Wednesday, August 24, 2016

PERIBAHASA ANIJING

Image result for gambar anjing comel















anjing galak, babi berani prb berani sama berani, kuat sama kuat;
anjing diberi makan nasi bilakan kenyang prb sia-sia memberi nasihat yg baik kpd orang jahat;
anjing ditepuk menjungkit ekor prb orang yg tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong;
anjing itu jika dipukul sekalipun, berpulang juga ia ke tempat yg banyak tulang prb orang yg tamak dan tidak bermalu itu tidak peduli akan nama baiknya (tidak terhalang oleh hukuman);
 anjing itu meski dirantai dgn rantai emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan berubah lakunya;
anjing mengulangi bangkai prb laki-laki yg mengulangi perbuatan yg tidak senonoh (perempuan jahat dll);
anjing menyalak bukit mahukah runtuh = beberapa pun anjing menyalak bukit bolehkah runtuh prb bagaimanapun orang yg jahat mencela orang yg baik tidak akan ada akibatnya;
anjing tiada bercawat ekor prb sesuatu yg hina dan tidak berguna tidaklah indah pd mata sekalian orang;
bagai anjing beranak enam prb dikatakan kpd perempuan yg kurus sekali kerana melahirkan anak;
bagai anjing melintang denai prb seseorang yg sombong menunjukkan kesombongannya;
bagai anjing menyalak di ekor (di pantat) gajah prb orang yg lemah hendak melawan orang yg berkuasa;
bagai anjing tersepit di pagar prb seseorang yg dlm kesusahan serba salah halnya;
bangsa anjing kalau biasa makan tahi, tak dimakan, dicium ada juga prb orang yg biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan yg jahat;
bagai disalak anjing bertuah prb tidak dapat bertangguh, permintaan mesti dikabulkan (bkn anak-anak yg tidak dapat ditolak kehendaknya);
melepaskan anjing tersepit (sesudah lepas dia menggigit) prb menolong orang yg tidak tahu membalas budi;
sbg anjing terpanggang ekor prb dikatakan kpd seseorang yg mendapat kesusahan yg amat sangat, sehingga kian ke mari mencari pertolongan;
spt anjing berebut tulang prb dikatakan kpd orang tamak yg merebutkan harta;
spt anjing berjumpa pasir prb orang yg selalu ria hati kerana mendapat benda yg disukainya;
spt anjing beroleh bangkai prb dikatakan kpd orang tamak yg mendapat sesuatu dgn mudahnya;
spt anjing dgn kucing prb ibarat orang yg selalu berbantah;
spt anjing kedahuluan prb Mn seseorang yg didahului oleh orang yg lebih mulia (kaya) dlm hal meminang gadis dll;
spt anjing kepala busuk prb orang yg telah diketahui kejahatannya, ke mana ia pergi dihinakan orang juga;
spt anjing lapar mendapat tulang, daging segumpal dan sekeping apam prb orang yg melakukan sesuatu kebajikan hanya kerana mengharapkan keuntungan;
spt anjing menggonggong bangkai prb dikatakan kpd orang laki-laki yg membawa perempuan jahat;
spt anjing menggonggong tulang prb orang tamak yg hendak memiliki harta orang, akhirnya harta sendiri yg habis;

umpama anjing makan muntahnya prb orang yg tamak itu tidak membezakan yg baik dgn yg jahat.






No comments:

Post a Comment