Sunday, July 5, 2015

PERIBAHASA CINA DALAM BAHASA MELAYU


Peribahasa merupakan salah satu bentuk bahasa kiasan yang lazimnya digunakan dalam kalangan masyarakat sentero dunia. Bahasa kiasan ini digunakan oleh ahli masyarakat untuk meluahkan sesuatu dan menyampaikan pesanan, teguran dan sindiran secara halus kepada seseorang. Peribahasa digunakan untuk mengelakkan seseorang berasa tersinggung jika kita menggunakan teguran dan sindiran secara terus atau keras.

         Peribahasa ini bukan sahaja wujud dalam kalangan masyarakat Melayu. Sebenarnya, masyarakat Cina juga kaya dengan peribahasa yang tersendiri untuk menyampaikan teguran. Di sini saya ingin berkongsi beberapa peribahasa Melayu dan Cina yang mmpunyai maksud yang sama. 

1- Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. (PM)
     Seketul tahi tikus boleh mengotorkan sekuali bubur. (PC)

     Maksud: Seseorang yang melakukan kesalahan akan memalukan seisi kampung atau   
                     anggota masyarakat.

2- Lagak padang, omong Betawi. (PM)
     Gantung kepala kambing, jual daging anjing. (PC)
    
     Maksud: Cakap besar tapi tiada isi.

3- Berapa tajam pisau parang, tajam lagi mulut manusia. (PM)
     Pasang api bakar bukit. (PC)

     Maksud: Orang yang suka menghasut orang lain supaya bergaduh.

4- Cakap berlauk-lauk, makan dengan sambal berlada. (PM)
     Biar papa asal bergaya. (PC)
  
     Maksud: Cakapnya seperti orang kaya, padahal miskin.

5- Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. (PM)
     Angin dan air ada edaran. (PC)

     Maksud: Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.

6- Indah khabar dari rupa. (PM)
     Seribu kali bertanya tidak berguna, lebih baik tengok sendiri. (PC)

     Maksud: Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenar.

7- Pisang tidak akan berbuah dua kali. (PM)
     Kuda yang makan rumput tidak akan pusing semula ke belakang. (PC)

     Maksud: Kesilapan yang lepas tidak akan berulang semula.

8- Mati tidak kerana sumpah, hidup tidak kerana kaul. (PM)
     Manusia tidak boleh menentukan nasib, hanya Tuhan sahaja yang boleh menentukannya. 
     (PC)

     Maksud: Hidup dan mati ditentukan Tuhan.

9- Lonjak sebagai labu dibenam. (PM)
     Antara sebuah bukit, ada lagi bukit yang lebih tinggi. (PC)

    Maksud: Sombong, angkuh.

10- Asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan. (PM)
       Satu bukit senang diubah tetapi perangai manusia sukar diubah. (PC)

    Maksud: Tabiat orang mungkin berubah.



* (PM) - Peribahasa Melayu
   (PC)  - Peribahasa Cina

Rujukan: Saidatul Nornis Mahali (2007). Unsur Bahasa dalam Budaya. Kota Kinabalu: Penerbitan UMS.

FAKTA MENGIKUT TEMA KARANGAN


FAKTA TEPAT

1. Aktiviti Khidmat Masyarakat
  • Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Negara & Khidmat Masyarakat serta Biro Banci & Sektor Bebas Amerika Syarikat, :
  • 15.5 juta remaja berusia antara 12 dan 18 tahun menghabiskan masa sebanyak 1.3 bilion jam untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat pada 2004.
  • Jumlah golongan muda yang melakukan aktiviti khidmat masyarakat ialah 55%, iaitu hampir 2 kali ganda daripada jumlah golongan dewasa, iaitu 29%.
  • Belia yang melakukan aktiviti khidmat masyarakat mempunyai kebarangkalian yang kurang untuk terlibat dengan pelakuan tidak sihat, lebih merasakan diri mereka dekat dengan komuniti sekeliling, serta cenderung untuk cemerlang di sekolah.
  • Golongan belia dengan ibu bapa yang melakukan aktiviti khidmat masyarakat adalah tiga kali ganda lebih cenderung untuk berbuat perkara yang sama dalam situasi normal.
  • 39% remaja melakukan aktiviti khidmat masyarakat secara tetap, 35% melakukannya kadang-kala, & 27% jarang melakukannya.
  • 64% remaja melakukan aktiviti khidmat masyarakat menerusi pertubuhan agama, persatuan di sekolah dan organisasi belia.
2. Amalan Membaca
  • Menurut kajian yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada 2005, lebih separuh daripada sejumlah 60 441  orang yang dikaji selidik secara rawak membaca kurang daripada 7 muka surat bahan bacaan setiap hari.
  • Hal ini menunjukkan bahawa secara perbandingan, rakyat Malaysia yang berumur lebih daripada 10 tahun ke atas membaca kurang daripada 2 buah buku setahun [tidak termasuk buku teks bagi pelajar dan buku berkaitan kerjaya].
  • Dalam kalangan mereka yang dikaji selidik, golongan yang mengakui memilik hobi membaca hanya meluangkan 3 jam seminggu untuk membaca apa-apa bahan bacaan.
  • 55% responden yang berusia lingkungan 10 hingga 24 tahun menjadikan membaca sebagai amalan rutin berbanding hanya 39% bagi umur 25 hingga 56 tahun, dan hanya 6% untuk 57 tahun ke atas. Hal yang demikian menunjukkan semakin kita tua, semakin malas kita untuk membaca.
  • Kajian juga menunjukkan rata-rata rakyat Malaysia lebih gemar menonton TV, wayang, video atau mendengar radio berbanding membaca.
  • Sewaktu membaca, kapasiti otak dapat ditingkatkan & otak akan dirangsang secara teratur. Hal ini akan mengelakkan gangguan kepada otak serta mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.

3. Jalan Raya
  • Mengikut statistik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), jumlah kenderaan di Malaysia pada tahun 1981 ialah 2,901,182 buah.  25 tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 15,026,660 buah pada tahun 2006; pertambahan sebanyak  417.9%.
  • Menurut perangkaan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Asia  Pasifik yang dikeluarkan pada tahun 1998, jumlah kemalangan maut di Malaysia adalah yang tertinggi di dunia selama lima tahun berturut-turut. Tambahan pula, risiko untuk mati akibat kemalangan jalan raya di Malaysia adalah 8 kali ganda lebih tinggi berbanding di Jerman dan Finland.
  • Di negara ini sahaja, bagi setiap 10,000 kenderaan, terdapat 58.3 kematian akibat kemalangan.
  • Di Malaysia, sebanyak 94% daripada kemalagan jalan raya yang berlaku adalah disebabkan daripada kecuaian pemandu itu sendiri.
  • Secara  keseluruhannya  bilangan kes kemalangan jalan raya telah bertambah  sebanyak 240.13% daripada 96,513 kes (1991) kepada 328,268 kes (2005).
  • Akibat daripada kekerapan kemalangan jalan raya ini, seramai 6,200 orang pada tahun 2005 dilaporkan mati berbanding dengan  4,331 orang pada tahun 1991.
  • Secara globalnya, kemalangan jalan raya telah mengakibatkan 300,000 hingga 400,000 kematian setiap tahun, serta menyebabkan setiap negara membangun kehilangan lebih kurang 1% daripada Pendapatan Kasar Negara (GNP) akibatnya.

