Thursday, March 20, 2014

KEPADA PELAJAR 4SB / 4SD - COPY N PASTE  2 KARANGAN CONTOH DI BAWAH DAN PERIBAHASA KE DALAM BUKU KARANGAN DAN TATABAHASA 1

KARANGAN CONTOH 1

CARA-CARA MENANGANI KENAIKAN HARGA BARANG

Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 55 tahun, ibu pertiwi kita yang telah bebas daripada cengkaman penjajah begitu pesat membangun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sehubungan dengan hal itu, peribahasa ada menyebut bahawa, ada bukit, ada paya, namun kita tidak boleh mendabik dada kerana di sebalik kemajuan yang sedang dikecapi, negara kita masih lagi terkongkong dalam gelombang inflasi yang semakin rumit. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan sering meniti di bibir masyarakat, tetapi pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita, apakah yang dimaksudkan dengan inflasi?  Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, inflasi didefinisikan sebagai keadaan kenaikan harga barangan yang disebabkan oleh bertambahnya kuasa membeli. Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang remeh dan formula penyelesaian harus diimplimentasikan untuk merungkai masalah ini bak kata peribahasa,tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni.

Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan penyelesaian yang berkesan, oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya mengambil inisiatif dengan menganjurkan kempen berhemat secara istiqamah dan konsisten ke seluruh pelosok negara dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga.Memetik kata-kata azimat  Lootze, kehidupan membazir dan tamak haloba mendorong manusia ke arah kebinasaan. 

Lantaran itu, kempen tersebut haruslah menekankan kepentingan amalan berjimat cermat supaya nilai murni ini dapat dijadikan amalan dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Tindakan yang lebih afdal, masyarakat sewajarnya diseru supaya berbelanja mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di badan sendiridan usahlah bersikap membesarkan kerak nasi. Cara berbelanja dengan mengikut hawa nafsu akan membawa padah yang buruk kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa.  Tambahan pula, pihak kerajaan juga harus mengadakan pertandingan yang dapat menarik penyertaaan khalayak seperti sayembara puisi, menulis esei, persembahan artis dan sebagainya dalam usaha menyebarluaskan kempen tersebut. Jelaslah bahawa penganjuran kempen berhemat secara berterusan dan holistik merupakan perisai yang ampuh untuk merungkai masalah kenaikan harga barangan.

“Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk menyelesaikan sebarang kesulitan yang berlaku di negara kita termasuk isu kenaikan harga barang. Namun begitu. kita tetap melihat dan kemudiannya menyesal kerana pintu penyelesaian itu tertutup terlalu lama sehingga kita tidak dapat melihat pintu lain yang telah terbuka. Begitulah gambaran implikasi daripada kata-kata mutiara Alexander Graham Bell, seorang ahli sains dan matematik Barat yang menunjukkan bahawa setiap masalah pasti ada cara yang berkesan untuk mengatasinya. Sebagai kesinambungan idea, tindakan agensi bukan kerajaan atau NGO melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan langkah konkrit yang patut dilaksanakan sepanjang masa. Organisasi atau agensi yang menyokong peranan kerajaan ini seperti Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau CAP, telah mendukung obligasi untuk melindungi hak para pengguna. Pihak-pihak ini berperanan untuk menerima sebarang aduan dan menyiasat segala permasalahan yang dihadapi termasuklah masalah kenaikan harga barangan keperluan, penjualan barangan yang telah luput tarikh, caj perkhidmatan yang melampau dan sebagainya. Seterusnya FOMCA dan CAP haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak golongan pengguna akan terpelihara dan tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga-peniaga yang licik dan tidak bertanggungjawab. Organisasi-organisasi ini haruslah menjalinkan hubungan ukhuwah ibarat seikat bak sirih, serumpun bak serai dan kita juga berpegang pada falsafah Confusius, apakah gunanya sekiranya kita tidur sebantal tetapi mimpi kita lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang berlainan, tetapi mimpi kita tetap sama. Deduksinya, melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan tindakan efektif oleh agensi bukan kerajaan atau NGO.

Tokoh psikologi Barat pernah mengungkapkan bahawa tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani masalah adalah kosong. Kata-kata ini memang ada kebenarannya dan semua rakyat di negara ini perlu berpijak di bumi nyata kerana setiap kemelut yang kita hadapi mesti ada uslub dan minhaj yang komprehensif. Bertitik tolak daripada manifestasi ini, pihak berkuasa seharusnya sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa memperoleh kelulusan daripada pihak berwajib. Pegawai kerajaan berkaitan juga haruslah memainkan peranan yang penting untuk mengadakan pemeriksaan secara mengejut ke premis-premis perniagaan dari semasa ke semasa untuk memastikan para peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak bersikap seperti lintah darat. Sementelahan itu, pihak kerajaan juga haruslah melunaskan tanggungjawab yang terletak di atas pundak mereka untuk menggubal, mengkodifikasikan seterusnya menguatkuasakan undang-undang secara serius dan telus supaya dapat memberi peringatan kepada golongan peniaga. Mana-mana peniaga yang cuba menaikkan harga barangan atau memasang lukah di pergentingan hendaklah didakwa di mahkamah agar kesalahan sebegini tidak berulang ibarat pisang berbuah dua kali. Oleh itu, usaha pihak berkuasa yang sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab dapat mengekang masalah kenaikan harga barangan di pasaran.

Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan menggosoknya terlebih dahulu, persis ungkapan kata Alex Osborn telah membuktikan bahawa kejayaan semanis madu tidak akan terjana tanpa curahan usaha yang bersungguh-sungguh kerana peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Hakikatnya, media massa juga menggalas kewajipan untuk menyebarluaskan informasi berkaitan ilmu kepenggunaan merupakan prakarsa bagi menangkis masalah kenaikan harga barang. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa ilmu kepenggunaan dalam kalangan masyarakat Malaysia masih kurang meluas dan berada di takuk yang lama. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya segelintir golongan peniaga yang mengutamakan keuntungan akan bersikap ibarat menangguk di air keruh, menindas gologan pengguna yang tidak berdosa. Oleh hal yang sedemikian, media massa haruslah menyumbang tenaga secara optimum dengan menerapkan pengetahuan berkaitan hak-hak pengguna kepada seluruh strata masyarakat. Dengan komitmen pihak media massa, pengguna akan mengetahui kaedah yang efisien untuk menuntut hak mereka daripada dimanipulasikan oleh para peniaga yang durjana. Misalnya, apabila berlaku kenaikan harga barangan, pengguna akan dapat membuat aduan kepada pihak berwajib dan agensi bukan kerajaan supaya hak-hak mereka dapat dipertahankan. Melalui penyebaran maklumat oleh media cetak dan media elektronik, para pengguna termasuk suri rumah tangga akan memperoleh ilmu kepenggunaan secara total dan bertindak berani kerana benar dalam memperjuangkan hak mereka seterusnya mengatasi kemelut kenaikan harga barangan di negara ini.

Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah terang lagi bersuluh, segenap lapisan masyarakat mesti bersama-sama menggembleng tenaga untuk mengekang kenaikan harga barangan dari peringkat akar umbinya. Sebagai manusia yang kamil dan soleh, kita tidak wajar menadah tangan ke langit menunggu kejatuhan lampu ajaib Aladdin kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Oleh itu,semua anggota komuniti haruslah mendukung semangat habis kapak berganti beliung untuk membendung masalah tersebut.  Oleh itu, Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita yang keempat, Tun Mahathir bin Mohamad bukan lagi menjadi angan-angan Mat Jenin.

KARANGAN CONTOH 2
PERANAN ANAK-ANAK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA
Pada era pascaglobalisasi ini, isu keruntuhan institusi keluarga semakin hangat menjadi bicara semua rakyat Malaysia tidak kira tua mahupun muda. Walaupun berbagai-bagai prakarsa telah dimainkan oleh para ibu bapa untuk mengekalkan keharmonian keluarga, namun hal ini seolah-olah tiada nokhtah pengakhiran. Adakah peranan yang dimainkan oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak cukup bersepadu untuk membawa paradigma baru ke dalam institusi kekeluargaan? Adakah peranan yang digerakkan oleh institusi keluarga dalam memacu keluarga mereka di bawah payung keharmonian gagal. Hal ini mungkin berpunca daripada prakarsa yang dimainkan oleh anak-anak yang tidak cukup mapan untuk membantu menyelesaikan masalah yang menunjangi keluarga mereka. Oleh itu, sudah menjadi amanah yang perlu dipikul anak-anak dalam merangka uslub terbaik untuk sama-sama memikul amanah kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing supaya usaha membentuk keluarga yang cemerlang dalam segenap aspek kehidupan berjaya. Jadi, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih dan oleh itu prakarsa ini hendaklah dimulakan dari sekarang kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan. Jadi, anak-anak hendaklah menggerakkan kembali jentera yang lebih bersepadu bagi membahagiakan ibu bapa dan sekali gus membentuk keluarga yang bahagia.

