Wednesday, July 26, 2017

Peribahasa Hari Ini (PHI)

manusia punya asa, tuhan punya kuasa

manusia hanya mampu untuk merancang tetapi yang menentukannya ialah Tuhan 

Dadah dan Jenisnya



Heroin
Definasi
-Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.

Jenis/Bentuk
Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4, Brown Heroin , Heroin Black Tar

Nama Lain
Big H , Dope , Smack , TNT

Cara Penggunaan
Menguntik , Menghidu

Ciri-ciri penagih
Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul

Morfin


Definasi
Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.

Morfin mentah 
didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ‘999′ . Mengandungi 70% – 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin
diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% – 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .

Pil Morfin
Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.

Jenis/Bentuk
Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin

Nama lain
M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan

Cara Penggunaan
Menyuntik , menelan

Ciri-ciri penagih
Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas

Candu
Definasi
Dihasilkan daripada buah popi muda .

Candu mentah
getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .

Candu masak
candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .

Tahi candu
sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .

Jenis /Bentuk
Candu mentah , candu masak , tahi candu

Nama lain
Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , “O” , Tar

Cara penggunaan
Menyuntik , menelan

Ciri-ciri penagih
Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul


Ganja

Definasi
Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp .

Cannabis Sativa. 
Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .

Jenis/Bentuk
Seperti daun kering dan dimampat

Nama lain
Grass , pot , Marijuana , weed

Cara penggunaan
menghisap

Ciri-ciri penagih
Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul

Syabu
Definasi
Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit .

Jenis/Bentuk
Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas


Nama lain
Ice

Cara penggunaan
Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu

Ciri-ciri penagih
Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan





Ecstacy/MDMA

Definasi
Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methyleneioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .

Jenis/Bentuk
Pil dengan pelbagai warna dan simbol

Nama lain
Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA

Cara penggunaan
Menelan , campur dan minuman

Ciri-ciri penagih
Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur

Ketamin
Definasi
Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan ditemasya tari-menari atau raves .

Jenis/Bentuk
Serbuk putih , kristal , cecair , pil


Nama lain
“K” , Special K , Vitamin K , Kit Kat

Cara penggunaan
Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman

Ciri-ciri penagih
Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah


PENGENALAN

DADAH
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan.

Pelbagai dadah dikenali sebagai heroin, morfin dan ganja pada hakikatnya merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan. Tembakau dan arak juga merupakan dadah dan pengambilan yang berlebihan mendatangkan kesan yang mudarat.

Dadah adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif. Mengikut penilaian United Nations International Drug Control Program, dalam tahun 1993 sahaja, sebanyak 24 023 orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia.

Daripada bilangan ini 59.3% adalah penagih yang menagih semula manakala sebanyak 10 216 orang telah ditangkap kerana kesalahan bersabit dadah. Masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat. Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat.

PENGELASAN DADAH 
Dadah boleh dikelaskan seperti berikut:

OPIAT : heroin, morfin, candu mentah, candu masak dan kodeina
KANABIS : ganja dan hasyis
PENEKAN : bahan sedatif – hipnotik (jenis barbiturat dan bukan barbiturat) dan trankuilizer
PERANGSANG: jenis amfetamin dan kokain
HALUSINOGEN: LSD, meskalina dan psilosibina

KAEDAH PENGGUNAAN 
Dadah atau heroin disuntik secara intravena untuk mendapatkan kesan serta-merta. Dalam bentuk asetil, heroin mudah diserap ke dalam sistem saraf pusat. Cara lain termasuk menghidu, suntikan intravaskular dan penghisapan. Kaedah penghisapan adalah kaedah biasa di kawasan Asia Tenggara kerana bekalan heroin yang tinggi ketulenannya. Kesan heroin masih boleh dirasai walaupun 80% daripada kesan tersebut musnah apabila dipanaskan.

