TUMPUAN SPM DAN PERCUBAAN SPM
Persoalan- persoalan yang terdapat dalam Novel
Novel Songket Berbenang Emas(Khairuddin Ayip)
Bil
|
Persoalan
|
Contoh
|
1
|
Kejayaan hasil daripada kegigihan dalam pelajaran
|
Dahlia tetap mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada Kavita dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga setelah ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.
|
2
|
Kemiskinan dalam masyarakat kampung
|
Dalam dunia moden hari ini, masih ada masyarakat kampung yang masih miskin dan memerlukan bantuan untuk menjalani kehidupan. Contohnya keluarga Embong yang masih miskin dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan harian.
|
3
|
Berani bertindak dalam menghadapi situasi yang bahaya
|
Embong berjaya mengalahkan ular sawa yang cuba membelitnya sewaktu memotong kelapa sawit di ladang
|
4
|
Keinsafan selepas menyedari kesilapan diri
|
Nek Kiah akhirnya insaf setelah Dahlia yang selama ini dibencinya telah menjaga dan merawatnya ketika terlantar sakit. Begitu juga dengan Abu Bakar yang selalu berpeleseran sehingga sanggup mencuri kambing ayahnya berubah sikap apabila ditempelak oleh rakan-rakannya sendiri.
|
5
|
Bantu membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain
|
Kavita membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan memberikan nota pelajaran sepanjang ketidakhadirannya ke sekolah. Najib cuba menghulurkan bantuan kewangan semasa Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya.
|
6
|
Kepentingan ilmu bagi mengubah taraf hidup
|
Embong amat mementingkan pelajaran dan sering menasihatkan anak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh. Embong mengharapkan anak-anaknya dapat mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya dalam pelajaran mereka nanti.
|
7
|
Pengamalan ilmu hitam dalam kalangan masyarakat
|
Penemuan dua biji telur ayam berwarna hitam yang berisi jarum, cincin akek, butiran pasir dan dua batang paku oleh Abu Bakar di bawah rumah mereka menunjukkan bahawa masyarakat masih mengamalkan ilmu hitam untuk menganiaya orang lain.
|
8
|
Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
|
Haji Sulaiman telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua kampung dengan baik. Haji Sulaiman banyak membantu keluarga Embong walaupun orang kampung menyisihkan mereka. Haji Sulaiman mencadangkan agar Saleha dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
|
9
|
Semangat kejiranan walaupun berlainan bangsa
|
Tauke Lim banyak membantu keluarga Embong yang sering menghadapi masalah kewangan. Tauke Lim membenarkan Embong berhutang di kedainya. Tauke Lim juga menghulurkan RM300 untuk Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.
|
10
|
Pengekalan identiti bangsa dan jati diri
|
Azhari menghadiahkan sepasang kain songket berbenang emas kepada Dahlia sebagai tanda kenang-kenangan dan berpesan kepada Dahlia agar sentiasa mengingati asal-usulnya sebagai orang Melayu
|
DALAM SESEBUAH
NOVEL, TERDAPAT KRITIKAN SOSIAL PENGARANG SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK
LANGSUNG. HURAIKAN KRITIKAN
SOSIAL YANG TERDAPAT DALAM
NOVEL YANG ANDA PELAJARI.
(KRITIKAN SOSIAL = PERBUATAN / NILAI / SIKAP TIDAK
BERTANGGUNGJAWAB SESEORANG TERHADAP DIRI / KELUARGA / MASYARAKAT / AGAMA DAN
NEGARA + CONTOH DALAM NOVEL)
(Contoh Jawapan)
Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin. Pengarang ada
menyentuh kritikan sosial dalam novel ini. Pengarang menyentuh tentang sikap tidak
bertanggungjawab ketua keluarga yang menjadi amalan dalam kalangan
masyarakat. Sebagai ketua keluarga, banyak tanggungjawab yang perlu
digalas. Watak Seman, suami kepada Che Jah menunjukkan kegagalannya
sebagai ketua keluarga.. Seman seorang kaki botol, suka berjudi dan kaki
judi. Seman tidak menunjukkan contoh yang baik terhadap anak-anaknya dan
dia juga seorang yang panas baran. Dia mendera isterinya.
Selain itu, kritikan sosial yang diutarakan
oleh pengarang adalah berkenaan masalah keruntuhan akhlak yang
berlaku dalam kalangan remaja.
Anak-anak Seman gagal
dididik dengan nilai murni sehingga mereka tercicir dalam pelajaran dan
terlibat dalam masalah penagihan dadah. Mereka juga sering dituduh mencuri
bukan sekadar harta ibu bapa mereka malahan harta penduduk kampung. Seman
akhirnya ditangkap kerana mencuri kubah masjid setelah perbuatannya dibongkar
oleh Che Jah, isterinya.