Sebenarnya, banyak prakarsa yang boleh dimainkan oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa mereka antaranya adalah dengan memberikan kejayaan dan kecemerlangan kepada mereka. Tidakkah semua orang melihat, saban tahun apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan pasti ada yang berduka dan bergembira. Tetapi tidakkah mereka menyedari bahawa seorang insan yang bergelar ibu bapa pasti akan mengalirkan air mata kegembiraan apabila melihat keputusan cemerlang yang diraih oleh anak-anak mereka? Sudah pastinya terselit seribu kepuasan dalam diri ibu bapa kerana keperitan dan penderitaan mendidik dan membesarkan anak-anak telah terbalas dengan kejayaan anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak hendaklah belajar bersungguh-sungguh dan membesar mengikut acuan yang telah dibentuk oleh ibu bapa mereka. Orang tua-tua ada menyatakan bahawa usaha tangga kejayaan, jadi usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa akan membuahkan kejayaan yang manis untuk dikecapi. Kegigihan anak-anak semata-mata untuk mencapai kejayaan bagi dihadiahkan kepada ibu bapa mereka akan dapat direalisasikan sekiranya mereka berjaya menangkis segala ancaman yang masuk ke tingkap globalisasi kehidupan mereka. Tuntasnya, sudah jelaslah bahawa kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran merupakan salah satu tunjang utama untuk membahagiakan ibu bapa.

Sedasawarsa ini, anak-anak yang mempunyai akhlak dan budi pekerti mulia juga merupakan salah satu elemen utama dalam memberikan kebahagiaan kepada orang tua mereka. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara merupakan kata-kata hikmat yang acap kali ditujukan khas kepada generasi muda tetapi tidak melampaukah jika semua orang mengatakan bahawa anak-anak merupakan tonggak utama keluarga, jantung hati, permata bernilai buat ibu bapa? Bagi segelintir pihak, anggapan ini dipandang sinis tetapi itulah realiti sebenar bahawa anak merupakan tunjang utama keluarga dalam memacu ke arah kebahagiaan keluarga. Selama bertahun-tahun anak-anak dididik dengan kebanyakan ibu bapa yang mengamalkan konsep melentur buluh biarlah dari rebungnya dan hasilnya, anak-anak telah berjaya menjadi insan yang berguna dan mampu menangkis segala hedonisme serta panji-panji kejahatan yang berleluasa kini. Jadi, hati ibu mana yang tidak sejuk melihat anak yang dipelihara mereka mempunyai keperibadian yang unggul. Oleh itu, anak-anak seharusnya berusaha menjaga akhlak dan budi pekerti mereka walaupun di mana-mana mereka berada kerana imej dan maruah keluarga bersandarkan tingkah laku mereka malah itulah juga yang menjadi kunci kebahagiaan buat ibu bapa mereka.

Sementelahan pula, ibu bapa juga akan bahagia jika anak-anak mereka menghormati mereka. Dalam menyoroti hal ini, aspek jasmani, emosi, intelektual dan sosial yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan negara sebenarnya mampu menjadi platform utama untuk anak-anak membahagiakan ibu bapa mereka. Bagi menyingkap hal ini, aspek jasmani yang boleh dipraktikkan anak-anak adalah dengan menghormati orang tua mereka sama ada dalam bentuk perbuatan mahupun perkataan. Sebagai contoh terdekat yang sangat ketara dengan semua pihak ialah seorang anak hendaklah bersalaman dengan ibu bapa mereka sebelum pergi ke mana-mana dan mereka hendaklah menundukkan badan sedikit apabila berjalan di hadapan orang tua. Dalam aspek emosi pula, anak-anak hendaklah menjaga perasaan ibu bapa mereka dan tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh menguris hati mereka. Dalam menghayati peribahasa yang berbunyi kerana mulut santan binasa dan sudah terhantuk baru nak tengadah, anak-anak hendaklah sentiasa menjaga segala tutur bicara mereka supaya perkataan yang diucapkan tidak menyinggung perasaan ibu bapa mereka. Dalam memperincikan aspek intelektual pula, anak-anak hendaklah mendengar nasihat yang diberikan ibu bapa bagi membolehkan mereka memperoleh keberkatan ketika mereka belajar. Hal ini sekali gus membolehkan segala ilmu yang dipelajari mampu diserap dengan mudah tidak seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Eksplisitnya, memang benarlah bahawa sifat hormat seseorang anak terhadap kedua-dua orang tua mereka mampu membahagiakan mereka.

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing merupakan peribahasa yang sering berlegar-legar dan bermain-main di segenap kehidupan harian rakyat Malaysia. Jadi, dalam mempraktikkan hal ini, anak-anak hendaklah mengaplikasikan sikap ringan tulang dengan membantu ibu bapa menguruskan kerja-kerja rumah. Perkara ini bukan sahaja memudahkan urusan ibu bapa mereka malah dapat mengeratkan hubungan ukhwah kekeluargaan yang tersimpul rapi. Dalam menyingkap hal ini, konsep muafakat membawa berkat boleh diamalkan oleh ibu bapa dan anak-anak dengan saling membantu mengemaskan rumah. Bertitik tolak daripada aktiviti melakukan kerja-kerja rumah, rumah bukan sahaja cantik malah dapat menghindari diri daripada segala wabak penyakit akibat tidak mengutamakan kebersihan persekitaran. Lanjutan daripada hal ini, beban yang digalas oleh ibu bapa akan menjadi ringan malah mampu melestarikan warna-warni kebahagiaan dan keharmonian keluarga tersebut. Senario ini sekali gus mengurangkan jurang perpecahan sesebuah institusi keluarga seperti statistik sahih yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada tahun 2007 hingga 2008 yang menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh pasangan di Malaysia bercerai setiap hari. Tuntasnya, memang benarlah bahawa peranan anak-anak dalam membantu meringankan beban ibu bapa mereka menguruskan kerja-kerja rumah amat signifikan untuk mewujudkan kebahagiaan buat mereka.

Selain itu, prakarsa lain yang boleh dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa adalah mendengar nasihat mereka. Bagi menghuraikan perspektif ini, semua orang dapat menyaksikan bahawa hampir saban hari ada sahaja kes-kes yang membabitkan ibu bapa dan anak-anak menghiasi muka-muka depan akhbar di Malaysia sama ada kes pembuangan ibu bapa atau pergaduhan antara anak dengan kedua-dua ibu bapa mereka. Cuba kita renungkan kembali peristiwa yang berlaku pada 27 Oktober 2010 di akhbar Harian Metro bertajuk, ‘Trajedi pilu 9 anak membuang ibu mereka yang sudah tua’. Wajarkah 9 orang anak bertindak sedemikian rupa? Pastinya peristiwa dan tragedi hitam ini tidak akan berlaku jika seorang anak tidak mengamalkan peribahasa seperti kacang lupakan kulit dan mendengar nasihat. Anak-anak yang mendengar nasihat sudah pasti akan menjaga kebajikan ibu bapa mereka terutama ketika umur senja mereka. Janganlah anak-anak membiarkan nasihat ibu bapa mereka umpama mencurah air ke daun keladi kerana segala nasihat itu tidak lebih untuk kebahagiaan anak-anak itu juga. Deduksinya, memang izharlah bahawa jika seseorang anak mendengar nasihat ibu bapa maka perkara inilah yang menjadi kunci kebahagiaan kepada ibu bapa mereka.

