Sunday, July 14, 2019

NOTA BIDANG HAKA ASASI MANUSIA


PENDIDIKAN MORAL SPM BIDANG 5 – NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA

5.1  MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK

  1. Sebab-sebab kanak-kanak perlu diberi perlindungan
  • Kanak-kanak ialah aset negara
  • Kanak-kanak  golongan yang tidak berdosa
  • Kanak-kanak golongan yang lemah

  1. Peranan pihak-pihak berikut dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak
  2. a) Kerajaan
  • Menguatkuasa akta untuk perlindungan kanak-kanak

  1. b) Badan Bukan Kerajaan (NGO)
  • Menganjur seminar untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat

  1. c) Individu/masyarakat
  • Membuat laporan  kepada pihak berkuasa jika mempunyai maklumat mengenai kes penderaan

  1. Peranan ahli masyarakat dalam membendung kes penderaan kanak-kanak
  • Memberi bantuan segera kepada mangsa
  • Membuat laporan kepada pihak berkuasa

  1. Senarai hak kanak-kanak yang perlu dilindungi
  • Mendapat pendidikan
  • Mempunyai nama dan kewarganegaraan
  • Mendapat kasih sayang ibu bapa, jagaan dan perlindungan
  • Mendapat perlindungan ,peluang dan kemudahan istimewa

  1. Hak kanak-kanak
  • hak mendapatkan keperluan  asas, cth : makanan, tempat   tinggal
  • hak mendapatkan pendidikan, cth : persekolahan
  • hak mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna, cth: mendapat rawatan ketika   sakit
  • hak membolehkan penyertaan, cth: pergaulan sosial

  1. Bentuk pengiktirafan terhadap kanak-kanak
  • pengiktirafan secara lisan, cth: melalui pujian, kata-kata motivasi
  • pengiktirafan secara bertulis, cth: melalui pemberian sijil
  • pengiktirafan secara kebendaan, cth: hadiah, wang ringgit

  1. Kebaikan memberi pengiktirafan terhadap bakat dan potensi kanak-kanak
  • menjadi satu bentuk motivasi agar mereka dapat berusaha mencapai kejayaan dalam  bidang yang diceburi
  • kanak-kanak lain meneladani penerima anugerah yang diiktiraf agar mereka juga berupaya mencapai kejayaan sedemikian.
  • sebagai satu ruang dan peluang kepada kanak-kanak agar dapat mengasah bakat masing-masing / menampilkan imej positif.
  • dapat membentuk pemikiran yang matang agar menjadi individu yang lebih berketrampilan


  1. 8. Kesan kanak-kanak yang terabai dalam aspek pendidikan.
  • buta huruf
  • menghadapi masa depan yang gelap
  • mudah ditipu / dieksploitasi
  • tidak bersikap berdikari
  • tidak dapat menjadi seorang yang berilmu / perkembangan intelek terjejas.  

5.2 MENGHORMATI HAK WANITA

  1. 1. Sumbangan wanita dalam pembangunan negara
  • Berjuang dalam bidang politik
  • Memajukan negara dalam bidang ekonomi
  • Memperkenalkan seni budaya warisan bangsa

  1. 2. Cara pengiktirafan jasa wanita
  • Menganugerahkan pingat
  • Mengisytiharkan Tokoh Wanita
  • Mengabadikan nama pada bangunan sekolah / jalan

  1. Matlamat Dasar Wanita Negara
  • Mendapatkan hak yang sama rata dengan lelaki
  • Memberi kebebasan kepada wanita menembusi sektor ekonomi, sosial, politik dan budaya
  • Memberi peluang untuk mengemukakan pendapat dalam penggubalan dasar negara

  1. Objektif Dasar Wanita Negara
  • Menjamin perkongsian pemilikan sumber dan maklumat yang saksama antara lelaki  dan wanita
  • Mengintegrasi kaum wanita ke dalam sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka.

  1. 5. Kebaikan Dasar Wanita Negara kepada wanita
  2. a) dari aspek pekerjaan:
  • memberi lebih banyak peluang pekerjaan
  • kenaikan pangkat
  • peningkatan kerjaya melalui latihan-latihan
  • membuat keputusan penting
  • perlindungan dari aspek keselamatan di tempat kerja
  • mengintegrasi kaum wanita ke dalam sektor pelancongan negara
  • selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka.

  1. b) dari aspek peluang pendidikan
  • peluang pendidikan seumur hidup
  • peluang mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara berterusan / peluang latihan vokasional

  1. Contoh-contoh tokoh dan sumbangan wanita di Malaysia
  • Elizabeth Vaz ( Bidang Sosial-Kebajikan Wanita )
  • Datuk Dr.Mazlan Othman ( Ketua Hal Ehwal Angkasa Lepas, PBB )
  • Tan Sri Aishah Ghani ( Menentang Penjajahan British )
  • Datuk Maznah Hamid ( Usahawan berjaya )
  • Profesor Datuk Siti Zuraina Abd. Majid ( Detektif Arkeologi Malaysia)
  • Datuk Siti Norma Yaacob ( Hakim Mahkamah Persekutuan )
  • Datuk Nicole David ( sukan-Squash )
  • Datuk Siti Norhaliza ( seni suara / penyanyi )
  • Dato Michelle Yeoh ( Pelakon )

5.3 MELINDUNGI HAK PEKERJA

  1. Akta Kerja 1955 bertujuan untuk
  • Memberi pelindungan kepada pekerja
  • Memastikan tiada kontrak pekerjaan yang tidak mengikut peruntukan di bawah akta ini ditandatangani

