Azfa Hanani: Tema dan Persoalan
TEMA
Novel ini
bertemakan pengorbanan dan kemuliaan
hati seorang gadis dalam menghadapi desakan hidup. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai
Tengku Murni kerana tidak mahu membebankan pak long yang terpaksa menanggung
pembelajarannya. Dengan menyamar sebagai Tengku Murni, dia juga dapat membantu
mendapatkan kos rawatan untuk Zuraini yang lumpuh. Selain itu, penyamaran Azfa
Hanani sebagai Tengku Murni juga dapat membuatkan Datin Maziah kembali pulih
daripada menghadapi tekanan perasaan kerana Datin Maziah tidak dapat menerima
hakikat bahawa anak perempuan tunggalnya telah terbunuh dalam satu kemalangan
jalan raya.
PERSOALAN
1. