Sunday, May 5, 2019

RUMUSAN - INFO

Perkataan Sinonim bagi Kata Kunci

  1. Faktor, punca, sebab, penyebab, pencetus, pendorong, pemangkin, perkara yang mempengaruhi…
  2. Langkah, inisiatif, cara, kaedah, tindakan, uasaha, strategi, kerjasama, tanggungjawab…
  3. Kesan, implikasi, kebaikan/keburukan, akibat, risiko, impak
  4. Masalah, halangan, cabaran, kekangan, rintangan, kemelut, krisis, konflik, kesukaran , kepincangan, kebejatan
  5. Peranan, sumbangan, fungsi, tugas
  6. Ciri-ciri, sifat, bentuk, kriteria
  7. Faedah, manfaat, kebaikan, kelebihan, kepentingan, keutamaan, kesan positif
  8. Matlamat, tujuan, objektif
  9. Sikap, perwatakan , kelakuan, sahsiah, karektor
  10. Imej, citra, gambaran, pelukisan
  11. Kualiti, spesifikasi, ukuran, piawai
  12. Nilai, norma
  13. Situasi, keadaan, fenomena, senario
  14. Kehendak, keperluan, keinginan
  15. Mesej, teladan, pengajaran, iktibar

SANG GEMBALA KUDA

Modul Praktis Komsas Tingkatan 4 dan Jawapan (1)

Praktis 1.
1. Nyatakan dua lambang kekuasaan sang gembala kuda.
[2 markah]
  • cemeti
  • Suara yang kuat
Image result for gembala kuda tingkatan 4
2,Raja ialah simbol kekuasaan sesebuah negara.
Pada pendapat anda, bagaimanakah raja mengukuhkan kekuasaannya?
[3 markah]
  • Mewujudkan undang-undang yang ketat
  • Membina sebuah bangunan yang agung
  • Mengiktiraf dirinya sebagai raja berkuasa mutlak
Image result for gembala kuda

3. Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]
  • Keberanian – sang gembala kuda berani memacu kuda peliharaannya
  • Tanggungjawab – sang gembala kuda memberi kuda peliharaannya makan jerami
  • Kegigihan – sang gembala kuda gigih menunggang kuda tanpa letih
  • Ketabahan – sang gembala kuda tabah menghadapi kesakitan yang ditanggungnya.
Related image

SANG GEMBALA KUDA

MAKSUD RANGKAP

• Rangkap 1: Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang gagah. Berbekalkan keberanian yang dimilikinya, dia dengan angkuh merembat kuda dengan menggunakan cemeti untuk menakutkan kuda-kuda itu sambil menghalau kuda-kuda yang sedang berada di padang bersegera balik ke kandang.

• Rangkap 2: Sementara itu, rumput dan jerami merupakan makanan yang lazim terhidang dan akan dimakan oleh kuda-kuda ketika lapar. Setelah kenyang, kuda-kuda itu tidak pedulikan nasib mereka dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki kuda-kuda yang lain.

• Rangkap 3: Dengan kuasa yang ada padanya dan apabila sesekali bersuara nyaring, sang gembala kuda begitu berani dan yakin menunggang kuda-kuda itu menempuh segala rintangan dan kepayahan. Dia bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah yang kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan.

• Rangkap 4: Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang hanya ingin mengetahui kepantasan larian kudanya tanpa mempedulikan kepenatan kuda itu. Sang gembala kuda juga hanya tahu mengejar kejayaan tanpa mengambil kira kesengsaraan kuda itu. 

 TEMA

• Sajak ini bertemakan kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan tenaga haiwan yang dilakukannya terhadap kuda-kuda tunggangannya. 

• Berbekalkan kuasa yang dimiliki dengan angkuh dan berani, penjaga kuda berjaya menakutkan serta mengawal kuda-kudanya kembali ke kandang. Penjaga kuda hanya mementingkan diri dan sanggup menggunakan sepenuh tenaga kuda-kudanya tanpa mempedulikan nasib haiwan tunggangannya itu.