  1. Perlindungan-perlindungan yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955
  • Pembayaran gaji
  • Hari rehat
  • Tempoh jam bekerja
  • Cuti Tahunan

  1. Hak-hak pekerja perlu dilindungi kerana:
  • Memastikan pekerja tidak ditindas oleh majikan
  • Memastikan kebajikan pekerja dipelihara

  1. Peranan Mahkamah Perusahaan:
  • Menyelesaikan pertikaian antara majikan dan pekerja
  • Melindungi pekerja daripada ditindas oleh majikan

  1. Peranan Kesatuan Sekerja
  • Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja yang ditindas atau tidak berpuas hati tentang majikan
  • Menghantar wakil untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja dengan majikan mereka.
  • Merujuk kes itu kepada Kementerian Sumber Manusia sekiranya rundingan tidak berjaya.

  1. Pertubuhan Antarabangsa
  • Pertubuhan Buruh Antarabangsa ( ILO )

  1. Cara menghindarkan rasa tidak puas hati antara pekerja dengan majikan:
  • Bersemuka, berunding dan berbincang sekiranya terdapat masalah.
  • Pekerja harus melaksanakan tugasnya dengan baik.
  • Majikan perlu mengambil berat akan kebajikan pekerja dan  memahami  masalah yang dihadapi oleh pekerja.
  • Saling memahami antara pekerja dengan majikan.

5.4 MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA

  1. Sikap yang patut ditunjukkan oleh ahli masyarakat terhadap golongan orang kurang berupaya.
  • Memberi layanan yang sama rata
  • Membantu mendapatkan pekerjaan

  1. Peluang-peluang yang diberi oleh kerajaan kepada golongan OKU.
  • Peluang mengikuti kursus kemahiran
  • Peluang untuk berkhidmat sebagai kakitangan awam
  • Peluang untuk menyertai acara sukan di peringkat antarabangsa (Paralimpik)

  1. Cara-cara untuk mengiktiraf golongan ini
  • Menyediakan kemudahan asas yang sesuai, contoh tempat pakir kereta/ tempat duduk dalam pengangkutan awam (bas)
  • Memberi ganjaran yang setimpal dengan usaha  pencapaian mereka dalam semua bidang, contoh memberi elaun

  1. Tokoh OKU
  • J.M Aziz ( Penyair tanah air)
  • Ismail Mohd.Salleh ( ahli akademik )
  • Hellen Keller ( aktivis kurang upaya )
  • Ahmad Amil Usin ( atlet paralimpik )
  • Mohd.Hisham Khairani ( atlet paralimpik )
  • V.Jayan Subramaniam ( atlet paralimpik )
  • Ibrahim Majid ( atlet paralimpik )
  • Lee Sheng Chow ( atlet paralimpik )

  1. Cara masyarakat mengiktiraf OKU
  • Menjaga kebajikan mereka.
  • Menyediakan kemudahan untuk mereka.
  • Menerima mereka sebagai sebahagian daripada pekerja yang boleh memberi sumbangan kepada ekonomi negara.
  • Memberi mereka peluang untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diminati.

  1. Kemudahan yang disediakan kerajaan kepada OKU:
  • kemudahan tandas
  • kemudahan tempat meletak kereta
  • pengubahsuaian pejabat untuk pekerja kurang upaya
  • kemudahan pendidikan melalui sekolah khas

  1. Sebab masyarakat perlu menghormati OKU
  • supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka seperti manusia normal.
  • supaya mereka tidak tersisih daripada masyarakat.
  • supaya mereka mendapat layanan yang adil dan saksama.
  • supaya mereka boleh hidup berdikari / tidak bergantung kepada orang lain.

5.5 MELINDUNGI HAK PENGGUNA

  1. Agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang melindungi hak pengguna.
  • Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP)
  • Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia ( FOMCA)
  • Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN)
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

  1. 2. Hak-hak asasi pengguna
  • Hak untuk memilih
  • Hak untuk mendapat maklumat
  • Hak untuk mendapat ganti rugi
  • Hak untuk mendapat keselamatan

  1. Kesan-kesan sekiranya hak pengguna di negara kita diabaikan:
  • Pengguna akan dianiayai pengusaha / pengeluar
  • Kualiti hidup merosot
  • Kesihatan manusia terjejas

  1. Aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan Pendidikan Kepenggunaan
  • Mengedarkan risalah tentang hak pengguna
  • Siaran rancangan pendidikan pengguna di TV dan radio
  • Mengadakan kempen kesedaran
  • Pameran untuk memberi maklumat

  1. 5Pihak bertanggungjawab membela hak pengguna
  • Pengguna sendiri
  • Orang awam
  • Agensi kerajaan
  • Pertubuhan pengguna

  1. Contoh eksploitasi ke atas pengguna
  • Kekeliruan dari segi perlabelan tanda halal dan haram pada barangan
  • Perlabelan barangan yang tidak lengkap
  • Sukatan dan timbangan yang tidak mencukupi
  • Tindakan menyorok barangan dengan tujuan menaikkan harga barangan tersebut
  • Menjual makanan yang tidak berkhasiat / mendatangkan kesan buruk kepada pengguna / kanak-kanak.

  1. Tanggungjawab pengguna dalam membela hak-hak mereka
  • Kesedaran mengkritik
  • Tanggungjawab terhadap alam semula jadi / menjaga alam sekitar
  • Melalui penglibatan dan tindakan
  • Tindakan bersatu padu
  • Tanggungjawab sosial

No comments:

Post a Comment