Sunday, September 30, 2018

PT3 - KARANGAN

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MEWUJUDKAN PERSEKITARAN SEKOLAH YANG SELAMAT

Sekolah atau alma mater merupakan tempat kita belajar. Oleh sebab itu, tempat kita menimba ilmu ini mestilah selalu berada dalam keadaan yang selamat dan kondusif. Hal ini penting agar sekolah dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikukum. Sebenarnya, terdapat pelbagai langkah yang dapat kita lakukan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat.
Antara langkah ialah pihak sekolah mestilah menyediakan alat kawalan kebakaran di tempat-tempat yang strategik di kawasan sekolah. Bak kata peribahasa, “Sediakan payung sebelum hujan“. Langkah ini amat penting supaya kebakaran dapat dielakkan daripada merebak ke bangunan yang lain. Walau bagaimanapun, kebanyakan alat kawalan kebakaran seperti pili bomba dan alat kawalan kebakaran berbentuk semburan rosak atau hilang. Sebenarnya, alat kawalan kebakaran yang rosak dan yang telah dicuri mestilah digantikan dengan yang baharu. Pihak sekolah juga haruslah mendidik pelajar tentang cara-cara menggunakan alat tersebut pada waktu kecemasan. Dengan ini, sekolah akan menjadi tempat belajar yang selamat.
Selain itu, pihak berkuasa patut mempamerkan tanda amaran bahaya di kawasan merbahaya  seperti tapak pembinaan di kawasan sekolah, bahan berbahaya di dalam makmal sekolah, kawasan voltan tinggi dan sebagainya. Tanda amaran bahaya ini merupakan salah satu cara komunikasi antara staf, pelajar dan pelawat mengenai kawasan berisiko stau bahan berbahaya. Tanda amaran berbahaya ini perlulah mudah dibaca dan dikenalpasti supaya dapat memberi kesedaran kepada warga sekolah berhati-hati semasa melalui kawasan tersebut. Natijahnya, pelajar-pelajar akan berasa selamat dan kes kemalangan di kawasan sekolah dapat dikurangkan jika langkah di atas dapat diambil.
Di samping itu, pihak sekolah wajar meningkatkan kawalan keselamatan. Pintu sekolah mestilah dijaga dengan rapi pada setiap masa. Setiap pintu sekolah mestilah dijaga oleh beberapa orang pengawal keselamatan. Pondok sekuriti mestilah dibina untuk memastikan para pelajar dapat melaporkan sebarang kejadian yang tidak diingini kepada pihak yang bertugas. Dengan ini, kejadian seperti kes culik dan kes ragut dapat diatasi sekali gus menjamin keselamatan anak-anak yang mahu memasuki pintu sekolah mahupun semasa balik ke rumah. Sesungguhnya, kawalan keselamatan bukan sahaja meyakinkan ibu bapa malahan juga dapat meningkatkan imej sekolah.
Seterusnya, pihak pentadbir sekolah juga haruslah menyediakan pelan kecemasan yang dapat digunakan pada saat-saat sekolah ditimpa kecemasan. Hal ini demikian kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh sebab itu, pelan tangga kecemasan dan pelan larian ke padang mestilah ditampal di tempat-tempat yang mudah dilihat. Dari semasa ke semasa, pihak sekolah juga harus mengadakan latihan kebakaran. Hal ini dapat memastikan pelajar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Tegasnya, cara ini sudah pasti dapat mengurangkan kemalangan dan kecederaan dalam kalangan warga sekolah.
Kesimpulannya, Keselamatan pelajar menjadi tanggungjawab semua pihak. Semua pihak yang terlibat haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjamin keselamatan anak-anak semasa berada di kawasan sekolah. Para pelajar mestilah dididik mematuhi segala arahan dan peraturan di sekolah. Lebih-lebih lagi, ibu bapa juga harus memastilah anak-anak selamat masuk ke sekolah sebelum beredar. Dengan kerjasama semua pihak, pelajar-pelajar sudah pasti akan berada dalam keadaan yang selamat semasa berada di kawasan sekolah.

PT3 - KARANGAN

erita tentang keselamatan sekolah telah menjadi bahan perbualan masyarakat.
Huraikan ciri-ciri sekolah selamat.
Sekolah yang selamat bermaksud tidak berlakunya kejadian yang boleh menjejaskan keselamatan pelajar dan guru di situ. Antara kejadian yang pernah berlaku di kawasan sekolah ialah kejadian pergaduhan, kecurian, dan perkosaan. Oleh itu, wujud pelbagai ciri yang menjadikan sesebuah sekolah itu selamat pada mata masyarakat umum.
Ciri yang paling mudah ialah pihak sekolah menempatkan pengawal keselamatan di pintu masuk sekolah itu. Pengawal ini juga boleh meronda kawasan sekolah mengikut masa tertentu sebagai usaha memastikan keselamatan sekolah terjaga. Jadi, tindakan menggaji pengawal keselamatan menjadi langkah mudah untuk memastikan sekolah selamat.
Selain itu, setiap bilik di sekolah itu perlulah dilengkapi dengan alat pemadam api yang mudah untuk diperoleh. Maknanya, pelajar bukan sahaja diberi latihan menggunakannya tetapi hendaklah diletakkan di tempat yang paling strategik untuk keberkesanan penggunaannya kelak. Jelaslah, alat pemadam api boleh memastikan kebakaran yang berlaku dikawal sebelum ketibaan pihak bomba.
Tambahan pula, sebuah sekolah yang selamat turut memiliki pelan arah keselamatan apabila berlakunya sebarang kejadian seperti kebakaran, banjir, dan sebagainya. Pelan ini memudahkan pelajar mengetahui tindakan yang harus diambil oleh mereka dan arah yang dituju ketika perkara kecemasan berlaku. Sebenarnya, kewujudan pelan sebegini memastikan pelajar dapat menyelamatkan diri dalam keadaan tenang dan teratur apabila berlaku sesuatu perkara buruk.
Kewujudan pengawal lalu lintas terutama di kawasan sekolah yang berhampiran jalan utama lalu lintas turut penting dalam menjamin keselamatan penghuni sekolah. Pengawal ini akan memastikan pelajar melintas jalan dengan selamat dan memerhatikan persekitaran ketika pelajar sedang menunggu kedatangan ibu bapa mereka itu. Sesungguhnya, pengawal lalu lintas menjadikan pelajar lebih selamat ketika keluar dari kawasan sekolah.
Kesimpulannya, setiap sekolah hendaklah memberi penekanan terhadap aspek keselamatan pelajar mereka. Jika pihak sekolah masih berdolak-dalih dalam hal ini sudah pasti sesuatu tragedi hanya menanti masa sahaja untuk berlaku. Mungkin sudah sampai masanya pihak sekolah melihat keselamatan pelajar melebihi segala-galanya sebelum nasi menjadi bubur.

PT3 - KARANGAN

Soalan:
Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti kokurikulum. Bincangkan cara-cara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti kokurikulum.

Pendahuluan:
Aktiviti kokurikulum membawa banyak manfaat dalam pembentukan diri pelajar - ibu bapa memainkan peranan penting - memberi galakan pada anak-anak - menyertai aktiviti kokurikulum

Isi-isi:
Cara-cara ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti kokurikulum:

  • Memberitahu kepentingan aktiviti kokurikulum - pastikan mereka faham mengapa perlu terlibat dalam aktiviti kokurikulum - membentuk keperibadian dan sahsiah diri, menerapkan aspek kepimpinan dan belajar bekerjasama
  • Memberi pendedahan lebih awal kepada anak-anak misalnya bersukan - apabila anak sudah biasa didedahkan dengan aktiviti sebegini - tidak menjadi masalah untuk menyertai aktiviti yang diadakan di sekolah
  • Memberi ganjaran kepada anak-anak sekiranya memenangi sesuatu perlawanan - sokongan dan galakan ibu bapa amat penting - tunjukkan penghargaan atas usaha mereka
  • Mendidik anak sejak kecil agar menjadi seorang yang bertanggungjawab - melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum - sebahagian daripada tuntutan sebagai seorang pelajar - melentur buluh biarlah daripada rebungnya

Penutup:
Semua bermula dari rumah - ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak - bukan sahaja tekun belajar di dalam bilik darjah, malah aktif dalam aktiviti kokurikulum - pelajar serba boleh

PT3 - KEBAIKAN KOKURIKULUM

Soalan : Setiap pelajar seharusnya melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

Tulis tentang faedah-faedah menyertai kegiatan tersebut selengkapnya.
  Kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas. Contoh aktiviti kokurikulum ialah perkhemahan, bersukan, berpesatuan dan sebagainya. Aktiviti kokurikulum mengajar kita untuk berdikari.


