MAKSUD RANGKAP
• Rangkap 1: Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang gagah. Berbekalkan keberanian yang dimilikinya, dia dengan angkuh merembat kuda dengan menggunakan cemeti untuk menakutkan kuda-kuda itu sambil menghalau kuda-kuda yang sedang berada di padang bersegera balik ke kandang.
• Rangkap 2: Sementara itu, rumput dan jerami merupakan makanan yang lazim terhidang dan akan dimakan oleh kuda-kuda ketika lapar. Setelah kenyang, kuda-kuda itu tidak pedulikan nasib mereka dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki kuda-kuda yang lain.
• Rangkap 3: Dengan kuasa yang ada padanya dan apabila sesekali bersuara nyaring, sang gembala kuda begitu berani dan yakin menunggang kuda-kuda itu menempuh segala rintangan dan kepayahan. Dia bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah yang kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan.
• Rangkap 4: Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang hanya ingin mengetahui kepantasan larian kudanya tanpa mempedulikan kepenatan kuda itu. Sang gembala kuda juga hanya tahu mengejar kejayaan tanpa mengambil kira kesengsaraan kuda itu.
TEMA
• Sajak ini bertemakan kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan tenaga haiwan yang dilakukannya terhadap kuda-kuda tunggangannya.
• Berbekalkan kuasa yang dimiliki dengan angkuh dan berani, penjaga kuda berjaya menakutkan serta mengawal kuda-kudanya kembali ke kandang. Penjaga kuda hanya mementingkan diri dan sanggup menggunakan sepenuh tenaga kuda-kudanya tanpa mempedulikan nasib haiwan tunggangannya itu.
PERSOALAN
• Kekuasaan mempengaruhi gaya kepemimpinan.
• Ketegasan dalam memimpin.
• Penganiayaan terhadap haiwan.
• Kepatuhan menurut perintah.
Contohnya, sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.
• Keberanian menempuh cabaran dan rintangan.
Contohnya, penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.
• Kebijaksanaan mengekploitasi golongan yang lemah.
Contohnya, penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.
• Pasrah dan reda akan ketentuan Ilahi.
BENTUK SAJAK
• Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat dan terdiri daripada empat rangkap.
• Bilangan baris tidak sama, iaitu rangkap pertama ada lima baris, rangkap ke dua ada lima baris, rangkap ketiga ada sebelas baris dan rangkap keempat ada lapan baris.
• Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata sebaris.
• Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada lapan hingga tiga belas suku kata.
• Rima akhir sajak ini bebas/tidak sama: abcdd, abcab, aabccadecc dan abaabacc
GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI
• Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis. Contohnya:
- Rembat angkuhnya memacu takut - rangkap 1, baris 3
- Meredah onak di rimba perburuan - rangkap 3, baris 5
• Epifora. Contohnya:
Perulangan kata ditunggangi - rangkap 4, baris 7 dan baris 8
• Repetisi atau perulangan. Contohnya:
Ditunggangi dan ditunggangi - rangkap 4, baris 8
• Penggunaan metafora. Contohnya:
- Rimba perburuan
- Paya penindasan
- Cemeti durjana
• Personifikasi. Contohnya:

- Pacuannya diiringi seribu keberanian - rangkap 3, baris 4
• Hiperbola. Contohnya:
Dimamah rakus kala lapar - rangkap 2, baris3
• Sinkope. Contohnya:
Tak peduli nasib diri setelah kenyang - rangkap 2, baris 4
• Inversi. Contohnya:
Dan kuda-kuda itu ditunggangi - rangkap 4, baris 7
Sepatutnya: Kuda-kuda itu ditunggangi
NILAI
• Nilai tanggungjawab. Contohnya, penjaga kuda bertanggungjawab menjaga kuda tunggangannya dengan mengurus makan dan minum secara baik.
• Nilai keberanian. Contohnya, penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.
• Nilai kebijaksanaan. Contohnya, penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.
• Nilai kegigihan. Contohnya, penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga kuda-kuda tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap kuda-kuda itu.
• Nilai kepatuhan. Contohnya, sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.
PENGAJARAN
• Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan oleh ketua. Contohnya, sekumpulan kuda digambarkan tidak mempeduli nasib mereka dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki kuda-kuda lain.
• Kita mestilah berani menghadapi berbagai-bagai rintangan tanpa mudah berputus asa. Contohnya, penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.
• Kita perlulah gigih berusaha dalam melaksanakan satu-satu tugas agar kejayaan dapat dikecapi akhirnya. Contohnya, penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga kuda-kuda tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap kuda-kuda itu.
• Kita sewajarnya patuh akan arahan dan suruhan ketua demi keharmonian sesebuah organisasi. Contohnya, sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.
• Kita hendaklah bijak dalam merancang dan menjalankan tugas dengan baik dan sempurna. Contohnya, penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.
LATIHAN SANG GEMBALA KUDA
• Berikan maksud 'tanpa membaca keletihannya'?
Maksud tanpa membaca keletihannya ialah tidak mengira kepenatan kudanya.
• Pada pendapat anda, bagaimanakah penganiayaan terhadap kerahan tenaga haiwan dapat ditangani dalam kalangan pemilik haiwan?
Pada pendapat saya, penganiayaan terhadap kerahan tenaga haiwan dapat ditangani dalam kalangan pemilik haiwan dengan cara:
- Menasihati penternak yang menganiaya haiwan tersebut.
- Menyelamatkan haiwan yang teraniaya.
- Melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
• Huraikan dua pengajaran yang terkandung dalam sajak ini.
Dua pengajaran yang terkandung dalam sajak ini ialah:
- Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan oleh ketua. Contohnya, sekumpulan kuda digambarkan tidak mempeduli nasib mereka dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki kuda-kuda lain.
- Kita perlulah gigih berusaha dalam melaksanakan tugasan. Sebagai contohnya, sang gembala kuda yang dan berani menunggang kuda itu menempuh segala rintangan dan kepayahan.

No comments:
Post a Comment