Thursday, January 23, 2014

SINOPSIS BERDASARKAN TEKS KOMSAS TINGKATAN 4

SINOPSIS BERDASARKAN ANTOLOGI HARGA REMAJA TINGKATAN 4
PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA

1.Geliung panjang meluncur sangat laju meredah lautan
2. Oleh sebab terlalu laju semua anak kapal muntah-muntah dan mabuk kapal.
3. Hanya Tuan Puteri Seri Jawa, Si Kembang Cina dan Awang Sulumg Merah Muda ( budak hitam ) yang tidak mabuk.
4. Tuan Puteri Seri Jawa menjadi jurumudi.
5. Akhirnya baginda kepenatan dan meminta Si Kembang Cina memanggil budak hitam untuk mengemudi kapal.
6. Awang Sulung Merah Muda tidak mahu , Si Kembang Cina disuruh memujuk sekali lagi dengan bahasa yang lemah lembut.
7. Awang Sulung Merah Muda memberi isyarat bahawa dia lapar .
8. Maka, sebelum dia mengemudi kapal , dia diberi makan oleh Si Kembang Cina.
9. Awang Sulung Merah Muda mengambil alih tugas mengemudi kapal tanpa memegang kemudi kapal.
10. Awang Sulung Merah Muda hanya berkata-kata kepada beliung agar belayar mengikut arah tiupan angin.
11. Tuan Puteri Seri Jawa sebenarnya tidak mahu berehat sebaliknya mahu duduk berdua-duaan dengan Awang Sulung Merah Muda.
12. Tuan Puteri Seri Jawa jatuh cinta akan Awang Sulung Merah Muda.
13. Setelah tiga hari belayar, geliung sampai ke Pulau Tapai.
14. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengajak Awang Sulung Merah Muda , berlabuh di pulau itu untuk mengambil bekalan kayu dan air yang sudah habis.
15. Tetapi gelombang masih sangat besar dan geliung gagal unruk rapat ke tepi pulau.
16. Awang Sulung Merah Muda segera masuk ke petak jubungnya untuk mengambil bungkusan tulang pelanduk putih.
17. Bungkusan tersebut diikat dengan benang pancar warna.
18. Bungkusan tersebut dicampakkan oleh Awang Sulung Merah Muda ke laut.
19. Seketika kemudian, gelobmang besar menjadi reda dan geliung Berjaya rapat ke tepi pulau.
20. Setelah beberapa lama berlabuh, anak-anak kapal mulai sedar dari mabuk.
21. Sesetengah terpinga-pinga dan tertanya-tanya tentang temapat mereka berada sekarang.
22. Namun begitu, keadaan ini diambil oleh jurumudi kapal , beliau menikam seekor ayam dengan kerisnya dan keris tersebut ditunjuk olehnya kepada Tuanku Nakhoda Tua.
23. Jurumudi mengaku bahawa dia yang menyelamatkan geliung daripada amukan Puteri Dayang Nuramah.
24. Tuanku Nakhoda Tua yang baru sedar daripada mabuk dan masih terpinga-pinga berfikir bahawa jurumudi berkata benar kerana pada masa itu baginda pengsan.
25. Geliung berlabuh selama tiaga hari.
26.Semua anak kapal bergembira
27. Pada masa itu, Tuanku Nakhoda Tua berjanji, kepada sesiapa yang dapat melindungi geliung daripada serangan lanun sehingga mereka sampai ke Tanah Jawa, baginda akan mengahwinkan anaknya Tuan Puteri Seri Jawa dengan orang tersebut.
28. Jurumudi mengatakan kesanggupannya mempertahankan geliung daripda seranga lanun.
29. Tuanku Nakhoda Tua meminta jurumudi nbersabar kerana mereka masih dalam pelayaran dan belum terlepas dari bahaya besar kerana di lautan yang akan dilalui terdpat ramai bajak laut.
30. Ketika , anak-anak kapal ,lain sibuk mengangkat kayu dan mencari air, jurumudi terpandang Awang Sulung Merah Muda yang tidak berbuat apa-apa kerja dan mengadu kepada Tuan Puteri Seri Jawa.
31. Tuan Puteri Seri Jawa berasa sangat marah akan jurumudi dan memebri peringatan kepda jurumudi bahawa, geliung, nasi dan air bukan kepunyaan jurumudi.
32. Dalam pada itu, Tuan Puteri Seri Jawa ingin menguji kehebatan ilmu Awang Sulung Merah Muda.
33. Disuruh Awang Sulung Merah Muda mencari air dengan buyung suasa.
34. Awang Sulung Merah Muda melakukan tindakan yang bertentangan dengan anak-anak kapal yang lain.
35 Dia mencari air di tengah laut di tempat arus yang paling deras.
36. Awang Sulung Merah Muda diuji lagi , diberi sebilah parang dan disuruh mencari kayu.
37. Dia mencari kayu nipah sedangkan orang lain mencari kayu bakau.
38. Kelakuan Awang Sulung Merah Muda dikritik oleh jurumudi.
39.Ketiaka kenduri diadakan di atas geliung, jurumudi memerintah SiKembang Cina memebri Awang Sulung Merah Muda makan di dalam tempurung berbulu.
40. Tindakan tersebut menaikkan kemarahan Tuan Puteri Seri Jawa.
41. Tuan Puteri Seri Jawa memerintahkan Si Kembang Cina menyediakan hidangan istimewa dengan talam beralaskan kain kuning.
43. Pada masa itu, Si Kembang Cina diperintah membawa buyung suasa berisi air masin yang diambil oleh Awang Sulung Merah Muda.
44. Dirasanya air tersebut; air masin bertukar rasa manis seperti serbat.
45. Disuruh Si Kembang CIna merasai air tesebut ; kehairanan melihat keadaan tersebut.
46. Tuan Puteri Seri Jawa memarahi Si Kembang Cina dan memintanya agar berhat-hati apabila bercakap.

PELAYARAN DIMULAKAN SETELAH BERLABUH DI PULAU TAPAI

47. Tuanku Nakhoda Tua memberi peringatan kepada anak-anak kapal bahawa mereka akan melalui Laut Sekona Lingga yang dipenuhi bajak laut.
48. Baginda mengulangi lagi janjinya akan mmengahwinkan Tuan Puteri Seri Jawa dengan sesiapa yang Berjaya menyelamatkan geliung tersebut daripada bajak-bajak laut tersebut.
49. Semua anak kapal terdiam dan takut tetapi jurumudi member jaminan bahawa dia akan melawan bajak laut tersebut.

MEREKA MELINTASI PULAU SALAH NAMA
50. Berlaku serangan lanun.
51. Semua anak kapal termasuk jurumudim melarikan diri ke dalam perut kapal.
52. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memerintah Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung Merah Muda melawan bajak laut.

53. Awang Sulung Merah Muda enggan dan mencari helah mengatakan dia hanya tahu menjaga ayam dan menyapu rumah.
54. Setelah dipujuk, Awang Sulung Merah Muda berkias bahawa tangan dan kakinya sakit-sakit.
55. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa faham akan maksud Awang Sulung Merah Muda lantas menyuruh Si Kembang Cina menyediakan limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung Merah Muda mandi.
57. Apabila Awang Sulung Merah Muda mandi, warna kulitnya yang hitam bertukar menjadi putih ( kelihatan panau-panau di badannya ).
58. Wajah Awang Sulung Merah Muda menjadi tampan sehingga terpesona Si KEmbang Cina melihatnya.
59. Awang Sulung Merah Muda kemudian masuk ke ptak jubungnya dan memakai pakaian pusaka tua warisan daripada ibunya, mengenakan keris dan pedang sakti lalu berjalan keluar.
60. Pada ketika itu , bajak-bajak laut sedang mencangkuk rombeng geliung dengan besi.
61. Awang Sulung Merah Muda terus menyeru nama-nama ketua lanun untuk mengambil Tuan Puteri Seri Jawa sebagai hamba.
62. Mendengar suara tersebut, semua lanun berasa gentar kerana mereka telah merompak geliung penghulu mereka sendiri dan berasa bersalah.
63. Bajak-bajak laut memohon maaf.
64. Awang Sulung Merah Muda memberitahu bajak-bajak laut bahawa baginda tidak memberitahu tentang pelayarannya kerana menemani Tuan Puteri Seri Jawa balik ke Tanah Jawa.
65. Awang Sulung Merah Muda memberitahu bajak-bajak laut yang baginda telah berhutang emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutangnya dengan Datuk Batin Alam.
66. Bajak-bajak laut kemudian, mengisi geliung dengan batu rial dan emas bagi membayar hutang tersebut dan Awang Sulung Merah Muda bolehlah pulang ke Bandar Mengkalih.
69. Mendengar percakapan bajak laut dengan Awang Sulung Merah Muda, Tuan Puteri Seri Jawa segera menafikan kenyataan Awang Sulung Merah Muda sebaliknya mengaku bahawa dirinyalah orang dagang yang hina dan telah ditawan oleh Awang Sulung Merah Muda seorang pahlawan yang handal.
70. Awang Sulung Merah Muda mengakui kebenaran kata-kata Tuan Puteri Seri Jawa kerana dialah yang menewaskan Puteri Dayang Nuramah yang berperang dengan Tuan Puteri Seri Jawa kerana berebutkan Awang Sulung Merah Muda.
71. Jadi, hutang pun sudah dijelaskan, maka Awang Sulung Merah Muda bermohon mahu pulang ke Bandar Mengkalih.
72. Mendengar kata-kata Awang Sulung Merah Muda, Tuan Puteri Seri Jawa sangat hampa lantas mahu terjun ke dalam laut.
73. Tetapi segera dihalang oleh hulubalang yang ada lalu di bawa masuk ke dalam magun. Tuan Puteri Seri Jawa terus pengsan.
74. Hulubalang meminta Awang Sulung Merah Muda tidak lagi menyakat Tuan Puteri Seri Jawa.
75. Awang Sulung Merah Muda memangku Tuan Puteri Seri Jawa lalu dibisikkan pantun kasih.
76. Tuan Puteri Seri Jawa yang sudah sedar daripada pengsan mendengar pantun tersebut lalu membalas pantun Awang Sulung Merah Muda.
77. Bajak-bajak laut bermohon untuk meninggalkan geliung setelah mengisi geliung dengan wang dinar emas.

SETELAH LANUN ( BAJAK LAUT ) MENINGGALKAN GELIUNG

78. Jurumudi segera keluar dari bawah kapal lantas menikam seekor ayam, kemudian keris yang berlumuran darah ditunjukkan kepada Tuanku Nakhoda Tua.
79. Tuanku Nakhoda Tua percaya lalu mengotakan janjinya.
80. Mualim Cik Mas dipanggil untuk menikahkan jurumudi dengan Tuan Puteri Seri Jawa.
81. Tuan Puteri Seri Jawa memprotes tindakan bapanya dan menyatakan bahawa Tuanku Nakhoda Tua tidak dapat menilai kebenaran.
82. Tuan Puteri Seri Jawa meminta Tuanku Nakhoda Tua melihat orang byang berada di dalam petak juhbung.
83. Tuanku Nakhoda Tua terperanjat melihat seorang pemuda yang sangat tampan lalu bertanya kepada Tuan Puteri Seri Jawa.
84. Tuan Puteri Seri Jawa memberitahu Tuanku Nakhoda Tua pemuda itu ialah budak hitam yang tidak mahu ditolong oleh Tuanku Nakhoda Tua untuk melunaskan hutangnya.
89. Nama pemuda itu ialah Awang Sulung Merah Muda, cucu kepada Si Helang Mawai; orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan geliung daripada serangan bajak laut malah mendapatkan wang dinar emas yang sangat banyak daripada bajak laut.
90. Awang Sulung Merah Muda enggan menghadap Tuanku Nakhoda Tua setelah diperintah maka Tuanku Nakhoda Tua yang masuk bertemunya di dalam petak jubung.
91. Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf lalu membawa Awang Sulung Merah Muda ke luar.
92. Tuanku Nakhoda Tua bertanya kepada Tuan Puteri Seri Jawa, tentang orang yang bertanggungjawab menjaga geliung daripada serangan Puteri Dayang Nuramah dan bajak laut.
93. Tuan Puteri Seri Jawa mengesahkan bahawa Awang Sulung Merah Mudalah yang menjaga geliung ; orang yang sama dicari oleh mereka sejak mereka meninggalkan Semarang Tanah Jawa.
94. lalu kedua-duanya dikahwinkan.
95. Jurumudi sangat malu dan marah.

