12. Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah - Lao Tze
  13. Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.- Flower A. Newhouse
  14. Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.- Joseph Conrad
  15. Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.- James Allen
  16. Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.- Confucius
  17. "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan kamu akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan kamu akan mencapai yang tertinggi."
  18. "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
  19. "Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak"
  20. "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
  21. "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."
  22. "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
  23. "Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"
  24. "Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"
  25. "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
  26. "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
  27. Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.- I. Salanter Lipkin
  28. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.- Samuel Johnson
  29. "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."
  30. "Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."
  31. "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

  32. "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
  33. "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
  34. Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.- Charles Cahier
  35. "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
  36. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."
  37. "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan."
  38. Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"
  39. Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
  40. "Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh."

Peribahasa Biasa Dalam Penulisan

Contoh Peribahasa

Contoh peribahasa serta maksudnya yang sering digunakan :
  • Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
    Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
  • Yang lama dikelek, yang baharu didukung
    Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
  • Seperti lembu dicucuk hidung
    Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
  • Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
    Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
  • Bagai kaca terhempas ke batu
    Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
  • Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
    Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
  • Bagai Aur Dengan Tebing
    Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
  • Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
    Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
  • Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
    Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
  • Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
    Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
  • Melentur buluh biarlah dari rebungnya
    Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
  • Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
    Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
  • Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
    Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
  • Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
    Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
  • Indah khabar daripada rupa
    Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
  • Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
    Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
  • Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
    Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
  • Kacang lupakan kulit
    Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
  • Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
    Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
  • Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
    Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
  • Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
    Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
  • Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
    Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
  • Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
    Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
  • Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
    Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
  • Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
    Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya
  • Bagai ikan pulang ke lubuk
    Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
  • Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
    Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
  • Bak cendawan tumbuh selepas hujan
    Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
  • Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
    Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
  • Bbiar mati anak, jangan mati adat
    Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
  • Sediakan payung sebelum hujan
    Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.