PERSOALAN

• Kekuasaan mempengaruhi gaya kepemimpinan.

 Ketegasan dalam memimpin.

• Penganiayaan terhadap haiwan.

• Kepatuhan menurut perintah.
Contohnya, sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.

• Keberanian menempuh cabaran dan rintangan.
Contohnya, penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.

• Kebijaksanaan mengekploitasi golongan yang lemah.
Contohnya, penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.

• Pasrah dan reda akan ketentuan Ilahi.

BENTUK SAJAK

• Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat dan terdiri daripada empat rangkap.

• Bilangan baris tidak sama, iaitu rangkap pertama ada lima baris, rangkap ke dua ada lima baris, rangkap ketiga ada sebelas baris dan rangkap keempat ada lapan baris.

• Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata sebaris.

 Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada lapan hingga tiga belas suku kata.

• Rima akhir sajak ini bebas/tidak sama: abcdd, abcab, aabccadecc dan abaabacc

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

• Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis. Contohnya:
- Rembat angkuhnya memacu takut - rangkap 1, baris 3
- Meredah onak di rimba perburuan - rangkap 3, baris 5

• Epifora. Contohnya: 
Perulangan kata ditunggangi - rangkap 4, baris 7 dan baris 8

• Repetisi atau perulangan. Contohnya:                               
Ditunggangi dan ditunggangi - rangkap 4, baris 8

• Penggunaan metafora. Contohnya:    
- Rimba perburuan
- Paya penindasan
- Cemeti durjana

• Personifikasi. Contohnya:
- Rembat angkuhnya memacu takut - rangkap 1, baris 3
- Pacuannya diiringi seribu keberanian - rangkap 3, baris 4

 Hiperbola. Contohnya:
Dimamah rakus kala lapar - rangkap 2, baris3

 Sinkope. Contohnya: 
Tak peduli nasib diri setelah kenyang - rangkap 2, baris 4

• Inversi. Contohnya:
Dan kuda-kuda itu ditunggangi - rangkap 4, baris 7
Sepatutnya: Kuda-kuda itu ditunggangi

NILAI

• Nilai tanggungjawab. Contohnya, penjaga kuda bertanggungjawab menjaga kuda tunggangannya dengan mengurus makan dan minum secara baik.

• Nilai keberanian. Contohnya, penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.

• Nilai kebijaksanaan. Contohnya, penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.

• Nilai kegigihan. Contohnya, penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga kuda-kuda tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap kuda-kuda itu.

• Nilai kepatuhan. Contohnya, sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.

PENGAJARAN

• Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan oleh ketua. Contohnya, sekumpulan kuda digambarkan tidak mempeduli nasib mereka dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki kuda-kuda lain.

• Kita mestilah berani menghadapi berbagai-bagai rintangan tanpa mudah berputus asa. Contohnya, penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.

• Kita perlulah gigih berusaha dalam melaksanakan satu-satu tugas agar kejayaan dapat dikecapi akhirnya. Contohnya, penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga kuda-kuda tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap kuda-kuda itu.

• Kita sewajarnya patuh akan arahan dan suruhan ketua demi keharmonian sesebuah organisasi. Contohnya, sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.

• Kita hendaklah bijak dalam merancang dan menjalankan tugas dengan baik dan sempurna. Contohnya, penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.

LATIHAN SANG GEMBALA KUDA

• Berikan maksud 'tanpa membaca keletihannya'?

Maksud tanpa membaca keletihannya ialah tidak mengira kepenatan kudanya.

• Pada pendapat anda, bagaimanakah penganiayaan terhadap kerahan tenaga haiwan dapat ditangani dalam kalangan pemilik haiwan?