4. Kebudayaan Tradisional
  • Dalam masyarakat Peranakan di Melaka, anak-anak gadis yang belum berkahwin hanya dibenarkan untuk berada di luar lingkungan tempat tinggal mereka semasa perayaan Chap Goh Mei.
  • Pada tahun 2005, Organisasi Kebudayaan, Saintifik & Pendidikan PBB (UNESCO) telah mengisytiharkan seni makyong sebagai Warisan Kebudayaan Dunia bagi kategori warisan tidak tampak/ketara.
  • Sehingga kini, Jabatan Warisan Negara telah menyenaraikan 131 objek sebagai Warisan Tidak Ketara, yang terdiri daripada tarian, muzik, permainan tradisional, bahasa & persuratan, serta makanan.
  • Dalam satu undian yang dijalankan oleh CNN International pada tahun 2011 membabitkan 35,000 responden, rendang telah diletakkan di tempat pertama dalam senarai ’50 Makanan paling Enak di Dunia’.
  • Terdapat sejumlah 86 kumpulan etnik di Malaysia, menjadikannya sebagai antara negara yang memiliki paling banyak kumpulan etnik di Asia Tenggara. Jumlah itu juga adalah lebih banyak daripada sejumlah 56 kumpulan etnik yang dicatatkan di China.
  • Tarian joget telah diiktiraf sebagai tarian yang paling kerap dipersembahkan di Malaysia sehingga kini.

5. Pengangkutan Moden
  • Malaysia memiliki sistem jaringan jalan raya sepanjang 65,877 kilometer.
  • Nisbah jumlah kenderaan bermotor dalam kalangan rakyat Malaysia ialah 641 kenderaan bagi setiap 1,000 orang.
  • Jumlah keseluruhan landasan kereta api milik Keretapi Tanah Melayu (KTM) ialah 1,699 kilometer. Namun begitu, selepas KTM menghentikan sebahagian besar operasinya di Singapura pada Julai 2011, jumlah tersebut berkurangan kepada 1,677 kilometer.
  • Laluan air yang terdapat di Malaysia adalah sepanjang 7,296 kilometer, merangkumi sungai, terusan, serta laluan yang sejenis dengannya.
  • Secara puratanya, sejumlah 175,500 pesawat penumpang berlepas dari hampir 20 lapangan & landasan terbang Malaysia setiap tahun.
  • Sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur adalah antara yang termaju dan terbesar dalam kalangan bandar raya di Asia.

6 Permainan Rakyat
  • Permainan tradisi terbahagi kepada dua, iaitu permainan anjung serta permainan laman.
  • Permainan anjung merupakan permainan yang mudah dan sering dimainkan di anjung-anjung rumah sahaja serta melibatkan pergerakan yang terbatas.
  • Permainan laman pula terdiri daripada jenis-jenis permainan yang memerlukan kawasan yang luas, serta menggunakan pergerakan yang lincah dan aktif.
  • Kebiasaannya, dalam permainan gasing, seutas tali sepanjang 3 hingga 5 meter, serta setebal 1.75 sentimeter digunakan ketika gasing dilempar.
  • Pada penghujung tahun 2008, Jabatan Muzium Malaysia telah memecahkan rekod dalam Malaysia Book of Records apabila menganjurkan acara permainan congkak selama 36 jam tanpa henti.
  • Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) melalui Unit Pembangunan Pelajar telah menganjurkan karnival permainan tradisional, dengan lebih 30 jenis permainan disediakan, serta membabitkan 75 peserta bagi setiap permainan. Karnival itu merupakan yang terbesar seumpamanya di Malaysia.

7. Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • Petubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sejumlah 10% daripada populasi dunia adalah OKU.
  • Di United Kingdom, kadar kemiskinan dalam kalangan OKU ialah 23.1% berbanding dengan 17.9% bagi manusia normal.
  • Menurut Organisasi Kebudayaan, Saintifik & Pendidikan PBB (UNESCO), lebih 90% kanak-kanak OKU di negara-negara membangun tidak mendapat pendidikan secukupnya.
  • Berdasarkan statistik Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), sejumlah 386 juta penduduk dunia yang bekerja tergolong dalam kategori OKU. Namun begitu, kadar pengangguran dalam kalangan OKU boleh mencecah sehingga 80% di sesetengah negara.
  • Sebanyak 45 negara memiliki undang-undang khusus berkaitan OKU serta polisi anti-diskriminasi terhadap golongan tersebut.
  • 80% golongan OKU tinggal di negara membangun, menurut Program Pembangunan PBB (UNDP).
  • 30% remaja jalanan adalah OKU, manakala 87% wanita OKU di Bangladesh tidak memiliki sebarang pekerjaan.
8. Pelancongan
  • Sektor pelancongan merupakan penyumbang kedua terbesar kepada pendapatan Malaysia, selapas sektor perindustrian.
  • Malaysia telah diiktiraf oleh majalah Global Traveler sebagai Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia dari tahun 2006 hingga 2008.
  • Sehingga kini, Malaysia kekal sebagai negara yang paling banyak dilawati di Asia Tenggara, dengan sejumlah 24.58 juta pelancong mengunjungi negara ini pada 2010.
  • Jumlah itu juga meletakkan Malaysia sebagai negara ke-9 paling banyak dilawati di dunia, menurut Organisasi Pelancongan Dunia PBB (UNWTO). Dalam kelompok negara Asia pula, Malaysia menjadi negara ke-2 yang menerima paling banyak pelancong, selepas China.
  • Kuala Lumpur merupakan bandar raya ke-6 di dunia yang menerima paling banyak kehadiran pelancong asing pada 2010, iaitu seramai 8.9 juta orang.
  • Hutan hujan di Malaysia berusia 130 juta tahun, menjadikannya sebagai hutan hujan tertua & paling banyak dikaji serta dilawati di dunia.
9. Industri Kraftangan
  • Menurut Perbadanan Kraftangan Malaysia, kraf tangan di Malaysia terbahagi kepada lima jenis: hasil rimba, hasil tanah, logam, tekstil, serta aneka kraf.
  • Sebanyak 107 jenis rotan terdapat di Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah itu, hanya 20 jenis yang boleh digunakan untuk dikomersialkan sebagai kraf tangan.
  • Batik dipercayai wujud sejak 2000 tahun yang lalu di Parsi dan Mesir, serta mula digunakan di Jepun dan China pada abad ke-7. Di Malaysia, batik mula diusahakan pada tahun 1914 oleh Haji Che Su bin Ishak di Kelantan setelah mempelajari batik di kepulauan Jawa.
  • Seni tenunan dipercayai berasal daripada kerajaan Dongson di Kemboja sebelum berkembang di kepulauan Nusantara.
  • Menurut Wayne Hosking dalam bukunya ‘Kites of Malaysia’, perkataan wau berasal daripada istilah Belanda ‘Wouw’ yang merujuk kepada sejenis burung besar yang biasa.
  • Nama gasing berasal daripada gabungan suku kata ‘ka’ & ‘sing’. ‘Ka’ merujuk kepada kayu yang merupakan bahan utama dalam pembuatan gasing, manakala ‘sing’ pula merujuk kepada sifat gasing yang berpusing-pusing.
10. Pembangunan Modal Insan
  • Dalam memastikan modal insan, sektor pendidikan sentiasa diberikan keutamaan. Setiap tahun, sektor ini menerima peruntukan tertinggi apabila Belanjawan Negara dibentangkan, dengan peratusan berjumlah 20% hingga 25%.
  • Modal insan berasal daripada istilah Inggeris ‘human capital’ yang diperkenalkan oleh Arthur Cecil Pergou pada 1928 dalam bukunya ‘A Study in Public Finence’. Dari segi sirah Islam, konsep modal insan dipelopori oleh Rasulullah S.A.W.
  • Di Malaysia, kepentingan pembangunan modal insan mula dinyatakan dalam Penyata Razak pada tahun 1956, sebelum menjadi antara isi penting dalam semua prinsip & undang-undang berkaitan pelajaran.
  • Pada 16 Januari 2007, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) telah dilancarkan. Dalam pelan itu, salah satu daripada 6 teras strategiknya ialah pembangunan modal insan.
  • Modal insan boleh didefinisikan sebagai daya dan keupayaan manusia yang terbina daripada rangkuman pengentahuan, kemahiran, kecekapan serta sifat dalaman sebagai kualiti peribadi dimiliki atau diperoleh seseorang individu, kumpulan organisasi atau pun komuniti.
  • Pembangunan modal insan di Malaysia merujuk kepada usaha berterusan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual serta pengamalan nilai etika dan moral yang tinggi seperti yang termaktub dalam Pelan Integreti Nasional (PIN).
  • Dalam konteks ini, PIPP menyebut, “usaha membangunkan modal insan akan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar.”
11. Disiplin
  • Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Kah Siong, berkata kira-kira 97% daripada keseluruhan pelajar di sekolah menengah dan rendah di negara ini, tidak terbabit dengan sebarang salah laku disiplin. 
  • Kes pelanggaran disiplin yang tertinggi dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia adalah melibatkan aspek kekemasan diri, dengan sejumlah 21,384 kes dicatatkan pada 2010.
  • Laporan Jawatankuasa Kabinet pada 1979, menjelaskan disiplin bermakna kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan tertib, menghormati hak orang lain, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain.
  • Setiap hari lebih kurang 45 hingga 50 orang remaja bawah 18 tahun merokok. Daripada jumlah itu, 30% remaja lelaki berumur antara 12 hingga 18 tahun.
  • Kajian yang dijalankan pada tahun 2004 mendapati bahawa bagi setiap 5 orang pelajar perempuan, seorang daripadanya adalah perokok.
  • anak-kanak berusia 2 hingga 14 tahun di Yaman merupakan golongan kanak-kanak yang paling banyak berhadapan dengan pelakuan disiplin ganas di dunia.
12. Masyarakat Penyayang
  • Dari segi perlindungan sosial, masyarakat Eropah membelanjakan 51.17% daripada hasil pendapatan mereka bagi membiayai program penjagaan warga emas pada tahun 2004.
  • 29% daripada rakyat Amerika Syarikat, atau 65 juta orang menyediakan penjagaan kepada ahli keluarga atau rakan yang uzur, serta menghabiskan masa sebanyak 20 jam seminggu berbuat demikian.
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan 65% hingga 80% penduduk dunia memerlukan penjagaan secara holistik daripada masyarakat sekeliling mereka untuk menjaga kesihatan.
  • Di United Kingdom, lebih 57,000 kanak-kanak berada di bawah jagaan keluarga angkat, manakala terdapat 30,000 kanak-kanak yang lain terus tinggal di rumah kebajikan.
  • 1.4 juta kanak-kanak berusia antara 8 hingga 18 tahun di Amerika Syarikat bersikap suka menjaga saudara-mara yang lebih tua daripada mereka.
  • 66% daripada individu yang melakukan aktiviti penjagaan sosial adalah wanita, manakala 51% daripada individu yang mendapat penjagaan secukupnya dari masyarakat sekeliling tinggal di rumah mereka sendiri.
13. Kejiranan
  • Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), golongan muda yang memiliki 6 atau lebih jiran mempunyai kemahiran komunikasi sosial yang lebih baik berbanding golongan muda yang memiliki 5 atau kurang jiran.
  • Hampir 60% rakyat Australia mengatakan bahawa mereka tidak mengetahui apa-apa pun berkaitan jiran mereka.
  • Kajian mendapati bahawa kehidupan berjiran yang padu dan kuat membawa kepada pengurangan kadar jenayah, serta penambahbaikan fizikal dan mentalyang ketara.
  • Golongan muda yang tinggal di sesuatu kawasan kejiranan melebihi tempoh 11 tahun serta kerap menyertai aktiviti bersama jiran mereka dilihat mempunyai kehidupan sosial yang amat baik.