PERJALANAN MENUJU TANAH JAWA
96. Geliung meninggalkan laut Pulau Salah nama menuju ke Tanah Jawa.
97. Melintasi beberapa buah pulau dan tempat.
98. Awang Sulung Merah Muda memberitahu Tuan Puteri Seri Jawa nama-nama pulau tersebut.
99. Akhirnya , mereka sampai ke Negeri Pati Talak Terengganu.

DI NEGERI PATI TALAK TERANGGANU 
100. Ketika geliung berlabuh, anak kepada Uli Pati Talak Terengganu iaitu Puteri Pinang masak sedang beristirahat di atas peterana di magun kapal.
101. Melihat kedatangan geliung tersebut, Tuan Puteri Pinang Masak memerintah pengasuhnya juaga bernama Si Kembang Cina bertanyakan anak-anak kapal geliung tersebut.
102. Sebaliknya Bujang Selamat yang disuruh oleh Si Kembang Cina.
102. Jurubatu di atas geliung memberitahu bahawa mereka dari Bandar Mengkalih dan hendak pulang ke Tanah Jawa.
104.Mereka datang bukan untuk urusan perniagaan sebaliknya hanya untuk menjalinkan silaturahim.
105. Bujang Selamat kembali ke istana memberitahu raja.
106. Raja memerintah Bujang Selamat agar bertanya kepada anak-anak geliung sama ada mereka faham akan adat di Negeri Pati Talak Terengganu.
107. Awang Sulung Merah Muda mengatakan mereka mahir adat pelayaran tetapi adat di Negeri Pati Talak Terengganu tidak begitu arif.
108. Bujang Selamat menyampaikan jawapan Awang Sulung Merah Muda.
109. Dia diminta bertanya tentang nama juragan, nakhoda, jurubatu dan jurumudi geliung tersebut.
110. Bujang Selamat datang semula ke geliung dan orang-orang geliung menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut.
111. Hal ini meneyebabkan Tuan Puteri Pinang Masak masuk campur, meminta ayahandanya menjemput rombongan di atas geliung naik ke darat.
112. Segala orang-orang besar menjemput rombongan Awang Sulung Merah Muda ke istana.
113 Raja Negeri Pati Talak Terengganu,menyediakan pelbagai kemudahan dan permainan bagi meraikan kedatangan Awang Sulung Merah Muda.
114. Awang Sulung Merah Muda mendapat keizinan daripada Tuan Puteri Seri Jawa untuk turun ke darat, lalu baginda pergi bersama-sama jurubatu dan Bujang Selamat serta ayammya Kinantan Suci.


DI DARAT
115.KETIBAAN Awang Sulung Merah Muda menghairankan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu kerana alat kebesaran diraja berbunyi sendoiri
Seluruh isi alam pun meyambut kedatangan baginda.
i. gunung, burung merpati berbunyi sendiri.
ii. Burung murai memberi salam
iii. Berbega( berkeliling terbang) burung di atas bumbung
iv. Si tambang denak berkokok
v. Disahut oleh Kinantan Suci
vi. Burung ketitir jantan bertutu
vii. Balam tembaga berkokok dengan tiga gaya
( Balam tembaga ialah sejenis burung merbuk, ketitir atau ketutur)
viii. Segala alat-alat bunyian berbunyi.

116. Raja Negeri Pati Talak Terengganu bertanya kepada Awang Sulung Merah Muda tentang tempat asalnya tetapi hanya dijawab oleh Awang Sulung Merah Muda yang dia sampai ke negeri itu secara tidak sengaja.
117. Ketika bertutur, semua rakyat Negeri Pati talak Terengganu terpegun melihat giginya yang cantik bercahaya-cahaya.
118. Raja Negeri Pati Talak Terengganu berasa bahawa Awang Sulung Merah Muda ialah anak saudaranya.
119. Raja menjemput Awang Sulung Merah Muda naik ke balai rung seri tetapi Awang Sulung merah Muda meminta izin untuk bersabung ayam terlebih dahulu.

DI GELANGGANG SABUNG AYAM 

120. Bujang Selamat dsuruh bertanyakan adat/peraturan bertaruh di gelanggang sabung ayam.
121. penghulu memberitahu memang ada peraturan yang mesti dipatuhi.
i. boleh menyeru tuah ayam di dalam gelanggang ( memberi semangat )
ii. tidak boleh mencabut keris di pinggang
iii. tidak boleh membuang tengkolok kepala
iv. tidak boleh menyingsing lengan
v. tidak boleh menyeru anak lelaki.
vi. boleh bertaruh rial ( bertaruh duit )

122. Awang Sulung Merah Muda bersetuju untuk bertaruh maka baginda pun
i. membulang kain sebanyak empat lilitan ( membulang = melilit pada kepala)
ii. meletakkan wang pertaruhan
iii. mengoja ayamnya ( mengoja =memberangsangkan ayam supaya menyerang lawan )
123. Setelah berlaga, Kinantan Suci mengelepar kerana kepaknya kena taji oleh ayam lawan
124. Orang ramai bersorak-sorak di keliling gelanggang.
125. Awang Sulung Merah Muda berkias mengatakan anak raja berlabuh tirai ( sedang berehat )
126. Sekali lagi Kinantan Suci ditaji, kali ini pada balungnya pula.
127. Awang Sulung berkias mengatakan anak raja bergunting rambut ( berpangkas gombak)
128. Awang Sulung Merah Muda mula memainkan peranannya iaitu menyeru tuah ayamnya ( membaca mentera mumuja semangat ayam )
129. Mendengar seruan tersebut, Kinantan Suci terus melompat lalu menaji leher lawan sehingga putus , terpelanting kepala ayaam lawan ke atas anjung Tuan Puteri Pinang Masak. Berkokoklah Kinantan Suci sebanyak tiga kali.
130. Awang Sulung Merah Muda kemudian berangkat ke balairung seri disambut oleh Temenggung, Laksaman Orang Kaya Besar, Perdana Menteri, hulubalang, lasykar dan seluruh rakyat yang hina- dina di negeri itu.

