Monday, September 3, 2018

Latihan KBAT - kEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Soalan KBAT Komsas Tingkatan 4 : Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan (Tingkatan 4)
1. Perbuatan ibu Kertala Sari menceritakan kisah kematian suaminya kepada Kertala Sari adalah wajar.
P1 Kerana yang meninggal dunia itu ialah ayah Kertala Sari
P2 Kerana dia tidak mahu disalahkan oleh ayahnya
P3 Kerana dia mahu anaknya tahu perkara yang sebenarnya berlaku
P4 Supaya anaknya dapat melakukan sesuatu tindakan
2. Kita perlu melakukan perancangan sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan?
P1 Sebagai persediaan awal
P2 Berjaya dilaksanakan
P3 Kurang risiko
P5 Dapat mengenal pasti masalah yang bakal dihadapi
3. Langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan masalah kecurian daripada berleluasa?
P1 Mengadakan kawalan / rondaan ketat oleh pihak berkuasa
P2 Menguatkuasakan undang-undang terhadap pesalah yang mencuri
P3 Menyimpan barang berharga di tempat yang selamat seperti bank dan mempunyai nombor kawalan
P4 Memperhebat kawalan Rukun Tetangga
4. Kesan wujudnya keamanan di dalam negara?
P1 Kestabilan politik
P2 Ekonomi / taraf hidup meningkat
P3 Menarik pelabur asing / pelancong
P4 Masyarakat hidup sejahtera / harmoni
P5 Menaikkan imej negara di mata dunia
5. Baginda menitahkan kegiatan kecurian itu diatasi dengan segera?
P1 Masyarakat dapat meneruskan kehidupan dengan tenang
P2 Tidak berlaku banyak kehilangan harta benda
P3 Pemilik harta benda tidak berada dalam kerugian
P4 Moral masyarakat setempat dapat ditingkatkan
6. Tidakan yang wajar dilakukan oleh Temenggung untuk menangani masalah kecurian.
P1 Memperkemas sistem kawalan keselamatan
P2 Melengkapkan sistem kawalan yang lebih canggih di setiap premis perniagaan dan kediaman.
P3 Melatih pengawal keselamatan yang bertugas dalam pelbagai ilmu seni mempertahankan diri.
P4 Menguatkuasakan undang-undang terhadap pesalah.
7. Sebab seseorang itu sanggup menggadaikan nyawanya untuk kebahagiaan orang lain?
P1 Membuktikan kesetiaannya / kasih sayangnya / perasaan cinta yang tidak berbelah bahagi
P2 Membuktikan kehebatannya menewaskan sesiapa sahaja tanpa perasaan gentar
P3 Membuktikan pengorbanan yang sanggup dilakukan
8. Sebab Patih Gajah Mada menyempurnakan pesanan ayah Kertala Sari kepada Kertala Sari.
P1 Patih Gajah Mada seorang yang amanah.
P2 Patih Gajah Mada ingin membela nasib Kertala Sari yang kematian ayah
P3 Patih Gajah Mada mahu Kertala Sari mendapat haknya
9. Adakah anda akan bertindak membahagikan harta tersebut kepada orang lain
Ya
P1 Harta tersebut dibahagikan kepada orang yang lebih memerlukan dan berjasa
P2 merupakan tugas Laksamana dalam menjaga keselamatan  dan keamanan .
Tidak
P1 Harta tersebut boleh digunakan untuk tujuan dan kerja kebajikan lain
P2 Harta tersebut boleh digunakan untuk hal-hal kecemasan
10. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana.” Pada pendapat anda, mengapakah Laksamana berbuat demikian
P1 Laksamana seorang yang berharta/kaya
P2 Laksamana bersikap murah hati/membantu orang-orangnya yang susah/orang  miskin
P3 Mengekalkan pengaruh
P4 Menjaga maruah sebagai pemimpin/nama baik/imej
11. Kelebihan bersedekah :
P1 Melahirkan rasa syukur / tanda penghargaan
P2 Menjaga hubungan dengan pengikutnya
P3 Mendekatkan diri kepada agama/Terhindar dari sifat kedekut
12. Cara mahu mengalahkan Laksamana
P1 Mengkaji kekuatan/ kekuatan Laksamana sebelum pergi ke Melaka
P2 Berguru dengan orang yang lebih bijak/  berilmu/ berpengalaman
P3 Mencari perkara yang boleh mengganggu emosi Laksamana
P4 Meminta bantuan/bekerjasama daripada pihak lain untuk mengalahkannya

No comments:

Post a Comment