  • Di China, setiap kawasan kejiranan terdiri daripada 100 hingga 600 buah keluarga, dan diselia oleh jawatankuasa penduduk yang dilantik oleh pihak berkuasa tempatan.
  • Program Rukun Tetangga (RT) mula diperkenalkan pada tahun 1975. Sehingga Mei 2006, sebanyak 3,228 kawasan RT telah didirikan di seluruh negara.
14. Pelancongan Kesihatan
  • Antara contoh terawal pelancongan kesihatan yang direkodkan adalah pada 2000SM ketika sesetengah masyarakat Yunani merentasi laut Mediterranean untuk ke Epidauria, suatu wilayah kecil di Teluk Saronic. Wilayah itu dipercayai menjadi tempat tinggal dewa penyembuhan iaitu Asklepios.
  • Malaysia merupakan destinasi pelancongan kesihatan yang paling kerap dilawati oleh rakyat United Kingdom (UK), merangkumi hampir 10% daripada keseluruhan jumlah rakyat UK yang ke luar negara bagi tujuan perubatan.
  • Kebanyakana negara di benua Amerika Selatan merupakan destinasi utama bagi mereka yang ingin menjalani pembedahan plastik, malah lebih 70% wanita kelas sederhana di Bolivia sering melakukannya.
  • Secara puratanya, dalam industri pelancongan kesihatan, 40% pelancong berbuat demikian bagi mencari teknologi terkini, manakala 32% lagi menginginkan kesihatan yang lebih baik. 15% yang lain pula mahu mendapat khidmat rawatan yang lebih cepat, dan 9% lagi ingin mencari rawatan yang berkos rendah.
  • Di Malaysia, perbelanjaan bagi rawatan alternatif serta pembedahan kosmetik adalah 25% daripada jumlah kos bagi perkara yang sama di Amerika Syarikat.
  • Dianggarkan sejumlah 0.9 juta sehingga 1.2 juta pelancong datang ke Thailand bagi tujuan perubatan, menjadikannya sebagai negara tumpuan utama bagi sektor pelancongan kesihatan.
15. Pemakanan Seimbang
  • Kajian saintis di Jepun mendapati bahawa 7 daripada 10 orang yang ingin mendapatkan rawatan di klinik adalah disebabkan pemakanan yang tidak seimbang.
  • Nama asparagus berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud pucuk atau tunas. Sayuran ini kaya dengan vitamin A dan C, zat besi, kalsium, potasium, sodium, fosforus, asid folik serta niasin.
  • Mereka yang makan sate disarankan untuk makan potongan timun selepas itu. Hal ini adalah kerana karbon yang terhasil daripada pembakaran sate akan berada di permukaan makanan itu, seterusnya menghasilkan kesan karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. Timun pula merupakan bahan anti-karsinogen yang boleh menghapuskan sisa karbon serta-merta dari badan.
  • Madu mengandungi 80% karbohidrat dalam bentuk fruktos, sekali gus mempunyai nilai kalori yang tinggi. Setiap gram madu mengandungi 4 kalori atau 17kJ.
  • Santan sebenarnya tidak mengandungi kolesterol kerana santan merupakan sumber minyak sayuran. Namun begitu, santan adalah lemak tepu dan jika diambil dengan terlalu banyak, kolesterol darah akan meningkat.
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sebanyak 2.7 juta kematian di dunia berlaku disebabkan diet yang tidak disertakan dengan sayuran dan buah-buahan setiap tahun.
16. Industri Kecil & Sederhana (IKS)
  • Pada 2009, IKS mewakili 99.2% daripada sektor perusahaan di Malaysia, serta menyumbang 32% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
  • Sehingga kini, 5.4% daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia terlibat dalam IKS, serta membantu menjadikan IKS sebagai penyumbang sebanyak 19% bagi eksport negara.
  • 84.1% daripada jumlah keseluruhan pertubuhan pengilang dalam sektor perkilangan di Malaysia adalah berasaskan IKS.
  • Kajian menunjukkan bahawa 70% daripada sumber kewangan utama dalam syarikat-syarikat dalam IKS adalah datang daripada pemilik atau pengusaha masing-masing.
  • Penyelidikan pada tahun 2007 mendapati bahawa hanya 5% daripada pemilik syariksat IKS di dalam Kesatuan Eropah memiliki anak syarikat di luar Eropah atau menjalinkan usaha sama dengan pihak di luar negara.
  • Peluang pekerjaan dalam IKS mewakili 63% daripada jumlah peluang kerjaya yang terdapat di Australia, menjadikannya sebagai sumber pekerjaan terbesar di negara itu.
17. Inflasi di Malaysia
  • Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, inflasi boleh didefinisikan sebagai keadaan harga barang yang semakin tinggi disebabkan oleh kuasa membeli yang bertambah. Hal ini disebabkan oleh kemerosotan nilai mata wang.
  • Inflasi terlampau (hiperinflasi) pernah berlaku di Jerman pada 1920. Kuasa jual beli wang yang merudum dengan teruk menyebabkan nilai mata wang Jerman pada masa itu menjadi lebih rendah daripada harga kayu api. Adolf Hitler menyalahkan komuniti Yahudi-Jerman atas inflasi itu, lantas menjadi antara sebab utama berlakunya peristiwa Holocaust.
  • Pada abad ke-21 ini, negara pertama yang menghadapi krisis hiperinflasi ialah Zimbabwe. Sebuku roti di negara itu boleh mencecah harga 1.6 trilion dolar Zimbabwe. Pihak pentadbiran negara itu menyalahkan kenaikan harga makanan dunia serta sekatan antarabangsa sebagai faktor utama krisis sedemikian di negara itu.
  • Menurut perangkaan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kadar inflasi di Malaysia pada tahun 2010 ialah 1.71% dan dilihat semakin berkurangan dari tahun ke tahun. Namun begitu, kadar inflasi dalam kalangan negara Asia secara puratanya ialah 5.8%
  • Secara umumnya, terdapat lima faktor yang mempengaruhi kemunculan inflasi, iaitu tarikan permintaan, tolakan kos, bekalan wang, pentadbiran harga, hasil import.
  • Antara langkah berterusan yang dicadangkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri untuk mengawal inflasi ialah menyesuaikan dasar kewangan, memastikan dasar fiskal yang berhemat, kawalan harga barangan, serta kawalan bekalan.
18. Teknologi Informasi & Komunikasi (ICT)
  • Pada tahun 2011, kira-kira 1/3 daripada jumlah populasi dunia menggunakan Internet. Daripada jumlah itu, 45% daripada mereka berusia di bawah 25 tahun.
  • Terdapat 5.9 bilion langganan telefom bimbit di seluruh dunia, menjadikan kadar perhubungan global meningkat daripada 79% kepada 87%, terutamanya di negara-negara membangun.
  • Sebanyak 159 negara telah melancarkan perkhidmatan 3G untuk tujuan komersial, manakala jumlah langganan jalur lebar mudah alih meningkat kepada hampir 1.2 bilion.
  • Pasaran ICT di Malaysia telah mencatatkan keuntungan berjumlah RM 39.2 bilion pada tahun 2008, manakala RM 2.8 bilion telah dibelanjakan bagi pembangunan & kajian ICT kerajaan. Syarikat ICT yang berstatus MSC pula menjana 6,741 peluang pekerjaan pada tahun yang sama.
  • Hasil penyelidikan syarikat Frost & Sullivan pada 2008, tiga bidang kerjaya ICT yang paling banyak mendapat permintaan di Malaysia ialah pembangunan perisian, rangkaian, serta pangkalan data.
  • Industri perkhidmatan komputer dan telekomunikasi di Malaysia mengalami pertumbuhan sebanyak 21.3% dan 6.6% bagi tahun berakhir 31 Disember 2007. Secara keseluruhan, industri ICT di Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 10.1% sepanjang dekad yang lalu.
19. Ilmu
  • Wan Mod Nor Wan Daud pada tahun 1991 mendefinisikan budaya ilmu sebagai kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri, baik secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam kegiatan keilmuan, serta keadaan di mana segala tindakan masyarakat, diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian atau perbincangan analisis.
  • Kajian Robert M. Hutchins dari Universiti Chicago mendapati bahawa masyarakat purba di Athens tidak membataskan pendidikan pada satu tempat dan peringkat sahaja. Mereka menjadikan ilmu sebagai matlamat utama, serta menimba ilmu daripada kebudayaan yang ada di sekeliling.