Tambahan lagi, mendoakan kesejahteraan ibu bapa juga adalah antara prakarsa yang boleh dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa. Dalam menghayati hal ini, boleh dilihat dari dua perspektif yang berbeza. Perspektif pertama, mendoakan kesejahteraan ibu bapa ketika mereka masih hidup dan yang keduanya, mendoakan kesejahteraan mereka setelah mereka meninggal dunia. Oleh hal yang demikian, seseorang anak hendaklah menjadikan doa sebagai budaya yang sinonim dengan diri mereka. Bagi merealisasikan hal ini, kekerapan berdoa kepada ibu bapa hendaklah dilakukan sebagai aktiviti rutin selepas solat kerana alah bisa tegal biasa. Tidak mustahil rasanya langkah ini dipraktikkan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jadi, anak-anak hendaklah mendoakan kesejahteraan, keselamatan, kesihatan dan kemurahan rezeki untuk pihak ibu bapa mereka. Hal ini bukan sahaja bakal memudahkan urusan ibu bapa mereka di akhirat kelak malah akan membawa kebahagiaan di dunia lagi. Bagi merungkai kehidupan selepas mati, ibu bapa pastinya berasa bahagia dan tenang apabila berada di alam barzakh berkat doa seorang anak yang soleh. Konklusinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa doa merupakan senjata yag penting dan utama untuk membahagiakan ibu bapa.

Secara kesimpulannya, memang terdapat banyak peranan yang boleh dimainkan oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa. Oleh itu, anak-anak hendaklah selalu berusaha membahagiakan ibu bapa mereka secara istiqamah bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam mahupun bersikap melepaskan batuk di tepi tangga. Hal ini juga mampu membawa kebahagiaan kepada ibu bapa mereka malah menjadi kayu ukur falah anak-anak dalam meniti kehidupan yang serba mencabar di alam fana ini. Seterusnya, anak-anak akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bersama-sama berganding bahu, selangkah sederap dengan pihak kerajaan dalam menjalankan tranformasi besar-besaran untuk memastikan keluarga sakinah dapat dilahirkan. Perkara ini sekali gus mampu membawa evolusi bermakna dalam institusi kekeluargaan dan seterusnya merealisasikan aspirasi kerajaan dalam mencapai visi kudsi Wawasan 2020. Jadi, kejayaan seseorang anak membahagiakan ibu bapa mereka sebenarnya mampu menjadi khazanah berharga untuk memajukan nusa dan bangsa.

PERIBAHASA

SOALAN LATIHAN PERIBAHASA SPM



Peribahasa – Latihan 1
Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya perlu menulis peribahasa yang berkenaan sahaja.
(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
_______________________________________________________________

(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.
_______________________________________________________________
(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.


Peribahasa - Latihan 2
Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.
(i) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.
_______________________________________________________________
(ii) Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa.
_______________________________________________________________
(iii) Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.


Peribahasa - Latihan 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.
Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.





Peribahasa - Latihan 4
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut.
(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.
_______________________________________________________________
(ii) Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.
_______________________________________________________________
(iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.

_______________________________________________________________

Peribahasa - Latihan 5
Lengkapkan peribahasa yang berikut.
(i) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
_____________________________________________________________

(ii) Banyak udang, banyak garam _________________________________________
(iii) Lain hulu lain parang __________________________________________________
(iv) Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain
_____________________________________________________________
(v) Tak tumbuh tak melata _________________________________________________
(vi) Ada ubi ada batas______________________________________________________

Peribahasa - Latihan 6
Berdasarkan pernyataan berikut, nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi setiap situasi di bawah.
(i) Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika berada di jalan raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para pemandu, penunggang dan pengguna jalan raya.
_______________________________________________________________
(ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung merupakan satu tindakan yang baik dan mengajar seseorang berjimat cermat.
_______________________________________________________________
(iii) Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan hubungan semangat kejiranan sesama mereka. 


Peribahasa - Latihan 7
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.
Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu atau India mampu meraih kecemerlangan jika ada kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang anak muda dari kampung yang berjaya menempatkan dirinya dengan pelajar bukan Melayu pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini. Menurut beliau, faktor cemburu melihat rakan sebaya yang lain berjaya dengan cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam bidang akademik. Baginya kalau orang lain boleh berjaya, mengapa kita tidak boleh berjaya. Oleh itu, beliau sentiasa berusaha bersungguh-­sungguh dengan berkorban masa dan tenaga serta menguruskan masa dengan terancang. Berkat kesungguhannya, beliau berjaya memperoleh kejayaan dan bercadang melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi.





Peribahasa - Latihan 8
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sesuai dengan setiap situasi tersebut.
(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih lagi orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia enggan mencari kerja lain dan tidak yakin boleh membuat kerja lain.
_______________________________________________________________
(ii) Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia memulakan perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar, kemudian menjual buku-buku dan alat tulis. Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang untuk keperluan harian masyarakat di tempatnya.
_______________________________________________________________
(iii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.


Peribahasa - Latihan 9
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.
Sepuluh tahun lalu, Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang susah dan berlaku perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat menikmati hidup yang agak selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap di sana. Dia meminta maaf daripada adik-beradiknya di kampung atas kesalahannya yang lalu. Kini hubungannya dengan adik-beradik semakin mesra.
_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

Peribahasa - Latihan 10
Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai.

i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih, beliau telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa .....
_______________________________________________________________
ii. Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri secara kecil-kecilan. "....., biarlah aku mulakan dengan modal yang sedikit," bisik Ahmad.
_______________________________________________________________
iii. Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang tiga jalan yang agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan diri dalam lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu .....

_______________________________________________________________

Thursday, February 13, 2014

PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR


 PUNCA-PUNCA PENCEMARAN SUNGAI

            Alam yang terbentang luas ini merupakan anugerah tuhan yang paling bernilai dan kita sebagai makhluk yang berakal diamanahkan untuk menjaganya dengan sebaik-baiknya. Alam  ini haruslah dijaga dengan teliti dan dilindungi daripada pencemaran. Namun, keadaan sekarang memperlihatkan bahawa manusia alpa dengan tanggungjawab mereka untuk menjaga alam sekitar kerana terlalu sibuk mengejar kemewahan dunia. Manusia lebih sibuk mengeksploitasi alam sekitar untuk kepentingan diri sendiri  tanpa  memikirkan kesannya kepada alam sekitar. Antara yang teruk terjejas akibat perbuatan manusia ini ialah sungai. Oleh Itu, punca-punca yang menyebabkan pencemaran perlukah dikenal pasti dengan segera atau adakah kita mahu menunggu sehingga sungai di negara kita sudah teruk tercemar, barulah kita hendak mengambil tindakan seperti kata pepatah, sudah terhantuk baru tergadah?

                 Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Sampah sarap dan sisa buangan domestik yang  dibuang ke dalam sungai memberikan kesan yang buruk kepada sungai. Hal ini kerana pembuangan sampah sarap ke dalam sungai akan menyebabkan sungai dipenuhi plastik sampah dan bahan terbuang yang terapung pada permukaan air. Selain itu, warna air sungai akan bertukar daripada jernih kepada kehitam-hitaman atau kehijau-hijaun. Sebagai contoh, di negara kita sendiri, jika kita lihat sungai-sungai di kawasan bandar mahupun di kawasan kampung, keadaan sungai adalah keruh dan sisa-sisa sampah boleh dilihat terampai di permukaan sungai. Kesannya, hidupan akuatik akan musnah dan sumber air manusia akan tercemar serta menyebabkan bau yang kurang menenangkan. Oleh itu, pembuangan sampah ke dalam sungai boleh menyebabkan pencemaran sungai.

                Tambahan pula, pembuangan sisa-sisa daripada kilang-kilang juga menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Lazimnya, aktiviti pembuangan sisa-sisa ke dalam sungai ini adalah perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mementingkan keuntungan semata-mata. Kilang-kilang yang dibina di tepi sungai pada kebiasaanya akan mengalirkan sisa-sisa daripada kilang ke dalam sungai sebagai cara mudah untuk melupuskan sisa –sisa tersebut. Apabila sisa ini dialirkan ke sungai, pengusaha kilang dapat menjimatkan kos bagi pelupusan sisa tersebut. Sikap pengusaha tersebut diibaratkan seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Kesannya, sungai akan dicemari dengan sisa-sisa toksik dan bahan-bahan kimia yang merendahkan kualiti air dan sungai menjadi tidak sesuai untuk didiami hidupan-hidupan akuatik. Dengan ini, pengaliran sisa kilang sememangnya memberikan impak buruk kepada sungai.

                Di samping itu, pencemaran sungai juga berpunca daripada kegiatan pembalakan. Kegiatan pembalakan merupakan kegiatan penebangan pokok-pokok untuk tujuan pembangunan dan industri pembuatan. Pencemaran sungai ini terjadi apabila ikatan zarah tanah menjadi longgar disebabkan akar pokok yang mengikat struktur tanah tersebut telah mati akibat daripada aktiviti penebangan. Oleh itu, tanah akan terhakis dengan mudah dan menyebabkan air sungai dicemari dengan tanah tersebut. Selain itu, ranting-ranting pokok dan kayu-kayu yang dibuang ke dalam sungai juga akan menyebabkan sungai-sungai tersekat. Kesannya, bencana alam seperti banjir kilat dan wabak penyakit akan berlaku dan kualiti air untuk tujuan domestik akan menurun berikutan adanya mendapan tanah yang banyak di dalam air sungai. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan pembalakan dapat memberikan kesan buruk terhadap sungai.

