Sunday, July 4, 2021
Friday, June 4, 2021
RMAH TERBUKA
Jelaskan faedah-faedah mengadakan majlis rumah terbuka.
Jenis Pendahuluan (Definisi) | |||
Perayaan di Malaysia disambut oleh semua kaum Budaya unik masyarakat Malaysia – sentiasa berusaha untuk melakukan aktiviti bersama-sama dengan kaum yang lain yang berlainan agama Undangan terbuka kepada sesiapa sahaja . Tidak memerlukan undangan secara kad ataupun rasmi. | |||
Isi | Huraian | Contoh | Kesimpulan |
Isi 1 Membentuk perpaduan kaum | Mengundang pelbagai kaum untuk memeriahkan sambutan | Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang disambut kaum Melayu diraikan bersama-sama dengan kaum Cina, India dan Iban | Perpaduan kaum dapat dijalin dengan rapat. |
Isi 2 Meningkatkan semangat kejiranan | Dapat bertemu, berbincang dan beramah mesra sambil menikmati hidangan | Peluang untuk bertemu dengan jiran yang kadang kala sibuk dengan pekerjaan masing-masing | Paltform untuk meningkatkan semangat kejiranan. “Jiran sepakat membawa berkat” |
Isi 3 Memahami budaya kaum lain yang ada di Malaysia | Membentuk persefahaman dan saling memahami adat dan pantang larang kaum lain | Ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri kaum lain yang berkunjung akan membuka kasut apabila datang ke rumah lkaum Melayu | Masyarakat memahami budaya kaum lain. Dapat mewujudkan persefahaman |
Isi 4 Menggalakkan pelancongan | datang ke Malaysia untuk melancong dan menyambut perayaan | Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia semasa Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Pesta Keamatan | Menggalakkan industri pelancongan negara |
Isi 5 Merapatkan hubungan silaturahim dalam kekeluarga | Medan pertemuan yang paling sesuai | Yang muda dapat mengenali mereka yang tua dengan lebih dekat dalam pertemuan ahli keluarga ini. | Hubungan kekeluargaan dapat diperkukuh |
(Penutup) Cadangan/Harapan | |||
Mendatangkan pelbagai manfaat kepada semua Wajar terus dilaksanakan dengan lebih kerap dan tersusun Perkara yang utama bukan banyaknya juadah yang disediakan tetapi keikhlasan untuk mengundang rakan dan taulan
| |||
Friday, May 21, 2021
Tuesday, May 11, 2021
Thursday, March 11, 2021
KARANGAN 2021 - GURU UNGGUL
Soalan: “Pada pandangan kamu ,apakah sifat-sifat yang unggul yang harus ada pada seorang guru “
Rangka jawapan
1. Pendahuluan : Peranan penting seorang guru.
2. isi-isi : a) Mempunyai sifat-sifat bertanggungjawab
b) Mempunyai sifat sabar dan bertimbang rasa.
c) Lemah lembut dan penyayang
d) Menganggap murid sebagai keluarga.
e) Sanggup berkorban.
f) Mempunyai personahti yang tinggi.
3. Penutup
CONTOH :
Jika dibandingkan dengan profesion lain, GURU merupakan suatu profesion yang mulia. Guru boleh dikatakan sebagai cahaya yang boleh menerangi kegelapan bhdup seseorang. Guru juga merupakan pembimbing [fasilitator] kepada seseorang dalam menuju kepada kehidupan yang sempurna . Justeru , amat perlu kepada seorang guru untuk memiliki sifat-sifat tertentu yang sesuai dengan peranannya sebagai pendidik dan pembimbing generasi ke-21 dengan menujahkan kebaikan dan kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.
Pada pandangan saya , seorang guru yang unggul haruslah mempunyai sifat-sifat yang bertanggungjawab . Sifat seperti ini sangat perlu kerana tanpanya sesorang guru mungkin akan cuai dan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah sentiasa mengambil berat terhadap para pelajarnya dan bersedia untuk bekerja keras membantu kejayaaan pelajaran mereka seperti mengadakan kelas tambahan dan menyediakan nota-nota yang lengkap.