  • Di Virginia, Amerika Syarikat, sudah menjadi satu budaya bagi golongan ibu bapa untuk membuat wasiat supaya anak-anak mereka membaca semua buku klasik yang terdapat di dalam rumah, agar tradisi keilmuan akan berkekalan dalam keluarga.
  • Menurut kajian Prof. Syed Naquib al-Attas, budaya ilmu di kepulauan Nusantara telah wujud sejak zaman kesultanan Melayu dan Acheh. Budaya ini telah melahirkan beberapa tokoh ilmiah seperti Tun Sri Lanang.
  • Projek MySchoolNet mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2005 sebagai salah satu usaha membudayakan penerokaan ilmu menerusi Internet sebagai alat bantu mengajar sewaktu proses pengajaran & pembelajaran di sekolah.
  • Pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Zakaria Stapa mengistilahkan budaya ilmu sebagai satu suasana penglibatan masyarakat dengan kegiatan ilmu seperti mencintai ilmu, gigih menimba ilmu, menyebar dan mengamalkannya selain dalam masa yang sama, meletakkan ilmu sebagai ukuran pada setiap tindakan, bukannya hawa nafsu.
20. Bahasa Kebangsaan
  1. Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di dalam keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di Malaysia, Indonesia, serta kawasan persekitarannya sejak lebih 1,000 tahun yang lalu.
  2. Perkembangan bahasa Melayu dipercayai bermula di selatan pulau Sumatera, iaitu di sekitar kawasan Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu purba ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 M yang ditemui di selatan Sumatera, Indonesia.
  3. Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967, dengan tujuan memartabatkan bahasa Melayu di Malaysia selaras dengan Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkembangan bahasa Melayu diperluas apabila Seksyen 8 akta terbabit dipinda pada Jun 1991, yang mewajibkan penggunaan bahasa itu di mahkamah.
  4. Bahasa Melayu menjadi bahasa utama di 11 buah negara, termasuklah Pulau Christmas dan Kepulauan Cocos di luar pesisir Australia. Bahasa ini juga dituturkan oleh lebih 300 juta penduduk dunia, menjadikannya sebagai bahasa keempat paling banyak jumlah penutur terpenting di dunia.
  5. Kajian terkini daripada agensi bahasa Eropah, Euractiv, mendapati bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa ketiga yang paling banyak digunakan di dalam laman sosial Twitter, selepas bahasa Inggeris dan bahasa Jepun.
  6. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 22 Jun 1956. Pada mulanya, DBP merupakan sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia di Johor Bahru dengan nama asalnya ialah Balai Pustaka. Selepas Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 pada September 1956, perubahan nama dibuat atas cadangan kongres tersebut.
21. Kepentingan Alam Sekitar
  • Hutan hujan tropika terletak di garisan lintang khatulistiwa yang bersuhu panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan janis ini dapat bertahan dalam suhu antara 18°C hingga 30°C serta memerlukan hujan antara 2,000 hingga 3,000 sentimeter setahun.
  • Di kebanyakan negara membangun, 2 bilion manusia masih bergantung kepada kayu api yang diperoleh dari hutan. Pada masa yang sama, kebanyakan daripada mereka mengekstrak penawar bagi kanser dan AIDS daripada pokok-pokok.
  • Keadaan semula jadi di hutan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Washington dan Oregon di Amerika Syarikat memperoleh US$ 6 bilion hasil daripada aktiviti rekreasi di kawasan hutan mereka.
  • Penggunaan kertas dan kayu di benua Amerika Utara setiap tahun adalah bersamaan dengan sebatang pokok Douglas-fir setinggi 100 kaki. Melalui pengitaran semula satu tan kertas terbabit, 17 batang pokok dewasa dan 26,000 liter air dapat diselamatkan.
  • 30% daripada kawasan hutan di dunia digunakan sebgaia sumber utama penghasilan produk berasaskan kayu. Kegiatan itu menyumbang kepada perdagangan sumber hutan global berjumlah US$ 379 bilion pada 2005.
  • Kanada memiliki keluasan hutan sahih yang terbesar di dunia, iaitu seluas kira-kira 142 juta hektar. Jumlah itu mewakili 40% daripada keseluruhan jumlah hutan sahih di dunia.
22. Kepentingan Sungai
  • Sungai Amazon yang memiliki lembangan saliran terbesar di dunia, iaitu seluas 7.05 juta kilometer persegi, mewakili kira-kira 1/5 daripada jumlah aliran sungai di dnuia. Sungai ini juga mengandungi 20% daripada jumlah keseluruhan air tawar di dunia.
  • Sungai terpanjang di dunia ialah Sungai Nil sepanjang 6,650 kilometer yang terletak di timur laut benua Afrika. Sungai terpendek di dunia pula ialah sungai Roe sepanjang 0.061 kilometer yang terletak di utara Amerika Syarikat.
  • Kajian terkini daripada Greenpeace mendapati bahawa sungai yang terbersih di dunia ialah Sungai Tara di Montenegro, manakala sungai yang terkotor pula ialah Sungai Buriganga di Bangladesh.
  • Pada tahun 2007, 16 batang sungai di Malaysia dikategorikan sebagai tercemar dan ‘hampir mati’. Lokasi kebanyakan sungai tersebut adalah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Kos bagi memulihkan setiap sungai tersebut dianggar berjumlah antara RM100 juta hingga RM400 juta bergantung kepada panjang sungai, bentuk pencemarannya dan aspek pemulihan yang hendak dijalankan.
  • Di Malaysia, antara kaedah perundangan yang melibatkan penggunaan polisi dan perundangan dalam pengurusan sungai ialah kewujudan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
  • Gabungan delta di Sungai Kuning dan Sungai Yangtze di China merupakan kawasan delta sungai terbesar di dunia, dengan keluasan sehingga 500,000 kilometer persegi. Kedua-dua delta ini menjadi tempat tinggal kepada hampir 105 juta orang penduduk dan menjadi sumber air utama bagi mereka.
23. Sukan
  • Permainan golf mula diperkenalkan oleh masyarakat Rom purba. Mereka menggunakan batang kayu yang bengkok di hujungnya serta bola kulit yang diisi dengan bulu ayam. Sehingga kini, golf juga merupakan satu-satunya sukan yang dimainkan di bulan, iaitu pada 6 Februari 1971 oleh Alan Sheperd.
  • Setiap bulu tangkis yang digunakan dalam badminton secara puratanya akan dipukul selaju 180 km/j. Namun, ketika kejohanan Terbuka Denmark 2009, pemain Malaysia, Tan Boon Heong memukul selaju 421 km/j, lantas menjadi rekod baharu dunia bagi smash terpantas pernah dicatatkan.
  • Sebanyak 42,000 bola tenis digunakan dalam 650 perlawanan sewaktu kejohanan Wimbledon setiap tahun. Pada tahun 1985, Borin Becker dari Jerman memenangi kejohanan tersebut sewaktu berusia 17 tahun, menjadikan beliau sebagai atlit termuda menjuarai Wimbledon.
  • Dalam permainan bola sepak, penjaga gol wajib berada di padang sepanjang masa sewaktu sesuatu perlawanan berlangsung. Pestabola Merdeka yang diperkenalkan pada 1957 pula merupakan kejohanan bola sepak antarabangsa yang tertua di Asia.
  • Gimnasium mula dibina pada 900 SM di Yunani. Para atlitnya berlatih di situ dengan tidak berpakaian serta diiringi muzik. Sukan Olimpik yang pertama diadakan di Yunani pada 776 SM, dimenangi oleh seorang tukang masak bernama Corubus. Sukan Olimpik moden yang pertama pula diadakan di Athens, Greece pada 1896, melibatkan hanya 311 atlit lelaki dan tiada atlit perempuan.
  • Sehingga kini, Usain Bolt dari Jamaica memegang rekod sebagai manusia terpantas di dunia apabila menamatkan acara lumba lari 100 meter dalam masa 9.58 saat sewaktu kejohanan Trek & Balapan Sedunia di Berlin, Jerman pada 2009. Semasa Sukan Asia 1966 di Bangkok, Thailand, pelari Malaysia, Dato’ Dr. M. Jegathesan mencipta rekod sebagai manusia terpantas di Asia apabila memenangi pingat emas untuk acara 100 meter, 200 meter, serta 400 meter.

