CARA UNTUK MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN
Di Malaysia, sektor pertanian amat penting dan meyumbang lima peratus kapada pendapatan kasar negara. Hal ini dapat membantu meningkatkan pendapatan negara dan secara tidak langsung dapat membantu ekonomi negara kita. Sektor pertanian di Malaysia berfungsi sebagai pembekal sumber makanan kepada seluruh penduduk di Malaysia. Namun begitu kita masih lagi mengimport tenaga asing dalam sektor perladangan dan di sektor lain. Ramai dalam kalangan masyarakat kita masih tidak peduli tentang sektor pertanian ini, padahal sektor ini mempunyai potensi yang besar untuk di majukan. Persoalan yang berlegar-legar dalam gawang minda kita ialah apakah prakarsa-prakarsa yang proaktir yang dapat diambil untuk memantapkan sektor pertanian di negara ini?
tidak dapat dinafikn bahawa sektor pertanian dimajukan dengan menambahkan tenaga pekerja dlam bidang ini. Masalah sektor ini belum dapat dimajukan ialah negara kita kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir. Hal ini demikian kerana ramai ramai golongan muda terutama golongan mahasiswa dan mahasiswi tidak berminat untuk mempelajari dan menceburi bidang pertanian ini kerana mereka tidak mahu bersusah payah di bawah panas terik matahari dan lebih mementingkan keselesaan diri sendiri serta berminat untuk makan gaji. Namun demikian golongan ini kurang meneroka untuk mengaplikasikan apa yang mereka pelajari itu denagn sektor pertanian. Sebagai contoh, pelajar yang mengambil jurusan sains boleh menggabungkan bidang sains dan pertanian untuk menghasilkan satu bidang pertanian ynag lebih moden iaitu bioteknologi. Golongan ini jugabn harus menyedari bahawa sekarang ini sektor pertanian di dominasi oleh golongan tua dan ini menyebabkan produktiviti menjadi rendah. Dengan itu, golongan belia yang mempunyai banyak kudrat harus membantu membangunkan sektor ini.
Dalam erti kata yang lebih luas usaha yang dapat dilakukan untuk memajukan sektor pertanian ini boleh dilaksanakan dengan bantuan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani . Kementerian ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pertanian termasuk perikanan dan ternakan. Kementerian ini juga memberi peruntukan yang besar untuk membuat penyelidikan dalam sektor tertentu. Contohnya, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI). Mardi ditubuhkan dengan matlamat memajukan dan menggiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri pertanian di Malaysia. Teknologi ini bertujuan meningkatkan penghasilan dan keberkesanan denagn memodenkan sektor pertanian selain membantu meningkatkan pulangan petani. Selain Mardi, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga berperanan membantu dalam sektor pertanian khususnya kelapa sawit. MPOB di pertanggungjawabkan untuk meneraju dan membangunkan industri sawit negara. Industri ini merupakan bahan eksport utama ke luar negara contohnya ke Amerika Syarikat. Hasil daripada penyelidikan ini juga, penemuan teknologi dan inovasi baru telah dikomersialkan. Contohnya penggunaan biojisim dan biodiesel, penjenteraan ladang serta kawalan serangga dan penyakit. Oleh itu, bantu kementerian ini amat diperlukan.
Seterusnya, strategi pemasaran untuk memperkenalkan jentera-jentera pertanian, bahan pertanian, baja organik serta benih-benih ynag telah diinovasikan untuk menghasilkan pokok yang bervariasi contohnya orkid. Pameran Pertanian, Horikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2006 (MAHA 2006) merupakan pameran pertanian yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia di (MARDI) Serdang Selangor. Lebih seratus jenis orkid di pamerkan pada pameran pertanian itu termasuk dua spesis hybrid orkid baru yang dilancarkan iaitu Dendrobium dan Ascorahnis . Spesis ini amat cantik dan mempunyai saiz bunga yang lebih besar serta mampu bertahan sehingga tiga bulan. Dengan adanya pameran seperti ini Malaysia dapat menarik perhatian sektor pertanian luar negara untuk bersama-sama memajukan bidang pertanian. D samping itu, pameran ini dapat membantu hubungan dua hala Malaysia dengan negara lain untuk mengembangkan bidang ynag berkaitan dengan pertanian seperti perikanan dan ternakan. Pertanian hiliran juga boleh dilakukan untuk memasarkan sesuatu produk yang lebihlama ke pasaran antarabangsa. Contohnya, buah pisang ialah buah yang cepat busuk dan tidak tahan lama. Hal ini dapat diatasi dengan menghasilkan makanan segera seperti kerepek pisang yang bukan sahaja mempunyai tempoh pasaran ynag lebih lama tetapi juga harga yang tinggi. Oleh itu, para petani yang sedia ada dan yang bakal menceburi bidang ini seharusnya mempunyai pengetahuan yang tinngi tentang strategi pemasaran ynag berkasan.