SINOPSIS KESELURUHAN AWANG SULUNG MERAH MUDA

1. PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA

Bagi memahami kisah di dalam teks ini para pelajar perlu tahu kisah hidup Awang Sulung Merah Muda sebelum dilahirkan sehingga dia berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

Memandangkan permulaan jalan cerita diambil daripada pertengahan jalan cerita teks asal iaitu “HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA” , maka wujud beberapa kekeliruan tentang kisah-kisah yang terdapat di dalam teks Antologi Harga Remaja.

Sehubungan dengan perkara di atas, dijelaskan serba sedikit tentang Awang Sulung Merah Muda berdasarkan teks asal cerita ini.

Kisah bermula di negeri Pati Talak Terengganu


BAB 1
1.Pemerintahnya Si Helang Mawai mangkat dan diganti oleh suami kepada Uli Pati Talak Terengganu.

2. Anak Si Helang Mawai bernama Tuan Puteri Si Helang Bakau berkahwin dengan Tuanku Si Helang Laut yang tidak mempunyai negeri , ( bukan pemerintah mana-mana negeri).

3. Tuanku Si Helang Laut dan Tuan Puteri Si Helang Bakau belayar ke Bandar Mengkaleh.

4. Sementara itu, Datuk Batin Alam meminang Uli EAmak Si Anjing dan mereka berkahwin.

5. Ketika Tuan Puteri Si Helang Bakau dan Tuanku Si Helang Laut belayar dan samapi di tengah lautan Tanjung Jati, mereka berkaul dan berniat untuk mendapatkan seorang anak.

6. Ketika Tuan Puteri Si Helang Bakau mengandung, baginda mengidamkan seekor pelanduk jantan putih yang mengandung dan nikan terubuk jantan yang mengarang telur.

7. Akhirnya , Tuan Puteri Si Helang Bakau melahirkan seorang putera diberi nama AWANG SULUNG MERAH MUDA.


BAB 2
Tuan Puteri Si Helang Bakau mangkat dan dimakamkan mengikut adat Diraja.
Tuanku Si Helang Laut juga mangkat dan dimakamkan berdekatan makam isterinya.

BAB 3
Datuk Batin Alam dan Uli Emak Si Anjing memelihara Awang Sulung dan dijadikan anak angkat.
Datuk Batin Alam menghantar Awang Sulung dan anaknya Puteri Dayang Nuramah belajar Al-Quran dan Merawi
Datuk Batin Alam menghantar Awang Sulung belajar ilmu Mantik dan Nahu.
Datuk Batin Alam mengajar Awang Sulung ilmu silat dan ilmu Kebal.
Datuk Batin Alam mengupah orang untuk mengasah gigi Awang Sulung
Awang Sulung berkhatan mengikut adat Istiadat Diraja
Uli Emak Si Anjing belayar ke tanah Pati Talak Terengganu mengambil upah mangandam
Datuk Batin Alam mendesak Awang Sulung membayar balik wang yang digunakan untuk upah mengasah gigi
Datuk Batin Alam menyiksa Awang Sulung dengan menyuruhnya melakukan berbagai-bagai kerja
Datuk Batin Alam menyuruh Awang Sulung membuat pagar sasak dan sebuah kakap
panjang tujuh depa sehasta
Awang Sulung masuk ke hutan meminta pertolongan kepada Tukang dari kayangan untuk membuat kakap
Datuk Batin menikam Awang Sulung dan berlaku pertikaman senjata antara kedua-duanya.
Tuan Puteri Dayang Nuramah mendesak Awang Sulung lari meninggalkan Datuk Batin.
Awang Sulung keluar mengembara dan meninggalkan Datuk Batin Alam dan Puteri Dayang Nuramah.

BAB 4
Awang Sulung pergi ke rumah emak saudaranya untuk meminta pertolongan tetapi dihalau.
Tuan puteri Dayang Seri Jawa dari Tanah Semarang Jawa belayar ke Bandar Mengkaleh untuk melihat Awang Sulung dengan menaiki Geliung Panjang.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tunang kepada Raja Mambang Saujana.
Awang Sulung menyamar sebagai budak sakai atau budak hitam.


BAB 5
Awang Sulung masuk ke geliung milik raja dari negeri Semarang Tanah Jawa.
Awang Sulung meminta pertolong kepada Tuanku Nahkoda Tua untuk membayar hutang mengasah gigi kepada Datuk Batin Alam tetapi ia dihalau.
Tuan Puteri Seri Jawa memberi pinjaman wang kepada Awang Sulung, kemudian Awang Sulung berjanji menjadi hamba kepada tuan puteri
Awang Sulung kembali ke istana Datuk Batin Alam dan melunaskan hutangnya.

BAB 6
Uli Emak Si Anjing kembali ke negeri Bandar Mengkaleh hendak melihat anaknya.
Uli Emak Si Anjing mengetahui Awang Sulung disiksa oleh suaminya Datuk Batin Alam.
Tuan Puteri Dayang Nuramah menyerang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kerana merebut Awang Sulung.
Awang Sulung meleraikan peperangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Awang Sulung balik semula ke Bandar Mengkaleh dan berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Nuramah.

BAB 7
1. Awang Sulung menyelamatkan geliung panjang daripada serangan perompak-perompak yang diketuai oleh Panglima Helang Laut.
2. Tuanku Nahkoda Tua dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengetahui identiti sebenar Budak Hitam iaitu Awang Sulung.
3. Awang Sulung berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan meneruskan pelayaran hingga sampai ke negeri Pati Talak Terengganu.

BAB 8
Awang Sulung mengetahui Uli Pati Talak Terengganu adalah Ibu Saudaranya.
Awang Sulung mempelajari adat-adat di Gelanggang semasa berada di Negeri Pati Talak Terengganu.
Awang Sulung menang bersabung ayam kerana menyeru tuah ayam sabungannya yang bernama Kinantan[15] suci.

BAB 9
Awang Sulung berkahwin dengan Tuan Puteri Pinang Masak.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa melakukan tipu helah agar Awang Sulung Balik ke Geliung.
BAB 10
Awang Sulung meneruskan pelayarannya dengan Tuan Puteri Jawa hingga sampai ke Negeri Pasir Panjang.
Awang Sulung bertemu Ibu saudaranya Uli Emak Hitam Pasir Panjang.
Awang Sulung bertemu dengan Tuan Puteri Mayang Mengurai kemudian mereka kahwin.

BAB 11
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa melakukan tipu helah agar Awang Sulung Balik ke Geliung dan meneruskan pelayaran mereka ke Tanah Semarang Jawa.
Awang Sulung bertemu dengan tunang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa iaitu Tuanku Mambang Saujana.
Awang Sulung berperang dengan Tuanku Mambang Saujana dan berjaya menewaskan dengan memanggal leher Tuanku Mambang Saujana
Awang Sulung dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa berarak diseluruh tanah Semerang Jawa meraikan perkahwinannya dan kemenangannya.
Awang Sulung berulang-alik menemui keempat-empat isterinya.

Monday, January 20, 2014

PENDERAAN KANAK-KANAK 2

FAKTOR-FAKTOR PENDERAAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA 

Pada zaman yang penuh dengan pembangunan ini, masyarakat kini semakin rakus mengejar kebendaan dan semakin mengabaikan sikap prihatin terhadap masyarakat yang lain. Mereka kini sudah menetapkan sifat persaingan antara masyarakat kini sangat penting untuk menjadi yang terbaik dan mendapat kehidupan yang baik. Bak kata mutiara oleh Sydney Charles Buxton ‘kehidupan ini seperti permainan catur, siapa yang memandang jauh ke depan dialah yang menang’. Sesetengah ibu bapa yang terlalu mementingkan pekerjaan sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak juga semakin meningkat pada akhir-akhir ini. Sifat keibubapaan dalam diri mereka semakin hari semakin hilang tanpa mereka sedari. Oleh sebab itu, kes penderaan dalam kalangan kanak-kanak pada masa kini semakin meningkat. Sifat belas kasihan dalam diri sudah tiada lagi.

              Perkara ini boleh berlaku dalam kalangan masyarakat kita kerana nilai-nilai moral sudah tiada lagi dalam diri. Oleh sebab terlalu sibuk dan penat dengan tugas atau pekerjaan, stres yang dialami akan dilemparkan kepada anak-anak. Anak-anak yang menanti kepulangan ibu atau bapa akan di marahi atau dipukul sehingga anak-anak menangis kesakitan dan terdapat lebam-lebam pada anggota badan. Ibu bapa yang melakukan perkara yang sedemikian tidak menghiraukan atau berasa belas kasihan terhadap anak-anak mereka yang mereka sakiti. Nilai moral seperti sifat perikemanusiaan  dan kasih sayang yang tidak kukuh dalam diri akan mudah hilang jika mereka tidak mengamalkan nilai-nilai moral tersebut.

             Selain itu, ilmu pengetahuan agama dalam diri mereka sangat kurang dan terdapat juga sesetengah individu yang tiada langsung tentang ilmu pengetahuan agama. Ilmu agama adalah sangat penting dalam hidup setiap individu. Agama akan memberi petunjuk kepada individu tentang sesuatu perkara yang baik ataupun buruk. Oleh sebab itu, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka tentang agama sejak kecil dan mengaplikasikan setiap ajaran agama dalam kehidupan seharian. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Sebagai manusia yang bertamadun dan mempunyai akal fikiran, kita seharusnya dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. Mendera kanak-kanak adalah perbuatan yang salah kerana kanak-kanak merupakn amanah yang dititipkan olah Tuhan kepada kita untuk meneruskan generasi. Sebagai ibu bapa seharusnya bersyukur di kurniakan anak bukannya mendera mereka.

             Di samping itu, media massa juga mempengaruhi pemikiran setiap lapisan masyarakat pada masa kini. Media massa yang berunsurkan aksi ganas kerap kali dapat kita saksikan di kaca televisyen seperti rancangan ‘WWE’ dan filem-filem yang berunsurkan pergaduhan seperti ‘Crows Zero’. Aksi-aksi yang di paparkan ini akan memanipulasikan pemikiran dan mengubah seseorang individu menjadi ganas. Secara tidak langsung , ibu atau bapa yang berasa sukar untuk mendidik anak-anak akan menggunakan kekerasan untuk mendidik anak-anak. Setiap aksi ganas yang telah mereka saksikan akan digunakan untuk mendidik anak-anak tanpa memikirkan kesan negative perbuatan tersebut. Tanpa mereka ketahui, perbuatan tersebut merupakan penderaan bagi kanak-kanak. Sebagai ibu bapa kepada anak-anak perlulah belajar tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak supaya tidak menyakiti anak-anak yang tidak bersalah malah mereka memerlukan bimbingan daripada ibu bapa.

             Sementelahan itu, penguatkuasaan undang-undang yang lemah tidak akan dapat membanteraskan kes penderaan kanak-kanak ini. Sebagai negara yang berdemokrasi parlimen dan mempunyai undang-undang, pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengambil tindakan yang sewajarnya sejajar dengan undang-undang yang telah ditetapkan. Ibu bapa atau penjaga yang mendera kanak-kanak sepatutnya diberikan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan. Ibu bapa seharusnya sedar bahawa anak-anak bukanlah boneka yang tidak bernyawa dan boleh diperlakukan seperti boneka yang tidak bernyawa. Apabila sudah menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan, nyawa anak sudahpun menghilang dan tidak dapat dikembalikan. Bak kata pepatah ‘nasi sudah menjadi bubur’.

            Kesimpulannya, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab seharusnya sudah mengetahui cara-cara hidup berkeluarga dan cara-cara untuk menjaga dan mendidik anak-anak. Untuk menjayakan hal ini, Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan adalah sangat penting dijadikan bahan pembelajaran di sekolah kerana setiap perkara yang dipelajari dalam matapelajaran tersebut berkaitan dengan kehidupan yang kita jalani. Kanak-kanak merupakan generasi muda yang akan meneruskan pembangunan negara dan mengharumkan nama negara serta mencapai Wawasan 2020 yang merupakan propaganda mantan perdana menteri kita yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir. Nilai-nilai moral seharusnya diaplikasikan oleh setiap lapisan masyarakat dalam kehidupan seharian disamping dapat membentuk warganegara yang bertamadun dan bertauliah.