NOTA - NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
(Sumber Bahagian Pembangunan Kurikulum)

Bab Satu.
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga hati ibunya.

Bab Dua.
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan mengandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.

Bab Tiga.
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang Rashid untuk pulang.

Bab 4.
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar. Menurut nenek datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung bersama-sama dengan masyarakat kampung.

Bab 5.
Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula datuk begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan tradisional yang belum tentu kepastiannya.

Bab 6.
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.

Bab 7.
Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akhrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha, ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika ini saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili merasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.

Bab 8.
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca daripada kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran keluar negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga terlupa segala-galanya. Sepanjang berada di kampung Lili merasa keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau kerana William cuba dipengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya tidak mempercayai pengubatan tradisional disamping memujuk supaya menjualkan tanah bagi tujuan membina rumah sewa.


Bab 9.
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah masjid.. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau berbanding  membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Disamping itu juga, Danel telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk menyakinkan penduduk-penduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan kaedah perubatan moden, kerana semua bahan-bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden supaya penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.

Bab 10.
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih ramai penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang diberikan itu belum tentu dapat menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak dapat menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata-kata datuk boleh diterima pakai oleh penduduk-peenduduk kampung termasuk William, malah Berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan tanah penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.

Bab 11.
Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik sahaja masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung, tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita, namun berdasarkan soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.


Bab 12.
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-penduduk kampung. Sama ada ingin mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan.

Bab 13.
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.

Bab 14.
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.

Bab 15.
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabaran tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan.

Bab 16.
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tetiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang Lili, terserempak dengan adengan kejar-mengejar beberapa orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.

Bab 17.
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-besaran di Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan disamping boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.



Bab 18.
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili yang ternampak juluran ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek. Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.

Bab 19.
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua biji burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat perculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah.

Bab 20.
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut ibunya sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-yumpah supaya anaknya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah nenek menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa Lili.




Bab 21.
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-penduduk kampung merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat yang diperolehi dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negetif dan menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas faktor keselamatan.

Bab 22.
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Che Jah, Lili dipersilakan disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.

Bab 23.
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kekadang boleh mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masuh belum selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu,  minum arak dan anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga bahagia.


Bab 24.
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.

Bab 25.
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol dan disel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk perwatakan  Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.

Bab 26.
Lili berpendapat,  dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat dan lebih member tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung terletak di bawah tanggung jawab Danel sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.

Bab 27.
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku. Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.

Bab 28.
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Bab 29.
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk meengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.

Bab 30.
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak pak busu pada hari Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.

Bab 31.
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang dengan  keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.

Bab 32.
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.

Bab 33.
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospitan untuk mendapatkan rawatan.

Bab 34.
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka.Datuk pula dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan dan mampu tersentum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga system tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.

Bab 35.
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh semua penduduk dan ketua kampung.

Bab 36.
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman penjajahan hinggalah ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela menghadap jalan. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui tentang jendela menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis artikel tentang pisang.

TEMA
  • Tema novel ini ialah Kehidupan masyarakat yang menghadapi pelbagai masalah diselesaikan dengan cara bermuafakat.

  • Masalah keganasan rumah tanggayang berlaku kepada keluarga Che Jah akibat sikap suaminya Seman dapat diatasi apabila Che Jah sendiri dengan suka rela membuat laporan polis. Akibat tidak tahan dengan sikap suaminya dan kesan kenakalan anak-anaknya Che Jah akhirnya Berjaya diselamatkan.

  • Masalah masa depan perubatan tradisional.Datuk yang sememangnya menjadi sumber rujukan masyarakat setempat dan luar tentang perubatan tradisional sudah mulai dipinggirkan. Bertambah parah apabila isterinya sendiri mulai menyindir akan kemujaraban herba yang diadun kerana boleh mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya.

  • Masalah buruk sangka atas orang lain.Masyarakat di Pekan Sentosa buruk sangka terhadap anak-anak Che Jah yang selama ini terkenal kenakalannya. Mereka menyangkakan bahawa Haziq dan Rafiq yang melarikan kubah surau. Masalah terlerai apabila Che Jah menyatakan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau tersebut.

  • Keprihatinan masyarakat terhadap masalah yang dihadapi. Lili begitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh Che Jah. Penduduk kampong yang selama ini menganggap keluarga Seman sebagai contoh institusi kekeluargaan yang buruk, namun dengan bantuan kefahaman Geetha yang bukan berbangsa Melayu menjadikan Lili tersedar bahawa Che Jah perlukan bantuan bukannya cemuhan.


PERSOALAN
  • Persoalan tentang keganasan rumah tangga. Seman suami Che Jah seorang yang suka berjudi, berhutang dan minum arak telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan. Anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.
  • Persoalan tentang penggunaan ubat tradisional. Datuk sering disindir oleh nenek akibat terlalu prihatin dan membantu penduduk kampung yang bermasalah kesihatan dengan membekalkan ubat tradisional yang dibuatnya sendiri. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu tanpa pengetahuannya.
  • Persoalan tentang sikap prihatin. Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya yang buruk selama ini.
  • Persoalan tentang masalah sosial penduduk kampung. Hidup di kampung walaupun berada dalam keadaan selesa, nyaman dengan pemandangan yang cantik namun terdapat pelbagai masalah sosial. Penduduk kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjual tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak untuk lebih menyetujui penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk kampung juga berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang kurang bertanggungjawab diikuti kelakuan anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih kawan.

PLOT

Permulaan
  • Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas.  Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati.
  • Dalam perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel dan juga Geetha dalam bas.
  • Rumah datuk dan nenek Lili di Pekan Sentosa sungguh nyaman, cantik dan dipenuhi dengan bendang.

