Tuesday, March 1, 2016

KARANGAN (ISI - ISI PENTING)



1. Salah satu syarat untuk diterima masuk ke institusi pengajian tinggi ialah aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah.  Mengapakah para pelajar diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah pada pendapat anda.

Pendahuluan
·           Aktiviti kokurikulum terbahagi kepada beberapa kategori iaitpersatuan dan kelab, pasukan pakaian seragam dan sukan.
·           Pelajar diwajibkan menyertai setiap kategori.
·           Pelajar bukan sahaja menumpukan perhatian dalam bidang akademik tetapi perlu               
         terlibat dengan  kegiatan kokurikulum.

Isi-isi penting
·                Melahirkan pelajar yang, sihat dari segi fizikal dan mental.
·                Aktiviti kecergasan dapat mcnyihatkan tubuh badan
·                Melahirkan pelajar yang sihat
·                Melahirkan pelajar yang berkeyakinan.
·                Memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang  berfaedah - memberi peluang     
          bergaul dengan rakan sebaya – mengelakkan gejala negatif di luar sekolah.
·            Memupuk nilai nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan seperti perkhemahan dan lawatan – diajar merancang dan mengendalikan tugas.

Kesimpulan
·          Ibu bapa wajar menggalakkan anak -anak melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum - tidak menghalang anak-anak dan mengikis tanggapan bahawa kegiatan kokurikulum membazir masa.
·                Jangan menuding jari  kepada mana-mana pihak jika anak-anak tidak diterima masuk ke IPT dengan alas an tidak pernah menyertai kegiatan kokurikulum.


2. Kemasukan pendatang asing ke negara kita semakin mencurah-curah. Malaysia seolah-olah telah menjadi lubuk emas. Bincangkan kesan-kesan kemasukan pendatang asing kepada Negara

Pendahuluan
·                                Anggapan bahawa Malaysia sebagai penyelesai masalah untuk menyara kehidupan.
·                                Kestabilan politik dan ekonomi menyumbang kepada keharmonian – negara asal pendatang asing menghadapi pelbagai masalah.

Isi-isi penting
·                                Kebaikannya – dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja berikutan pertumbuhan ekonomi yang pesat –pendatang asing tidak memilih pekerjaan dan kadar upah yang diberikan rendah.
·                                Majikan suka menggunakan tenaga pekerja asing kerana mereka mudah diberi arahan – bekerja tanpa mengira waktu.
·                                Keburukannya – mereka cenderung untuk melakukan kegiatan-kegiatan jenayah berikutan daripada desakan hidup – rakyat tempatan menjadi mangsa kekejaman mereka.
·                                Timbul masalah penempatan – muncul rumah setinggan – menjejaskan imej negara.

Penutup
·                                Kemasukan pendatang asing perlu dikawal – tindakan tegas kepada pendatang asing yang melanggar peraturan – jika dibiarkan mungkin negara kita akan dibolot oleh pendatang asing.


3. Masalah pencemaran sungai masih menjadi isu utama negara ini. Pelbagai cara telah dijalankan untuk mengurangkan masalah pencemaran sungai. Nyatakan kesan-kesan pencemaran sungai jika tidak diatasi segera.

Pendahuluan
·     Masalah pencemaran sungai tidak pernah berhenti diperkatakan kerana sungai tidak hebas daripada pcncemaran.
·     Pencemaran tetap berlaku walaupun pelbagai langkah telah diambil.

Isi-isi Penting
·     Air ialah keperluan hidup manusia, sungai tercemar bermaksud menggunakan air yang tercemar untuk menyediakan makanan dan minuman mereka.
·     Pelbagai penyakit timbul seperti dan glaukoma, iaitu sejenis penyakit buta yang disebabkan kekurangan air bersih bagi kegunaan seharian.
·     Mengganggu rantaian makanan manusia dan haiwan.
·     Kepupusan ikan boleh mengurangkan sumber protein manusia.
·      
Penutup
·                                Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama kerana sungai tercemar bermakna kehidupan juga tercemar.
 
4. Sahabat pena anda di luar negara telah meminta anda menceritakan             sambutan Hari Kebangsaan yang diraikan oleh rakyat Malaysia.Balas surat itu bagi memenuhi permintaannya.
Pendahuluan
·   Format: surat kiriman tidak rasmi.
·   Mengucapkan terima kasih kerana sudi menghantar surat kepada anda – gembira menerima surat.

Isi-isi Penting
·   Sambutan Hari Kebangsaan diadakan pada 31 Ogos setiap tahun.
·   Perarakan diadakan – disertai oleh pasukan keselamatan negara – badan-badan tertentu – meriah – pelbagai pakaian seragam dapat dilihat.
·   Orang ramai akan datang menyaksikan perarakan tersebut – meriah
·   Semua pemimpin negara yang akan berkumpul pada hari tersebut – mesra rakyat.
·   Semangat patriotik dapat dilihat dalam kalangan rakyat Malaysia – menyertai perarakan –      
     memberi kerjasama yang jitu – mcnunjukkan perpaduan rakyat Malaysia.

