Tuesday, November 8, 2016

KEPERSISAN EJAAN

EJAAN PERSIS

1. 1800an = 1800-an2. 50 an = 50-an3. 75% dari kadar sebenar =75% daripada kadar sebenar
4. 80% daripada pengundi-pengundi = 80% daripada pengundi
5. acapkali = acap kali
6. ada pun = adapun7. adakala = ada kala
8. adik beradik = adik-beradik9. agreget = agregat10. aked = arked11. akitek = arkitek 12. aljebra = algebra / aljabar
13. ambil-alih = ambil alih
14. ampangan = empangan
15. anak beranak = anak-beranak16. andai pun = andaipun17. anggerek/ anggrik = anggerik18. Antara maklumat-maklumat = antara maklumat
19. anti agama = antiagama
20. anti dadah = antidadah21. anti Isreal = anti -Isreal
22. anti kapal selam = antikapal selam
23. anti komunis = antikomunis24. anti lelaki = antilelaki25. anti nuklear = antinuklear26. anti perang antiperang = antiperang27. anti periuk api = antiperiuk api28. anti sosial = antisosial29. anti-aparteid = antiaparteid30. anti-dadah = antidadah31. anti-jenayah = antijenayah32. anti-kerajaan = antikerajaan 
33. antiRusia = anti-Rusia
34. apa kala / apa-kala = apakala35. apa tah = apatah36. apa-bila = apabila37. apa-tah = apatah38. arithmetik = aritmetik39. artifek = artifak40. atlit = atlet41. audien = audiens42. automatif = automotif43. awan gemawan = awan-gemawan
44. bagai mana pun = bagaimanapun45. bah-kan = bahkan46. baikpulih = baik pulih47. bantu membantu = bantu-membantu48. Banyak organisasi-organisasi = Banyak organisasi
49. banyak permis-permis = banyak permis
50. barang kali = barangkali51. Barisan pelatih-pelatih = Barisan pelatih52. baucer = baucar
53. Beberapa orang peminat-peminat = Beberapa orang peminat.
54. begitu pun = begitupun55. beli belah = beli-belah
56. belumpun = belum pun57. benci membenci = benci-membenci
58. berbagai = berbagai-bagai59. Berbagai isu-isu = Berbagai-bagai isu60. berbanyak terima kasih = berbanyak-banyak terima kasih
61. bergantung kepada... = bergantung pada ...61. bermacam = bermacam-macam62. bersesak = bersesak-sesak63. bersyukor = bersyukur64. bertungkus lumus = bertungkus-lumus
65. beserta = berserta66. bharu/bahru = baharu / baru67. biar pun = biarpun68. bihun = mihun69. bilangan pekerja-pekerja = bilangan pekerja70. binte = binti71. bistari = bestari72. buffet = bufet73. buroh = buruh74. busjeket = busjaket75. cahayamata = cahaya mata76. calun = calon77. campurtangan = campur tangan78. catitan = catatan 
79. cendera mata = cenderamata80. cendikiawan = cerdekiawan81. cocok /tusuk = cucuk82. cokelat = coklat83. cop / tera = cap84. cucuk ( sesuai ) = cocok85. dahulukala = dahulu kala86. dailog = dialog87. dalam kawasan = di dalam kawasan88. dari Tuan Haji Jamaluddin = daripada Tuan Haji Jamaluddin
89. deligasi = delegasi90. demi untuk = demi / untuk91. depoh = depot92. deraf = draf93. Deretan kedai-kedai = deretan kedai94. di alaf = pada alaf95. di berikan = diberikan96. di beri = diberi97. di daftarkan = didaftarkan98. di dalam usaha = dalam usaha99. di hempap = dihempap100. di jangka ( masa ) = dijangka

BAHASA ISTANA

BAHASA ISTANA

Bahasa Istana ialah laras bahasa yang digunakan oleh kerabat diraja. Bahasa istana   digunakan apabila berhubung atau berkomunikasi dengan kerabat diraja atau apabila kita  berbicara tentang hal ehwal kesultanan. 

Bahasa istana masih digunakan pada hari ini biarpun sistem feudal lama hanya tinggal sejarah. 


