Monday, August 22, 2016

TUMPUAN SPM DAN PERCUBAAN SPM
Persoalan- persoalan yang terdapat dalam Novel 

Novel Songket Berbenang Emas(Khairuddin Ayip)

Bil
Persoalan
Contoh
1
Kejayaan hasil daripada kegigihan dalam pelajaran
Dahlia tetap mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada Kavita dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga setelah ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.
2
Kemiskinan dalam masyarakat kampung
Dalam dunia moden hari ini, masih ada masyarakat kampung yang masih miskin dan memerlukan bantuan untuk menjalani kehidupan.  Contohnya keluarga Embong yang masih miskin dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan harian.
3
Berani bertindak dalam menghadapi situasi yang bahaya
Embong berjaya mengalahkan ular sawa yang cuba membelitnya sewaktu memotong kelapa sawit di ladang

4
Keinsafan selepas menyedari kesilapan diri
Nek Kiah akhirnya insaf setelah Dahlia yang selama ini dibencinya telah menjaga dan merawatnya ketika terlantar sakit.  Begitu juga dengan Abu Bakar yang selalu berpeleseran sehingga sanggup mencuri kambing ayahnya berubah sikap apabila ditempelak oleh rakan-rakannya sendiri.

5

Bantu membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain
Kavita membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan memberikan nota pelajaran sepanjang ketidakhadirannya ke sekolah.  Najib cuba menghulurkan bantuan kewangan semasa Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya.

6
Kepentingan ilmu bagi mengubah taraf hidup
Embong amat mementingkan pelajaran dan sering menasihatkan anak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh.  Embong mengharapkan anak-anaknya dapat mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya dalam pelajaran mereka nanti.

7
Pengamalan ilmu hitam dalam kalangan masyarakat
Penemuan dua biji telur ayam berwarna hitam yang berisi jarum, cincin akek, butiran pasir dan dua batang paku oleh Abu Bakar di bawah rumah mereka menunjukkan bahawa masyarakat masih mengamalkan ilmu hitam untuk menganiaya orang lain.

8
Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
Haji Sulaiman telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua kampung dengan baik.  Haji Sulaiman banyak membantu keluarga Embong walaupun orang kampung menyisihkan mereka.  Haji Sulaiman mencadangkan agar Saleha dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

9
Semangat kejiranan walaupun berlainan bangsa
Tauke Lim banyak membantu keluarga Embong yang sering menghadapi masalah kewangan.  Tauke Lim membenarkan Embong berhutang di kedainya.  Tauke Lim juga menghulurkan RM300 untuk Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.

10
Pengekalan identiti bangsa dan jati diri
Azhari menghadiahkan sepasang kain songket berbenang emas kepada Dahlia sebagai tanda kenang-kenangan dan berpesan kepada Dahlia agar sentiasa mengingati asal-usulnya sebagai orang Melayu


DALAM SESEBUAH NOVEL, TERDAPAT KRITIKAN SOSIAL PENGARANG SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG.  HURAIKAN KRITIKAN SOSIAL YANG TERDAPAT DALAM NOVEL YANG ANDA PELAJARI.

(KRITIKAN SOSIAL = PERBUATAN / NILAI / SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SESEORANG TERHADAP DIRI / KELUARGA / MASYARAKAT / AGAMA DAN NEGARA + CONTOH DALAM NOVEL)