 Penutup
·                                Menamatkan surat – mengajak rakan anda datang menvaksikan sendiri sambutan Hari Kebangsaan di Negara ini. Berharap agar hubungan mereka berkekalan.

5. Guru kelas anda akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kelas anda telah mengadakan majlis jamuan perpisahan untuk meraikannya. Anda ditugaskan untuk menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Tulis ucapan anda itu selengkapnya.
Pendahuluan
·          Format ucapan
·          Kata alu-aluan
·          Mengucapkan terima kasih guru-guru dan rakan-rakan sekelas sudi hadir.


Isi-isi Penting
·                                Melahirkan rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan beliau.
·                                Memohon agar beliau masih sudi menjenguk sekolah dan mencurahkan bakti kepada sekolah selepas tamat belajar nani.
·                                Mendoakan kejayaan beliau.

Penutup
·                                Semoga beliau masih sudi memberi tunjuk ajar.
·                                Selitkan pantun yang sesuai.


 6. Baru-baru ini anda dan keluarga telah hercuti di sebuah pusat peranginan yang terkenal di negara ini.
    Anda dan keluarga menginap di sebuah hotel. Semasa anda berada di situ,    satu kejadian mencemaskan berlaku apabila seorang kanak-kanak hampir lemas di kolam renang hotel itu. Gambarkan peristiwa tersebut.
Pendahuluan
·  Setiap kali cuti sekolah, bapa akan membawa kami bercuti ke tempat-tempat menarik.
·  Bercuti di Kelantan.

Isi-isi penting
·  Menginap di hotel
·  Ayah membawa mandi-manda di pantai.
·  Mandi dalam kolam renang hotel -ibu bapa mengawal kami.
·  Seorang budak berusia 5 tahun teriatuh ke dalam kolam renang orang dewasa - ibu bapa mereka leka membaca surat khabar.
·  Suasana kelam-kabut -ibu bapa kanak-kanak itu menangis dan menjerit-jerit  meminta tolong - penyelamat terjun menyelamatkan keadaan.
·  Kanak-kanak itu diselamatkan - Ibu bapa kanak-kanak itu berterima kasih - kanak-kanak dibawa ke hospital berhampiran.

Penutup
·  Ayah dan ibu menasihati kami supaya jadikan peristiwa itu sebagai pengajaran.


7. Anda telah menyertai satu ekspedisi di sebuah hutan anjuran sebuah persatuan di     sekolah anda. Tanpa anda sedari, anda telah terpisah daripada kumpulan anda. Ceritakan pengalaman anda sehingga anda ditemui

Pendahuluan:
  • Sentiasa menyertai aktiviti anjuran Kelab Kembara.
  • Daripada membuang masa lebih baik menyertai aktiviti berfaedah
  • Ibu bapa pula memberi galakan

Isi-isi:
·  Telah mengikuti ekspedisi ke Hutan Lipur Sungai Congkak.
-Guru penasihat mengingatkan kami akan pentingnya mematuhi disiplin
-Kami mendengar nasihat dengan penuh perhatian
·  Peserta seramai 32 orang memulakan ekspedisi dengan doa selamat
-Mendaki anak bukit dan meredah hutan
-Suasana begitu mendamaikan perasaan
  • Kelemahanku ialah mudah leka
-Dari barisan tengah kini berada di barisan belakang
-Tanpa sedar, sudah terpisah dengan rakan-rakan
  • Menjerit untuk menarik perhatian rakan
-Tidak berani terus menjerit bimbang akan binatang buas
-Duduk berfikir dan terdengar deruan air terjun
  • Segera menuju ke arah air terjun
-Teringat pesanan datuk sekiranya sesat perlu menyusuri sungai
-Akhirnya menemui perkampungan orang Asli

Penutup:
  • Orang Asli itu berjanji akan menunjukkan jalan keluar.
  • Yakin akan keikhlasan orang Asli itu
  • Pengalaman ini boleh dijadikan pengajaran


8. Sekolah anda telah menganjurkan Hari Keluarga. Banyak aktiviti dijalankan pada hari tersebut. Tulis suasana dan gambaran pada hari tersebut

Pendahuluan:
  • Setiap sumbangan dapat membantu orang lain.
  • Kata-kata azimat daripada pengetua
  • Mengakui kerana PIBG akan membeli komputer hasil sumbangan orang ramai

Isi-isi penting
·         PIBG menganjurkan Hari Keluarga di perkarangan sekolah
Ucapan perasmian dilakukan oleh Yang Dipertua PIBG
- Pelbagai Aktiviti menarik telah diadakan
·         Acara melibatkan pelajar dan ibu bapa
-Setiap aktiviti menerima sokongan padu daripada orang ramai
-Penyertaan dihadkan dan suasana begitu riuh
·         Di kantin diadakan jualan pelbagai jenis barang
- jualan diusahakan oleh PIBG dan kaum ibu
                  - Terdapat jualan berupa barangan terpakai
·         Diadakan acara persembahan di dewan besar
- Pertandingan nyanyian khusus untuk ibu bapa
- Diselangi dengan persembahan kebudayaan
·         Pembahagian hadiah untuk mereka yang berjaya
- Seorang dermawan menyumbang RM 10 ribu
- Kutipan keseluruhan melebihi RM50 ribu