Pada era kontemporari ini, isu berkaitan kokurikulum acap kali meniti dari bibir ke bibir masyarakat seantero negara.  saban hari isu ini menghiasi dada-dada akhbar arus perdana, didengar di corong-corong tetuang udara (radio) dan ditonton di peti-peti gambar (televisyen). Isu kokurikulum tidak boleh dipandang dengan sebelah mata. persoalan yang ...
  Sebagai pembuka tirai diskusi yang pertama  kokurikulum dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Kita akan belajar tentang latar belakang sukan atau persatuan, matlamat  ditubuhkan, dan sebagainya. Aktiviti yang disertai seperti pekhemahan, dan lawatan dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman hidup. Izharlah bahawa...

  Kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Kita tidak membuang masa dengan melakukan perkara sia-sia. Aktiviti kokurikulum yang diadakan diluar waktu sekolah menghindakan murid dari terdedah kepada unsur negatif yang terdapat di persekitaran.

  Selain itu, aktiviti kokurikulum boleh menyihatkan badan dengan melalui aktiviti sukan. Bersukan akan membuatkan badan kita sihat dan otak kita cerdas. Bersukan juga boleh meningkatkan pretasi diri.

  Akhir sekali, kokurikulum mampu mendisiplinkan serta membentuk peribadi diri yang mulia untuk diri kita. Ia mengajar murid menepati masa, bantu membantu antara satu sama lain, bertanggungjawab dan amanah dalam melakukan tugas.


  Setiap murid harus menyertai aktiviti kokurikulum kerana ia membentuk murid berakhlak mulia dan memupuk jati diri. Aktiviti kokurikulum juga harus diperluas bagi memberikan lebih banyak faedah kepada murid-muri

PT3 - KARANGN KEMALANGAN JALAN RAYA



Langkah-langkah Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya
Dasawarsa ini, isu kemalangan jalan raya yang semakin meruncing sering menjadi fokus perbincangan dan mauduk utama akhbar-akhbar tempatan di Malaysia. Keadaan ini semakin merunsingkan apabila banyak kejadian yang melibatkan kemalangan jiwa berlaku. Justeru, sebelum, nasi sudah menjadi bubur, langkah-langkah pragmatik perlu diimplimentasikan bagi mengatasi masalah ini.

Pertama, penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan dengan lebih tegus dan tegas. Peraturan-peraturan jalan raya seharusnyan dikaji semula dan ditambah baik bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terpelihara. Penguatkuasaan undang-undang seperti larangan perjalanan bas ekspres pada waktu malam seharusnya dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, bukannya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Aman, kes kemalangan melibatkan bas ekspres menurun dengan rancaknya sebanyak 15.7 peratus dari tahun 2007 ke 2008 selepas undang-undang tersebut dilaksanakan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dengan adanya penguatkuasaan undang-undang, kadar kemalangan dapat diminimumkan.

Selain itu, pihak kerajaan juga perlu memastikan pengurusan kenderaan awam cekap dan efisien. Kelancaran sesebuah perjalanan itu amat bergantung kepada kecekapan pemandu dan kondisi kenderaan tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak pemaju perlu menyediakan perkhidmatan secara berkala dan menjalankan pemeriksaan secara konsisten bagi menjamin kualiti pengurusan sesebuah syarikat kenderaan itu. Proses pemilihan pemandu juga perlu diteliti semula agar hanya mereka yang benar-benar layak sahaja diterima bekerja. Menurut Menteri Pengangkutan Malaysia, satu system pemilihan pemandu bas ekspres yang standard akan dilaksanakan mulai penggal kedua tahun 2009. Maka jelaslah, pengurusan syarikat kenderaan awam yang mantap amat vital bagi menurunkan kadar kemalangan jalan raya.

Di samping itu, kerajaan boleh melaksanakan kempen-kempen bagi menerapkan kesedaran kepada seluruh warga Malaysia. Modus operandi utama kempen ini dijalankan adalah untuk menimbulkan nilai moral dan sivik serta menyuntik etika dalam kelangan rakyat. Prakarsa ini dapat dijalankan dalam semua peringkat meliputi sekoalh, negeri, mahupun di peringkat kebangsaan. Pendedahan awal kepada kanak-kanak misalnya amatlah wajar kerana pada ketika inilah mereka mudah dibentuk mengikut acuan yang sebenar, bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Maka tidak hairanlah apabila Kementerian Pelajaran sendiri berganding bahu dengan Kementerian Pengangkutan melaksanakan program “Keselamatan Lalu Lintas dan Jalan Raya” yang dianjurkan saban tahun. Justeru, sudah terang lagi bersuluh, kempen-kempen tersebut berupaya untuk menurunkan kadar kemalangan.

Akhirulkalam, isu kemalangan jalan raya ini perlu dipandang serius oleh pucuk pimpinan negara khususnya. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu bekerjasama menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah ini secara total. Ingatlah, “pandu cermat, jiwa selamat!”

Friday, September 28, 2018

PT3 - KARANGAN PELANCONGAN

Langkah-Langkah Memajukan Sektor Pelancongan Negara . Bincangkan ( Karangan SPM)

       Pada era kontemporari ini, isu berkaitan PELANCONGAN meniti dari bibir ke bibir masyarakat seanter negara. Malaysia telah diangkat sebaigai sebuah destinasi pelancongan. Hal ini ditambah pula dengan kemunculan tempat-tempat pelanconga beserta syarikat pelancongan yang tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Persoalan ...
       Antara langkah yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu yang dapat menarik minat pengunjung mancanegara. Banyak produk pelancongan yang wajar diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak. Selain itu konsep pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan seumpamanya hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan sebagainya. Produk pelancongan yang diperkenalkan mestilah dapat menarik hati pelancong-pelancong  pelbagai negara. Biasanya pelancongan luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat tempat. Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup mereka. Jadi, usaha kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu dapat meningkatkan sektor berkenaan.    

      Seterusnya, kerajaan Malaysia juga wajar menganjurkan pelbagai acara antarabangsa dengan lebih kerap. Pelbagai acara antarabangsa wajar dilobi agar diadakan di negara ini. Sebagai contoh, penganjuran acara sukan antarabangsa seperti Monsoon Cup, perlumbaan Formula 1, kejohanan badminton, dan seumpamanya merupakan acara yang sangat mendapat perhatian peminat antarabangsa.Dalam bidang seni pula, negara kita menjadi tuan rumah kepada beberapa acara antarabangsa, contohnya Festival Muzik Dunia yang diadakan di Sarawak setiap tahun. Kemampuan negara untuk menganjurkan antarabangsa memang terbukti kejayaannya, bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia. Acara antarabangsa ini hendaklah diadakan dengan lebih kerap dan dijadikan acara tahunan. Dengan cara ini, lebih ramai pelancong akan berkunjung ke negara ini bukan sahaja untuk melibatkan diri dalam acara-acara yang dianjurkan, malahan untuk melawat tempat-tempat menarik di negara kita, bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Jelaslah penganjuran acara antarabangsa dapat meningkatkan promosi pelancongan di negara kita.

     Selain itu pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok dunia. Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan negara kita sebagai destinasi pelancongan. Dalam karnival ini, banyak perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat-tempat menarik di negara ini, makanan yang pelbagai, dan juga kebudayaan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu karnival ini juga wajar menyediakan pakej-pakej pelancongan yang kompetetif kepada masyarakat antarabangsa. Karnival seperti ini hendaklah diadakan di seluruh dunia. Tumpuan hendaklah diberikan pada rantau yang jauh seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika. Sebagai contoh karnival wajar diadakan di Brazil untuk menarik minat pengunjung di sana datang ke Malaysia dan menghebahkan kehebatan negara kita, bak kata pepatah tak kenal maka tak cintaSesungguhnya, penganjuran karnival pelancongan di luar negara merupakan langkah yang berkesan untuk mempromosikan negara kita sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