BERDASARKAN SEBUAH NOVEL YANG ANDA KAJI,
HURAIKAN PERWATAKAN WATAK UTAMA YANG DIPAPARKAN OLEH PENGARANG.
(Contoh Jawapan)
Novel yang saya kaji ialah novel Jendela
Menghadap Jalan. Watak utama dalam novel ini ialah Lili, seorang
gadis berusia 17 tahun yang diminta oleh ibunya untuk bercuti di kampung
datuknya di Terengganu. Watak utama merupakan seorang yang pendiam.(<–perwatakan).
Lili lebih banyak mendiamkan diri ketika dalam perjalanan pulang ke
kampung datuknya dan lebih banyak mendengar Geetha berbicara. Nenek Lili
juga mengakui bahawa dia seorang yang pendiam.(<–bukti)
Watak utama juga seorang yang
prihatin.(<–perwatakan). Lili mengambil berat terhadap masalah
yang dihadapi oleh keluarga Che Jah yang terpaksa berdepan dengan masalah
sosial anak-anaknya iaitu Haziq dan Rafiq. Sikap prihatin ini
membuatkan Lili ingin membantu Che Jah menyelesaikan kemelut keluarga yang
dihadapi olehnya walaupun Lili masih muda.(<– Bukti)
Selain itu, watak utama juga seorang
yang pemaaf.(<– perwatakan) Walaupun Lili telah
disakiti, diculik oleh anak Che Jah dan dibawa lari ke dalam hutan sebagai
tebusan, Lili tidak berdendam sebaliknya dia memaafkan perbuatan
dua beradik itu. Lili sendiri berjumpa dengan Che Jah dan menjelaskan
keadaan yang telah dihadapinya tanpa sebarang rasa marah kerana dia merasakan
anak-anak Che Jah layak mendapat peluang untuk berubah.(<–Bukti)
JELASKAN NILAI KEMASYARAKATAN DALAM NOVEL YANG ANDA PELAJARI.
(Contoh Jawapan)
Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhani Mat Darin, terdapat beberapa nilai kemasyarakatan yang
dipaparkan untuk panduan. Nilai kerjasama (pernyataan umum) dipaparkan melalui peristiwa datuk, nenek, Rasid, Lili, Geetha
dan Danel bekerjasama untuk membantu menyelamatkan Rafiq dan Haziq daripada
menjadi mangsa kemarahan penduduk kampung yang geram dengan sikap mereka yang
suka menimbulkan masalah seperti mencuri dan menagih dadah. Lili juga
bekerjasama dengan Puan Hamimah, pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat
untuk membantu Che Jah menyelesaikan masalah rumah tangganya.
Nilai kasih sayang (pernyataan umum)
pula jelas dibuktikan melalui keluarga datuk. Datuk dan nenek amat
menyayangi Lili dan begitu juga hubungan antara Geetha dan ibunya, Mak Cik
Letchumi. Nenek melarang Lili merayau-rayau di sekitar kampung selepas
Lili diculik oleh anak Che Jah kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Nilai
kerajinan (pernyataan umum) turut digarap melalui Lili yang rajin
membantu neneknya membasuh pinggan dan mengemas di dapur selepas tetamu datuk
pulang. Geetha pula membantu nenek memasak semasa dia berada di rumah nenek
Lili. Datuk juga rajin masuk ke hutan untuk mencari akar-akar kayu dan
daun-daun herba.
HURAIKAN PERSOALAN KASIH SAYANG ANTARA AHLI KELUARGA YANG TERDAPAT DALAM NOVEL YANG ANDA
PELAJARI.
(Contoh Jawapan)
Dalam novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhani
Mat Darin, terdapat persoalan kasih sayang antara ahli keluarga yang
diutarakan.Persoalan kasih sayang ibu yang mendalam
terhadap anaknyadipaparkan melalui watak ibu Lili yang
sangat sayang akan anaknya Lili . Ibu Lili menolong mengeringkan
tubuh anaknya yang baru selesai mandi walaupun Lily sudah berusia 17 tahun. Ibu
Lili juga mengupas-usap rambut Lili dalam usaha memastikan Lili rela hati
mengikut permintaannya pulang ke kampung.
Persoalan kasih sayang seorang anak terhadap ibu pula digambarkan
melalui watak Lili yang berusaha mematuhi permintaan ibunya untuk
menghabiskan cuti persekolahan terakhirnya di kampung datuk. Lili sebenarnya berhasrat
untuk bersama-sama teman sekelas terutama sekali menyertai majlis perpisahan
pengetua sekolah. Lili tidak membantah kerana dia ingin melihat ibunya
gembira. Selain itu, persoalan
kasih sayang terhadap cucu dibuktikan
melalui watak nenek dan datuk yang begitu risau setelah Lili dilarikan ke dalam
hutan oleh Haziq dan Rafiq. Setelah Lili diselamatkan, nenek melarang
Lili keluar dari rumah tanpa sebab.
No comments:
Post a Comment