Pada pendapat saya, penganiayaan terhadap kerahan tenaga haiwan dapat ditangani dalam kalangan pemilik haiwan dengan cara:
- Menasihati penternak yang menganiaya haiwan tersebut.
- Menyelamatkan haiwan yang teraniaya.
- Melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

• Huraikan dua pengajaran yang terkandung dalam sajak ini. 

Dua pengajaran yang terkandung dalam sajak ini ialah:
- Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan oleh ketua. Contohnya, sekumpulan kuda digambarkan tidak mempeduli nasib mereka dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki kuda-kuda lain.
- Kita perlulah gigih berusaha dalam melaksanakan tugasan. Sebagai contohnya, sang gembala kuda yang dan berani menunggang kuda itu menempuh segala rintangan dan kepayahan.

LATIHAN PROSA TRADISIONAL SPM 3

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 Dan telah sudah lepas edah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu.  Maka jadi maufakatlah Seri Nara Diraja dan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi.  Maka sembah Seri Nara Diraja kepada Sultan Muzaffar Syah, "Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara."

Maka titah baginda, "Baiklah."
Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.

Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya,  pertama Majapahit, kedua Pasak, ketiga Melaka.  Di dalam negeri tiga buah itu ada tiga orang yang bijaksana, di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada, dan di Pasak, Orang Kaya Kayanan, dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja, dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.


1. Beri maksud rangkai kata di bawah: [2 markah]
i. berkasih-kasihan - berkasih-sayang/ berbaik-baik
ii. sejalan sejadi - sehati sejiwa/ bersefahaman

2. Siapakah orang yang dianggap bijaksana oleh penulis dalam ketiga-tiga negeri tersebut? 
[4 markah]
Orang yang dianggap bijaksana di ketiga-tiga negeri tersebut ialah Patih Aria Gajah Madja di Majapahit dan Orang Kaya Kayanan di Pasak. Di Melaka pula, mereka yang dianggap bijaksana ialah Bendahara Paduka Raja dan Seri Nara Diraja.
3. Dalam petikan di atas, Paduka Raja yang dilantik sebagai bendahara merupakan seorang yang berkualiti tinggi. Pada pendapat anda mengapakah rakyat yang berkualiti tinggi amat diperlukan oleh sesebuah negara? [4 markah]
Rakyat yang berkualiti tinggi seperti Paduka Raja amat diperlukan oleh sesebuah negara kerana mereka dapat memimpin sesebuah negara sehingga negara menjadi kuat. Rakyat yang berkualiti juga diperlukan bagi menjaga keselamatan negara daripada dijajah oleh kuasa luar. Selain itu, rakyat yang berkualiti tinggi akan dapat membentuk rakyat supaya bersatu-padu dan keamanan negara akan terjamin. Akhir sekali, Rakyat yang berkualiti tinggi amat diperlukan bagi membangunkan ekonomi dan bidang sosial di negara tersebut.
4. Pada pendapat anda, apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadi rakyat yang berkualiti tinggi seperti bendahara Paduka Raja? [4 markah]
Untuk melahirkan rakyat yang berkualiti tinggi, kita perlu memastikan orang ramai mendapatkan pendidikan yang berkualiti supaya rakyat berilmu pengetahuan tinggi. Kita juga perlu menyediakan latihan kepada rakyat agar mereka dapat menjadi tenaga kerja mahir yang boleh memajukan ekonomi negara. Selain itu, kita juga perlu menanamkan semangat patriotisme kepada mereka supaya mereka berani mempertahankan negara daripada serangan musuh. Akhir sekali, kita perlu memastikan perpaduan sentiasa terjaga supaya dapat melahirkan rakyat yang berkualiti tinggi.
5. Berdasarkan petikan di atas, huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan tersebut. [4 markah]
Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas ialah masyarakat bangsawan. Mereka adalah terdiri daripada pemerintah negara seperti Paduka Raja yang memegang jawatan sebagai bendahara. Latar masyarakat yang lain ialah askar Siam. Mereka telah diperintahkan oleh Paduka Bubunya untuk menyerang Melaka kerana ingin menakluki Melaka yang pada masa itu sangat maju.
6. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerita tersebut. [4 markah]
Pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah kita perlu bijak menggunakan strategi untuk mendapatkan kemenangan dalam sesuatu yang kita lakukan. Contohnya, Paduka Raja meletakkan unggun api pada pokok bakau untuk menakutkan askar Siam pada waktu malam. Pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerita ini ialah kita mesti menghargai pengorbanan dan jasa yang telah disumbangkan oleh orang lain. Contohnya, Sultan Muzaffar menghargai jasa askarnya yang telah mengalahkan askar Siam dengan memberi persalinan baru.