      Selanjutnya langkah untuk mempromosikan sektor pelancongan negara ini adalah dengan mengadakan kempen Tahun Malaysia Malaysia dengan lebih berkesan dan melibatkan lebih banyak penyertaan. Tahun Melawat Malaysia ialah kempen untuk menggalakkan pelancong datang ke negara kita dengan lebih besar bilangannya. Kempen yang diadakan sepanjang tahun ini mennyediakan pelbagai acara untuk menarik minat pelancong datang ke negara ini. Misalnya, pelbagai acara kebudayaan pelbagai kaum dipersembahkan untuk para pelancong. Penyertaan pelbagai pihak digalakkan untuk memeriahkan lagi sambutan Tahun Melawat Malaysia ini. Selain badan-badan kerajaan, pihak swasta juga memikul tanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kompetitif  bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hotel-hotel, syarikat penerbangan, dan syarikat pengangkutan awam mestilah melibatkan diri untuk menjayakan kempen ini.Ternyata, kempen Tahun Melawat Malaysia dapat meningkatkan sektor pelancongan di negara kita.

          Kesimpulannya, semua pihak hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya. Jika tidak, segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancong tempatan dan mancanegara. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak yang terbabit akan menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang tersohor di dunia

Thursday, September 27, 2018

PT3 - KARANGAN PERTANIAN


Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menggalakkan generasi muda menceburi bidang pertanian.

SOALAN PERCUBAAN BM KERTAS 1 (B) NEGERI KEDAH

            Pada era kontemporari ini, isu berkaitan dengan pertanian meniti dari bibir ke bibir masyarakat seantero negara. Saban hari, isu pertanian menghiasi dada-dad akhbar, didengar di corong-corong tetuang udara (radio), dan ditonton di kaca-kaca peti gambar (televisyen). Sektor pertanian di negara ini tidak boleh dipandang dengan sebelah mata. Persoalan yang berlegar-legar dalam gawang minda kita ialah apakah prakarsa-prakarsa proaktif untuk menggalakkan remaja terlibat dalam sektor pertanian?
            Sebagai pembuka tirai diskusi yang perdana, usaha melibatkan remaja dalam sektor pertanian dapat dijalankan dengan peranan kerajaan. Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran boleh menubuhkan lebih banyak sekolah vokasional pertanian. Sehingga tahun 2018, hanya terdapat lima buah sekolah pertanian di seluruh negara. Penubuhan sekolah ini akan membuka minda golongan remaja untuk melihat dunia pertanian dari mandala baharu. Izharlah bahawa peranan kerajaan dapat menggalakkan golongan muda untuk terlibat dalam sektor pertanian pada masa hadapan.
            Jika ditinjau dari perspektif lain, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga dapat memainkan peranan dominan untuk menarik remajameminati bidang pertanian. Pihak kementerian boleh menganjurkan kursus-kursus pertanian untuk golongan muda dengan menggunakan kaedah moden. Persepsi negatif tentang pertanian kovensional yang berkaitan dengan cangkul, lembu dan kemiskinan nescaya akan berubah. Kursus asas pertanian dan motivasi ini akan mendorong mereka untuk menjadi petani moden yang menggunakan kaedah penyelidikan dan pembangunan (R&D). Ijmallah bahawa kursus dan motivasi berpotensi untuk menggalakakn pemuda-pemudi alaf baharu menceburi bidang pertanian.
            Dalam erti kata yang lebih komprehensif, ibu bapa juga memainkan peranan efektif dalam menggalakkan anak-anak remaja dalam sektor pertanian. Pertama-tamanya, ibu bapa janganlah bertindak sebagai batu penghalang sebaliknya menggalakkan anak-anak menceburi bidang pertanian sejak kecil. Aforisme Melayu lama ada mengungkapkan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa juga perlu faham bahawa bidang pertanian juga membolehkan seseorang menjadi jutawan. Contoh paling jelas ialah Mohd. Zoki Abdullah yang menjadi jutawan muda dengan mengusahakan projek anggur di Perlis. Pendek kata, ibu bapa mampu membentuk masa depan anak-anak yang cerah dalam bidang pertanian.
            Secara holistiknya, sudah terang lagi bersuluh bahawa golongan remaja tidak akan menyesal apabila memilih pertanian sebagai profesion mereka. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah bekerjasama bagai aur dengan  tebing agar generasi Y (Gen Y) dapat direvolusikan minda mereka. Akhir kata, penglibatan remaja dalam sektor pertanian dapat mengubah landskap pertanian di negara ini.