PENDERAAN KANAK-KANAK 1



CONTOH KARANGAN RAMALAN SPM 2013

Soalan :

Isu penderaan kanak-kanak merupakan isu yang tidak habis-habis diperkatakan oleh masyarakat, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Berita-berita tentang kanak-kanak yang didera sering dipaparkan di media massa.

Pada pendapat anda, apakah punca-punca berlakunya gejala ini ?

 Memang tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak itu seperti kain putih. Dia dilahirkan dalam keadaan bersih dan tidak berdosa, dan kedua-dua ibu bapa merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mencorakkan kain putih tersebut. Ini menunjukkan peranan ibu bapa yang begitu afdal dalam menentukan anak yang dilahirkan menjadi insan yang sempurna. Si anak perlulah diberi kasih sayang yang secukupnya. mereka haruslah dibelai, didodoi, dan diberi segenap perhatian. Walau bagaimanapun, apa yang berlaku, harapkan pagar dan pagar makan padi. Pada hakikatnya, kenyataan ini mempunyai kebenarannya. Ini telah terbukti apabila sesetengah ibu bapa terlibat dalam penderaan kanak-kanak. Jika diselak dada akhbar sesekali kita akan digemparkan dengan berita penderaan kanak-kanak yang dipaparkan di dada akhbar. Mengapakah fenomena negatif ini akan berlaku? Adakah ibu bapa telah melupakan tanggungjawab mereka dalam mencorakkan kain putih tersebut? Kita semua haruslah mengkaji masalah ini secara mendalam dan berusaha dengan giat bagi mengatasi masalah yang semakin kronik dan melarat ini dengan konsep jika tiada angin yang bertiup masakan pokok akan bergoyang dan dengan keyakinan bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya.

 Salah satu punca berlakunya fenomena negatif ini adalah kerana masalah dalaman sesebuah keluarga. Kajian menunjukkan penderaan sering dilakukan oleh orang yang berdekatan atau mempunyai pertalian darah dengan anak-anak yang menjadi mangsa. Contohnya, pihak yang biasanya menjadi titik permulaan kepada penderaan kanak-kanak termasuklah ibu bapa, ayah dan ibu tiri, ataupun ibu dan bapa saudara. Dalam banyak kes, penderaan dilakukan oleh ibu bapa yang menghadapi konflik kekeluargaan seperti hubungan yang rapuh antara suami dan isteri akibat daripada campur tangan pihak ketiga. Apabila keadaan ini berlaku, produktiviti terhadap kerja ibu bapa tentulah akan merosot. Mereka seterusnya akan diberi tekanan oleh majikan supaya meningkatkan produktiviti. Kalau tidak, ibu bapa akan menghadapi risiko untuk dipecat oleh majikan. Dalam perjalanan pulang ke rumah pula, ibu bapa terpaksa menghadapi masalah kesesakan jalan raya yang akan menambahkan ketegangan mereka. Apabila sampai di rumah pula, ibu bapa terpaksa menghadapi karenah anak-anak yang selalunya menginginkan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Semua masalah yang bertali arus ini amat menekan perasaan. Keadaan ini menjadi lebih serius apabila ditambah pula dengan kenaikan harga minyak belakangan ini yang menyebabkan kos kehidupan semakin tinggi. Apabila tertekan, ibu bapa pula akan menjadikan anak-anak sebagai tempat melepaskan geram dan anak-anak itu didera.

 Selain itu, sejarah hitam ibu bapa pada masa kecil juga menjadi satu punca berlakunya penderaan kanak-kanak. Kajian menunjukkan bahawa penderaan kanak-kanak sering dilakukan oleh orang yang pernah menjadi mangsa penderaan semasa mereka dalam alam kanak-kanak dahulu. Keadaan ini berlaku kerana ibu bapa beranggapan bahawa mereka pernah menjadi mangsa penderaan dan anak-anak mereka pun patut mengalami kesakitan dan penderitaan yang pernah dialami oleh mereka. Biasanya, keadaan ini akan berlaku kerana ibu bapa mengalami penyakit mental dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Penderaan yang berterusan pada peringkat umur yang rendah sememangnya akan meninggalkan kesan trauma yang mendalam dalam jiwa anak-anak. Di samping itu, ibu bapa juga berpendapat mereka dapat memuaskan diri dari segi psikologi apabila mendera anak-anak. Semua ini telah menyebabkan titik permulaan di mana si anak akan dimarahi, ditengking dan tidak dihiraukan ataupun dipedulikan. Keadaan ini akan menjadi lebih kronik apabila ibu dan bapa mengamalkan salah guna bahan berbahaya seperti dadah dan minuman keras untuk mencari ketenangan. Apabila ibu bapa berada dalam keadaan mabuk akibat meminum minuman beralkohol atau berkhayal akibat penyalahgunaan dadah , mereka tidak akan menyedari akan pembuatan mereka sendiri apabila mendera anak-anak mereka. Anak merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya. Adalah menjadi tanggungjawab setiap insan menjaga dan membimbing anak tersebut ke arah yang benar.

 Selain itu, kesempitan hidup yang dihadapi oleh sesebuah keluarga juga menjadi antara faktor berlakunya penderaan kanak-kanak. Ini kerana ibu bapa tidak mampu menanggung perbelanjaan membesarkan si anak dan terpaksa menyerahkan anak kepada orang lain, misalnya saudara terdekat untuk menjaga dan membesarkannya dengan janji akan memberikan kadar upah wang yang tertentu pada setiap bulan. Maka, saudara tersebut pula berjanji untuk menjaga si anak dengan harapan akan mendapat upah wang seperti yang dijanjikan pada setiap bulan. Walau bagaimanapun, apabila ibu bapa gagal untuk memberi upah wang seperti yang dijanjikan, maka saudara yang tidak memberi pertimbangan pula akan menyebabkan si anak menghadapi akibatnya. Kadang-kala, penjaga akan memukul si anak dengan tali pinggang, mencucuk si anak dengan puntung rokok ataupun membiarkan si anak dalam keadaan kelaparan. Yang menyedihkan lagi , terdapat sesetengah penjaga akan mengejutkan masyarakat apabila si anak tersebut dianiaya melalui keganasan seksual. Apabila si anak bertemu dengan ibu bapa semula, ibu bapa yang prihatin akan mendapati bahawa tubuh si anak menjadi lebam dan lemah dan seterusnya akan melaporkan kejadian ini kepada pihak polis. Walau bagaimanapun, sesetengah ibu bapa pula tidak mempedulikan hal ini kerana tidak mahu menjejaskan hubungan kekeluargaan antara mereka dengan saudara mereka.