Perkembangan
  • Datuk menghadapi situasi getir di kampung akibat penggantian kubah surau.
  • Kekalutan turut timbul apabila Sugi dikatakan memujuk orang kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan kawasan perumahan di kampung datuk.
  • Datuk didatangi oleh orang dari bandar untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.
  • Geetha memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya telah Berjaya menyembuhkan ibunya Latchumi yang sakit dengan menggunakan herba tradisional.
  • Danel sering datang untuk membantu nenek memasak kerana menganggap nenek seorang yang pandai memasak dan masakan nenek sangat sedap.
  • Danel berbual mesra dengan datuk dan menerangkan kepentingan perubatan moden. Namun cara Danel yang berhemah dapat memastikan bahawa datuk tidak berkecil hati.
  • Danel sering menulis artikel tentang pisang.
Lili diculik oleh anak-anak Che Jah, namun Berjaya diselamatkan oleh Danel.

Konflik
  • Konflik dengan diri sendiri
    • Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru.
  • Konflik dengan orang lain
    • Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir akan sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden.
    • Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu Che Jah minta diceraikan.
    • Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah tamat persekolahannya. Namun, Lili tidak gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi demi kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu dituruti.

Klimaks / Puncak
  • Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar. 

Peleraian
  • Che Jah dicadangkan oleh Kak Hamimah supaya membuat laporan polis supaya suaminya itu dapat diberkas dan dipulihkan.
  • Suami Che Jah ditangkap di belakang pondok dusun.
  • Haziq diberi herba sebagai penawar oleh datuk.
  • Rafiq dihantat ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
  • Sugi tidak mengaku ada kaitan dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk penduduk kampung menjualkan tanah mereka.
  • Datuk dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang menculik Lili.
  • Sugi memaklumkan bahawa dia berhasrat memajukan tanah penduduk kampung dengan projek agripolitan dan penanaman Jatropha Cuncas.
  • Ibu pulang menaiki bas tanpa ayah.
  • Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya.
  • Haziq dan Rafiz kembali semula ke sekolah untuk menduduki PMR.

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Lili
  • Lepasan sekolah menengah
  • Tidak gembira pulang ke kampung datuk dan neneknya
  • Berpura-pura menjaga hari ibunya
  • Rajin membaca buku panduan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Akur cakap orang tua
  • Suka berkawan dan peramah
  • Menjadi teman baik Geetha
  • Cepat bersimpati dengan orang lain iaitu Haziq dan Rafiq anak Che Jah yang nakal,
  • Prihatin dan meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap suami Che Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga.
  • Mesra dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk pembinaan masjid baru di kampungnya itu.


Watak Sampingan
Datuk (Haji Abdul Rahman)
  • Pakar Akar Kayu Dan Ubat Tradisional
  • Jadi Sumber Rujukan Masalah Kesihatan Penduduk Kampung
  • Berjaya Sembuhkan Letchumi Daripada Sakit Teruk Dengan Herba Yang Dibuat Oleh Datuk
  • Ajar Lili Ilmu Kegamaan
  • Menguji Lili Dengan Ilmu Agama
  • Saying Akan Pekerjaannya Mengumpulkan Akar Kayu
  • Berjaya Mengislamkan William
  • Dahulu Orang Mendengar Cakap Datuk Tetapi Sekarang Tidak
  • Berumur 70tahun
  • Rajin Beribadat, Solat, Zikir Dengan Tasbih
  • Rajin Membaca Kitab
  • Berjaya Mengubati Lima Orang Dari Kuala Lumpur Menggunakan Herba
  • Tidak Balik Malam Kerana Mencari Herba Di Hutan\
  • Pandai Mengurut (Menngurut Danel)
Danel
  • Anak William
  • Jelaskan Isu Pembinaan Kubah Surau
  • Jelaskan Kebaikan Rawatan Mden
  • Berhujah Dengan Berhemah Supaya Datuk Tidak Berkecil Hati
  • Percaya Perubatan Moden
  • Akrab Dengan Datuk
  • Menulis Artikel Tentang Buah Pisang Di Tenom Sabah
  • Sering Membantu Nenek Memasak
  • Memasak Menggunakan Pisang
  • Bantu Menyelamatkan Lili Daripada Diculik.
Nenek (Hajah Aisyan Tan Abdullah)
  • Kurang Yakin Dengan Ubat Tradisional Yang Datuk Sediakan
  • Isteri Kepada Datuk
  • Percaya Pantang Larang (Terbalikkan Semua Cermin Untuk Terbalikkan Mata Kilat)
  • Bakar Kulit Bawang Putih Untuk Bau Harum Dalam Rumah
  • Suka Menyindir Datuk Tentang Ubat Tradisional.
  • Pandai Memasak Dan Masakannya Sering Dipuji Oleh Danel.

Geetha
  • Kenalan Lili Dalam Bas Sewaktu Pulang Ke Terengganu
  • Siswa Tahun Pertama Jurusan Kejuteraan Awam Universiti Malaya
  • Anak Letchumi Yang Ada Kedai Runcit Dan Sembuh Selepas Makan Ubat Tradisional Yang Datuk Sediakan.
  • Menjadi Akrab Dengan Lili.
  • Seorang Yang Tepati Janji.
Abang Rashid
  • Sering Membantu Datuk Dan Nenek
  • Mengambil Lili Di Perhentian Bas Untuk Membawa Pulang Sewaktu Lili Pulang Ke Kampung.
  • Kutip Buah Dari Kebun Datuk
  • Belum Berkahwin
 Ibu Lili
  • Suka Seni Taman Ala Bali Yang Penuh Reka Bentuk Dan Tumbuhan
  • Tanam Herba Pembuka Selera Makan
  • Tidak Kisah Ilmu Agama Akibat Kecuaian Datuk
  • Gemar Belajar Silat.
  • Belajar Di Luar Negara
  • Menjawat Jawatan Penting.
Rafiq Dan Haziq
  • Anak Remaja Berumur Belasan Tahun.
  • Menduduki Pmr
  • Anak Che Jah Yang Sering Menimbulkan Masalah
  • Memulas Tangan Lili Dan Menculik Lili
  • Menggunakan Senjata Tajam Dan Mengacukan Di Leher Lili
  • Berubah Sikap Menjadi Lebih Baik.
Seman
  • Suami Che Jah
  • Kaki judi, berhutang dan minum arak
  • Melarikan kubah surau
  • Seorang yang pemarah dan sering menjadikan Che Jah isterinya dan anak-anaknya Haziq dan Rafiq sebagai tempat melepaskan geram dan marah.
  • Membelasah Haziq dan Rafiq hingga teruk
  • Ditangkap di belakang pondok dusun dan diserahkan kepada pihak berwajib untuk dijalankan pemulihan akidah.