(Contoh Jawapan)
Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin. Pengarang ada menyentuh kritikan sosial dalam novel ini. Pengarang menyentuh tentang sikap tidak bertanggungjawab ketua keluarga yang menjadi amalan dalam kalangan masyarakat.  Sebagai ketua keluarga, banyak tanggungjawab yang perlu digalas.  Watak Seman, suami kepada Che Jah menunjukkan kegagalannya sebagai ketua keluarga..  Seman seorang kaki botol, suka berjudi dan kaki judi.  Seman tidak menunjukkan contoh yang baik terhadap anak-anaknya dan dia juga seorang yang panas baran. Dia mendera isterinya. 
Selain itu, kritikan sosial yang diutarakan oleh pengarang adalah berkenaan masalah keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan remaja.
Anak-anak Seman gagal dididik dengan nilai murni sehingga mereka tercicir dalam pelajaran dan terlibat dalam masalah penagihan dadah. Mereka juga sering dituduh mencuri bukan sekadar harta ibu bapa mereka malahan harta penduduk kampung.  Seman akhirnya ditangkap kerana mencuri kubah masjid setelah perbuatannya dibongkar oleh Che Jah, isterinya.
BERDASARKAN SEBUAH NOVEL YANG ANDA KAJI, HURAIKAN PERWATAKAN WATAK UTAMA YANG DIPAPARKAN OLEH PENGARANG.
(Contoh Jawapan)
Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan.  Watak utama dalam novel ini ialah Lili, seorang gadis berusia 17 tahun yang diminta oleh ibunya untuk bercuti di kampung datuknya di Terengganu. Watak utama merupakan seorang yang pendiam.(<–perwatakan).  Lili lebih banyak mendiamkan diri ketika dalam perjalanan pulang ke kampung datuknya dan lebih banyak mendengar Geetha berbicara.  Nenek Lili juga mengakui bahawa dia seorang yang pendiam.(<–bukti)
Watak utama juga seorang yang prihatin.(<–perwatakan).  Lili mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi oleh keluarga Che Jah yang terpaksa berdepan dengan masalah sosial anak-anaknya iaitu Haziq dan Rafiq. Sikap prihatin ini membuatkan Lili ingin membantu Che Jah menyelesaikan kemelut keluarga yang dihadapi olehnya walaupun Lili masih muda.(<– Bukti)

Selain itu, watak utama juga seorang yang pemaaf.(<– perwatakan)  Walaupun Lili telah disakiti, diculik oleh anak Che Jah dan dibawa lari ke dalam hutan sebagai tebusan, Lili tidak berdendam sebaliknya dia memaafkan perbuatan dua beradik itu.  Lili sendiri berjumpa dengan Che Jah dan menjelaskan keadaan yang telah dihadapinya tanpa sebarang rasa marah kerana dia merasakan anak-anak Che Jah layak mendapat peluang untuk berubah.(<–Bukti)

JELASKAN NILAI KEMASYARAKATAN DALAM NOVEL YANG ANDA PELAJARI.
(Contoh Jawapan)
Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhani Mat Darin, terdapat beberapa nilai kemasyarakatan yang dipaparkan untuk panduan. Nilai kerjasama (pernyataan umum) dipaparkan melalui peristiwa datuk, nenek, Rasid, Lili, Geetha dan Danel bekerjasama untuk membantu menyelamatkan Rafiq dan Haziq daripada menjadi mangsa kemarahan penduduk kampung yang geram dengan sikap mereka yang suka menimbulkan masalah seperti mencuri dan menagih dadah.  Lili juga bekerjasama dengan Puan Hamimah, pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu Che Jah menyelesaikan masalah rumah tangganya.

Nilai kasih sayang (pernyataan umum) pula jelas dibuktikan melalui keluarga datuk.  Datuk dan nenek amat menyayangi Lili dan begitu juga hubungan antara Geetha dan ibunya, Mak Cik Letchumi.  Nenek melarang Lili merayau-rayau di sekitar kampung selepas Lili diculik oleh anak Che Jah kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Nilai kerajinan (pernyataan umum) turut digarap melalui Lili yang rajin membantu neneknya membasuh pinggan dan mengemas di dapur selepas tetamu datuk pulang.  Geetha pula membantu nenek memasak semasa dia berada di rumah nenek Lili.  Datuk juga rajin masuk ke hutan untuk mencari akar-akar kayu dan daun-daun herba.