JENIS DADAH DARI TUMBUHAN

NARKOTIK
Papaver somniferum – pokok popi yang boleh menghasilkan opiat

Istilah narkotik dalam perubatan merujuk kepada bahan candu dan terbitan daripadanya atau bahan sintetik yang bertindak seperti candu. Bahan narkotik boleh digunakan dalam bidang perubatan sebagai sejenis ubat penahan sakit bagi kesakitan yang teruk. Misalnya akibat patah tulang ataupun semasa pembedahan. Selain itu, ia juga pernah digunakan bagi merawat mata, meredakan batuk dan menghilangkan cirit-birit.

Sumber bahan narkotik bahan semulajadi ialah dari pohon popi iaitu papaver somniferum. Pohon ini ditanam di seluruh dunia termasuk negara-negara di Eropah, Asia dan Amerika Latin. Buah popi muda yang telah ditoreh akan mengeluarkan (getah sejenis alkaloid yang bernama opiat ) dan kemudiannya dikumpulkan dan dikeringkan sebagai candu mentah. Candu mentah boleh didapati dalam bentuk cecair, pepejal ataupun serbuk yang kebanyakkannya berwarna perang. Kini candu mentah boleh dihasilkan secara sintetik dengan mengeluarkan alkaloid tersebut daripada pokok popi tua yang kering.

Candu mentah ini, boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan alkaloid iaitu:

Kumpulan pertama : Morfin dan Kodeina
Kumpulan kedua : Papaverin dan Noskapin

Kumpulan kedua ini tidak banyak memberi kesan negatif berbanding dengan narkotik kumpulan pertama khususnya morfin.

JENIS NARKOTIK 
Jenis narkotik umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu jenis morfin dan kodeina. Morfin merupakan alkaloid utama dalam candu. Kandungannya terdiri antara 4% hingga 21%. Ia didapati dalam bentuk serbuk berwarna putih. Kegunaan morfin terhad sebagai ubat penahan sakit dalam perubatan. Alkaloid candu lain ialah kodeina. Kandungannya agak rendah iaitu 0.7% hingga 2.5%. Kebanyakan kodeina kini diperolehi daripada morfin dan didapati dalam bentuk pil, kapsul dan cecair. Kegunaannya dalam perubatan agak meluas berbanding morfin khususnya sebagai ubat batuk.

BAHAYA NARKOTIK 
Penggunaan narkotik bagi tujuan perubatan harus mendapat pengesahan pakar perubatan. Penyalahgunaan dadah terjadi apabila narkotik disalahgunakan dengan pelbagai kaedah yang merbahayakan. Ini termasuklah dengan menyuntik ke dalam vena (intravena), dipanggil saluran utama oleh penagih. Ada juga yang menyedut nya melalui hidung dan dihisap seperti rokok.

Seseorang penagih itu boleh dijangkiti pelbagai penyakit khususnya akibat perkongsian jarum suntikan yang kotor dan berulang-ulang. AIDS, Hepatitis serta keracunan darah merupakan penyakit yang sering berlaku. Apabila narkotik digunakan berulang kali ia menyebabkan seseorang itu bergantung kepadanya dan memerlu
kannya setiap hari. Lama-kelamaan seseorang itu akan merasa terikat kepada narkotik tersebut dan seterus nya menjadi ketagih.

GANJA DAN HASHISH
Ganja ialah sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh liar di banyak tempat. Nama santifik tumbuhan ini ialah Canabis sativa, dan ada juga yang terdiri daripada jenis canabis indica. Ia juga dikenali sebagai marijuana dan marihuana. Marijuana berasal daripada perkataan Portugis iaitu mariguango yang bermaksud bahan memabukkan.

Pokok cannabis banyak ditanam di kawasan negara Asia, mexico, Afrika dan Timur tengah. Cannabis adalah bahan kompleks yang mengandungi 421 jenis bahan kimia yang tergolong dalam 18 kelas berbeza. Antaranya ialah kanabinol, kanabidiol, asid kanabinolodik dan sebagainya. Bahan yang memberi kesan penagihan ialah tetrahidrokanabinol ataupun THC.

Pada suatu ketika dahulu, dadah jenis ganja ini pernah digunakan sebagai ubat dan diakui sebagai ubat yang berkesan. Ganja pernah dikelaskan sebagai ubat penahan sakit (analgesik) ataupun ubat yang merawat sawan (antigelugut), bila keadaan mula berubah, lebih banyak ubat sintetik atau tiruan diperkenalkan dan sekali gus menggantikan penggunaan ganja dalam perubatan. Pada masa inilah, ganja mula dikenalpasti sebagai sejenis dadah yang boleh membawa kepada ketagihan.

Hashish pula ialah nama dadah kanabis yang digunakan di negara-negara Asia Barat. Kandungan THC adalah tinggi. Hashish diperbuat daripada bunga ganja dan diedarkan dalam pelbagai bentuk termasuk bebola, ‘kek’ dan kepingan yang berbentuk cecair likat yang terhasil daripada pengekstrakan kanabis.

BAHAYA KANABIS
Kanabis selalunya dihisap seperti ganja, daunnya dihancurkan dan digulung seperti rokok. Apabila dihisap, asap ganja yang disedut itu akan turut mempengaruhi paru-paru seperti juga asap rokok. Kesan awal pada penagih ganja, ialah mata menjadi merah, rasa mual, muntah-muntah, cirit-birit dan mulut serta tekak akan berasa kering. Ini diikuti oleh rasa sejuk di hidung, kaki dan tangan.

Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan si penagih merasa khayal dan mengalami pelbagai kesan subjektif yang mengasyikkan. Seterusnya mereka akan mengalami toxis psychosis atau tidak siuman.

KOKAIN
Kokain adalah berasal daripada pokok Erythroxylon coca yang tumbuh 1000 kaki di atas lereng kawasan barat gunung Andes. Pada zaman dahulu daun coca ini dimakan oleh masyarakat Peru, Bolivia, chile dan Columbia untuk menyegarkan badan serta menghilangkan keletihan

Pes yang diperolehi daripada daun coca ini dijadikan bahan asas yang kemudiannya diproses menjadi kokain hidroklorida. Bentuk kokain yang terhasil ialah daun koka, pes koka dan kokain.

Dalam bidang perubatan kokain digunakan sebagai ubat bius serta untuk mengecutkan saluran darah bagi mengurangkan pendarahan pada kecederaan serta pembedahan kecil. Kes penyalahgunaan kokain kebanyakkannya berlaku di Amerika Syarikat. Kokain yang dijual secara haram merupakan sejenis serbuk putih yang telah dicampurkan dengan bahan lain seperti lactosa. Biasanya dadah ini diambil dengan cara menghidu atau melalui suntikan.

BAHAYA KOKAIN
Lazimnya dadah yang dihisap ini akan mendatangkan perasaan khayal yang kuat dan akut. Di kalangan penagih, kokain dianggap sebagai dadah reaksi kerana ia membolehkan pengguna berinteraksi dengan orang lain tanpa perasaan malu. Ilusi seperti wujudnya bahan atau benda yang ingin merayap ke badan turut terjadi. Ini menjadikan penagih sanggup mencederakan diri untuk menghapuskan bayangan tersebut. Jika jumlah diambil berlebihan, penyakit sawan mungkin berlaku dan pesakit akhirnya mati akibat keracunan dan sesak nafas.


HALUSINOGEN
Dadah Halusinogen adalah sejenis dadah asli atau sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ‘ilusi’ hingga amat sukar untuk membezakan antara yang benar dan khayalan. Dadah ini, terdiri daripada beberapa jenis dadah yang boleh diperolehi daripada sumber semulajadi atau daripada tindakbalas kimia. Di antara dadah ini termasuklah ganja, dadah dari cendawan Amantina dan Psilocybes, biji pokok bunga kembang pagi (Ipomoea violacea), kulat Claviceps purpurea, biji buah pala (Myristica frangrans) Atropa belladona dan pokok kecumbung (Datura stramomium).

Dadah Halusinogen yang utama ialah Lysergic acid diet hylamide (LSD). LSD adalah bahan kimia sintetik yang terhasil melalui pencirian kimia ke atas alkaloid ergot. Ergot adalah sejenis kulat Claviceps purpurea yang tumbuh di atas tumbuhan Rye.

Kesan Halusinogen oleh alkaloid ergot terhasil melalui penghalangan dadah semulajadi ini ke atas sistem serotonin. Kesan buruk utama yang dikenalpasti pada ibu mengandung ialah boleh menyebabkan keguguran kandungan. Ini disebabkan oleh pengucupan yang kuat terhadap otot licin terutamanya di dalam rahim.

Dadah dari cendawan Amanita muscaria dan Psilocybes mexicana telah digunakan sejak berzaman sebagai halusinogen. Dua jenis dadah yang dikenalpasti terdapat dalam A. Muskaria iaitu moskimul dan asid ibotenik. Ia juga mengandungi sejumlah kecil muskarin. Antara kesan toksik muskarin termasuk rasa mual, muntah-muntah, pengecilan anak mata, penurunan tekanan darah dan denyutan jantung.

Cendawan dari kumpulan Psilocybes mexicana mengandungi bahan halusinogen yang dikenali sebagai psilosen dan psilosibin. Psilosin dilaporkan mempunyai kesan yang lebih kuat berbanding psilosibin. Kesannya adalah rasa mual, mengantuk, penglihatan kabur serta kesan halusinasi.

Atropa belladonna dan hyoscyanusniger mengandungi kandungan dadah atropina dan scopolamin yang tinggi. Manakala pokok Kecubung (Datura stramonium) yang tumbuh liar di seluruh dunia juga mengandungi dadah yang sama pada kesemua bahagian pokok tersebut. Mereka yang mengambil dadah jenis ini akan mengalami amnesia iaitu hilang daya ingatan serta berfikiran keliru. Kesan halusinasi yang terhasil adalah akibat daripada tindakan terhadap sistem saraf pusat.

Selaput dan biji buah pala (Myristica fragrans) boleh menghasilkan kesan halusinasi yang sederhana dan melalui bahan kimia yang dikenali sebagai miristisin dan elemisin. Dos toksik buah pala dianggarkan sebanyak 5-15 gram (1-3 biji) dan kesannya boleh dilihat 3-6 jam selepas dimakan. Kesannya termasuk rasa mual, muntah dan ganguan terhadap sistem saraf pusat. Pengambilannya yang berlebihan boleh menyebabkan penurunan suhu badan yang banyak. Dalam masa 24jam seseorang akan menghadapi kesan halusinasi yang tinggi.

Biji pokok bunga kembang pagi (Ipomoea violacee) mengandungi ergine, iso-ergine dan beberapa sebatian yang berkaitan. Kesan halusinogennya menyamai kesan dari penggunaan LSD. Antara kesan-kesannya ialah penurunan tekanan, midiriasis dan peningkatan degupan jantung.

Kaktus Peyote (lophophorawilliamsii) pula mempunyai bahan kimia yang dikenali sebagai meskalin. Ianya digunakan dalam bentuk segar ataupun yang telah digunakan dan terdapat 6% meskalin di dalamnya. Penggunaannya akan mengalami halusinasi pendengaran dan penglibatan. Taburan kaktus ini hanya terdapat di benua Amerika dan Mexico.

Walaupun bahan halusinogen bukan merupakan dadah utama namun demikian kesan yang dihasilkan ke atas sistem otak penagih adalah hebat sehinggakan penagih boleh menghadapi risiko gila akibat penagihan dadah ini.

KESIMPULAN
Secara kesimpulan dadah ternyata lebih banyak membawa kesan padah berbanding kesan positif kerana penyalahgunaan dadah semakin berleluasa dan amat sukar dibendung. Keadaan ini perlu diatasi segera agar kemajuan serta pembangunan yang dicapai dan dikecapi selama ini akan berkekalan selamanya.








XYZ & ABC - Apakan Generasi Anda?