Latar
Latar Tempat
  • Dungun
    • Daerah Tempat Nenek Dan Datuk Tinggal
    • Daerah asal ibu Lili
  • Pekan Sejahtera
    • Tempat Tinggal Geetha
    • Kedai milik Letchumi ibu Geetha terletak di sini.
  • Pekan Sentosa
    • Tempat Tinggal Datuk Dan Nenek Lili
  • Bendang
    • Tempat Lili Bertemu Neneknya Sewaktu Tiba Di Kampung
  • Masjid
    • Tempat Datuk Bergotong-Royong Menaikkan Kubah Masjid Bersama-Sama Penduduk Kampung.
    • Tempat Datuk Bersolat Berjemaah
  • Rumah Datuk
    • Rekabentuk Yang Unik Dengan Corak Jendela Dan Pintu
    • Tempat Datuk Bercerita Tentang Kemujaraban Akar Kayu Dengan Lili.
    • Tempat Danel datang dan membantu nenek memasak
    • Tempat Danel berurut dengan datuk
  • Kedai Runcit Letchumi
    • Tempat Nenek Membawa Lili Berbelanja
    • Tempat Lili Bertemu Geetha
    • Tempat Geetha Bercerita Tentang Datuk Kepada Lili.
  • Kedai Runcit Ah Kwan
    • Tempat Lili Diminta Membeli Barangan Dapur
    • Terletak Berhampiran Dengan Rumah Nenek.
  • Balai Raya
    • Tempat penduduk kampung berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah orang kampung oleh orang yang tidak dikenali.
    • Tempat Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau

Latar Masa
  • Maghrib
    • Menjelang Waktu Isyak, Lili Melihat Melalui Jendela Sebuah Lori Membawa Kubah Di Puncaknya Terdapat Bulan Sabit.
  • Pagi
    • Lili Meminta Izin Nenek Untuk Berada Di Luar Bagi Melihat Kubah Surat Atau Bertemu Che Jah.
    • Lili Ke Rumah Che Jah Untuk Bertanya Khabar Tentang Haziq.

Latar Masyarakat
  • Latar Masyarakat Yang Bermasalah Istitusi Kekeluargaan
    • Suami Che Jah Merupakan Seorang Yang Suka Berjudi, Berhutang, Menipu, Minum Arak Dan Anak-Anak Serta Isterinya Seraing Menjadi Mangsa Kekejamannya. Haziq Anak Che Jah Merupakan Pelajar Yang Pintar Tetapi Tersalah Pergaulan Dan Menyebabkan Dia Diberhentikan Sekolah.
  • Latar Masyarakat Yang Suka Mengambil Tahu Hal Keluarga Orang Lain.
    • Nenek Memberitahu Bahawa Orang Kampung Suka Bermuka-Muka. Suka Mengumpat Walaupun Melalui Jendela.
  • Latar Masyarakat Yang Prihatin
    • Lili Prihatin Dengan Masalah Yang Menimpa Keluarga Che Jah Atas Sikap Tidak Bertanggungjawab Seman Suami Che Jah
    • Lili Meminta Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Untuk Memaklumkan Sikap Seman.
    • Lili Berpendapat Bahawa Danel Bertanggungjawab Membagunkan Kampung Kerana Danel Penduduk Tetap Dan Perlu Memperjuangkannya.
    • Danel Prihatin Terhadap Lili Dengan Menyelematkan Lili Sewaktu Diculik, Membawanya Ke Pean Dan Banyak Perkara Mereka Bersependapat Dengan Lili.
  • Latar masyarakat yang buruk sangka.
    • Penduduk kampung buruk sangka terhadap datuk kerana disangkanya datuk yang mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan.
    • Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah silam mereka yang memang nakal.
    • Penduduk kampung menuduh Sugi merayu penduduk kampung menjual tanah sedangkan Sugi mencadangkan supaya tanah-tanah dimajukan dengan penanaman agripolitan


Teknik Penulisan
Pemerian
  • Penulis menceritakan keadaan kampung tempat tinggal nenek dan datuk Lili.
  • Penulis menceritakan sebak hati Lili untuk pulang ke kampung nenek dan datuknya kerana tidak bersetuju dengan cadangan ibunya supaya tinggal di kampung selepas tamat persekolahan.
  • Penulis menceritakan sikap Seman iaitu suami Che Jah yang melakukan keganasan rumah tangga dan sering menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah keluarga yang mereka hadapi.
Dialog
  • Dialog antara Lili dan datuk tentang ilmu-ilmu agama sebagai menguji pengetahuan Lili terhadap ilmu-ilmu agama.
  • Dialog antara datuk dengan Danel tentang perubatan moden dan tradisional.  Danel berbincang dengan dtuk secara berhemah menyebabkan datuk tidak terguris hati sedangkan datuk lebih memilih perubatan secara tradisional.
  • Dialog penduduk kampung dengan Sugi tentang penjelasan Sugi bahawa dia tidak terlibat dengan rayuan penjualan tanah kepada orang luar.
  • Dialog antara Lili dengan Kak Hamimah supaya membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialaminya sewaktu Kak Hamimah datang berubat dengan datuk.
Monolog
  • Datuk bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di kampung itu.
  • Lili bermonolog dalam perjalanan pulang ke kampong nenek dan datuknya kerana kurang senang dengan permintaan ibunya supaya dia bercuti selepas tamat persekolahan.
Imbas Kembali
  • Datuk mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili. Datuk menyesal kerana tidak memberikan pendidikan agama yang secukupnya menyebabkan ibunya kurang mengamalkan ilmu kegamaan.
Saspens
  • Pembaca saspens tentang orang yang melarikan kubah surau. Semuanya menyangkakan bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana penduduk kampung beranggapan yang sama.

Nilai
Nilai Jati Diri
  • Datuk tetap menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya.
Nilai Tanggungjawab
  • Penduduk kampong bergotong-royong membantu menyelesaikan masalah kubah surau.
Nilai Prihatin
  • Lili prihatin Atas Nasib Rafik Dan Haziq Kerana Berpunca Dari Masalah Keluarga Yang Dihadapi Walaupun Mereka Pernah Menculik Lili. Lili Menjenguk Che Jah Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut Tentang Latar Belakang Haziq Dan Rafik.
  • Penduduk kampong prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampong mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka berusaha menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara yang tidak sesuai dan salah.
Nilai baik hati
  • Danel sering datang ke rumah nenek dan membantu nenek memasak. Apatah lagi Danel menganggap masakan nenek memang sedap.
  • Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu Berjaya sebagai cara memberikan alternatif kepada menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.
Nilai kasih sayang
  • Nenek dan datuk melayan baik Lili walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.
  • Sebagai ketua keluarga, sikap Seman yang tidak menyayangi ahli keluarga amat mengecewakan. Keluarga yang penuh dengan kasih sayang akan menghasilkan keluarga yang bahagia.

Pengajaran
  • Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang berlaku di sekeling kitasupaya masalah tersebut diatasi dan keadaan menjadi seperti sediakala.
  • Kita hendaklah menghargai sumber alam supaya kegunaan herba dapat menfaatkan manusia sejagat.
  • Kita hendaklah hidup dalam harmonisupaya semua kaum dapat menikmati hidup yang aman.
  • Kita hendaklah menyelesaikan masalah secara bermusawarahsupaya segala masalah dapat diatasi tanpa menjejaskan hubungan akrab yang telah terbina selama ini.
  • Kita hendaklah sayang akan ahli keluargasupaya melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni serta membesar dengan penuh kasih sayang.