Tuesday, April 11, 2017

Peribahasa Biasa Dalam Penulisan

Contoh Peribahasa

Contoh peribahasa serta maksudnya yang sering digunakan :
  • Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
    Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
  • Yang lama dikelek, yang baharu didukung
    Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
  • Seperti lembu dicucuk hidung
    Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
  • Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
    Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
  • Bagai kaca terhempas ke batu
    Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
  • Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
    Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
  • Bagai Aur Dengan Tebing
    Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
  • Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
    Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
  • Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
    Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
  • Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
    Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
  • Melentur buluh biarlah dari rebungnya
    Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
  • Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
    Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
  • Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
    Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
  • Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
    Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
  • Indah khabar daripada rupa
    Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
  • Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
    Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
  • Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
    Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
  • Kacang lupakan kulit
    Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
  • Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
    Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
  • Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
    Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
  • Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
    Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
  • Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
    Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
  • Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
    Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
  • Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
    Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
  • Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
    Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya
  • Bagai ikan pulang ke lubuk
    Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
  • Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
    Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
  • Bak cendawan tumbuh selepas hujan
    Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
  • Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
    Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
  • Bbiar mati anak, jangan mati adat
    Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
  • Sediakan payung sebelum hujan
    Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

No comments:

Post a Comment