                Kesimpulannya, punca-punca yang menyebabkan pencemaran sungai ini perlulah diteliti dengan lebih mendalam agar usaha-usaha menangani masalah pencemaran ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Pihak kerajaan seharusnya mengambil langkah yang proaktif dengan mengadakan lebih banyak kempen kesedaran tentang kepentingan penjagaan sungai. Malah pihak yang berwajib juga boleh mengenakan denda yang lebih tinggi kepada pihak-pihak yang melakukan pencemaran sungai serta mengadakan pemantauan yang lebih kerap terhadap kualiti air sungai di negara kita bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Diharapkan, pencemaran sungai dapat diatasi dengan segera agar generasi akan dating dapat menikmati alam sekitar yang kita wariskan kepada mereka tanpa sebarang masalah seperti kata bijak pandai, alam bukan diwarisi daripada nenek moyang tetapi dipinjam daripada generasi akan datang.

faktor pencemaran alam dan cara atasi



 Faktor Pencemaran Alam Sekitar dan Langkah Mengatasinya.

    "Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Mendepani arus globalisasi, setiap kita pasti mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik dan indah mahupun aset pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam sekitar. Oleh yang demikian, anjakan paradigma harus dilakukan agar punca-punca berlakunya alam sekitar dapat dibejat.


   Pencemaran alam sekitar boleh diruncingkan kepada tiga perkara iaitu pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran bunyi. Pencemaran udara nyata memberikan heterogen impak kepada manusia sekiranya sampah sarap dan sisa toksik terus dihumban ke dalam punca utama aliran air iaitu sungai dan laut. Sampah sarap yang terkumpul ghalibnya akan menyekat aliran air lantas menyumbang kepada takungan air. Hal ini berpotensi menyebabkan banjir kilat. Selain itu, sisa toksik dan minyak daripada kilang menyebabkan ekosistem organisma marin terganggu apabila disalurkan ke sungai atau laut. Lebih ruwet lagi, pencemaran air memberikan kesan yang eksplisit terhadap kesihatan manusia kerana hal ini seolah-olah menjadi medium penyebar penyakit-penyakit seperti taun dan juga denggi. Ironinya, semua golongan harus mengenepikan sifat nafsi dan mulalah menjaga alam sekitar.


   Tambahan lagi, minda manusia berjiwa rakus seperti golongan pemaju perumahan masih dangkal kerana asyik memikirkan keuntungan. Jadi, kealpaan ini menyebabkan pencemaran udara. Hal ini kerana, semakin banyak pokok-pokok ditebang bagi memberikan medan kepada kemajuan sektor pembangunan. Pencemaran udara berlaku apabila gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia tidak dapat diserap oleh sang flora dek kerana populasinya kian merudum. Proses perumahan di kawasan lereng bukit juga harus dihentikan kerana menyoroti peristiwa lampau, tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2009 menjadi indikator yang jelas bahawa hal ini tidak harus dimanifestasikan.


   Di samping itu, masalah pencemaran alam sekitar diperkasakan lagi dengan pencemaran bunyi. Hal ini lebih tertumpu kepada rumah-rumah di kawasan perindustrian. Banyak aduan yang disiarkan di media apabila ketenteraman penduduk diakui terganggu dengan bunyi bising yang terhasil daripada pengilangan berskala besar seperti kilang kelapa sawit dan sebagainya. Rentetan daripada itu, asap yang dibebaskan tanpa tapisan menyebabkan pencemaran pencemaran udara yang izhar. Oleh yang demikian, pengusaha kilang harus bersifat inovatif dan pragmatis agar pencemaran tersebut dapat dikekang.


   Namun begitu, sekiranya pencemaran-pencemaran tersebut terus menggugat keindahan alam sekitar, kita haruslah memikirkan mangkin yang efektif agar pidana ini tidak bermaharajalela. Langkah yang boleh diambil adalah proses pemeliharaan dan pemuliharaan yang berterusan. Cara ini dapat meningkatkan kandungan gas oksigen dalam udara selain kelebihan menahan tanah daripada runtuh sekiranya penanaman di lereng-lereng bukit dilakukan secara progresif. Di samping itu, pemaju perumahan yang masih tegar menjalankan projek di kawasan yang tidak diluluskan harus menjalani hukuman berat. Hal ini bagi memartabatkan kesedaran mereka bahawa alam sekitar amat penting. Bagi memastikan langkah ini menjadi, pihak berkuasa tempatan harus melakukan observasi dengan kerap. Sekiranya pihak berkuasa tempatanlah yang menjadi petualang dengan menerima suapan, maka benarlah pepatah, "harapkan pagar, pagar makan padi". Mereka harus dihukum.


   Oleh itu, semua pihak haruslah bersinergi agar alam sekitar dapat dikekalkan keindahannya. Janganlah kita menjadikan modenisasi sebagai alasan yang konkrit untuk tegar menjadi evasif. Seharusnya, kita hendaklah mengetahui bahawa jika alam sekitar terus dicemari, generasi akan datang akan kehausansignifikan alam sekitar terhadap masyarakat di dunia.

LANGLAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Menjelang abad ke-21, apabila masyarakat kita semakin maju, kita dapati bahawa tapak bumi ini telah menjadi mangsa dalam arus permodenan ini. Sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat mengenai isu pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran air, udara dan darat. Antaranya, isu jerebu yang mengancam negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan telah menjadi topik hangat yang dibincang dari kedai kopi hingga ke parlimen. “Kalau tidak kerana angin, masakan pokok bergoyang”. Sikap manusia zaman moden yang asyik mengejar fata morgana sehingga mengabaikan isu pencemaran alam sekitar, merupakan faktor yang menyebabkan keadaan ini semakin merosot. Sekiranya keadaan ini dibiarkan, manusialah yang akan menerima padahnya pada suatu hari nanti. Memandangkan keadaan ini, maka pelbagai langkah drastik perlulah diambil sebelum nasi menjadi bubur. Persoalannya, apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi pencemaran alam sekitar? Jawapannya terletak pada kita semua. Tidak kira siapa, yang pastinya semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk mengatasi masalah ini.

Pepatah Melayu ada mengatakan “tiada penyakit yang tiada penawarnya”. Usaha untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ini sepatutnya dimulakan daripada institusi keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting. Mereka sebagai orang terdekat kepada anak-anak sepatutnya mendidik mereka untuk menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi. Hal ini selaras dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa haruslah sentiasa mendedahkan anak-anak tentang isu-isu pencemaran alam sekitar yang terkini untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Mendidik sahaja tidak cukup, ibu bapa juga harus menjadi teladan kepada anak-anak mereka. Contohnya, mereka tidak sepatutnya membuang sampah di merata-rata tempat dan melakukan pembakaran terbuka yang boleh mencemarkan udara. Dalam hal ini, sikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul tidak harus diamalkan oleh ibu bapa, iaitu mengajar anak menjaga kebersihan alam sedangkan mereka sendiri tidak berbuat demikian. Sebaliknya, jika ibu bapa sendiri menjadi teladan, maka anak-anak juga akan terpengaruh dan terikut-ikut sikap ibu bapa. Dengan ini, nescaya pencemaran alam sekitar akan dapat diatasi.

Sekolah dapat diibaratkan sebagai rumah kedua kepada para pelajar. Oleh itu, pihak sekolah juga berperanan besar dalam usaha mengatasi pencemaran alam sekitar. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah termasuklah mengadakan kem kesedaran untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan para pelajar. Melalui mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral, pendidikan alam sekitar secara langsung dapat diberi kepada para pelajar. Contohnya, guru-guru boleh memberi tugas tertentu kepada pelajar seperti meminta mereka mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan isu pencemaran alam sekitar dan menyuruh mereka membaca artikel tersebut di dalam kelas. Secara tidak langsung, mereka dapat disedarkan tentang kesan buruk yang dibawa oleh pencemaran alam sekitar. Dengan wujudnya kesedaran ini, barulah mereka akan mencurahkan usaha untuk menjaga alam sekitar ini. Semasa di sekolah, usaha ini juga boleh dilakukan melalui penubuhan Kelab Alam Sekitar. Tamsilnya, Kelab Alam Sekitar boleh mengadakan pelbagai program seperti ceramah dan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dengan tujuan mendedahkan pelajar dengan aktiviti alam sekitar secara intensif. Lantaran itu, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa usaha pihak sekolah juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

Perancangan dan pengurusan sisa yang sistematik juga merupakan salah satu langkah yang dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dengan efektif. Masyarakat perlulah mempraktikkan program 3R dalam kehidupan seharian iaitu program yang dikenali sebagai ‘Reduce, Reuse, Recycle’. ‘Reduce’ ialah usaha mengurangkan penggunaan bahan sumber yang terhad. Dalam erti kata lain, masyarakat haruslah berjimat cermat dalam menggunakan bahan sumber yang saban hari kian berkurangan seperti petroleum dan arang batu. ‘Reuse’ pula ialah usaha menggunakan semula bahan-bahan buangan secara terus atau mengubah fungsi bahan tersebut dengan mereka cipta barangan baru. Hal ini dilakukan untuk menjimatkan bahan sumber sekali gus mengurangkan sampah sarap yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Dalam pada itu, masyarakat perlu mempraktikkan amalan kitar semula iaitu mengguna semula bahan baru. Contohnya, masyarakat boleh menjual surat khabar dan majalah lama untuk dikitar semula. Hal ini bukan sahaja dapat mengurangkan sampah malah dapat menjimatkan kos untuk pelupusan sampah. Bak kata pepatah, berjimat sebelum kena, ingat sebelum habis. Oleh itu, masyarakat haruslah sentiasa peka terhadap isu-isu pencemaran alam sekitar untuk mengelakkan pencemaran daripada menjadi semakin serius.

Dalam pada itu, statistik menunjukkan bahawa pencemaran alam sekitar kebanyakannya berpunca daripada pengeluaran asap ke udara dan sisa-sisa toksik ke dalam sungai. Menyedari kesan-kesan negatif yang dibawa oleh pencemaran alam ini, pihak berkuasa telah menguatkuasakan undang-undang untuk menangani masalah yang dibaratkan sebagai duri dalam daging negara yang sedang membangun. Dengan ini, kabinet telah memutuskan bahawa hukuman mandatori lima tahun penjara terhadap Ketua Pegawai Eksekutif dan presiden sesebuah syarikat yang melanggar undang-undang alam sekitar. Mereka akan diberi amaran terlebih dahulu dan surat yang berkaitan dengan larangan melepaskan asap hitam dan sisa toksik. Namun, jika keadaan mencurahkan air ke daun keladi berlaku, tindakan yang tegas akan dikenakan terhadap mereka seperti yang diputuskan oleh kabinet. Pengusaha-pengusaha kilang haruslah menapis asap hitam dan menggunakan alternatif lain untuk menghapuskan sisa-sisa toksik kilang. Mereka tidak harus mengorbankan alam sekitar demi kesenangan diri. Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkuasa untuk mendakwa pihak yang mencemarkan alam sekitar dan disyaki menjejaskan kualiti alam sekitar. Dengan itu, diharapkan pencemaran alam sekitar dapat diatasi dengan penguatkuasaan akta dan undang-undang alam sekitar.

Kesimpulannya, masalah pencemaran alam sekitar di negara kita haruslah ditangani dengan segera dan usaha ini memerlukan kerjasama padu daripada semua pihak. Alam sekitar telah dianugerahkan dan diamanahkan oleh Tuhan kepada manusia. Manusia haruslah menjaganya dengan penuh tanggungjawab kerana alam sekitar tidak sepatutnya dikorbankan dalam arus pemodenan dan pembangunan sesebuah negara. Seandainya masalah ini dibiarkan, kesannya akan memudaratkan manusia itu sendiri walaupun hidup dalam kemewahan. Adakah pemodenan negara lebih penting daripada keindahan alam sekitar? Adakah kita menginginkan kemewahan hidup semata-mata tanpa mengharapkan kesihatan? Tepuk dada tanyalah selera. Dengan itu, penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada pencemaran memerlukan kerjasama, kesedaran dan keprihatinan daripada setiap lapisan masyarakat. Mudah-mudahan generasi akan datang dapat menikmati keindahan dan kelstarian alam sekitar yang dianugerahkan kepada manusia.