 Di samping itu, kurangnya pendidikan agama dalam kalangan pasangan suami isteri juga merupakan antara penyebab masalah penderaan kanak-kanak. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan ibu bapa ada memperoleh didikan agama. Walau bagaimanapun, tidak ramai dala kalangan ibu bapa yang mengamalkan ajaran agama mereka. Keimanan ibu bapa pula akan menjadi tidak utuh akibat daripada penghayatan agama yang tidak kuat. Jika penghayatan agama kuat, tidak mungkin ibu bapa akan berkelakuan bagai haruan makan anak dan sanggup mendera darah daging sendiri. Sebagai orang dewasa, ibu bapa perlulah berfikir dengan alasan dan bukti yang nyata dan haruslah mencurahkan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya terhadap anak-anak dan bukannya melepaskan geram kepada mereka. Kajian menunjukkan mereka yang sanggup mendera darah daging sendiri merupakan pasangan muda. Ini kerana pasangan muda menganggap bahawa hidup mereka masih remaja dan tidak berfikir secara logik ataupun rasional. Selain itu, mereka pun belum bersedia untuk memikul dan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa. Di samping itu, orang muda pula sering berdarah panas dan mudah naik marah dengan kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan oleh anak-anak seperti merosakkan harta benda rumah, menangis sepanjang waktu , menconteng buku, dan sebagainya. Ini akan menyebabkan kesabaran ibu bapa mula cair dan anak-anak pula akan menjadi sasaran kemarahan ibu bapa.

 Konklusinya, punca berlakunya kes-kes penganiayaan terhadap kanak-kanak ini bermula dari rumah. Ibu bapa sepatutnya membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna. Ibu bapa juga haruslah berusaha untuk mencurahkan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak di samping menanam sikap sayang-menyayangi antara mereka. Selain itu, semua pihak seperti ibu bapa, guru-guru, kerajaan serta masyarakat juga perlulah bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah ini. Setiap pihak perlulah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini dan bukannya menuding jari ke arah pihak lain. Sebenarnya, pelbagai usaha telah diambil untuk mengatasi fenomena negatif sebelum ini tetapi usaha tersebut bagai hujan jatuh ke pasir kerana usaha yang diambil tidak berterusan serta tidak berkekalan. Oleh itu, usaha baik yang diambil oleh setiap pihak perlulah dilakukan secara konsisten dan bukanlah hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Tuesday, January 14, 2014

LATIHAN KARANGAN TINGKATAN 5



Rumah Terbuka Rakyat Malaysia (Buku Teks Tingkatan 5 m/s 1)

Soalan Contoh

Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, anda telah mengunjungi rumah terbuka yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia.
Huraikan kebaikan dan keburukan rumah terbuka itu.

Pendahuluan
- Jelaskan konsep rumah terbuka secara umum.

Isi-isi Penting
i. mengeratkan perpaduan kaum
ii. memahami budaya kaum lain
iii. masalah kebersihan
iv. ada yang mementingkan diri

Penutup
- konsep rumah terbuka perlu dihayati.


Karangan Contoh


          Kebelakangan ini, amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa dalam kalangan rakyat Malaysia apabila …………………………………………….. Konsep rumah terbuka ini memang perlu diteruskan dan dijadikan amalan kerana ………………………………………... Dengan adanya rumah terbuka, mudahlah seseorang itu untuk mengunjungi rumah saudara mara, jiran-jiran dan rakan-rakan kerana ……………………………………………... Seterusnya amalan ini sudah tentu akan …………………………………………………………………………………………. Hal ini pasti akan mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni seperti kata pepatah, ……………………………………………………………………………………………………………………..".

          Amalan rumah terbuka akan ………………………………………………………. dalam kalangan masyarakat di negara kita. Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan ……………………………………………………………………. Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka …………………………………………………………………….. Oleh itu, di samping menjamu selera, secara tidak langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada ……………………………………………………….. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu, iaitu …………………………………………………………..

          Semasa menghadiri rumah terbuka juga, ………………………………………………………. ….
………………………………………………………………………………………………………. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama. Sebagai contohnya, …………………………………………………………………… Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. ……………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………… ………………………………………………………………………
          Selain kebaikan, terdapat juga keburukannya kerana rumah terbuka akan menimbulkan ………………………………………………………………………………………………………………. Hal ini disebabkan oleh sikap tetamu yang hadir, iaitu ………………………………………………….. Mereka tidak menghiraukan aspek kebersihan dan ……………………………………………………. atau bungkusan makanan ……………………………………………….. Perkara ini akan menimbulkan masalah apabila rumah terbuka itu berakhir dan …………………………………………………... Oleh itu, perkara ini perlulah diberikan perhatian agar tetamu yang hadir akan menjaga aspek kebersihan dan ……………………………………………………………………………………………..

          Keburukan lain akibat penganjuran rumah terbuka adalah terdapat pihak yang ……………………………………………………………………………………. Perkara ini akan menimbulkan masalah dan kesulitan kepada orang lain yang turut hadir dalam majlis itu. Ada tetamu yang berebut-rebut semasa ……………………………………… atau bersikap tamak dengan mengambil makanan dalam ………………………………………….. Sekiranya mereka menghabiskan makanan tersebut sudah tentu tidak menimbulkan masalah, tetapi perkara yang berlaku ialah mereka ………………………………………………………………. Hal ini sudah tentu menyebabkan pembaziran berlaku, sedangkan …………………………………………………………………………………………………………………………
          Oleh hal yang demikian, konsep rumah terbuka ………………………………………dengan mendalam oleh semua pihak. Konsep rumah terbuka sudah tentu banyak mendatangkan kebaikan jika difahami dan dihayati oleh …………………………………. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti amalan rumah terbuka akan …………………………………………….. atau sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu seperti kata pepatah, ……………………..………………………….."apabila menganjurkan rumah terbuka. Jadi, semua anggota masyarakat haruslah memahami dan menghayati konsep rumah terbuka yang sebenarnya agar …………………………………………………………………………………………………………………….