Teknologi moden untuk menggandakan hasil pengeluaran sesuatu produk boleh dilaksanakan dengan menggabungkan teknologi sains dan pertanian. Kaedah ini dipanggil sebagai bioteknologi.bioteknologi menghasilkan manfaat ketara seperti pengurangan kos pengeluaran, peningkatan hasil pertanian, pengurangan penggunaan racun perosak dan racun herba. Pelbagai kaedah digunakan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan. Contohnya, kaedah pembiakbakaan yang sering digunakan dalam menghasilkan kelapa sawit yang lebih berkualiti. Kelapa sawit sepsis Tenera dihasilkan melalui pembiakbakaan dua sepsis kelapa sawit iaitu sepsis dura dan pisifera. Manakala kawalan biologi juga dapat membantu meningkatkan hasil produk. Kaedah ini sering digunakan di kawasan ladang kelapa sawit bagi mengawal kerosakan buah oleh tikus. Mereka lazimnya menggunakan ular atau burung hantu untuk memakan tikus tersebut. Kaedah ini merupakan kaedah ynag mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar kerana tidak melibatkan bahan kimia dan hanya menggunakan sifat semula jadi haiwan ynag berkenaan. Dengan itu, penggunaan teknologi moden amat diperlukan dalam dunia yang kian berkembang.
Usaha lain yang dapat dilakukan ialah bantuan kewangan dan perundingan. Pihak bank pertanian khususnya boleh memberi pinjaman kepada para petani untuk memulakan projek pertanian mereka. Pinjaman yng dibuat dapat membantu membeli jentera bagi menggantikan tenaga manusia dan membeli benih yang lebih bermutu .skim pinjaman yang berkadar faedah rendah perlu disediakan oleh bank, terutamanya Agrobank untuk pekabun kecil. Sebagai contoh, Agrobank telah menawarkan Modal Usahawan 1 Malaysia kepada petani kita untuk mengusahakan industry kecil dan sederhana IKS yang berasaskan pertanian. Bak kata pepatah, ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. Dengan adanya skim mikro, pekebun kecil dapat megusahakan pertanian atau penternakansecara komersial dan saintifik dan berupaya menjalankan iks.oleh itu, pihak bank amat membantu dalam mengubah hidup para petani kita.
Tuntasnya, kata orang tua-tua, genggam bara api biar sapai jadi arang.semua pihak yang terlibat perlu menggembleng tenaga untuk memajukan sektor ini. ibu bapa harus memainkan peranan untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bidang pertanian kepada anak –anak sejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa juga boleh menyemai sikap cinta akan pertanian dalam diri anak-anak dengan membawa mereka ke pameran pertanian seperti MAHA yang dijalankan setiap dua tahun untuk memdedahkan anak-anak dalam dunia pertanian yang menguntungkan. Kita juga harus mengubah persepsi masyarakat kita bahawa bidang pertanian ini amat menguntungkan dan bukannya memenatkan sahaja..bak kata pujangga Aminuddin Baki, ayam dikepuk mati kelaparan,itik di air mati kehausan. Kiasan tersebut memberikan tamparan pedas bahawa apa-apa bidang sekalipun jika tidak diusahakan dengan segala ikhtiar dan kebijaksanaan, kita tidak akan dapat mengubah hidup kita.
No comments:
Post a Comment