   Penutup:
·         Aktiviti mencapai objektifnya
·         Pengetua begitu gembira
·         Terbayang akan pertambahan komputer seperti yang diharap-harapkan



9. Anda bertugas sebagai wartawan di sebuah akhbar tempatan. Anda ditugaskan untuk membuat berita tentang satu kes penculikan.
    Tulis berita tersebut

Pendahuluan:
  • Dua lelaki berjaya diberkas oleh polis.
  • Sebelum ditangkap, berlaku peristiwa tembak-menembak
  • Yang terlibat lelaki India dan Melayu

 Isi-isi:
·         Operasi memberkas hasil maklumat orang ramai
- Orang ramai mengetahui hasil penyiaran berita di media massa
- Pasukan polis segera ke tempat penculik
·         Kereta peronda mengejar kereta penculik hingga ke Jalan Semarak
- Kedua-dua lelaki itu meninggalkan kereta
- Tetapi pasukan polis berjaya melepaskan tembakan
·         Mangsa di dalam kereta dalam keadaan selamat
- Mangsa dalam keadaan lemah dan sedang menerima rawatan
- Polis yakin tiga lelaki lagi yang disyaki masih bebas
·         Hasil tinjauan mangsa dalam keadaan lemah
- Keluarga melarang wartawan mendekati mangsa
- Keluarga mangsa merakamkan penghargaan kepada wartawan
·         Apabila keadaan pulih, keluarga mangsa akan menghubungi wartawan dan polis
- Bangga atas pengorbanan wartawan dan polis
- Usaha ini patut disanjung tinggi
Penutup:
·         Orang ramai melahirkan rasa syukur
·         Dapat mengelakkan kejadian penculikan yang semakin pesat
·         Keberanian keluarga mangsa melaporkan penculikan kepada polis amat disanjung tinggi

10.  Anda telah terpilih sebagai Ketua Pelajar. Dalam satu perhimpunan sekolah, anda    diminta menyampaikan ucapan.
      Sediakan teks ucapan anda itu sepenuhnya

Pendahuluan:
  • Ucapan alu-aluan
  • Lafaz salam sejahtera
  • Bangga kerana diberi peluang berucap

Isi-isi:
·         Terharu dilantik sebagai Ketua Pelajar
- Lebih senang menjadi pengawas sahaja
- Pelantikan ini sebagai satu amanah
·         Menjalankan tugas mengikut peraturan
- Ada pelajar yang tidak senang apabila dikenakan tindakan
- Bangga guru disiplin terus memberi keyakinan
·         Menerima saya dan pengawas yang lain dengan hati terbuka
- Apa yang kami lakukan hanya menjalankan tugas
- Sentiasa menerima teguran untuk kebaikan diri
·         Memohon maaf kerana lewat masuk ke kelas disebabkan menjalankan tugas
- Apa yang dilakukan untuk memastikan pelajar lebih berdisiplin
- Kami berjanji tidak sesekali mengabaikan pelajaran
·         Tahun ini disiplin pelajar lebih baik
- Berharap pencapaian akademik juga baik
- Kejayaan merupakan hadiah untuk guru dan ibu bapa


Penutup:
·         Empat rangkap gurindam
·         Sebagai kanak-kanak kecil yang sering terdedah dengan kesilapan
·         Berilah kepercayaan kepada kami untuk menjalankan tugas

Thursday, February 18, 2016

KESALAHAN BAHASA

Image result for gambar kesalahan tatabahasa

Image result for gambar kesalahan tatabahasa

Image result for gambar kesalahan tatabahasa

Image result for gambar kesalahan tatabahasa

Image result for gambar kesalahan tatabahasa

Image result for gambar kesalahan tatabahasa

Image result for gambar kesalahan tatabahasa



Image result for gambar kesalahan tatabahasa





Peribahasa sam maksud

Peribahasa Maksud Sama


Berikut adalah antara peribahasa yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama. 

carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua
air dicencang tak akan putus
(perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama, lama kelamaan akan berbaik-baik jua)

belut pulang ke lumpur
haruan pulang ke lubuk
(perantau yang pulang semula ke tempat asal)

api dalam sekam
gunting dalam lipatan
musuh dalam selimut
(musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari)

membuka pekung di dada
menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
(mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri)

seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
(disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya)

sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
habis madu, sepah dibuang
(apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi)

lain padang lain belalang
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
lain dulang lain kakinya
rambut sama hitam, hati lain-lain
(manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain)

bagai isi dengan kuku
bagai aur dengan tebing
bagai dakwat dengan kertas
(persahabatan yang sangat akrab)

hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bukit sama di daki, lurah sama dituruni
(susah senang dihadapi bersama)

ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
bagaimana acuan, begitulah kuihnya
bapa borek, anak rintik
(seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkahlaku bapanya)

masuk telinga kiri keluar telinga kanan
mencurah air ke daun keladi
mencurah garam ke laut
(pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada pendengar)

genggam bara api biar sampai jadi arang
alang-alang mandi biar basah
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
(berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang
(usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
burung terbang dipipiskan lada
belum duduk sudah berlunjur
(mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan)

telur dihujung tanduk
retak menanti belah
(keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah)

embun dihujung rumput
abu di atas tunggul
(keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama)

menangguk di air keruh
menahan lukah di pergentingan
(mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain)

bagai pinang di belah dua
bagai cincin dengan permata
seperti cincin terlekat dijari
tanduk bersendi gading
(padanan yang sesuai)

sarang tebuan jangan dijolok
lembu dogol jangan dibalun
(orang yang diam jangan dikacau kelak buruk padahnya)

Surat Tidak Hadir Ke Sekolah

……………………………
……………………………
……………………………
……………………………
……………………………
______________________________________________________________________

Guru Tingkatan 5SC,
SMJK Phor Tay,
731, Jalan Sungai Dua,
11700 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.                                                                                                    ………………..

Tuan,

TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Saya, penama seperti di atas ialah ibu /bapa / penjaga kepada ……………………………., pelajar Tingkatan 5SC. Saya ingin memaklumkan bahawa anak saya telah tidak hadir ke sekolah pada ……………………..

2. Hal ini disebabkan dia ……………………………………………………..............................
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

3. Saya harap cikgu memahami masalah anak saya. Saya juga berharap anak saya tidak ketinggalan dalam pelajaran berikutan ketidakhadirannya. Kerjasama cikgu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,


………………………………….

(…………………………………..)