 Bil.
BAHASA STANDARD
BAHASA ISTANA
1
Kalau rakyat  makan dan minum
Raja  santap
2
Kalau rakyat  tidur
Raja  beradu
3
Kalau rakyat  mandi
Raja  bersiram
4
Kalau rakyat  marah
Raja  murka
5
Kalau rakyat  berjalan / bertolak
Raja  berangkat
6
Kalau rakyat  hadir / singgah
Raja  bercemar duli
7
Kalau rakyat  sakit
Raja  gering
8
Kalau rakyat  berkata-kata
Raja  bertitah / bersabda
9
Kalau rakyat tinggal  di pondok / teratak
Raja tinggal di  istana
10
Kalau rakyat duduk di  kerusi / takhta
Raja duduk di  singgahsana
11
Kalau rakyat ada  ayah
Raja ada  paduka ayahanda
12
Kalau rakyat ada  ibu
Raja ada  paduka bonda
13
Kalau rakyat ada  isteri
Raja ada  paduka permaisuri
14
Kalau rakyat ada  nenek
Raja ada  paduka nenda
15
Kalau rakyat ada  anak lelaki
Raja ada  putera
16
Kalau rakyat ada  anak perempuan
Raja ada  puteri
17
Kalau rakyat ada  kakak / abang
Raja ada  paduka kakanda
18
Kalau rakyat ada  adik
Raja ada  paduka adinda
19
Kalau rakyat meninggal  dikebumikan
Raja  dimakamkan
20
Kalau rakyat  meninggal dunia
Raja  mangkat
21
Kalau rakyat jadi  allahyarham
Raja jadi  almarhum
22
Kalau rakyat  memberi   
Raja  menganugerahi / mengurniai
23
Kalau hujan rakyat menggunakan  payung
Raja menggunakan  iram-iram
24
Kalau rakyat membaling  kasut
Raja membaling  kaus
25
Kalau rakyat menyambut  hari lahir
Raja menyambut  hari keputeraan
26
Kalau rakyat ke  bilik air
Raja ke  sungai
27
Kalau rakyat membuang  air kecil
Raja membuang  air seni
28
Kalau rakyat  membuang air besar
Raja  menqada hajat
29
Kalau rakyat  suka / sudi / bersetuju
Raja  berkenan
30
Kalau rakyat  pening kepala
Raja  gering hulu
31
Kalau rakyat  gembira
Raja  sukacita
32
Kalau rakyat  susah hati / sedih
Raja  dukacita / masyghul
33
Kalau rakyat  duduk
Raja  bersemayam
34
Kalau rakyat guna khidmat  pengasuh
Raja guna khidmat  inang
35
Kalau rakyat ada  kepala
Raja ada  jemala
36
Kalau rakyat guna  pelayan
Raja guna  dayang
37
Kalau rakyat guna  hamba perempuan
Raja guna  beti-beti
38
Kalau rakyat tidur di atas  katil
Raja beradu di atas  geta
39
Kalau rakyat ada  tukang masak
Raja ada  gerau
40
Kalau rakyat sedang  berduka
Raja sedang  bercinta
41
Kalau rakyat jadi  tentera
Raja jadi  kesateria
42
Kalau rakyat  minta panjang usia  
Raja  mohon dirgahayu
43
Kalau rakyat guna  hamba pengiring
Raja guna  penakawan  
44
Kalau rakyat  dibantah
Raja  disanggah
45
Kalau rakyat memberi  ucapan takziah
Raja memberi  belasungkawa
46
Kalau rakyat memiliki  kuasa
Raja memiliki  daulat
47
Kalau rakyat  berdoa
Raja  beryang-yang
48
Kalau rakyat ada  pegawai tinggi di istana
Raja ada  sida-sida (pendeta)
49
Kalau rakyat  menurut arahan
Raja  menjunjung titah  
50
Kalau rakyat  berterima kasih
Raja  menjunjung kasih / kurnia 
51
Kalau rakyat  merendah diri
Raja  mencemar duli
52
Kalau rakyat  minta maaf
Raja  mohon ampun kurnia
53
Kalau rakyat berduka di  katil
Raja bercinta di  peraduan
54
Kalau rakyat beri kerelaan, persetujuan
Raja beri  perkenan
55
Kalau rakyat perlu  ditemu
Raja perlu  dihadap



DARIPADA : SIFU BAHASA : MUNSYI  DEWAN NOR AZIZI MD ISA