Tuesday, September 25, 2018

PT3 - SISTEM EJAAN YANG BETUL

Salah

Betul

catit
cendikiawan
cap (tera/cetak)
dailog
definasi
deligasi
deraf
efisyen
ehsan
ekslusif
ekspot
emel
empatbelas
engkar
fax
Febuari
forklift
gambarajah
gantirugi
garispanduan
gelak ketawa
gembeleng / gembeling
geraf
gulong
gunatanah
hajjah
hakmilik
hapuskira
hurmat
ia-itu
ibu mu
ibubapa
ibupejabat
ibusawat
ide
iktizam
impot
injin
inspekter
insuran
Insyaallah / insya Allah
intipati
isipadu
istihar
istirehat
janakuasa
jasabaik
jawatan kuasa
jiwa-mu
Johor Bharu
jualbeli
juwita
kadhi
kakilima
kampong
kapitalisma
kaptain
karenah (ragam)
kawalselia
ke 5 / ke V
kelendar / kelender
kemaskini
keredhaan
keretapi
kerinting
kerja sama
kerjatanah
kertaskerja
keunikkan
kianat
ko-kurikulum
kolestrol
komersil
komplek
kontingen
Kota Bharu
kuatkuasa
lagenda
lakun
lalulintas
lanskap
lapuran
latarbelakang
lebel
lebuhraya
lencungan
leukimia
liberalisma
lojik
losyen
maksima
manafaat
masaalah
mee
mekanisma
membasoh
mempamirkan
memperolehi
menaik-tarafkan
menakibatkan
mencatit
mengambilkira
mengenengahkan
mengenepikan
mengswastakan
mengujudkan (mengadakan)
mengwujudkan
mentera
menukarguna
merbahaya
minima
munshi
nasionalisma
oditorium
olah raga
olih
optima
organisme
otomatik
otomobil
pamir
papantanda
paspot
patriotisma
pehak
pelancung (pelawat)
pemerosesan
pemilekan
pemgembala
pengemblengan
pengstrukturan
penguatkuasa
pengubahmilik
pengwartaan
pensil
perabut
pergerakkan
perihatin
perlabelan
perlaburan
perlancaran
perlesanan
perletakan
pertunjukkan
pesaraan
pesiaran
pilihanraya
pindahmilik
pinggan mangkok
plan
profession
prosidur
protin
rekabentuk
catat
cendekiawan
cap
dialog
definisi
delegasi
draf
efisien
ihsan
eksklusif
eksport
e-mel
empat belas
ingkar
faks
Februari
forklif
gambar rajah
ganti rugi
garis panduan
gelak ketawa
gembleng
graf
gulung
guna tanah
hajah
hak milik
hapus kira
hormat
iaitu
ibumu
ibu bapa
ibu pejabat
ibu sawat
idea
iltizam
import
enjin
inspektor
insurans
insya-Allah
inti pati
isi padu
isytihar
isytirahat
jana kuasa
jasa baik
jawatankuasa
jiwamu
Johor Bahru
jual beli
juita
kadi
kaki lima
kampung
kapitalisme
kapten
kerenah
kawal selia
ke-5 / V (awalan ke tidak diperlukan untuk angka roman)
kalendar
kemas kini
keredaan
kereta api
keriting
kerjasama
kerja tanah
kertas kerja
keunikan
khianat
kokurikulum
kolesterol
komersial
kompleks
kontinjen
Kota Baharu
kuat kuasa
legenda
lakon
lalu lintas
landskap
laporan
latar belakang
label
lebuh raya
lencongan
leukemia
liberalisme
logik
losen
maksimum
manfaat
masalah
mi
mekanisme
membasuh
mempamerkan
memperoleh
menaiktarafkan
mengakibatkan
mencatat
mengambil kira
mengetengahkan
mengetepikan
menswastakan
mewujudkan
mewujudkan
mantera
menukar guna
berbahaya
minimum
munsyi
nasionalisme
auditorium
olahraga
oleh
optimum
organisma
automatik
automobil
pamer
papan tanda
pasport
patriotisme
pihak
pelancong
pemprosesan
pemilikan
penggembala
penggemblengan
penstrukturan
penguat kuasa
pengubah milik
pewartaan
pensel
perabot
pergerakan
prihatin
pelabelan
pelaburan
pelancaran
pelesenan
peletakan
pertunjukan
persaraan
persiaran
pilihan raya
pindah milik
pinggan mangkuk
pelan
profesion
prosedur
protein
reka bentuk