Wednesday, February 3, 2016

KARANGAN DIMENSI ANTARABANGSA

Kebaikan menjalin hubungan baik dengan negara serantau

       Kuat akar kerana tunjang,kuat tunjang kerana akar. Justeru, semua  negara  di dunia perlulah  menjalin hubungan yang baik demi kebaikan dan kepentingan bersama.Negara serantau merupakan negara-negara yang bersempadan atau berhampiran degan negara kita. Negara Malaysia telah menjalinkan dan  mengeratkan hubungannya degan negara-negara serantau untuk mengembang dan memajukan ekonomi serta teknologi negara.Menurut Yang Berhormat Menteri Luar Negeri,hubungan Malaysia dengan negara-negara lain telah dipereratkan berdasarkan peningkatan kerjasama dua hala dalam semua bidang termasuklah bidang politik,perdagangan dan pelancongan. Lenggoknya biar bergaya tetapi mengena,tarinya biar senada tetapi berbisa, dan langkahnya biar lembut tetapi kejap.Oleh itu,negara Malaysia telah menjalankan langkah yang ampuh  dengan  menjalinkan  hubungan yang erat dengan negara-negara lain kerana hal ini amatlah “menguntungkan “  negara  Malaysia. Ironisnya, apakah kebaikannya negara Malaysia menjalinkan hubungan yang baik dengan negara serantau?
       Antara kebaikan menjalin hubungan baik dengan negara serantau termasuklah menjamin kestabilan politik negara kita. Hal ini demikian, rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang aman  dan harmoni jika politik di negara Malaysia adalah stabil. . Penubuhan negara ASEAN dapat menjamin kedaulatan negara-negara serantau.Sebagai contoh,untuk memastikan kestabilan politik di negara kita,negara kita telah menjadi anggota ASEAN setelah negara mencapai kemerdekaan. .Tidak ada yang mustahil bagi orang yang mencuba. Justeru,negara Malaysia telah mencadangkan supaya Menteri-menteri Luar ASEAN  mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon aman,bebas, dan berkecuali  bagi  mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Malaysia dan negara-negara serantau.Kata orang tua-tua,kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.Dengan itu,kestabilan politik di negara Malaysia dapat dijamin jika negara Malaysia berusaha untuk menjalin hubungan yang erat dengan negara serantau.
       Selain itu,hubungan baik dengan negara serantau juga dapat memakmurkan ekonomi negara. Hal ini kerana penubuhan AFTA iaitu  zon bebas cukai antara negara ASEAN mewujudkan pasaran yang berpotensi besar kepada pengeksport Malaysia asalkan mereka meningkatkan piawaian produk dan khidmat.Penubuhan AFTA membolehkan barangan dari negara serantau bersaing secara sihat .Buktinya,rakyat dari negara ASEAN dapat membeli barang yang berkualiti setelah AFTA ditubuhkan. Cendekiawan terkemuka dunia iaitu Ibnu Khaldun ada menyatakan bahawa tiada manusia yang berjaya sampai ke puncak gunung tanpa mendakinya. Berbekalkan kata-kata tersebut, pengeksport Malaysia perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh  untuk menguasai pasaran dalam rantau ini. Rakyat akan memilih untuk membeli barangan yang berkualiti walaupun barang tersebut mahal harganya  kerana  alah membeli menang memakai. Terbuktilah sudah bahawa  menjalin hubungan baik dengan negara serantau dapat memakmurkan ekonomi negara kita.
      Rantau yang aman,selamat,dan berkecuali akan dijamin jika negara kita menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau.Sehubungan dengan itu, negara kita tidak berperang dengan negara lain atau melibatkan diri dalam konflik antarabangsa dan serantau. Hal ini secara tidak langsung telah mengekalkan keamanan dan keharmonian di Asia Tenggara.  Penubuhan NAM telah berjaya  mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal sebuah negara dan menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui rundingan dan persefahaman. Biar kita ambil contoh,negara Malaysia  mempunyai hubungan ketenteraan yang kekal dan baik dengan negara serantau seperti negara Thailand dan Indonesia.Hal ini dapat  mengekalkan keamanan  di negara Malaysia dan bukannya habis umpan kerong-kerong tidak dapat. Jangan biarkan perahu hanyut tidak berpenghuni nati hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.Lantaran itu, negara Malaysia yang ingin mengekalkan keamanan dan keharmonian negara sendiri dannegara serantau haruslah menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau.
      Di samping itu,hubungan baik yang dijalin dengan negara serantau telah memudahkan bantuan . Oleh hal yang demikian, negara- negara di dunia hanya akan menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang menjalin hubungan yang baik dengan mereka  .Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya,tumbuh di tepi jalan,dilempar orang dengan batu, tetapi dibalas dengan buah.Dengan itu,sesebuah negara harus memberi  bantuan apabila negara lain memerlukan bantuan  dari kuasa luar.Beberapa bulan yang lalu, negara Malaysia telah membantu negara serantau yang ditimpa bencana,misalnya rakyat Malaysia mendermakan wang dan sebahagian daripada mereka telah menjadi sukarelawan di negara Indonesia apabila berlakunya gempa bumi  di negara Indonesia. Negara serantau akan memberi bantuan dengan segera  apabila negara kita memerlukan bantuan kerana hubungan yang erat telah dijalinkan antara satu sama lain; bak kata pepatah perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan.Jelaslah bahawa hubungan baik dengan negara serantau amat penting kepada negara kita.
     Kebaikan yang ditelusuri seterusnya termasuklah menjalin hubungan baik dengan negara serantau dapat meningkatkan taraf pendidikan di negara kita. Demi menjadikan Universiti Malaya sebuah universiti  yang tersohor,kerjasama akademik telah dijalinkan antara Universiti Malaya dengan universiti –universiti yang lain. Sesungguhnya pendidikan merupakan wahana aspirasi nasional dan tunggak utama serta usaha terpenting untuk menampilkan modal insan cemerlang. Justeru,sistem pendidikan perlu ditingkatkan  supaya negara dapat mencapai kemajuan dalam semua aspek.Universiti tempatan harus  bekerjasama dengan universiti  di negara  serantau agar  taraf pendidikan rakyat dapat ditingkatkan kerana  bersekutu bertambah mutu. Hal ini terbukti apabila akademik secara kajian terperinci ,penyelidikan,penerbitan dan sebagainya dijalankan dalam kerjasama Universiti Malaya ,Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, serta Universitas Gadjah Muda .Sesungguhnya,menjalin hubungan baik dengan negara serantau dapat meningkatkan taraf pendidikan di negara kita.

     Walhasil,negara kita harus menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau kerana hal tersebut amat menguntungkan negara kita. Justeru,semua batu penghalang perlulah “dihapuskan” agar hubungan baik dengan negara serantau dapat dijalinkan.Kalau bukan sekarang,bila lagi?

RAHSIA TAHI LALAT

RAHSIA KEDUDUKAN TAHI LALAT YANG PERLU DIKETAHUI...