LATIHAN PROSA TRADISIONAL 2

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah samasama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya kepada Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap bahawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?”
Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka benarkah pada fikir tuan hamba, kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-sungguh.”
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ Dalam antologi Sejadah Rindu.
i. Berikan maksud rangkai kata jangan kemakanan matanya.
Maksud rangkai kata jangan kemakanan matanya ialah usah dibiarkan rosak.

ii.  Tun Perak memberikan beberapa peringatan kepada Seri Amerta. Nyatakan peringatan-peringatan tersebut.
Antara peringatan Tun Perak kepada Seri Amerta adalah supaya dia menjaga pedangnya baik-baik agar tidak berkarat dan tidak tumpul.
——————————-
iii.  Pada pendapat anda, wajarkah Tun Perak menyuruh orang Kelang datang ke Melaka untuk berperang dengan membawa anak dan isteri mereka?
Pada pendapat saya, Tun Perak wajar menyuruh orang Kelang datang ke Melaka untuk berperang dengan anak dan isteri mereka supaya orang lelaki Kelang akan bersungguh-sungguh mempertahankan negeri Melaka kerana anak dan isteri mereka berada di situ.  Orang lelaki Kelang juga tidak akan risau jika orang Siam mengubah taktik menyerang negeri jajahan Melaka yang lain dahulu sebelum menyerang Melaka.

LATIHAN PROSA TRADISIONAL

Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda, “Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri.”
Maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai setara Seri Nara Diraja. Maka Paduka Raja pun naiklah duduk dekat Seri Nara Diraja di seri balai, maka Seri Nara Diraja berkisar ke tengah. Hatta, maka Seri Nara Diraja pun pindahlah ke sebelah kanan, jadi Paduka Raja duduk pada tempat bendahara. Adapun Seri Nara Diraja pun telah tualah tiada beranak laki-laki, dan beranak dengan isterinya, anak bendahara Seri Amar Diraja itu seorang perempuan, Tun Putih namanya, diperisteri oleh Raja Abdullah; dan beranak dengan gundik seorang laki-laki, Tun Nina Madi namanya, tiada diaku oleh Seri Nara Diraja sebab takut akan isterinya. Maka Tun Nina Madi pun besarlah, beranak bercucu. Maka isteri Seri Nara Diraja pun matilah.
Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuan hamba sekalian bahawa ia ini anak hamba?”

i.Berikan maksud beranak dengan isterinya. [2 markah]
Maksud beranak dengan isterinya ialah dilahirkan oleh isterinya.

ii.Nyatakan perkara-perkara yang dilakukan oleh Seri Nara Diraja apabila melihat Tun Nina Madi berjalan di hadapannya di balai menghadap.[3 markah]

Perkara-perkara yang dilakukan oleh Seri Nara Diraja apabila melihat Tun Nina Madi berjalan di hadapannya di balai menghadap ialah Seri Nara Diraja memanggil Tun Nina Madi agar mendekatinya lalu meriba anaknya itu . Selain itu, Seri Nara Diraja memberitahu semua orang bahawa Tun Nina Madi itu ialah anaknya
           
iii.Sultan Muzaffar Syah telah menaikkan pangkat Tun Perak daripada bentara menjadi Perdana Menteri.Pada pendapat anda, apakah kriteria-kriteria yang diutamakan sebelum menaikkan pangkat seseorang? [3 ]

Pada pendapat saya, kriteria-kriteria yang diutamakan sebelum menaikkan pangkat seseorang ialah pengalaman bekerja atau perkhidmatan . Selain itu, kebolehan untuk melaksanakan tanggungjawab baharu. SETERUSNYA, KRITERIA YANG DIPILIH BERDASARKAN KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI DENGAN SEMUA PERINGKAT PEKERJA.

Cara ibu bapa kawal penggunaan telefon bimbit dalam kalangan anak-anak.

contoh karangan berkaitan telefon bimbit di kalangan remaja kini

 Belakangan ini, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja bukan lagi semakin popular, malah amat popular. semua remaja khususnya pelajar mempunyai telefon bimbit untuk berkomunikasi. penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja ada faedahnya. meskipun begitu, kadangkala penggunaan telefon bimbit boleh menjejaskan pelajran seterusnya hidup remaja. oleh yang demikian, ibu bapa adalah orang yang paling sesuai dan memainkan peranan penting untuk mengawal penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja.


 Pada pendapat saya, ibu bapa boleh memainkan peranan dengan menghadkan penggunaan telefon bimbit anak-anak mereka. sebelum membeli atau menghadiahkan telefon bimbit kepada anak-anak, ibu bapa hendaklah meletakkan syarat seperti hanya boleh menggunakan telefon bimbit selepas menyiapkan kerja sekolah atau menggunakannya apabila perlu sahaja. jika tidak, ibu bapa boleh mengenakan denda dengan mengambil telefon bimbit anak-anak. dengan cara ini, ibu bapa boleh mengawal penggunaan telefon bimbit dengan tidak menggunakan cara kekerasan sebaliknya diplomasi.

 Selain itu, dari perspektif saya, ibu bapa hendaklah menerangkan kepada anak-anak tentang kesan negatif penggunaan telefon bimbit bagi jangka masa yang lama. semua telefon bimbit menggunakan radioaktif yang kesannya sangat bahaya kepada kita hingga boleh menyebabkan kecederaan yang serius seperti kanser telinga, lumpuh dan kecacatan fizikal. remaja perlu tahu tentang kesan buruk penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap dan lama supaya mereka sedar akibat jangka panjang kelak. ibu bapa memainkan peranan penting untuk memaklumkan kepada anak-anak tentang perkara ini sebelum nasi menjadi bubur.


 Di samping itu, saya bertanggapan bahawa ibu bapa boleh mengawal penggunaan telefon bimbit remaja dengan menghadkan jumlah tambah nilai prabayar 'topup'. ibu bapa telah menetapkan jumlah tambah nilai telefon bimbit anak-anak sebulan. sekiranya tambah nilai itu habis sebelum tempohnya, ibu bapa hendaklah menetapkan supaya anak-anak tidak boleh menambahnya dengan wang saku. bagi ibu bapa yang menggunakan cara pascabayar atau bil, boleh mengambil pelan yang disediakan untuk seisi keluarga. dengan ini, ibu bapa boleh mengetahui setiap panggilan yang dibuat oleh anak-anak. oleh itu, wang saku anak-anak juga dapat disimpan untuk masa hadapan.


 Menurut intuisi saya, ibu bapa juga boleh menjadikan sebuah telefon bimbit sebagai telefon bimbit hak bersama. anak-anak boleh menggunakan telefon bimbit ibu bapa jika ada hal penting atau hendak ke tempat-tempat tertentu seperti tuisyen dengan izin ibu bapa. dengan ini, ibu bapa dapat mengetahui orang-orang yang dihubungi oleh anak-anak dan dapat mengawal penyalahgunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja. tetapi perlu diingatkan, ibu bpa hendaklah berbincang terlebih dahulu dengan anak-anak sebelum membuat keputusan ini supaya anak-anak tidak memberontak kelak. hubungan silaturahim antara ibu bapa dengan anak-anak juga dapat dieratkan dengan adanya persefahaman yang baik antara kedua-dua belah pihak.


 Tambahan pula, pada ijtihad saya, ibu bapa hendakalah memastikan anak-anak tidak menggunakan telefon bimbit yang terlalu canggih dengan pelbagai aplikasi. semasa anak-anak hendak membeli atau ibu bapa hendak menghadiahkan telefon bimbit kepada anak-anak, ibu bapa hendaklah memastikan telefon bimbit tidak dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden, sebaliknya cukup sekadar mampu menghantar pesanan ringkas (sms) dan membuat panggilan telefon. hal ini demikian kerana, aplikasi moden yang terdapat pada telefon bimbit boleh membawa kepada penyalahgunaan telefon bimbit dan berlakunya perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral. oleh itu, dengan cara ini, anak-anak terhindar daripada melakukan perkara-perkara negatif.

 Kesimpulannya, semua di atas adalah persepsi saya tentang langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengawal penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja. telefon bimbit yang digunakan tanpa kawalan dalam kalangan remaja akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri remaja itu sendiri, keluarga, masyarakat dan agama. oleh itu, sebagai insan yang memahami jiwa anak-anak, ibu bapa hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya. tetapi, ibu bapa hendaklah berhati-hati dalam mengambil tindakan seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak kerana pada usia remaja ini, hati anak-anak amat sensitif .

Thursday, May 2, 2019

LATIHAN dRAMA







SKEMA JAWABAN
Cadangan Jawapan Soalan 2 (b)

I  
Faktor menyebabkan Azmi menderita kerana kurang:-
i)      perhatian dan kasih kedua-dua ibu bapanya
ii)     menerima kutukan dan cemuhan
iii)    menerima hukuman

ii
Tindakan-tindakan yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah tekanan emosi rakan saya seperti :-
i)     memberi nasihat dan motivasi kepadanya supaya masalah berkenaan  dapat diselesaikan.
ii)    Memaklumkan kepada rakan paling rapatnya supaya rakannya berkenaan mampu menyelesaikan masalah tekanan emosi berkenaan
iii)   memaklumkan kepada beliau supaya bertemu dengan kaunselor atau guru untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
iv)   memaklumkan kepada ibu bapanya tentang masalah tekanan emosi yang dihadapinya.
v)    menasihatkan beliau bertemu dengan doktor untuk menyelasikan masalah tekanan emosi beliau.

iii
Satu nilai murni yang terdapat dalam petikan drama “Bukan Gila”  di atas adalah :- (Nilai dalam petikan)
i)      nilai prihatin, contohnya rakan Azmir, Arif sanggup berjumpa ibu dan bapa Azmir untuk menasihatkan mereka bertemu dengan Azmir di hospital sebelum terlambat.
ii)    nilai kasih sayang, contohnya, pentingnya ibu bapa Azmir memberi kasih sayang kepada Azmir sebagaimana pandangan rakan Azmir iaitu Arif.
 :- ( Nilai di luar petikan )
i)      Baik hati, Contohnya, Doktor Razi membenarkan Azmir bersiar-siar di kawasan hospital.
ii)     Bertanggungjawab, Contohnya, Doktor Razi bertanggungjawab menjalankan tugasnya dengan membawa Azmir pulang ke wad.






































KARANGAN : TEMA : ALAM SEKITAR










Lihat gambar di bawah dengan teliti.
JELASKAN pendapat anda tentang punca-punca berlakunya pencemaran di negara kita. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

        PADA era KONTEMPORARI ini, NEGARA SEANTERO dunia BERSAING untuk  mencapai kemajuan sehingga sanggup mempertaruhkan kelesterian alam sekitar yang tidak ternilai. Pada tanggal 7 Mac 2019, negara digemparkan dengan tragedi hitam pabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang hilang kewarasan akal dan kemurnian intergiri dengan rakus membuang bahan buangan kimia terlarang di Sungai Kim-Kim di Pasir Gudang Johor Bahru hingga mencemari sungai tersebut demi mengejar kemajuan. Pencemaran sungai berkenaan mengakibatkan lebih 5,848 orang awam menerima rawatan di hospital, dan menyebabkan 111 buah sekolah ditutup demi keselamatan  pelajar. Impak daripada pencemaran Sungai Kim-Kim, Kerajaan negeri Johor telah meluluskan peruntukan kecemasan sebanyak RM6.4 juta sebagai bantuan segera untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan bantuan kepada mangsa dan keluarga serta kakitangan keselamatan yang terdedah dengan bahaya pencemaran itu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “pencemaran” bererti perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah-sarap dan sebagainya. Persoalannya yang tergiang-ngiang di gawang minda kita ialah apakah punca-punca berlakunya pencemaran di negara kita?

                    Masalah pencemaran alam sekitar ini dikenal pasti berpunca daripada tangan-tangan kotor individu yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat yang sanggup menodai sungai yang tidak berdosa. Hal ini demikian terjadi kerana ada segelintir pengusaha kilang penguraian tayar haram tiada kesedaran sivik dalam diri mereka dan sering memandang enteng isu kelestarian alam sekitar. Mereka hanya mengejar serta mementingkan kememawahan dan keuntungan tanpa memikirkan kesannya perbuatan terkutuk yang dilakukan kepada masyarakat di sekeliling mereka dengan membuang bahan kimia terlarang ke dalam Sungai Kim-Kim. Antara bahan kimia yang disyakki dibuang di sungai Kim-Kim ialah mentana, hydrogen, klorida, acrylonitrile, acrolein, benzene, toluene, exylene, dan limonene. Paling mengejutkan lemonene merupakan sebatian yang digunakan dalam proses paralisis iaitu pengasingan atau menghancurkan elemen tayar untuk kitar semula dan juga digunakan sebagai sebatian kimia yang digunakan sebagai pelarut organik. Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian memaklumkan 300 metrik tan tanah dan enap cemar serta 150 metrik tan air tercemar yang dikeluarkan akan diurus oleh syarikat pembakaran di Pasir Gudang sebelum dihantar ke Seremban bagi tujuan pelupusan. Kos pelupusan bahan pencemaran berkenaan memakan kos yang tinggi dan perlu ditanggung oleh kerajaan dan pembayar cukai. Sekiranya, semua pihak berkepentingan mengikut peraturan dan tidak membuang bahan buangan industri sebarangan sudah pasti tragedi hitam di Sungai Kim-Kim tidak akan berlaku kerana apabila sudah terhantuk baru tergadah sudah tidak berguna lagi. Tegasnya punca berlakunya pencemaran akibat tangan-tangan kotor individu yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat mencemar sungai negara.


                    Bahkan juga, pembangunan secara tidak sistematik yang dijalankan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta tanpa memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar juga merupakan faktor berlakunya pencemaran air, tanah, udara dan bunyi. Lebih teruk lagi, jika hal ini dibiarkan berleluasa akan menyebabkan bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir. Bermula dengan pembinasaan kawasan tadahan hujan akan menyebabkan hujan yang turun tidak dapat diserap ke dalam tanah akibat tiadanya akar pokok yang berfungsi menyerap lebihan air yang mengalir. Tindakan ini akan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar sehingga menyebabkan berlakunya tanah runtuh. Tanah yang dihanyutkan bersama-sama air hujan ini seterusnya menyebabkan pencemaran sungai dan mendapan lumpur yang dibawa menyebabkan air sungai menjadi semakin cetek. Kejadian tanah runtuh di Pulau Pinang iaitu di George Town,  Paya Terubung, dan Balik Pulau antara contoh kejadian tanah runtuh akibat pembangunan yang dilakukan secara tidak sistematik yang melibatkan kematian dan kecederaan berlaku pada tahun 2018. Selain itu, penggunaan jentera yang terlalu banyak dalam proses pembangunan sesuatu kawasan juga akan menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada projek-projek pembangunan yang menolak natijah alam maka terciptalah kemusnahan alam akibat corak yang dilukiskan oleh manusia yang tiada pertimbangan dalam setiap keputusan yang diizharkan. Jika keduniaan dan keuntungan bernoktah di hati, sudah pasti kewarasan dalam pertimbangan ditolak ke tepi. Walau bagaimanapun, setiap sakit ada ubatnya. Dalam mencari penyelesaian kepada permasalahan ini, setiap pihak perlu berhampar lapis, berlicin daun.  Tegasnya, pembangunan secara tidak sistematik yang dijalankan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta antara punca berlakunya pencemaran alam sekitar.

                 Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda, justeru kurangnya bukti yang boleh mengheret individu yang terbabit dalam pencemaran lantaran pemantauan yang tidak konsisten oleh pihak berkuasa juga dilihat sebagai faktor penyumbang kepada pencemaran yang kini berleluasa tanpa mampu dikekang. Peranan pihak berkuasa dilihat semakin kurang menyebabkan ramai individu yang tidak bertanggungjawab membuat onar seperti tiada takut akan antah. Undang-undang yang diimplementasikan dilihat sekadar hiasan perlembagaan tanpa adanya penguatkuasaan. Pihak-pihak berkuasa khususnya pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan yang menjadi ukur tara kemajuan negara tersebut dan bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah organisasi dan individu yang semakin nafsi dan kurang kesedaran sivik. Pihak kerajaan juga seharusnya mengambil tindakan drastik dengan membuat serbuan ke tempat-tempat yang disyaki menjadi punca pencemaran dengan segera kerana jika kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek kemaslahatan rakyat, maka masalah pencemaran pasti berada di tahap yang semakin membimbangkan. Situasi pencemaran yang berlaku di Sungai Kim-Kim di Pasir Gudang, Johor contohnya, sehingga kini masih tidak ada keputusan pendakwaan diputuskan terhadap penjenayah yang melalukan pencemaran yang memberi kesan kepada lebih 5,848 orang awam sedangkan jika tidak ada angin masakan pokok bergoyang.  Perlukah sudah patah baru hendak melantai? Tegasnya, pemantauan dan penguatkuasaan yang kurang konsisten pihak berkuasa antara faktor membarahnya pencemaran alam sekitar di negara kita.

                    Natijahnya, jika setiap pihak mengambil langkah sederap ibarat ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni, sudah pasti kemelut ini dapat diatasi. Kupasan demi kupasan berkaitan punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus diambil serius oleh semua pihak dan organisasi agar belenggu yang merantai permasalahan pencemaran clam sekitar seperti pencemaran air, udara, tanah dan bunyi ini dapat dirungkai dan diselesaikan hingga ke akar cerucuknya. Namun, kejadian demi kejadian pencemaran terus berlaku seperti lautan yang tidak ada penghujungnya. Tragedi pencemaran Sungai Kim-Kim dan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Pulau Pinang perlu diambil iktibar oleh masyarakat dan pihak berkuasa agar peristiwa tragis berkenaan tidak berulang kembali kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang perlu diutamakan kerana setiap pesalah yang terlibat menodai kelestarian alam sekitar ibarat enau dalam belukar melepas pucuk masing-masing perlu diadili dan menerima hukuman sewajar dengan kesalahan yang mereka lakukan. Hal ini penting untuk memastikan kelestarian dan kehijauan flora dan fauna yang bebas daripada pencemaran dapat dikekalkan dan diwariskan sebagai tatapan generasi masa hadapan yang akan mendepani realiti dunia yang pantas berubah dan berkembang