Istilah Generasi X, Y dan Z digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut:
1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) – Generasi Z
6. Generation Alpha (lahir pada 2010) – Generasi A 
1.  Pre Baby Boom
Generasi Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun sebelumnya. Billings dan Kowalski menganggap generasi ini sebagai adaptive. Mereka mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Generasi ini dianggap “orang lama” yang mempunyai banyak pengalaman kerana telah lama hidup.
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
Generasi The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964. Istilah “baby boom” digunakan Don Tapscott merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi selepas Perang Dunia Kedua. Sewaktu peperangan, ramai pasangan menangguhkan kelahiran disebabkan faktor kesusahan semasa perang. Mereka adalah kelompok generasi yang idealis. Generasi ini hidup berdikari dan tidak lagi terlalu bergantung kepada keluarga. Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaan “The baby boom” adalah generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan akhbar mempengaruhi keputusan mereka.
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – GEN X
Selepas era “the baby boom”, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun dengan mendadak. Terma “the baby bust”, istilah yang sering dipakai ialah “Generation X”, mengambil tajuk novel Douglas Coupland. “X” merujuk kepada kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding “the baby boom”. Gen X ialah generasi internet. Generasi X menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran (nonspecialist media). Sesiapa saja boleh gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka.
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – GEN Y
Ini dikenali sebagai Gen Y. Salah satu faktor mengapa “Net Gen” kekal agak lama ialah wanita pada ketika ini memilih untuk berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang agak lewat, iaitu 30an atau 40an.
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga sekarang) – GEN Z
Mereka juga dikenali sebagai Gen Z. Umur mereka yang paling tua sekarang ialah 12 tahun.
Berikut ialah peratusan kelompok ini dalam konteks penduduk Malaysia (lihat “Buletin Perangkaan Sosial” yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia:
* Pre-Baby Boom (65 tahun ke atas) – 4%
* The Baby Boom (47 hingga 64 tahun) – 16%
* The Baby Bust / Gen X (34 hingga 46 tahun) – 21%
* The Echo of Baby Boom / Gen Y (13 hingga 33 tahun) – 21%
* Generation Net / Gen Z (sehingga 12 tahun) – 38%
Antara ciri-ciri yang ketara di kalangan “Generasi X” (berumur antara 34 hingga 46 tahun) dan “Generasi Y” (berumur antara 13 hingga 33 tahun) ialah mereka inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti, cenderung kepada “collaboration” dan hubungan antara satu sama lain; interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas (speed).
Kelompok Generasi X dan Generasi Y sekiranya dicampurkan menunjukkan dua kelompok ini mewakili 42% dari penduduk Malaysia. Ertinya hampir separuh dari penduduk Malaysia adalah golongan generasi muda dan remaja yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 44 tahun, manakala Generasi Z yang merupakan 38% dari jumlah penduduk merupakan kanak-kanak yang masih berada di bangku sekolah rendah.

Monday, June 12, 2017

Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar

Image result for langkah menjaga alam sekitar

Langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar

Image result for langkah menjaga alam sekitar

langkah mengatasi kesesakan jalan raya

  • Berkongsi kereta sekiranya hala destinasi yang hendak dituju sama. Dapat jimat tenaga dan wang – perbelanjaan dikongsi bersama
  • Semua pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan lalu lintas seperti mengikut papan tanda isyarat jalan raya, mematuhi had laju yang telah ditetapkan dan mematuhi lampu isyarat.
  • Setiap pengguna jalan raya perlu berhemah tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti bersabar dan bertolak ansur.
  • Menggunakan perkhidmatan awam seperti bas, komuter dan LRT. Perkhidmatan awam di Malaysia sudah berkembang - efisyen. Darjah ketersampaian tinggi - tidak sukar untuk ke tempat yang ingin dituju.
  • Menggunakan jalan atau laluan alternatif seperti lebuh raya.
  • Rancang perjalanan. Bertolak lebih awal untuk mengelakkan kesesakan pada waktu puncak.
  • Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya atau Jabatan Kerja Raya memastikan jalan-jalan yang rosak seperti berlubang atau tidak berturap dibaiki segera – jalan-jalan yang sempit dilebarkan agar dapat menampung lebih banyak kenderaan - melicinkan perjalanan trafik.