                                                      Image result for tahi lalat


  • Tahi Lalat di Ujung Mata Kanan/Kiri = Dapat Dipercaya tapi Pendiam
  • Tahi Lalat di Pangkal Hidung = Pandai dan Baik Hati
  • Tahi Lalat di Alis Kanan = Suka Menolong
  • Tahi Lalat di Alis Kiri = Dicintai Banyak Orang
  • Tahi Lalat di Hidung = Banyak Rezeki
  • Tahi Lalat di Hidung Bawah = Pandai Bicara, Banyak rezeki
  • Tahi Lalat di Bibir Atas = Cerdas, Banyak Rezeki
  • Tahi Lalat di Bibir Bawah = Baik Hati
  • Tahi Lalat di Pipi Kanan/Kiri = Dermawan
  • Tahi Lalat di Pipi Tengah = Disukai
  • Tahi Lalat di Ujung Mulut = Pandai Bicara
  • Tahi Lalat di Dagu = Pandai Bicara dan Jujur
  • Tahi Lalat di Telinga Kanan = Keras dan Gampang Emosi
  • Tahi Lalat di Telinga Kiri = Pintar dan Jujur
  • Tahi Lalat di Leher Bagian Depan = Bijaksana
  • Tahi Lalat di Leher Bagian Belakang = Kecil Hati, mudah Putus asa
  • Tahi Lalat di Bahu Kanan = Pendiriannya Teguh
  • Tahi Lalat di Bahu Kiri = Pikirannya Selalu Ruwet
  • Tahi Lalat di Buah Dada Kanan/Kiri = Nafsunya Besar
  • Tahi Lalat di Antara Buah Dada = Baik Hati
  • Tahi Lalat di Punggung = Dapat di Percaya
  • Tahi Lalat di tengah Perut (sekitar Pusar) = Dapat di Percaya
  • Tahi Lalat di Pinggang = Jujur dan Tabah
  • Tahi Lalat di Pantat = Sering Menderita
  • Tahi Lalat di Pangkal Paha = Tangkas dan Banyak Rezeki
  • Tahi Lalat di Daerah Kemaluan = Nafsu Besar
  • Tahi Lalat di Lutut Depan = Kuat Berjalan
  • Tahi Lalat di Lutut Sebelah Dalam (Lipatan/belakang lutut) = Hatinya Tidak Tetap
  • Tahi Lalat di Betis = Dapat di Percaya
  • Tahi Lalat di Tulang Kaki Kanan (Tulang Kering) = Pemboros
  • Tahi Lalat di Tulang Kaki Kiri = Pemberani
  • Tahi Lalat di Pergelangan Kaki = Kuat Berjalan
  • Tahi Lalat di Tumit = Tidak dapat di Percaya
  • Tahi Lalat di Jari-Jari Kaki = Suka Bekerja
  • Tahi Lalat di Lengan Kanan/Kiri = Suka Bekerja
  • Tahi Lalat di Telapak Kaki = Baik Hati
  • Tahi Lalat di Telapak Tangan Kanan = Pandai Menyimpan Harta
  • Tahi Lalat di Telapak Tangan Kiri = Pemboros
  • Tahi Lalat di Telapak Belakang = Kuat Kaya
  • Tahi Lalat di Ujung Siku = Baik Hati
  • Tahi lalat di Siku Bagian dalam = Selalu Tabah
  • Tahi Lalat di jari-jari Tangan = Banyak Rezeki
  • Tahi Lalat di Pergelangan Tangan = Pemboros
  • Tahi Lalat di Ubun – Ubun = Tamak akan harta benda, Jahat, dan Jahil
  • Tahi Lalat di Unyeng – Unyeng (Puser di kepala)= Pendiam tapi Banyak Akal dan Cerdas
  • Tahi Lalat di Kepala Bagian Belakang = Dapat di Percaya, Pemberani, dan Sabar
  • Tahi Lalat di Kepala Sebelah Kiri = Wataknya Buruk
  • Tahi Lalat di Dahi Kanan atau Kiri = Kepribadiannya Jelek
  • Tahi Lalat di Tengah- Tengah Dahi (Jidat) = Pandai dan Baik Hati
  • Tahi Lalat di Pelipis Kanan/Kiri = Banyak Rezeki
  • Tahi Lalat di Bibir Atas = Cerdas, Banyak Rezeki
  • Tahi Lalat di Bibir Bawah = Baik Hati
  • Tahi Lalat di Pipi Kanan/Kiri = Dermawan
  • Tahi Lalat di Pipi Tengah = Disukai
  • Tahi Lalat di Ujung Mulut = Pandai Bicara
  • Tahi Lalat di Dagu = Pandai Bicara dan Jujur
  • Tahi Lalat di Telinga Kanan = Keras dan Gampang Emosi
  • Tahi Lalat di Telinga Kiri = Pintar dan Jujur
  • Tahi Lalat di Leher Bagian Depan = Bijaksana
  • Tahi Lalat di Leher Bagian Belakang = Kecil Hati, mudah Putus asa
  • Tahi Lalat di Bahu Kanan = Pendiriannya Teguh
  • Tahi Lalat di Bahu Kiri = Pikirannya Selalu Ruwet
  • Tahi Lalat di Buah Dada Kanan/Kiri = Nafsunya Besar
  • Tahi Lalat di Antara Buah Dada = Baik Hati
  • Tahi Lalat di Punggung = Dapat di Percaya
  • Tahi Lalat di tengah Perut (sekitar Pusar) = Dapat di Percaya
  • Tahi Lalat di Pinggang = Jujur dan Tabah
  • Tahi Lalat di Pantat = Sering Menderita
  • Tahi Lalat di Pangkal Paha = Tangkas dan Banyak Rezeki
  • Tahi Lalat di Daerah Kemaluan = Nafsu Besar
  • Tahi Lalat di Lutut Depan = Kuat Berjalan
  • Tahi Lalat di Lutut Sebelah Dalam (Lipatan/belakang lutut) = Hatinya Tidak Tetap
  • Tahi Lalat di Betis = Dapat di Percaya
  • Tahi Lalat di Tulang Kaki Kanan (Tulang Kering) = Pemboros
  • Tahi Lalat di Tulang Kaki Kiri = Pemberani
  • Tahi Lalat di Pergelangan Kaki = Kuat Berjalan
  • Tahi Lalat di Tumit = Tidak dapat di Percaya
  • Tahi Lalat di Jari-Jari Kaki = Suka Bekerja
  • Tahi Lalat di Lengan Kanan/Kiri = Suka Bekerja
  • Tahi Lalat di Telapak Kaki = Baik Hati
  • Tahi Lalat di Telapak Tangan Kanan = Pandai Menyimpan Harta
  • Tahi Lalat di Telapak Tangan Kiri = Pemboros
  • Tahi Lalat di Telapak Belakang = Kuat Kaya
  • Tahi Lalat di Ujung Siku = Baik Hati
  • Tahi lalat di Siku Bagian dalam = Selalu Tabah
  • Tahi Lalat di jari-jari Tangan = Banyak Rezeki
  • Tahi Lalat di Pergelangan Tangan = Pemboros
  • Tahi Lalat di Ubun – Ubun = Tamak akan harta benda, Jahat, dan Jahil
  • Tahi Lalat di Unyeng – Unyeng (Puser di kepala)= Pendiam tapi Banyak Akal dan Cerdas
  • Tahi Lalat di Kepala Bagian Belakang = Dapat di Percaya, Pemberani, dan Sabar
  • Tahi Lalat di Kepala Sebelah Kiri = Wataknya Buruk
  • Tahi Lalat di Dahi Kanan atau Kiri = Kepribadiannya Jelek
  • Tahi Lalat di Tengah- Tengah Dahi (Jidat) = Pandai dan Baik Hati
  • Tahi Lalat di Pelipis Kanan/Kiri = Banyak Rezeki

PEMERDAGANGAN MANUSIA



ARTIKEL : Usaha Malaysia menghapuskan Akitviti Pemerdagangan Manusia


Pemerdagangan manusia adalah masalah global yang kian meningkat jumlah kesnya sejak seabad lepas. Mengikut laporan Amnesty International; pada tahun 2004 sahaja dianggarkan 700;000 orang diperdagang setiap tahun bagi tujuan seks. Bagaimanapun, amat malang sekali kerana Malaysia dilihat sebagai tempat menarik oleh sindiket pemerdagangan manusia untuk menjalankan aktMti mereka.
REKOD MALAYSIA DALAM PEMERDAGANGAN MANUSIA
Ini telah menjejaskan reputasi negara dan usaha telah dijalankan oleh pihak berkuasa untuk menjaga imej negara. Langkah serius kerajaan menangani isu pemerdagangan manusia telah menaikkan taraf Malaysia ke Tahap (Tier) 2 daripada Tahap 3 dalam Laporan Senarai Pemerhatian Pemerdagangan Malaysia (TIP) 2010. Laporan TIP adalah senarai kedudukan negara-negara dunia berdasarkan tahap pematuhan standard minimum dalam memerangi pemerdagangan manusia. Pada tahun 2009; kedudukan Malaysia merosot dari Tahap 2 pada 2008 ke Tahap 3 pada 2009.
Pencapaian TIP adalah berdasarkan kepatuhan negara menerusi Akta Perlindungan Pemerdagangan dan Keganasan (TVPA) Amerika Syarikat. Menurut klasifikasi antarabangsa, Tahap Satu merujuk kepada negara yang melakukan pematuhan sepenuhnya dan Tahap Dua bagi usaha signifikan untuk mematuhi TVPA. Manakala Tahap Tiga pula bermaksud sebagai negara yang tiada usaha untuk mematuhi standard minimum TVPA.
MUDAH TERDEDAH
Perkembangan ekonomi dan kemakmuran Malaysia menjadi tarikan utama kepada ramai warga asing dari seluruh dunia dan ini membuka peluang kepada kerancakkan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Kedatangan pelancong dan pekerja asing di Malaysia menambahkan lagi sindiket pelacuran yang membawa masuk secara sah ataupun haram gadis seperti dari China, Indonesia, Thailand, negara-negara Balkan dan India untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Tidak ketinggalan juga di bandar kecil yang terdapat ramai buruh asing di sektor perladangan, perindustrian dan pembinaan juga terdapat aktiviti kurang sihat ini yang melibatkan pemerdagangan manusia.
Pada masa yang sama, lambakan sarang pelacuran, pusat hiburan dan rumah urut di seluruh negara memberi gambaran permintaan yang tinggi terhadap perniagaan tersebut hingga meningkatkan juga permintaan dan kemasukan wanita muda oleh sindiket pemerdagangan manusia yang sama.
Selain itu, kedudukan Malaysia di tengah-tengah negara Asean, menjadikannya antara lokasi stategik sama ada sebagai negara destinasi atau transit bagi penyeludupan dan pemerdagangan manusia.
Menyedari masalah itu, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 telah diluluskan namun ia masih belum cukup kuat untuk menghalang kemasukan sindiket yang membawa wanita dan gadis muda bagi tujuan pelacuran dan buruh domestik. Lagipun, modus operandi sindiket membawa masuk mangsa adalah sukar dikesan pihak berkuasa disebabkan mereka ini memasukki negara secara
sukar dikesan pihak berkuasa disebabkan mereka ini memasukki negara ini menggunakan pas lawatan sosial atau pun pas pelajar.
LELAKI DAN KANAK-KANAK TIDAK TERKECUALI
Bukan hanya wanita, lelaki dewasa turut diperdagangkan terutama untuk pengeksploitasian buruh atau dijadikan buruh paksa. Kebanyakan mereka yang datang dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam menjadi mangsa selepas dijanjikan pekerjaan dengan bayaran lumayan sedangkan semuanya palsu. Malah lebih menyedihkan mereka turut dipaksa bekerja untuk tempoh panjang sehingga lebih 18 jam sehari tanpa dibayar upah.
Kanak-kanak dan bayi juga mendapat permintaan yang tinggi untuk diperdagangkan terutama bagi aktiviti meminta sedekah atau dijadikan anak angkat kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat sendiri. Menurut statistik Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO), sejak 28 Feb 2008 hingga 21 Dis 2010, sebanyak 304 kes dilaporkan membabitkan pelbagai jenis eksploitasi dan 434 orang ditahan kerana terbabit dalam jenayah berkenaan.
