Sunday, July 20, 2014

GAGASAN 1 MALAYSIA


GAGASAN SATU MALAYSIA

(a) PENDAHULUAN: 

- Satu gagasan untuk memupuk perpaduan – rakyat Malaysia berbilang kaum
- berteraskan beberapa nilai penting
- menjadi amalan setiap rakyat
- idea yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam iaitu Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
- menggambarkan beliau seorang yang berpandangan jauh untuk memajukan negara
- satu formula untuk menjayakan Wawasan 2020
menjadi bahan perbincangan dari warung kopi ke sidang parlimen

(b) PENUTUP: 

- merupakan satu gagasan yang amat baik untuk jangka pendek dan jangka panjang
- banyak kebaikan yang menjadi pemangkin keamanan dan kemajuan negara
- perlu disokong penuh tanpa berbelah bahagi oleh semua pihak
- perlu melakukan anjakan paradigma
- pasti mencapai objektif
- slogan ‘Negara Kita, Tanggungjawab Kita’

(c) ELEMEN:

Isi-isi:
1. Konsep Gagasan Satu Malaysia - bukan satu dasar baharu
- merupakan pelengkap pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan perpaduan kaum
- merupakan satu formula mencapai Wawasan 2020

2. Konsep perpaduan - berbeza dengan konsep asimilasi yang diamalkan oleh negara lain
- menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia
- menekankan sikap penerimaan rakyat berbilang kaum
- mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat dan negara

3. Prinsip keadilan - nasib semua kaum terbela
- tiada pihak yang terpinggir / tersisih
- mengambil kira kemajuan kaum yang berbeza
- memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukan

4. Aspek utama – Penerapan teras-teras perpaduan - Dilaksanakan dalam dua aspek utama
- iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan penerapan nilai-nilai aspirasi
- Teras perpaduan terbahagi kepada 3 elemen – sikap penerimaan, prinsip-prinsip kenegaraan dan keadilan sosial
- Sikap penerimaan – penerimaan keunikan kaum-kaum di Malaysia melalui sikap toleransi dan saling menghormati
- Prinsip kenegaraan – berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara
- Keadilan Sosial – keadilan untuk semua kaum

5. Aspek Utama – Penerapan nilai-nilai aspirasi - bertujuan untuk merealisasikan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’
- lapan nilai aspirasi diperkenalkan – budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu dan budaya inovasi, nilai integrity, ketabahan, kesetiaan dan kebijaksanaan
- budaya berprestasi tinggi – bertujuan untuk memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilaksanakan mencapai tahap yang terbaik
- budaya ilmu – kecenderungan untuk sentiasa menuntut ilmu sepanjang hayat


(d) KEBAIKAN:
Isi-isi:
1. Dapat memupuk perpaduan kaum - perpaduan kaum dapat dipupuk dan terus dipelihara
- penting kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan berbilang kaum
- dapat dipupuk melalui amalan nilai murni – nilai hormat-menghormati, kesederhanaan dan berbudi bahasa
- setiap kaum saling menghormati agama dan kepercayaan kaum yang lain
- membolehkan rakyat hidup dalam aman damai

2. Dapat mewujudkan keadilan sosial - dapat diberikan melalui peluang pendidikan dan pembangunan
- semua rakyat dapat menikmati kemudahan asas, khususnya penduduk luar bandar dan golongan miskin
- golongan miskin akan diberikan bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat - hulurkan bantuan, ringankan beban
- rakyat dapat menikmati keselesaan hidup

3. Dapat memajukan ekonomi negara - melonjakkan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap
- kerajaan telah membuat perubahan strategi ekonomi
- Dasar Liberalisasi telah menarik minat pelabur asing
- mendorong syarikat antarabangsa melabur di Malaysia
- kedatangan pelabur asing membuka peluang pekerjaan

4. Dapat menerapkan nilai-nilai aspirasi - menaikkan prestasi rakyat dan memajukan negara
- menerapkan nilai budaya ilmu, budaya berprestasi tinggi dan budaya inovasi
- nilai budaya ilmu menjadikan rakyat memiliki ilmu pengetahuan yang tinngi dan dipandang mulia
- nilai budaya aspirasi bertepatan dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'
5. Dapat menaikkan imej negara - negara dikenali sebagai negara yang semakin maju
- menjadikan negara kita lebih dikenali sebagai negara yang pesat membangun
- berminat untuk mempelajari cara pentadbiran Malaysia
- imej negara yang semakin baik perlu dijaga


(e) LANGKAH MENJAYAKAN 
Isi-isi:

1. Peranan menteri - mempunyai kuasa untuk melaksanakan projek pembangunan dan ekonomi
- kawasan luar bandar dan kawasan yang mempunyai penduduk miskin diberikan tumpuan
- memperbanyak pembinaan rumah kos rendah

2. Peranan wakil rakyat - boleh melaksanakan aspek-aspek utama yang terkandung dalam gagasan
- perlu berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira kaum dan agama
- menyelesaikan masalah penduduk setempat – kemudahan asas

3. Peranan kakitangan awam - merupakan pelaksana bagi setiap projek pembangunan yang dirancang
- mesti mengamalkan nilai-nilai aspirasi – budaya berprestasi tinggi dan integrity
- semua kerja yang diamanahkan mesti disiapkan mengikut jadual dan menepati kualiti yang ditetapkan
- rakyat gembira

4. Peranan media massa - dapat mempengaruhi minda rakyat
- mempamerkan logo dan memperdengarkan lagu Gagasan Satu Malaysia di kaca televisyen atau di corong radio
- menyiarkan aktiviti dan program yang dibuat oleh kerajaan
- mengadakan kempen dan memberikan penerangan secara berterusan

5. Peranan rakyat - mesti sedar tujuan gagasan ini adalah untuk membela nasib mereka
- seiringan dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’
- mengamalkan nilai-nilai murni – hormat-menghormati, kesederhanaan, berbudi bahasa
- perpaduan kaum dipelihara
- pembangunan negara berjalan lancar 

No comments:

Post a Comment