HURAIKAN PERSOALAN KASIH SAYANG ANTARA AHLI KELUARGA YANG TERDAPAT DALAM NOVEL YANG ANDA PELAJARI.
(Contoh Jawapan)
Dalam novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhani Mat Darin, terdapat persoalan kasih sayang antara ahli keluarga yang diutarakan.Persoalan kasih sayang ibu yang mendalam terhadap anaknyadipaparkan melalui watak ibu Lili yang sangat sayang akan anaknya Lili .  Ibu Lili menolong mengeringkan tubuh anaknya yang baru selesai mandi walaupun Lily sudah berusia 17 tahun. Ibu Lili juga mengupas-usap rambut Lili dalam usaha memastikan Lili rela hati mengikut permintaannya pulang ke kampung.
Persoalan kasih sayang seorang anak terhadap ibu pula digambarkan melalui watak Lili yang berusaha mematuhi permintaan ibunya untuk menghabiskan cuti persekolahan terakhirnya di kampung datuk. Lili sebenarnya berhasrat untuk bersama-sama teman sekelas terutama sekali menyertai majlis perpisahan pengetua sekolah.  Lili tidak membantah kerana dia ingin melihat ibunya gembira. Selain itu, persoalan kasih sayang terhadap cucu dibuktikan melalui watak nenek dan datuk yang begitu risau setelah Lili dilarikan ke dalam hutan oleh Haziq dan Rafiq.  Setelah Lili diselamatkan, nenek melarang Lili keluar dari rumah tanpa sebab.

Sunday, April 10, 2016

BICARAWARA BAHASA 4


Bil

BAHASA STANDARD

BAHASA ISTANA
1
Kalau rakyat  makan dan minum
Raja  santap
2
Kalaurakyat  tidur
Raja  beradu
3
Kalaurakyat  mandi
Raja  bersiram
4
Kalaurakyat  marah
Raja  murka
5
Kalau rakyat  berjalan
Raja  mencemarduli
6
Kalaurakyat  sakit
Raja  gering
7
Kalaurakyat  bersuara
Raja  bertitah
8
Kalaurakyattidur di  rumah
Raja di  istana
9
Kalaurakyatduduk di  kerusi
Raja duduk di singgahsana
10
Kalaurakyatada  isteri
Raja ada  permaisuri
11
Kalaurakyatada  nenek
Raja ada  nenda
12
Kalaurakyatmati  dikuburkan
Raja  dimakamkan
13
Kalaurakyat  mati
Raja  mangkat
14
Kalaurakyatmatijadi allahyarham
Raja mangkat  jadi  almarhum
15
Kalaurakyatbagi  hadiah
Raja bagi  anugerah
16
Kalauhujanrakyatmemakai payung
Raja memakai  iram-iram
17
Kalaurakyatmembaling  kasut
Raja membaling  kaus
18
Kalaurakyatmenyambut  hari lahir
Raja menyambut  hari keputeraan
19
Kalaurakyat  bertolak
Raja  berangkat
20
Kalaurakyat  membuang air kecil
Raja membuang  air seni
21
Kalaurakyat  suka / sudi
Raja  berkenan
22
Kalaurakyat  pening
Raja  gering hulu
23
Kalaurakyat guna  pengasuh
Raja guna  inang
24
Kalau rakyat  gembira
Raja sukacita
25
Kalaurakyat  sedih
Raja  dukacita / masyghul
26
Kalaurakyat  duduk
Raja  bersemayam
21
Kalaurakyat ada  kepala
Raja ada  jemala

BICARAWARA BAHASA 3

Rapat atau jarak

Sering kali kita menghadapi masalah untuk mengeja sesuatu perkataan. Kita tidak pasti sama ada ejaan perkataan itu dirapatkan atau dijarakkan. Selain itu, timbul pula kecenderungan untuk kita mengeja sesuatu perkataan mengikut rasa, bukan mengikut peraturan yang ditetapkan. Berikut disenaraikan perkataan yang dieja dengan merapatkannya sebagai satu perkataan;


15- kata majmuk yang dieja secara bercantum (kerana telah mantap penggunaannya)antarabangsa 
kerjasama 
suruhanjaya
beritahu
olahraga
tandatangan
bumiputera 

matahari 
warganegara
jawatankuasa

setiausaha 
pesuruhjaya
kakitangan 

sukarela 
tanggungjawab

15 - kata tunggal yang dieja secara bercantum
sukacita 
dukacita 
kepada
walhal 

padahal 
barangkali
bagaimana 

kadangkala 
manakala
apabila 

daripada 
perikemanusiaan
perihal 

apakala 
manalagi 

13 - perkataan yang dieja bercantum dengan partikel “pun”
adapun 
mahupun 
kendatipun
andaipun 