Rumah Terbuka Rakyat Malaysia (Buku Teks Tingkatan 5 m/s 1)

Soalan Contoh
Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, anda telah mengunjungi rumah terbuka yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia.
Huraikan kebaikan dan keburukan rumah terbuka itu.

Pendahuluan
- Jelaskan konsep rumah terbuka secara umum.

Isi-isi Penting
i. mengeratkan perpaduan kaum
ii. memahami budaya kaum lain
iii. masalah kebersihan
iv. ada yang mementingkan diri

Penutup
- konsep rumah terbuka perlu dihayati.

Karangan Contoh

Kebelakangan ini, amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa dalam kalangan rakyat Malaysia apabila tiba hari-hari perayaan utama. Konsep rumah terbuka ini memang perlu diteruskan dan dijadikan amalan kerana banyak kebaikannya. Dengan adanya rumah terbuka, mudahlah seseorang itu untuk mengunjungi rumah saudara mara, jiran-jiran dan rakan-rakan kerana tarikh dan masanya sudah ditetapkan. Seterusnya amalan ini sudah tentu akan mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama anggota masyarakat. Hal ini pasti akan mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni seperti kata pepatah, "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat".

Amalan rumah terbuka akan mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara kita. Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah mesra dengan tetamu yang lain. Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka berbual mesra dan saling memahami antara satu sama lain. Oleh itu, di samping menjamu selera, secara tidak langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini akan dapat dimantapkan. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu, iaitu "Tak kenal maka tak cinta".

Semasa menghadiri rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan memahami budaya dan adat resam kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama. Sebagai contohnya, orang-orang Cina, India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Perkara ini sudah tentu akan mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Selain kebaikan, terdapat juga keburukannya kerana rumah terbuka akan menimbulkan masalah untuk menjaga kebersihan di tempat rumah terbuka itu diadakan. Hal ini disebabkan oleh sikap tetamu yang hadir, iaitu tidak mementingkan aspek kebersihan. Mereka tidak menghiraukan aspek kebersihan dan membuang sisa makanan atau bungkusan makanan di merata-rata tempat. Perkara ini akan menimbulkan masalah apabila rumah terbuka itu berakhir dan menyusahkan pihak penganjur untuk membersihkannya. Oleh itu, perkara ini perlulah diberikan perhatian agar tetamu yang hadir akan menjaga aspek kebersihan dan tidak mengotorkan tempat itu.

Keburukan lain akibat penganjuran rumah terbuka adalah terdapat pihak yang mementingkan diri dan tidak menghiraukan orang lain. Perkara ini akan menimbulkan masalah dan kesulitan kepada orang lain yang turut hadir dalam majlis itu. Ada tetamu yang berebut-rebut semasa mengambil makanan atau bersikap tamak dengan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak. Sekiranya mereka menghabiskan makanan tersebut sudah tentu tidak menimbulkan masalah, tetapi perkara yang berlaku ialah mereka tidak menghabiskan makanan tersebut. Hal ini sudah tentu menyebabkan pembaziran berlaku, sedangkan ada orang lain yang mungkin tidak mendapat makanan langsung.

Oleh hal yang demikian, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Konsep rumah terbuka sudah tentu banyak mendatangkan kebaikan jika difahami dan dihayati oleh anggota masyarakat. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti amalan rumah terbuka akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu seperti kata pepatah, "Rumah siap pahat berbunyi"apabila menganjurkan rumah terbuka. Jadi, semua anggota masyarakat haruslah memahami dan menghayati konsep rumah terbuka yang sebenarnya agar hasrat yang dicita-citakan akan dapat dicapai.

Sunday, January 12, 2014

LATIHAN KARANGAN

INISIATIF UNTUK MEMPERKASAKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

          Sejak …………………………, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidup ………………………….. Walaupun menyedari hakikat bahawa ……………………………, namun masyarakat yang berbilang kaum ini ……………………………………………. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni …………………………………………untuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di Malaysia seyogianya menjadi kebanggaan negara kita.


          Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti …………………………………. untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk ………………………………. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana ………………………………………. Mantan Perdana Menteri, ……………………………………. pernah menegaskan bahawa ……………………………………………………….; perpaduan merupakan kekuatan negara. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa jika kita mengamalkan prinsip ……………………………………………………., kita dapat menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama.


          Selain itu, kita juga boleh mengamalkan ………………………………………………….. yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antara kaum dapat difahami …………………………………. sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang …………………………………….. Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap ……………………………………………..ternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan ……………………………………………..


          Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa ……………………………………. demi memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan ……………………………………………………. Dengan langkah bestari itu, kita dapat memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia. Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat …………………………………………………………………………….. Selain dapat mendengar ……………………………. rakyat, pemimpin turut dapat menjadi …………………………. sebagai agen perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini ……………………………….. dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan …………………………………………………………………………………………… antara kaum.

          Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan ………………………………………………… . Dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada ……………………………. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah kerana ………………………………………………... Semua kekangan untuk mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan ………………………………………………………….

          Tuntasnya, semua pihak haruslah ……………………………………….. dan bekerjasama untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat berkembang maju dengan lebih lancar bawah dasar ………………………………….yang diilhamkan oleh Perdana Menteri…………………………………………………………... Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa …………………………………………………. Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan kaum. Ingatlah wahai rakyatku bahawa semangat perpaduan harus disemai dan diingati sampai bila-bila agar ………………………………………………………………………………………………………………………….


LATIHAN KARANGAN PERPADUAN - SKEMA JAWAPAN

INISIATIF UNTUK MEMPERKASAKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni Bersekutu Bertambah Mutu”untuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di Malaysia seyogianya menjadi kebanggaan Negara kita.


Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; perpaduan merupakan kekuatan negara. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa jika kita mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama.


Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh , ambil yang jernih ternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.


Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia. Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai agen perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum.

Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaa . Dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak kecil.

Tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat berkembang maju dengan lebih lancar bawah dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan kaum. Ingatlah wahai rakyatku bahawa semangat perpaduan harus disemai dan diingati sampai bila-bila agar Wawasan 2020 menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata.