Latar Masyarakat
(a) Masyarakat yang tabah mengharungi liku-liku kehidupan. Contohnya, Syahir seorang pemain badminton skuad kebangsaan yang tabah kerana melalui banyak halangan dan rintangan sebelum berjaya bergelar juara dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa di Indonesia.
(b) Masyarakat yang sentiasa ingat akan pesanan. Contohnya, Syahir sentiasa mengingati pesanan arwah ayahnya agar memberikan sumbangan kepada bangsa, negara, dan memelihara syariat Islam dalam bersukan.
(c) Masyarakat yang berani untuk mengemukakan pendapat. Contohnya, Syahir berani mengemukakan pendapat tentang tindakan pihak PBSM yang tidak menggunakan sistem ranking dunia untuk menentukan kelayakan ke kejohanan antarabangsa di Jakarta sebaliknya bergantung pada keputusan kejohanan Terbuka Johor.
(d) Masyarakat yang gigih berusaha. Contohnya, para pemain badminton skuad kebangsaan gigih menjalani latihan di bawah bimbingan Haji Marzuki dan Mas Suparman pada setiap hari sebelum kejohanan Terbuka Johor dan Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta.
(e) Masyarakat yang pilih kasih. Contohnya, Engku Aiman sering menyebelahi Syed Amiri yang dianggap sebagai anak emas dalam apa-apa jua tindakan.
(f) Masyarakat yang simpati terhadap nasib orang lain. Contohnya, Syahir berasa simpati akan nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh Amerika dan sekutunya, Israel di tanah air mereka sendiri.
(g) Masyarakat yang tetap pendirian. Contohnya, Syahir tetap dengan prinsipnya untuk memakai pakaian yang menutup aurat ketika bersukan kerana mahu menjaga syariat agama.
(h) Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayang dalam kehidupan. Contohnya, Kak Uda Syahrizah sanggup mengambil cuti kerana mahu menjaga emaknya yang sedang sakit akibat menghidap strok.
(i) Masyarakat yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Syahir tetap meneruskan latihan rutin sebagai pemain badminton walaupun telah tersingkir daripada senarai pemain skuad kebangsaan yang akan menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta.
No comments:
Post a Comment