Pelbagai aktiviti semasa cuti sekolah

Musim cuti sekolah merupakan saat yang dinanti oleh anak-anak. Tanggungjawab dan peranan ibu bapa dalam mengisi masa lapang anak-anak ketika musim cuti sekolah dengan perkara yang bermanfaat amat penting bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang antaranya:
1. Menyertai kem ibadah dan motivasi
Anak-anak ibarat kain putih yang memerlukan ibu bapa memgunakan strategi, kemahiran, kepakaran dalam mencorakkan mereka agar jati diri yang dilahirkan mampu membina sahsiah dan akhlak yang terpuji. Menghantar anak-anak ke kem ibadah dan motivasi mampu meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang ilmu berkaitan solat, doa harian, zikir, bacaan dan hafazan Al-Quran dalam mewujudkan modal insan yang dididik mengikut ajaran agama yang sebenar.
Selain itu, kem motivasi juga dapat membentuk dan meningkatkan keyakinan diri anak-anak untuk berhadapan dengan cabaran dunia yang kian menguji minda serta fizikal untuk kuat, pantas, cekal dan mampu bertahan dengan ujian yang datang tidak mengira masa dalam pelajaran mahupun kehidupan seharian.
2. Bersukan
Pada usia muda, anak-anak perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang dapat mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang kesukanan. Selain itu, bersukan juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan mereka dalam masa yang sama dapat mempelajari nilai-nilai yang tersembunyi dalam setiap permainan sukan. Contohnya, sukan memanah dapat melatih emosi dan fizikal anak-anak untuk menetapkan sasaran. Memanah juga mengajar mereka agar mampu mengawal emosi, bersabar, tenang dalam apa jua keadaan serta meningkatkan kesihatan dan ketajaman mental.
Sukan lain yang boleh diceburi oleh anak-anak seperti berkuda, berenang, bermain bola, tenis, badminton, futsal, bola baling dan sebagainya.Sukan berbentuk seni mempertahankan diri juga penting dalam menyediakan sistem pertahanan yang kukuh dalam diri anak-anak agar berani dan kuat menghadapi sebarang kemungkinan.
3. Menghadiri kelas bahasa
Mempersiapkan diri anak-anak dengan pelbagai kemahiran berbahasa akan memudahkan kehidupan mereka pada masa akan datang. Contohnya, anak-anak diberi penekanan untuk menguasai bahasa Inggeris baik dalam penulisan mahupun pertuturan kerana persaingan kerja yang mendesak untuk berhubung dengan orang luar.
Di samping itu, kemahiran menguasai pelbagai bahasa termasuk bahasa Arab, Cina, Jepun dan sebagainya akan dapat meningkatkan keyakinan diri anak-anak dan memudahkan urusan berkomunikasi serta mereka mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, hantarlah anak-anak ke kelas bahasa yang berdekatan untuk meningkatkan kemahiran berbahasa di samping mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
4. Melawat datuk dan nenek di kampung
Suasana kehidupan di kampung amat berbeza dengan kehidupan di bandar. Di kampung, anak-anak boleh belajar untuk berdikari tanpa mengharapkan pertolongan ibu bapa untuk melakukan sesuatu. Contohnya, nak minum air kelapa perlu menggunakan usaha sendiri dan pemantauan orang dewasa untuk mendapatkannya dari pokok kelapa.
Selain itu, pelbagai aktiviti yang menyeronokan boleh dilakukan bersama keluarga  tersayang. Ketika berjauhan hanya telefon sahaja yang menghubungkan. Oleh itu, bawalah anak-anak pulang ke kampung dan melakukan aktiviti bersama datuk dan nenek seperti tolong membersihkan halaman rumah, memasak, berkebun, pergi dusun buah-buahan, bermain wau dan pelbagai lagi yang boleh dibuat bagi mengeratkan hubungan silaturahim.
5. Melakukan kerja amal
Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak untuk membantu mereka yang lebih memerlukan. Membawa anak-anak untuk menyertai persatuan kebajikan yang banyak melakukan aktiviti seperti memberi makanan kepada golongan gelandangan, membantu anak-anak yatim, menceriakan golongan OKU dan warga emas yang hidup di rumah orang tua. Golongan ini amat memerlukan semangat dan sokongan daripada masyarakat.
Oleh itu, ajaklah anak-anak melakukan kerja amal bagi mendedahkan kepada mereka bahawa kehidupan mereka lebih baik dan mereka perlu bersyukur dengan apa yang ada serta perlu ringan tulang dalam menghulurkan bantuan. Ini akan melahirkan anak-anak yang berjiwa masyarakat dan akan menabur bakti demi kesejahteraan ummah.
6. Melukis, membaca, membuat kraftangan, bermain alat muzik, tarian
Bergantung kepada minat dan hobi anak-anak. Ibu bapa boleh meluangkan masa untuk melakukan pelbagai aktiviti yang boleh merapatkan hubungan bersama anak-anak di samping mengasah bakat dan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang.
Contohnya, membuat kraftangan. Ibu bapa hanya perlu melayari internet dan melihat cara membuat barangan kraftangan dan cuba membuatnya bersama anak-anak. Selain itu, boleh menerapkan amalan membaca di rumah atau membawa anak-anak ke perpustakaan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.
Di samping itu, bagi anak-anak yang berminat dalam tarian atau bermain alat muzik. Berilah dorongan dan usaha untuk membantu mereka menguasai kemahiran tersebut. Minda dan tubuh mereka dapat berkembang dengan sihat dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat daripada menghabiskan masa lepak bersama kawan-kawan di pasaraya atau melakukan aktiviti yang tidak sihat.
7. Melancong
Jika berkemampuan, bawalah anak-anak melancong di dalam atau luar negara agar dapat membuka minda mereka melihat dunia luar yang berbeza seperti melawat tempat-tempat bersejarah, taman tema, pusat perlancongan dan pelbagai tempat menarik yang belum dilawati.
Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak berkelah di air terjun, pantai atau tasik yang boleh mendekatkan anak-anak dengan alam semulajadi. Sudah pasti perbelanjaan tidak besar kerana tidak perlu tiket yang mahal untuk dibayar ketika mengunjungi tempat tersebut serta boleh membawa bekalan makanan dari rumah.
8. Ulangkaji pelajaran
Aktiviti ini adalah yang paling membosankan bagi anak-anak apabila tiba musim cuti sekolah. Tetapi masa yang ada perlu dimanfaankan sebaiknya terutama bagi anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan besar pada tahun hadapan. Ulangkaji secara ringkas perlu dilakukan agar anak-anak tidak lupa apa yang telah mereka belajar. Buatlah jadual waktu belajar untuk anak-anak agar mereka mampu berdisiplin menguruskan diri ketika waktu lapang.
9. Belajar menggunakan teknologi
Kepesatan penggunaan teknologi pada zaman sekarang memerlukan anak-anak untuk mempunyai kemahiran menggunakan komputer. Ibu bapa boleh menghantar anak-anak untuk mengikuti kelas suntingan video, pembinaan laman web, grafik, fotografi sesuai dengan minat mereka kerana ini merupakan nilai tambah yang membawa kebaikan ketika mereka sudah dewasa untuk mendapat pekerjaan. Penggunaan teknologi juga akan melahirkan anak-anak yang kreatif menggunakan daya imaginasi yang tinggi.
10. Belajar berniaga
Perniagaan dapat mendidik anak-anak untuk mempunyai sifat jujur, sabar, amanah, bertanggungjawab dan berani menghadapi sebarang risiko. Anak-anak juga berpeluang mencari duit poket sendiri. Perkara yang paling penting, anak-anak perlulah sentiasa dipantau oleh ibu bapa dan orang yang lebih dewasa. Mereka boleh melakukan perniagaan yang ringan seperti menjual kerepek, air minuman, roti dan buah-buahan.
Perancangan aktiviti yang bermanfaat kepada anak-anak amat penting agar mereka tidak mudah terjebak dengan kegiatan yang boleh merosakan akhlak dan membuang masa. Bimbingan dan masa yang diluangkan oleh ibu bapa terutama ketika masa lapang anak-anak akan lebih mengeratkan jalinan kasih sayang.