Thursday, January 23, 2014

TEKS KLASIK TINGKATAN 4

2. HIKAYAT INDERA NATA

Sinopsis Hikayat Indera Nata
Hikayat ini bermula dengan kisah seorang raja yang dinamakan sebagai Raja Rom, seorang raja yang adil dan bijaksana. Baginda mangkat dan meninggalkan seorang putera iaitu Raja Muda. Kemangkatan baginda secara tidak langsung menabalkan Raja Muda kepada Raja Rom yang baru.
Suatu hari, Raja Rom yang baharu itu pergi keluar berburu. Baginda terserempak dengan seekor kijang putih bertanduk emas lantas baginda cuba mengejar haiwan tersebut. Ketika itulah baginda terpisah dengan para pengiringnya. Baginda kemudiannya bertemu dengan Puteri Cenderawati yang asalnya dilarikan oleh seekor raksasa yang mahu memakan hati puteri tersebut apabila cukup dewasa kelak. Raja Rom menyelamatkan puteri tersebut lalu dibawa pulang dan dikahwininya.
Suatu hari, Puteri Cenderawati dan Raja Rom melawat ke Pulau Cinta Berahi dan Pulau Pelanggam Cahaya untuk bersuka ria sambil memetik buah-buahan bersama-sama para pengiring mereka. Puteri Cenderawati yang ketika itu sedang hamil tiga bulan, terlalu asyik dengan keindahan pulau tersebut lalu terpisah pula dengan dayangnya. Muncul Si Batu Kembar yakni seekor raksasa yang tinggal di pulau tersebut, merampas pakaian serba lengkap kepunyaan Puteri Cenderawati lalu dipakainya, dan kepada puteri tadi ditukarkannya dengan kulit kayu manakala wajah puteri malang itu disapu dengan gerah rangdu menjadikannya hodoh dan buruk. Si Batu Kembar yang menyamar menjadi puteri, bertemu dengan Raja Rom lalu mempersalahkan dan menuduh puteri yang telah menjadi hodoh tadi sebagai hantu dan punca wajah Si Batu Kembar menjadi berbeza. Raja Rom membawa pulang Si Batu Kembar ke istana manakala puteri sebenar dibuangkan ke laut.
Puteri Cenderawati diselamatkan oleh Betara Gangga. Sang Betara Gangga kemudiannya memberikan Puteri Cenderawati sebiji batu hikmat yang membolehkan baginda pulang ke negeri Rom secara berjalan di atas laut.
Lalu sang puteri pulang dan tinggal di hujung negeri Rom bersama-sama kandungannya. Baginda kemudiannya melahirkan seorang putera yang terlalu elok paras wajahnya dan dinamakan Indera Nata; seperti yang diamanahkan oleh Betara Gangga. Manakala di istana pula, Si Batu Kembar yang menyamar turut melahirkan seorang lagi waris Raja Rom yang diberi nama Indera Jenaka.
Indera Nata yang semakin dewasa ditakdirkan berjumpa dengan Indera Jenaka lalu bersahabat. Si Batu Kembar yang mengetahui asal-usul Indera Nata, memarahi dan memukulnya sekuat hati.
Indera Nata kemudiannya melukis gambar tujuh orang puteri yang sedang menunggang seekor gajah bergading emas. Raja Rom yang ternampak lukisan tersebut memerintahkan Indera Nata mendapatkan gajah dan tujuh orang puteri yang dilukisnya atau dihukum bunuh. Indera Nata pulang ke rumah lalu memberitahu bondanya hal tersebut.
Puteri Cenderawati menyerahkan batu hikmat pemberian Betara Gangga kepada Indera Nata yang mahu memulakan pengembaraannya mencari tujuh puteri dan gajah bergading emas tersebut. Indera Jenaka yang pada mulanya mengikut Indera Nata, berpatah balik kerana takut dengan bahaya lalu menceritakan keberanian Indera Nata kepada Raja Rom.
Indera Nata pula berjaya menemui tujuh orang puteri namun puteri-puteri tersebut sebenarnya ditawan oleh sepasang raksasa yang menculik mereka untuk memakan hati mereka apabila dewasa kelak. Ketika kedua raksasa itu tiba-tiba pulang, salah seorang puteri iaitu Puteri Cendera Kesuma menyembunyikan Indera Nata di dalam sebuah peti emas. Puteri Cendera Kesuma meminta raksasa mencarikan gajah bergading emas supaya hati mereka cepat membesar untuk raksasa itu makan. Kedua raksasa itu lantas keluar mencari dan berjaya mendapatkannya. Raksasa pulang dengan gajah bergading emas. Sang puteri memberi alasan lagi supaya kedua raksasa itu mencari kijang betanduk emas dan memcuci sehelai kain hitam sehingga menjadi putih. Pada masa kedua-dua raksasa itu keluar melakukannya, Indera Nata melarikan ketujuh-tujuh puteri bersam-sama gajah bergading emas tadi. Kedua raksasa yang menyedari mereka telah ditipu, mengejar mereka hingga ke tepi laut. Betara Gangga yang pernah menyelamatkan bonda Indera Nata, muncul sekali lagi untuk menyelamatkan Indera Nata pula. Kedua raksasa itu mati dibunuh oleh Betara Gangga di dalam laut. Indera Nata pula selamat membawa ketujuh-tujuh puteri pulang ke rumah bondanya, Puteri Cendera Wati.
Raja Rom yang terpesona dengan kecantikan ketujuh-tujuh orang puteri dan keperkasaan Indera Nata mendapatkan gajah tersebut, mula khuatir Indera Nata mungkin akan merampas kerajaannya lalu baginda mencipta satu muslihat agar Indera Nata berjumpa ayah dan bonda baginda yang telah mangkat. Namun Puteri Cenderawati bersama-sama tujuh puteri yang dapat menghidu niat jahat Raja Rom itu, berjaya memanipulasi keadaan tersebut. Mereka membuat sebuah patung yang menyerupai Indera Nata dan menghidupakan patung tersebut dengan menggunakan batu hikmat Betara Gangga. Patung tersebut dihantar ke dalam unggun api yang marak tanpa meninggalkan secebis tulang.
Raja Rom kemudiannya datang ke rumah Tuan Puteri Cenderawati untuk mengambil ketujuh-tujuh puteri bersama-sama gajah bergading emas namun terperanjat apabila mendapati Indera Nata masih hidup. Indera Nata menceritakan keadaan syurga dan khabar ayah bonda baginda. Indera Nata memberitahu lagi bahawa arwah ayah dan bonda baginda mahu bertemu baginda sekeluarga. Raja Rom percaya lalu mengatur satu lagi pembakaran.
Patung Indera Nata diciptakan sekali lagi untuk mengiringi Raja Rom bersam-sama Si Batu Kembar dan Indera Jenaka. Mereka berempat kemudiannya memasuki unggun api yang marak itu lalu mangkatlah Raja Rom bersama-sama Si Batu Kembar dan Indera Jenaka.
Setelah kemangkatan Raja Rom, bonda Indera Nata menceritakan bahawa Raja Rom sebenarnya ayahanda kepada Indera Nata. Tuan Puteri Cendera Kesuma kemudiannya menghidupkan kembali Raja Rom dengan batu hikmat Betara Gangga. Raja Rom yang hidup kembali diberitahu kisah sebenar yang berlaku kepada Puteri Cenderawati satu ketika dahulu. Raja Rom menyesal lalu berterima kasih kepada semua.
Indera Nata yang kemudiannya berkahwin dengan ketujuh-tujuh puteri yang diselamatkan itu, rupanya dimusuhi oleh ketujuh-tujuh ayahanda mentuanya. Ketujuh-tujuh raja tersebut kemudiannya datang untuk menyerang Indera Nata namun setelah melihat Indera Nata yang terlalu elok rupa paras dan terlalu tinggi budi pekerti itu, membatalkan hasrat mereka tersebut malah menganggap Indera Nata selayaknya menjadi menantu mereka.
Ketujuh-tujuh raja pulang ke negara masing-masing namun mereka diserang pula oleh tunang-tunang puteri-puteri mereka. Ketujuh-tujuh orang raja memberikan sebab yang serupa kerana kesemua tunangan puteri-puteri tersebut tidak berani menyelamatkan puteri mereka daripada cengkaman raksasa dahulu namun hanya berani menunjukkan muka setelah mengetahui puteri mereka kini menjadi milik Indera Nata.
Peperangan demi peperangan berlaku namun Indera Nata berjaya membantu semua ayahanda mentuanya menewaskan putera-putera bacul itu. Kesemua putera itu kemudiannya dilepaskan setelah berjanji mahu memberi ufti kepada kerajaan Rom.
Puteri Cendera Kesuma yang hamil tiga bulan pula mengidam buah pauh janggi. Indera Nata yang pergi mengembara mencari buah tersebut, dilanda musibah lalu hanyut ke sebuah pulau seorang diri. Indera Nata kemudiannya diselamatkan oleh seekor garuda yang menerbangkannya ke sebuah negeri bernama Negeri Cemara. Di sana, tinggal seorang puteri bernama Ratna Seri Kencana yang sangat cantik dan menjadi rebutan empat puluh orang putera raja yang datang melamar sehingga menyukarkan Raja Cemara membuat keputusan untuk puterinya yang seorang itu. Indera Nata kemudiannya menyamar sebagai Emas Bagang lalu memberi pendapat pada Raja Cemara. Dengan muslihat Emas Bagang, anak-anak raja itu berperang sesama sendiri hingga tinggal lima orang sahaja.
Di Rom pula, anak kepada Puteri Cendera Kesuma dan Indera Nata telahpun membesar menjadi seorang putera yang terlalu kacak dan tinggi budi pekerti dan dinamakan Indera Lelana. Indera Lelana yang telah berusia sembilan tahun kemudiannya keluar mengembara untuk mencari ayahandanya yang belum pulang.
Indera Lelana tiba di Negara Cemara lalu menumpang di rumah nenek kebayan yang kebetulannya menjaga kebun bunga milik Ratna Seri Kencana, puteri yang menjadi rebutan tadi. Ratna Seri Kencana yang singgah ke rumah nenek kebayan untuk memetik bunga, mula jatuh cinta dengan Indera Lelana.
Indera Lelana dan Ratna Seri Kencana kemudiannya bercinta tanpa pengetahuan Raja Cemara. Ketika rahsia terbongkar, kelima-lima orang raja yang menunggu penerimaan lamaran, menyerang Indera Lelana namun Indera Lelana terlalu hebat untuk dikalahkan. Raja Cemara akhirnya mengarahkan Emas Bagang menentang Indera Lelana.
Emas Bagang dan Indera Lelana bertarung tanpa mengalah. Kemudiannya Emas Bagang yang mula kehairanan melihat diri Indera Lelana seakan bayangan terhadap dirinya, bertanya asal-usul Indera Lelana. Terbuktilah Indera Lelana ialah anak kandungnya sendiri.
Raja Cemara yang mengetahui keadaaan tersebut sangat sukacita kerana puterinya akan berkahwin dengan anak raja termasyhur di dunia. Emas Bagang menukar kembali namanya kepada Indera Nata lalu membawa Indera Lelana dan menantunya Ratna Seri Kencana pulang ke Rom.
Setelah Ratna Seri Kencana hamil tiga bulan, baginda pula yang mengidam kijang emas. Indera Lelana yang keluar berburu terserempak dengan abang Si Batu Kembar. Kegagahan Indera Lelana akhirnya berjaya menewaskan keangkuhan abang Si Batu Kembar. Negeri Rom akhirnya menjadi semakin makmur, aman damai dan gilang-gemilang tanpa sebarang ancaman musuh.
*************************************************************
SINOPSIS BERDASARKAN TEKS ANTOLOGI HARGA REMAJA
TEKS KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 4.

Indera Jenaka sampai ke negeri Rom dan berjumpa bondanya Si Batu Kembar. Raja Rom bertanya kepada Indera Jenaka tentang Si Piatu. Indera Nata memberitahu ayahandanya, Si Piatu sebenarnya bernama Indera Nata lantas menceritakan keberanian Indera Nata yang luar biasa. Indera Nata dikhabarkan boleh bercakap-cakap dengan binatang malah boleh memerintah lembur menyeberangkan mereka ke negeri Pattani. Indera Jenaka amat kagum melihat kehebatan Indera Nata. Ayahanda Indera Jenaka amat kagum mendengar kehebatan Indera Nata.
Pada masa yang sama, Indera Nata meneruskan perjalanan sehingga bertemu dengan sebuah bukit yang lebiht tinggi berbanding bukit-bukit yang lain. Di atas bukit tersebut Indera Nata melihat ada sebuah rumah yang sangat tinggi binaannya. Indera Nata tertanya-tanya tentang rumah tersebut lalu segera masuk ke dalammya. Dia melihat beberapa helai pakain yang berwarna keemasan. Pada ketika itu juga dia terpandang sebuah mahligai di sebelah rumah yang tinggi itu yang juga sangat cantik perhiasannya.
Lantas Indera nata dengan segera masuk ke dalam mahligai dan ternampak tujuh orang puteri. Timbul perasaan takjub akan kebesaran Allah SWT apabila melihat ketujuh-tujuh orang puteri tersebut. Sementara itu, ketujuh-tujuh orang puteri berasa amat gembira dapat bertemu dengan seorang lelaki yang sangat tampan rupanya. Ketujuh-tujuh orang puteri bertanyakan nama Indera Nata dan tujuan dia datng ke tempat mereka. Hal ini berlaku kerana sebelum ini tiada siapa yang pernah sampai ke situ kerana khuatir dimakan oleh raksasa.
Indera Nata memberitahu ketujuh-tujuh orang puteri tersebut akan namanya dan tujuan dia ke situ untuk mencari gajah bergading emas kerana menjunjung perintah Raja Rom iaitu ayahandanya. Seterusnya , dia bertanya tentang nama-nama puteri-puteri tersebut dan sebab-sebab mereka tinggal di mahligai tersebut.
Seorang daripada puteri-puteri tersebut menyatakan namanya Tuan Puteri Cendera Kesuma anak Raja Mesir lalu memperkenalkan puteri-puteri yang lain kepada Indera Nata. Tuan Puteri Indera Kesuma memberitahu Indera Nata bahawa mereka semua dikurung di dalam mahligai intuk dipelihara sehingga besar untuk dijadikan makanan raksasa. Kesemua puteri meminta belas kasihan Indera Nata untuk membawa mereka keluar dari mahligai tersebut. Indera Nata memberi kesanggupan untuk membawa mereka lari dari mahligai tersebut sehingga mahligai menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa kerana terlalu gembira akan janji Indera Nata.
Seterusmua Tuan Puteri Cendera Kesuma berjanji akan membantu Indera Nata mendapatkan gajah bergading emas tersebut. Indera Nata pula amat kagum melihat kecantikan dan kebijaksanaan Tuan Puteri Cendera Kesuma berbanding enam orang puteri yang lain.
Tiba-tiba Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu Indera Nata tentang kepulangan raksasa. Pada masa yang sama terdengar bunyi seperti ribut sehingga Indera Nata tertanya-tanya tentang bunyim tersebut. Tuan Puteri Cendera Kesuma menyatakan itu ialah tanda raksasa sudah hampir sampai ke mahligai Lalu Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas.
Sebaik sahaja sampai di mahligai, kedua-dua raksasa tercium bau manusia lantas bertanya kepada Tuan Puteri Indera Kesuma. Dijawab oleh Tuan Puteri Indera Kesuma bahawa tidak pernh seorang manusia pun yang sampai ke situ, melainkan bau tersebut ialah bau mereka lalu menguja raksasa untuk makan mereka semua. Namunbegitu, raksasa bertanya sama ada hati mereka sudah besar untuk dimakan maka dengan segera dijawab oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma bahawa hati mereka masih kecil dan jikalau raksasa mahu hati mereka cepat besar, mereka perlu makan gajah bergading emas.
Kedua-dua raksasa setuju untuk mencari gajah bergading emas pada keseokan harinya. Mereka mencari gajah tersebut di dalam hutan. Pencaraian raksasa berhasil apabila terseremapak dengan kumpulan Raja Rom yang sedang berburu. Raja Rom menunggang gajah bergading emas. Raksasa menyerang kumpulan Raja Rom lalu memakan semua ahli kumpulan dan membawa pulang gajah bergading emas.
Melihat kejayaan, raksasa membawa pulang gajah bergading emas, Puan Puteri Cendera Kesuma meminta kedua-dua raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan mencuci kain hitam menjadi putih. Keesokan harinya , kedua-dua raksasa keluar melaksanakan permintaan Tuan Puteri Cendera Kesuma. Pada masa itu, Indera Nata keluar dari persembunyian dan membawa lari ketujuh-tujuh orang puteri, dan segala perkakasan mahligai dengan menunggang gajah bergading emas. Perjalanan merentasi hutan dan padang dan akhirnya sampai ke tepi laut.
Pada masa yang sama, raksasa tidak dapat menemui kijang putih bertanduk emas lalu berasa sangat marah. Dia mendapatkan isterinya yang sedang mencuci kain hitam sehingga koyak rabak tetapi tidak menjadi putih lantas diajak isterinya pulang ke mahligai. Sesampai di mahligai kedua-dua raksasa mendapati kesemua puteri dan gajah bergading emas telah tiada. Menyedari mereka telah tertipu, kedua-dua raksasa mengejar Indera Nata dan ketujuh-tujuh orang puteri hingga sampai ke tepi laut. Melihat keadaan itu, ketujuh-tujuh orang puteri menangis ketakutan.
Indera Nata pula segera mencita gemala hikmat untuk meminta bantuan daripada Betara Gangga. Melihat isyarat daripada Indera Nata, Betara Gangga memerintah lembur dan naga menyeberangkan Indera Nata, puteri-puteri dan gajah bergading emas ke seberang laut. Betara Gangga juga memerintah lembur dan naga membunuh kedua-dua raksasa tersebut.
Setelah raksasa mati dibunuh oleh lembur dan naga, Indera Nata meneruskan perjalanan selama tujuh hari tujuh malam sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati. Pada mulanya, inang pengasuh agak was-was untuk membenarkan Indera Nata masuk kerana Indera Nata telah lama hilang setelah menjunjung titah Raja Rom untuk mencari gajah bergading emas dengan tujuh orang puteri.
Mendengar kata-kata inang pengasuh, Indera Nata memberitahunya bahawa dialah Indera Nata yang pulang bersama-sama tujuh orang puteri. Tuan Puteri Cenderawati mendengar perbualan tersebut lantas mendapatkan Indera Nata, lalu memeluk anaknya . Tuan Puteri Cenderawati memberitahu Indera Nata sepanjang ketiadaannya dia tidak lalu makan dan minum dan tidak dapat tidur.
Kemudian Indera Nata menceritakan kisahnya kepada bondanya. Sementara itu ketujuh-tujuh orang puteri pula terkenang kepadaibu bapa masing-masing lalu menangis bersama-sama Tuan Puteri Cenderawati. 
Tuan Puteri Cenderawati tidak dapat tidur walaupun sudah tengah malam kerana menagis mengenangkan perpisahan dengan suaminya tetapi pada masa yang sama dapat bertemu semula dengan anaknya , Indera Nata. Akhirnya , ketujuh-tujuh orang tuan puteri tinggal bersama-sama Tuan Puteri Cenderawati.
_______________________________________________________________
LATIHAN PEMAHAMAN
Baca petikan prosa tradisional di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.
Hatta maka tuan puteri sekalian itu pun menangislah bercintakan dirinya dan Indera Nata itu pun sampailah ke tepi laut serta mencita gemala hikmat yang daripada Betara Gangga itu.
Maka Betara Gangga pun terpandanglah kepada Indera Nata. Maka Betara Gangga pun menyuruh lembur dan naga akan menyeberangkan Indera Nata Seraya katanya, “Hai lembur dan naga, segeralah olehmu pergi mendapatkan cucuku Indera Nata itu kerana ia diusir oleh raksasa dua laki isteri dan bunuh olehmu raksasa itu!”
Maka lembur dan naga itu datanglah bersegera kepadanya bermohon kepada Betara Gangga seraya mendapatkan Indera Nata. Maka dilihat oleh Indera Nata lembur dan naga itu maka katanya, “Hai lembur dan naga, sahaja engkau datang menolong kepada aku, seberangkanlah aku ini sekalian!”
Maka sembur lembur dan naga itu katanya, “Ya Tuanku Indera Nata, segeralah tarik tali gajah itu naiklah duduk di belakang kedua ini serta dengan gajah itu sekalian!”
i. Berikan maksud rangkai kata bercintakan dirinya.
( 2 markah )
ii. Apakah peristiwa yang berlaku apabila Indera Nata sampai ke tepi laut ? ( 3 markah )
iii. Sekiranya Indera Nata berada pada zaman ini, apakah kelebihan-kelebihan yang mesti dimilikinya jika ingin berjaya?
( 3 markah )

___________________________________________________________________________

Soalan-soalan tambahan
a. Pada pendapat anda, mengapakah Indera Nata sanggup membawa pulang ketujuh-tujuh orang puteri ke rumah bondanya ?
b. Pada pendapat anda, wajarkah Indera Nata menyembunyikan diri semasa raksasa berada di dalam mahligai?
c. Sekiranya Indera Nata berada pada zaman moden ini, jelaskan strategi yang dapat baginda ambil untuk menyelamatkan diri dan ketujuh-tujuh orang puteri tersebut?
d. Nyatakan kelebihan-kelebihan yang ada pada diri Indera Nata berdasarkan keseluruhan teks.
e. Mengapakah Indera Jenaka menganggap Indera Nata seorang yang hebat?



3. MERAH SILU

I. SEBAHAGIAN SINOPSIS HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI
II. SINOPSIS KISAH MERAH SILU DARIPADA ANTOLOGI HARGA REMAJA

MERAH SILU
Kisah Merah Silu merupakan sebahagian daripada teks asal iaitu Hikayat Raja-raja Pasai
Bagi mengetahui kisah Merah Silu dan watak-watak lain dengan jelas ; dipaparkan sebahagian sinopsis Hikayat Raja-raja Pasai .


I.Hikayat Raja-raja Pasai
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Hikayat Raja-Raja Pasai atau juga Hikayat Raja Pasai menceritakan kisah raja-raja di negara Islam pertama di Asia Tenggara kini yang bernama Pasai. Hikayat Raja-Raja Pasai dianggap hasil kesusasteraan Melayu, mengisahkan masyarakat Melayu dan menggunakan bahasa Melayu (tulisan Jawi). Tidak dapat dipastikan tarikh awal hikayat ini ditulis kerana pada masa itu tradisi menceritakan semula cerita orang lain (seperti yang dilakukan pada cerita lisan) berlaku dan dianggap sebagai sesuatu yang wajar. Perhatikan bahagian awal petikan Hikayat Raja Pasai yang berikut ini:
Alkisah peri mengatakan cerita raja yang pertama masuk agama Islam ini Pasai; maka adalah diceriterakan oleh orang yang empunya cerita ini, negeri yang di bawah angin ini, Pasailah yang pertama membawa iman akan Allah dan akan Rasulullah. Maka ada raja dua bersaudara seorang namanya Raja Ahmad dan seorang namanya Raja Muhammad. Adapun yang tua Raja Ahmad. Maka baginda kedua bersaudara itu hendak berbuat negeri di Samarlanga.

Hikayat Raja-Raja Pasai tergolong dalam genre sastera sejarah juga disebut sekarang sebagai karya agong. Karya sastera sejarah biasanya menceritakan pembukaan negeri, corak organisasi pentadbiran , keadaan sosial budaya dan corak politiknya. Cerita ini termasuklah kewujudan sesebuah negeri, perkembangannya, zaman keemasan , zaman kekalahan dan keruntuhan.
Jadi Hikayat Raja-Raja Pasai bukanlah sebuah buku teks sejarah yang murni. Sebaliknya telah dibumbui dengan unsur-unsur sejarah. Unsur mitos dan legenda diterapkan dalam bahan sejarah yang memerlukan interpretasi yang mendalam untuk mengetahui objektif dan tujuan pengarang istana
Pembukaan dan PengIslaman Pasai
·                     Pasai merupakan negeri pertama menerima agama Islam. Raja Ahmad dan Raja Muhammad hendak membuka negeri Samarlanga. Raja Muhamad mendapat Puteri Betung daripada perdu rebung buluh. Raja Ahmad bernegeri ( memerintah ) di Balik Rimba . Dia pergi memburu dan berjumpa dengan seorang tua di dalam sebuah surau . Daripada nasihat orang tua di surau itu, Raja Ahmad mendapat anak lelaki yang dibela oleh seekor gajah. Anak itu dinamakan Merah Gajah . Akhirnya Merah Gajah dikahwinkan dengan Puteri Betung.
·                     Merah Gajah dan Puteri Betung mendapat anak lelaki iaitu Merah Silau ( Merah Silu ) dan Merah Hasun. Merah Gajah mencabut rambut emas Puteri Betung lalu keluar darah pelik berwarna putih. Puteri Betung akhirnya hilang ( mangkat ). Raja Muhamad marah lalu membunuh Merah Gajah . Maka Raja Ahmad melanggar negeri Raja Muhamad dan peperangan terjadi. Kedua-dua raja adik- beradik ini terbunuh dalam peperangan.



II. SINOPSIS MERAH SILU (Antologi Harga Ramaja )
· Merah Silu dan Merah Hasun tinggal di Beruana. Merah Silu menahan bubu untuk menahan ikan yang banyak di dalam sungai tetapi mendapat cacing gelang-gelang. Merah Silu menahan bubu lagi tetapi masih dipenuhi oleh caing gelang-gelang. Setelah tiga hari menahan bubu , bubunya masih dipenuhi cacing gelang-gelang lantas dibawanya cacing tersebut ke rumah. Dimasukkkan ke dalam kawah dan direbus. Dengan kuasa Allah SWT cacing-cacing tersebut bertukar menjadi emas dan buih air menjadi perak. Merah Silu menjadi orang yang kaya.
· Merah Silu berkuasa menjinakkan kerbau liar di kawasan tersebut. Merah Hasum marah akan Merah Silu kerana menyangka dia suka bermain dengan kerbau, satu perbuatan yang memalukan maruah raja. Baginda menghalau Merah Siludari tempatnya.
·                     Merah Silu berpindah dari Beruana membawa harta dan kerbau-kerbau yang ditangkapnya. Tujuh orang pengikutnya membawa senawat. Kawasan bukit yang dilalui menjadi lekuk kerana terlalu banyak kerbau yang melalui kawasan tersebut. Mereka melalui hulu Sungai pasangan dan akhirnya tiba di simpang hulu Kallang dan menetap di situ.
· Namun setelah lama tinggal di situ, kerbau-kerbaunya memankan dan tanaman pisang penduduk di hulu Kallang. Penduduk hulu KaRANG mengusir Merah Silu kelauar dari situ.
·                     Merah Silu berpindah lagi. Dia mudik ke hulu Semenda. Sampai ke sebuah temapat bernama Buluh Telang. Di sana dia bertemu dengan Megat Iskandar dan merestui dia tinggal di Buluh Telang kerana ladang di situ luas dan kerbaunya mempunyai banyak kawasan untuk mencari makanan.
·                     Malangnya Merah Silu suka sangat bersabung ayam. Ramai juara sabung ayam datang bersabung ayam. Dia membayar semula taruhan orang yang kalah bersabung ayam . Perlakuannya tersebar hingga ke kampung lain dan semakin ramai yang datang bersabung di Buluh Telang. Apabila orang ramai pulang setiap orang dihadiahkan sekor kerbau . Orang yang datang menonton juga dihadiahkan seekor kerbau.
·                     Megat Iskandar dan Megat Kedah ialah kekanda kepada Sultan Maliku’l Nasair di Rimba Rimba Jerun . Megat Iskandar hendak mengangkat Merah Silu menjadi raja tetapi dibantah oleh Tun Aria Benong. Apabila Merah Silu menjadi raja, Sultan Maliku’l Nasair menyerangnya dan berlaku peperangan. Sultan Malikul Nasar yang kalah melarikan diri ke Benua. Tetapi di Benua, Sultan Maliku’l Nasar berada di suatu tempat maka Merah Silu memerangi Sultan maliku’l nasar memaksa Sultan maliku’l Nasar berundur ke Gunung Telawas. Merah Silu mengepung tetapi Sultan Maliku’l Nasar dapat meloloskan diri. Temapat kejadian dinamakan KUBU.
·                      
·                     Sultan Maliku’l Nasar berundur lagi . Ketika itu baginda sampai di satun jurang yang picik, dalam dan kersang lantas dinamakan Pekersang. Akhirnya baginda berundur ke Kumat.
·                      
·                     Sultan Maliku’l Nasar membina petempatan di situ.
·                      
·                     Megat Iskandar mendapat berita Sultan Maliku’l Nasar membina negeri di Kumat lalu menyerang Kumat dan Sultan Maliku’l Nasar tewas. Ramai hulubalangnya mati dan rakyat serta askarnya melarikan diri entah ke mana-mana.
·                      
·                     Antara hulubalangnya ialah Tuan Aria Benong yang lari ke Barus tetapi dibunuh oleh raja barus.
·                      
·                     Akhirnya Merah Silu dirajakan oelh Megat Iskandar di Rimba Jerun