Tuesday, March 6, 2018

SAJAK : SEJADAH RINDU

LATIHAN SOALAN PEMAHAMAN
SOALAN SPOT
1.       Berikan maksud dunia ini hanya bersifat sementara.
•dunia ini tidak kekal
2.        Berikan maksud sebelum saat aku dinisankan.
•sebelum penyajak meninggal dunia
3.       Berdasarkan sajak di atas, apakah harapan penyajak semasa berdoa kepada Yang Maha Esa?
•berharap agar dirinya sedar bahawa dunia ini bersifat sementara.
4.       Berdasarkan rangkap ketiga sajak di atas, nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan penyajak benar-benar insaf.
•penyajak menitiskan air mata/penyajak benar benar ikhlas untuk bertaubat
5.       Apakah maksud rangkai kata saat aku dinisankan dalam rangkap kedua sajak di atas?
•ketika penyajak meninggal dunia
6.       Pada pendapat anda,apakah perkara perkara yang perlu dilakukan sementara kita hidup di dunia yang bersifat sementara ini? Nyatakan tiga perkara itu. ( KBAT )
•keinsafan atas segala dosa lalu yang menghantui hidup
•keikhlasan dalam memohon keampunan tuhan
•kehidupan di dunia hanyalah bersifat sementara
7.       Sebagai seorang pelajar,apakah usaha yang perlu anda lakukan untuk membantu rakan anda yang telah insaf daripada kesalahannya? ( KBAT )
•memberikan kata kata semangat dan dorongan
•untuk mendapatkan khidmat nasihat
•melupakan segala kesilapan yang lalu dan dibuat olehnya
8.       Pada pendapat anda,mengapakah masyarakat sukar untuk menerima seseorang yang telah insaf daripada kesalahannya? ( KBAT )
•masyarakat tidak berasa yakin bahawa mereka benar benar insaf
•masyarakat untuk memandang serong terhadap mereka
9.       Pada pendapat anda,apakah sebab sebab seseorang perlu bertaubat daripada dosa dosanya yang lalu? ( KBAT )
•supaya mendapt keampunan daripada tuhan sebelum meninggal dunia
•agar seseorang itu tidak melupai taubatan daripada dosa dosanya yang lalu
10.   Pada pendapat anda,selain memohon ampun kepada tuhan,apakan cara lain yang boleh dilakukan untuk membuktikan bahawa kita telah insaf atas kesalahan yang dilakukan? ( KBAT )
•berazam tidak mengulangi kesilapan tersebut
•sentiasa mencontohi orang yang baik seperti ritaz dan guru
11.   Pada pendapat anda, mengapakah manusia sering lupa dan mengabaikan perintah tuhan? ( KBAT )
•terleka dengan kemewahan dunia
•tidak tetap dalam mengamalkan ajaran dan perintah tuhan
12.   Pada pendapat anda,mengapakah seseorang yang melakukan kesalahan dan dosa perlu memohon keampunan daripada tuhan? Nyatakan tiga sebab anda.
•segala dosa dan kesalahan diampun oleh tuhan
•agar tuhan meringankan hukuman ke atasnya semasa di dalam mahkamah
13.    Terdapat segelintir manusia yang sudah menginsafi kesilapannya tetapi selepas itu kembali semual melakukan kesilapan tersebut. Pada pendapat anda,mengapakah keadaan sedemikian berlaku? ( KBAT )
•terpengaruh dengan rakan rakan
•kurang bimbingan daripada pihak lain
14.   Nyatakan Dua Persoalan

(a) Keinsafan seseorang yang banyak berdosa.
(b) Kepentingan mendirikan sembahyang.
(c) Kepentingan didikan agama
(d) Kebaikan sifat bertaubat atas dosa yang dilakukan.
(e) Pengabdian kepada Tuhan Yang Masa Esa.

15.   Nyatakan Dua Nilai

(a) Keinsafan
(b) Kepercayaan kepada Tuhan
(c) Rasional
(d) Kesyukuran
(e) Ketaatan
(f) Hemah tinggi
(g) Keikhlasan
(h) Kejujuran
(i) Keberanian

16.    Nyatakan Dua Pengajaran

(a) Kita mestilah insaf akan kesilapan diri dan kembali ke jalan hidup yang sebenar.
(b) Kita mestilah percaya bahawa adanya kita di bumi ini kepada kuasa Tuhan yang Maha Esa.
(c) Kita mestilah berfikiran matang dan rasional dalam tindakan terutamanya sewaktu usia semakin tua.
(d) Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan peluang hidup yang dikurniakan kepada kita.
(e) Kita mestilah taat akan didikan agama dan mengamalkan ajaran agama dengan penuh ketakwaan.
(f) Kita mestilah mengakui kesalahan diri dan sedar bahawa keampunan daripada Tuhan dapat memberikan ketenangan hidup.
(g) Kita mestilah ikhlas meminta keampunan daripada Tuhan Yang Maha Esa agar hidup menjadi lebih tenang.
(h) Kita haruslah jujur dalam perbuatan dan tingkah laku agar tidak menyesal kemudian hari.
(i) Kita mestilah berani menghadapi segala cabaran dalam kehidupan demi ketenangan hidup pada usia tua

17.    Nyatakan Dua Gaya Bahasa

(a) Metafora
Cth: - Buktinya, di sejadah rindu

(b) Bahasa asing, bahasa Arab
Cth: - Buktinya, mengungkap kalimah syahdu
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
aku sujud menghadap Ilahi
lafaz taubat mengiringi

(c) Pengulangan kata
Cth : - Buktinya, di sejadah rindu
di masa yang Kautetapkan
di keheningan yang sepi
di sejadah rindu yang luruh

(d) Sinkope
Cth : - Buktinya, mengenang dosaku yang terdahulu
kupohon kembali nafas kehidupan
di masa yang Kautetapkan
kemaafan yang kupohon

(e) Responsi
Cth : - Buktinya, izinkan aku menjadi manusia
agar aku tidak lupa

Thursday, March 1, 2018

EJAAN MENGELIRUKAN

INFO BAHASA
Banyak colon peperiksaan yang masih menggaru-garu kepala yang tidak gatal memikirkan manakah ejaan yang betul. dalam penulisan wacana bahasa Melayu, calon sewajarnya persis dengan ejaan mereka.
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul

1.
resepi û
resipi 

2.
menyakinkan û
meyakinkan 

3.
istirehat û
istirahat 

4.
kadang-kalaû
kadangkala

5.
sambilewa û
sambalewa

6.
mengganggu gugat û
mengganggu-gugat 

7.
insuranû
insurans 

8.
ambulanû
ambulans

9.
juwitaû
juita

10.
unggu û
ungu 

11.
mengulangkaji û
mengulang kaji 

12.
penguatkuasa û
penguat kuasa

13.
gambarajahû
gambar rajah

14.
redhaû
reda

15.
kerintingû
keriting

16.
berguû
beregu

17.
kontingen û
kontinjen

18.
mengenengahkanû
mengetengahkan 

19.
mengenepikanû
mengetepikan 

20.
mengkedepankan û
mengedepankan

21.
mengkebelakangkanû
mengebelakangkan

22.
sihat walafiat û
sihat wal afiat

23.
majerinû
marjerin

24.
rempah ratusû
rempah-ratus

25.
alat siarayaû
alat siar raya

26.
margasatwa û
mergastua 

27.
workshopû
woksyop

28.
bertungkus-lumusû
bertungkus lumus

29.
limau kasturiû
limau kesturi 

30.
walaubagaimanapunû
walau bagaimanapun 

13 PUN YANG DIEJA CANTUM

“Pun” dieja bercantum
“Pun” yang dieja rapat atau bercantum dengan perkataan sebelumnya hanya ada 13:
1. adapun
2. andaipun
3. ataupun
4. biarpun
5. bagaimanapun
6. kalaupun
7. kendatipun
8. lagipun
9. mahupun
10. meskipun
11. sekalipun
12. sungguhpun
13. walaupun
“Pun” dieja jarak
“Pun” yang membawa makna “juga” perlu dieja terpisah daripada perkataan sebelumnya. Contoh ayat:
Aku pun terus ketawa.
Mereka pun kecewa.

15 KATA MAJMUK MANTAP

KATA MAJMUK
  • ialah kata yang terdiri daripada dua perkataan tetapi membawa SATU makna
  • kata majmuk dieja terpisah tetapi bertindak sebagai SATU unit
  • walaubagaimanapun terdapat sesetengah kata majmuk yang dieja RAPAT/BERCANTUM iaitu:-
1. antarabangsa
2. beritahu
3. bumiputera
4. jawatankuasa
5. kakitangan
6. kerjasama
7. olahraga
8. matahari
9. setiausaha
10. sukarela
11. suruhanjaya
12. tandatangan 
13. tanggungjawab
14. warganegara
15. pesuruhjaya

Wednesday, February 21, 2018

KOSA KATA

KOSA KATA BAHASA MELAYU

Untuk calon-calon SPM, gunakanlah kosa kata berikut supaya pemeriksa dapat memberikan markah yang cemerlang terutamanya dalam bahagian karangan umum.  

Acap kali-sering
Acuh-sambil lewa
Afdal-lebih utama
Akar umbi-peringkat awal / peringkat dasar
Aktif-cergas
Akur-bersetuju
Alaf baharu - masa terkini
Alibi – bukti atau keterangan bahawa penjenayah berada di tempat kejadian
Alternatif-usaha yang menjadi pilihan
Anasir-gejala
Anjakan paradigma - perubahan demi kemajuan atau kebaikan
Aset- sesuatu yang bernilai
Aspirasi - cita-cita/keinginan/hasrat
Badai kehidupan - cabaran hidup
Bejat - gawat
Bencana-musibah
Bergegas - membuat sesuatu dengan cepat
Bergelandangan – berpelesiran  / berfoya-foya
Berkompromi-bertolak- ansur
Boikot- dipulaukan
Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh
Cendekiawan-golongan cerdik pandai
Cerucuk pembangunan negara-nadi kemajuan negara / tiang utama
Culas – malas / tidak cergas
Daif-susah
Dana - modal
Dasawarsa- satu dekad
Delinkuen-tidak mematuhi peraturan.
Diagnosis - mengenal pasti
Diiktiraf – diakui
Diksi-pemilihan kata
Dimonopoli-dikuasai
Dinamis - berdaya saing
Disisihkan- dipinggirkan
Disogokkan-dihidangkan
Diuar-uarkan - dicanangkan
Domestik- tempatan
Drastik –cepat / segera
Dunia tanpa sempadan-globalisasi
Efektif-berkesan
Ego –sombong
Ekoran-rentetan
Elemen-unsur
Emosi-perasaan
Era kontemporari –zaman moden
Era- zaman
Falsafah - pemikiran
Fana-tidak kekal
Fasilitator - pemudah cara
Fenomena - perkara
Fiksyen – karya daripada imiginasi
Fizikal-luaran
Fleksibel - mudah diubah suai
Fobia-takut
Ghalibnya-lazimnya
Global - dunia seluruhnya / sejagat
Hakikat-kebenaran
Hedonisme - hidup terlalu bebas / mementingkan hiburan.
Iltizam - harapan tinggi
Ilustrasi-gambar
Imej - penampilan
Implikasi-kesan
Inferens-kesimpulan
Informasi-penerangan
Inisiatif –usaha yang awal
Inspirasi-ilham
Intensif-giat
Intergrasi-perpaduan
Interpretasi - Tafsiran / penjelasan
Intiha- rumusan
Intrumen-alat
Ironi - keadaan pertentangan
Izharnya-jelas
Jahil-tidak berilmu
Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam
Karenah-ragam
Karisma-penampilan
Kebejatan-kejatuhan
Kecundang-tewas
Kegersangan-ketandusan
Kelicikan-kepintaran menipu
Kemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikir
Kemaslahatan-faedah
Kemelut-masalah
Kendatipun-walau bagaimanapun
Kental-kuat
Kepincangan-kecacatan
Kepupusan - kehilangan
Kerakusan - haloba/gelojoh
Kesiagaan-keadan bersiap sedia
Kestabilan spiritual dan fizikal-keseimbangan rohani dan jasmani
Ketandusan-tidak ada
Keunggulan - keistimewaan
Keunikan –kelainan
Kewibawaan - keupayaan
Khazanah - harta benda
Kolot - ketinggalan zaman / kuno
Komitmen- kesungguhan
Konflik jiwa - pergolakan jiwa
Konkrit – kukuh / kuat
Konkurensi-persaingan
Konotasi - idea yang dimaksudkan
Konsentrasi-tumpuan
Kontemporari - sesuai dengan keadaan
Konvensional - cara lama
Kriteria –ukuran untuk menentukan nilai sesuatu
Kritikal – serius / meruncing / serius
Kronologi –mengikut urutan
Kudus - suci
Kukuh –mapan
Landasan berfikir - Cara berfikir
Lazim-biasa
Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan
Liabiliti – bebanan
Lumrah- kebiasaan
Makalah – rencana atau artikel tentang sesuatu perkara  di dalam majalah
Makbul – diterima, tercapai
Manifesto – pendirian
Manipulasi-tindakan
Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang
Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa
Materialistik-kebendaan
Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu
Melayari-memasuki
Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran
Membantutkan-menghalang
Membarahi- melanda
Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan
Memboikot-memulau
Membolosi - memasuki secara haram
Memudaratkan –merosakkan
Menangani –mengatasi
Menangguk di air keruh-mengambil keuntungan
Mencanai-melahirkan
Mencungkil –mencari
Mendabik dada - Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan
Menempa-menempatkan
Menerajui-memimpin
Mengaibkan - memalukan
Menggabung jalin elemen - Menggunakan pelbagai aspek
Mengheret-membawa kepada
Mengikis-membuang
Mengimbas-mengingati
Mengundang - menjemput supaya datang
Menikam sanubari - Merosakkan perasaan
Menimba-mendapatkan
Meniupkan api semangat –memberi dorongan
Menjana - menghasilkan
Menuding jari - menyalahkan orang lain
Menyarankan - mencadangkan
Menyuntik - memberi
Meraikan - menjayakan/merayakan
Meranapkan – menghancurkan / menghancurkan
Merangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beli
Merealisasikan - menjadi kenyataan
Merencatkan-menggagalkan
Migran – penghijrah / dari satu tempat ke tempat yang baharu
Misi-matlamat
Modus operandi-cara
Monolog-bercakap sendirian
Muflis-bangkrap
Mulus – putih bersih / suci murni
Musibah – bencana / mala petaka
Mutakhir-terkini
Nadi - penggerak
Nafsi - mementingkan diri sendiri
Natijahnya-kesannya
Norma - adat
Obligasi-semangat
Obses-asyik
Optimum-kedudukan/paras yang terbaik
Pancaroba - keadaan yang kacau
Panji - lambang kedaulatan/bendera
Pasca-selepas
Pemantauan- pengawasan
Penawar yang paling mujarab-cara paling berkesan
Pengembelingan-penyatuan
Pentas siasah - Dunia politik
Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan
Penyaringan-penapisan
Perangsang-dorongan
Perdana - utama
Peri pentingnya-keutamaan
Perisai - pertahanan
Permit- surat kebenaran
Persada - arena/gelanggang
Perspektif-sudut pandangan
Polemik - Bahas / debat / konflik
Prasarana-kelengkapan awam
Prihatin-peka
Privasi - Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan
Profesion-kerjaya
Pronografi-lucah
Prosedur-peraturan
Pucuk-ketua
Rajas-sedih
Realiti –hakikat
Reformasi - perubahan
Releven - sesuai
Rencah-ramuan
Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu
Respon –tindak balas
Risiko-kemungkinan bahaya
Rutin harian - Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari
Sahsiah-perwatakan
Sampel-contoh
Sanubari- jiwa
Sarat-padat
Sayugia – harus,  patut
Seantero dunia - Seluruh dunia
Secalit-sedikit
Sejajar-seiring
Senario-keadaan
Senggang-santai
Sesi - tempoh masa
Siber-berkaitan dengan komputer dan internet
Sistematik –terancang
Skandal-perbuatan keji yang menimbulkan kemarahan
Slogan-ungkapan
Stigma-sifat /sesuatu yang menjatuhkan maruah
Strategi –langkah
Taasub – fanatik / keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu
Takrif-maksud / erti
Tampil - keluar
Tampok-kepimpinan
Teladan-contoh
Tersadai-tidak bergerak
Tersohor-terkenal
Tolerensi-bekerjasana
Tonggak – asas / dasar
Total - menyeluruh
Tragis - sedih
Transisi- perantaraan
Tuntasnya-keseluruhanya
Utuh-kuat
Vektor-pembawa
Visi –matlamat
Wara-wara – pemberitahuan / pengumuman
Warisan- harta pusaka
Was-was-tidak yakin