Selain mempunyai sifat-sifat yang bertanggungjawab , seorang guru yang unggul perlulah mempunyai sifat-sifat sabar dan bertimbang rasa.Tanpa sifat-sifat ini sudah tentulah mudah bagi guru itu melakukan kekasaran terhadap para pelajarnya tanpa memberi peluang mereka untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Seorang guru yang sabar dapat bertolak ansur dengan para pelajarnya dengan cara ini sudah tentu hubungan lebih erat di antara guru dengan murid-muridnya.
Seorang guru yang unggul hendaklah bersifat lemah-lembut dan penyayang. Sifat-sifat seperti ini dapat membantu seorang gum menyampaikan pengajarannya dengan berkesan. Ini kerana dengan sifat demikian, pelajar akan tertarik dengan tingkah laku guru sewaktu mengajar dan secara tidak langsung mereka akan dapat memahami dan mengingati setiap perkara yang diajar oleh gum mereka. Seorang guru yang berperawatakan kasar bukan sahaja boleh menakutkan para pelajar, malah boleh juga menimbulkan perasan benci di kalangan murid terhadap guru berkenaan. Banyak cerita kita dengar tentang pelajar yang tidak berpuas hati terhadap tindak-tanduk guru mereka, telah mengambil tindakan kasar dengan mengancam dan memukul guru berkenaan.
Seorang guru yang unggul juga tidak menganggap para pelajarnya sebagi orang asing ,sebaliknya sebagai anak atau adiknya sendiri. Melalui cara ini , mereka akan memberi perhatian yang benar-benar serius untuk kepentingan para pelajar mereka sendiri Mereka juga tidak akan berasa jemu untuk mengajar para pelajar dengan bersungguh hati dan sentiasa tidak berputus asa dalam menghadapi setiap cabaran yang datang.
Guru yang unggul perlulah juga memiliki personaliti yang tinggi, mempunyai keyakinan diri serta mempunyai sifat-sifat positif. Tujuannya ialah untuk membangunkan diri sendiri dan juga para pelajamya. Mereka perlulah mengelakkan diri daripada aktiviti-aktiviti yang boleh menjatuhkan nama baik mereka sendiri seperti terlibat dengan penyalahgunaan najis dadah , berjudi , mabuk. Sekiranya guru-guru terlibat dengan kegiatan seperti ini, sudah tentulah ia boleh menyebabkan para pelajar hilang keyakinan terhadap guru berkenaan. Guru yang mempunyai pesonaliti yang tinggi sentiasa menjaga nama baik serta tingkah laku dan percakapan meraka supaya sentiasa sedap dipandang mata dan didengar.
BAHASA MELAYU STANDARD
Perkataan bahasa klasik yang lazim digunakan bersama maknanya sekali
Adanya demikian – halnya
Arakian/ Arkian sesudah itu , – maka
Barang bila – apabila
Barang siapa - sesiapa sahaja
Bawakan persiapan – dijamukan makanan
Cacau – tidak tentu arah / tidak keruan
Cangkir – cawan
Cemar duli sudi datang , – berangkat / melawat ke sesuatu tempat
Fiil – perangai / tingkah laku / perbuatan
Fulus – wang
Guna pengasih – jampi atau ubat Membuatkan Orang kasih
Gegap-gempita – riuh-rendah , bunyi bising
Gundah gulana – sangat sedih , hati tidak tenteram
Hatta – maka , kemudian dari itu, sampai ( hingga )
Istirahat – berehat , menghilangkan penat .
Jauh hati – berkecil hati
Kasur – tilam
Lalu – tidak larat , tidak sanggup ,terus , langsung
Lasykar – askar
Membuangkan diri – mengasingkan diri
Merupakan diri – menyamar
Maka – sudah itu lalu , dan ( dipakai untuk memulakan ayat )
Murka – marah
Orang keluaran – orang kebanyakan , orang asing
Pacal – hamba kepada raja atau aku
Pecah perang – kalah dalam peperangan
Poci – cerek
Sahaya – saya , hamba
Sanggah – melawan
Santap – makan minum untuk raja
Sida-sida – pegawai istana yang telah dikembiri
Utusan – wakil