sungguhpun 
meskipun
ataupun 

sekalipun 
bagaimanapun
biarpun 

walaupun 
kalaupunlagipun

BICARAWARA BAHASA 2

TOPIK 4
KATA MAJMUK
Ada dua bentuk ejaan kata majmuk, iaitu ditulis secara terpisah dan bercantum. Pada dasarnya semua kata majmuk ditulis secara terpisah. Ada tiga jenis kata majmuk yang ditulis terpisah.
Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
Contohnya : guru besar, tengah hari, terima kasih, kapal terbang, Menteri Besar, Setiausaha Politik.
Kata Majmuk yang merupakan istilah khusus.
Contohnya : garis pusat, atur cara, lut sinar, mata pelajaran, kertas kerja, pita suara, reka bentuk.
Kata Majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa.
Contohnya: tumbuk rusuk, gulung tikar, anak emas, kaki bangku, ringan tulang.
Namun begitu, terdapat juga kata majmuk yang ditulis secara bercantum kerana penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993:75), antara kata majmuk yang ditulis bercantum ialah:


antarabangsa
beritahu
bumiputera
jawatankuasa
kerjasama

olahraga
matahari
kakitangan
setiausaha
sukarela

tanggungjawab
tandatangan
warganegara
pesuruhjaya
suruhanjaya


Selain itu, kata majmuk yang ditulis akan berubah menjadi kata majmuk yang ditulis serangkai apabila menerima apitan , misalnya pengenalpastian, disatupadukan, menandatangani, melipatgandakan dan dikuatkuasakan.
Cara Mengenal Kata Majmuk
Kata majmuk tidak dapat menerima sebarang penyisipan antara perkataan yang membentuk kata majmuk, contohnya:
·         Tandatangan tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk tanda yang tangan.
·         Urus setia tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk urus yang setia.
·         Kakitangan tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk kaki dan tangan
·         Tanah air tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk tanah dan air.
Selain itu, kata majmuk mempunyai makna yang tertentu, yang berbeza daripada kata-kata asal yang membentuk kata majmuk tersebut. Misalnya:
·         Sapu tangan merupakan kata majmuk kerana merujuk kepada kain segi empat dan berlainan daripada makna biasa sapu dan tangan.
·         Bumiputera yang membawa makna tertentu yang terdiri daripada dua kata dasar bumi dan putera.
Golongan Kata Majmuk
Kata majmuk dapat digolongkan kepada golongan yang berikut ini.
Penggolongan Kata Majmuk
Contoh Perkataan
Kata Nama Majmuk
guru besar, balai raya, tapian gelanggang, cakar ayam, bulan madu, Menteri Besar, Naib Canselor,  ketua murid, warganegara, ketidakadilan, persuratkhabaran, kebolehpercayaan, tandatangan, warganegara, setiausaha.
Kata Kerja Majmuk
hapus kira, ambil alih, lipat ganda, kenal pasti, terima kasih, gulung tikar, bersatu padu, mereka bentuk, menandatangani, bertanggungjawab, berlatarbelakangkan.
Kata Adjektif Majmuk
merah jambu. Terang hati, kuning langsat, muda remaja, panas terik, sukacita, dukacita.
Kata Tugas Majmuk
bagaimana, apabila, barangkali, kadangkala, walhal, daripada, kepada, mana lagi.

Kesilapan dalam ejaan kata majmuk berganda.
Penggandaan unsur pertama akan dieja terpisah dan penggandaan hanya berlaku pada unsur pertama sahaja.

Surat khabar-surat khabar dijual di kedai itu (X)
Surat-surat khabar dijual di kedai itu. (√)
Ibu bapa-ibu bapa diminta hadir ke sekolah. (X)

Ibu-ibu bapa diminta hadir ke sekolah. (√)

EJAAN PERSIS

BELAJAR EJAAN YANG BETUL AGAR EJAAN YANG BETUL-BETUL TAK BETUL DIEJA BETUL-BETUL BETUL
  • menyintai SEPATUTNYA mencintai
  • mensasar SEPATUTNYA menyasar
  • menyonteng SEPATUTNYA menconteng
  • mencincang SEPATUTNYA mencencang
  • ganggang SEPATUTNYA gagang
  • tersandung SEPATUTNYA tersadung
  • beserta SEPATUTNYA berserta
  • merbahaya SEPATUTNYA berbahaya
  • mengenengahkan SEPATUTNYA mengetengahkan
  • sosio-ekonomi SEPATUTNYA sosioekonomi
  • pra-universiti SEPATUTNYA prauniversiti
  • aturcara SEPATUTNYA atur cara
  • tips SEPATUTNYA tip
  • atlit SEPATUTNYA atlet
  • mendokong SEPATUTNYA mendukung
  • jawatan kuasa SEPATUTNYA jawatankuasa
  • mengguris SEPATUTNYA menggores
  • kontingen SEPATUTNYA kontinjen
  • analisa SEPATUTNYA analisis
  • Hajjah SEPATUTNYA Hajah
  • mententeram SEPATUTNYA menenteram
  • ilmuan SEPATUTNYA ilmuwan
  • mesjid SEPATUTNYA masjid
  • Ramadhan SEPATUTNYA Ramadan
  • menghad SEPATUTNYA mengehad
  • mewar-warkan SEPATUTNYA menguar-nguarkan
  • ke-V SEPATUTNYA ke V
  • ubahsuai SEPATUTNYA ubah suai
  • mertua SEPATUTNYA mentua
  • juru terbang SEPATUTNYA juruterbang
  • minima SEPATUTNYA maksimum
  • mempastikan SEPATUTNYA memastikan
  • istirehat SEPATUTNYA istirahat
  • kekanda SEPATUTNYA kakanda
  • bistari SEPATUTNYA bestari
  • memperolehi SEPATUTNYA memperoleh
  • memperindahkan SEPATUTNYA memperindah
  • memperkasa SEPATUTNYA memerkasakan
  • anti dadah SEPATUTNYA antidadah
  • nenas SEPATUTNYA nanas
  • perlantikan SEPATUTNYA pelantikan
  • urusetia SEPATUTNYA urus setia
  • kadang kala SEPATUTNYA kadangkala
  • acapkali SEPATUTNYA acap kali
  • mihun SEPATUTNYA bihun
  • mee SEPATUTNYA mi
  • jatidiri SEPATUTNYA jati diri
  • Rukunegara SEPATUTNYA Rukun Negara
  • Aidil Fitri SEPATUTNYA Aidilfitri
  • kata-kata aluan SEPATUTNYA kata alu-aluan
  • satay SEPATUTNYA sate
  • ko-kurikulum SEPATUTNYA kokurikulum
  • dzohor SEPATUTNYA zuhur
  • wudu' SEPATUTNYA wuduk
  • redha SEPATUTNYA reda
  • bowling SEPATUTNYA boling
  • asal-usul SEPATUTNYA asal usul

BICARAWARA BAHASA 1

Image result for imej cintai bahasa

KATA GANDA TUNGGAL - (KATA GANDA SEMU)
Kebiasaannya kata ganda akan membawa maksud jamak atau banyak. Namun terdapat juga kata ganda yang membawa maksud 'tunggal' ataupun satu. Antara kata ganda yang membawa maksud tunggal ialah:-
  • anai-anai
  • biri-biri
  • kanak-kanak
  • kura-kura
  • api-api - kelip-kelip
  • sumpah-sumpah - sejenis reptilia
  • labi-labi
  • langit-langit
  • labah-labah
  • ampai-ampai - sama dengan ubur-ubur
  • angkut-angkut - serangga seperti tebuan, membuat sarang di dinding rumah
  • kupu-kupu
  • kelip-kelip - serangga terbang yang bercahaya
  • labu-labu - bekas air dibuat daripada tanah liat
  • ubun-ubun - bahagian tengah kepala
  • undang-undang - peraturan
  • ura-ura - cadangan, usul
  • beri-beri - sejenis penyakit
  • kunang-kunang - kelip-kelip
  • oleh-oleh - hadiah, buah tangan
  • jentik-jentik
  • jemput-jemput - kuih
  • agar-agar - kuih
  • cita-cita - impian
  • epok-epok - sejenis kuih tradisi
  • gado-gado - kuih
  • kuda-kuda - tapak penyandar berkaki tiga
  • dekak-dekak - alat menghitung
  • gula-gula
  • siku-siku