Daripada jumlah itu, 1,930 mangsa mendapat perintah perlindungan sementara (IPO) manakala 708 lagi perintah perlindungan yang mana kebanyakan mangsa terbabit terlibat dalam eksploitasi seks (189 mangsa), perkhidmatan paksa (58), penyeludupan manusia (24)dan penjualan bayi (11).
MASIH KURANG KESEDARAN
Kesedaran masyarakat Malaysia tentang isu pemerdagangan manusia masih lagi rendah malah masih ramai yang tidak memahami definisi sebenar yang dimaksudkan dengan pemerdagangan orang. Selain skopnya yang luas, aktiviti pemerdagangan orang adalah lanskap jenayah yang masih dianggap baru yang menyebabkan pemahamannya masih kurang.
Kurang pemahaman itu bukan sahaja di kalangan orang ramai, malah ia berlaku di kalangan penguatkuasa sendiri. Istilah penyeludupan dan pemerdagangan manusia juga membawa dua maksud yang berbeza walaupun kedua-duanya kelihatan sama. Pemerdagangan orang membawa maksud merekrut, pengangkutan, pemindahan, perlindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi di mana modus operandinya termasuk penggunaan ancaman atau penggunaan bentuk tekanan lain, penculikan, penipuan, kecurangan, penyalahgunaan kuasa, kedudukan berisiko atau rawan dan memberi atau menerima pembayaran. Ia digunakan untuk tujuan mengeksploitasi pelacuran, eksploitasi seksual, buruh paksaan atau khidmat layanan paksa dan perhambaan.
Manakala penyeludupan membawa maksud mengatur, memudahkan atau merancang secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana negara yang orang itu bukan warga negara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu tidak sah. Ini juga membawa maksud mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perkara di atas.
Namun begitu tidak dinafikan aktiviti penyeludupan orang menjadi punca kepada akiviti pemerdagangan manusia kerana kebiasaannya penyeludupan orang berpotensi menjadi sebahagian aktiviti pemerdagangan orang.
Berikutan itu, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 telah dipinda bagi memasukkan kesalahan penyeludupan migran untuk dijadikan akta baru yang kini dikenali sebagai Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Pemerdagangan Migran 2007 yang dikuatkuasakan pada MAC 2011 lepas.
Pindaan itu bagi menangani sindiket antarabangsa yang menjadikan negara ini sebagai negara transit pemerdagangan dan penyeludupan manusia untuk membawa mangsa ke negara ketiga terutama Australia.Kebanyakan mangsa adalah dari Afganistan, Pakistan dan Myanmar yag dibawa masuk ke Malaysia terlebih dahulu sebelum ke Indonesia dan seterusnya ke Australia.
Pengarah Jabatan siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin memberi jaminan polis akan mengambil langkah berterusan memerangi pemerdagangan manusia dengan mengadakan lebih banyak operasi dalam usaha menyelamatkan mangsa sindiket.
Lebih ramai anggota polis akan ditempatkan di kawasan panas sindiket itu seperti di perairan negara di Selat Melaka dan Laut China Selatan yang dikenal pasti sebagai laluan masuk utama sindiket itu sebelum mangsa diperdagangkan ke negara destinasi.
Kerajaan juga turut mengambil tindakan yang lebih teratur melalui Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang yang menetapkan hala tuju dan fokus dalam usaha mencegah dan membanteras gejala pemerdagangan orang.Pelan yang dirangka bagi tempoh lima tahun (2010-2015) itu adalah antara usaha dan komitmen kerajaan dalam membanteras masalah pemerdagangan orang. Aktiviti jenayah ini yang mempunyai jaringan dan sindiket profesional harus dilihat secara menyeluruh dan jika tidak dibanteras secepat mungkin boleh menjejaskan imej; prestasi dan nama baik negara di mata dunia terutama imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.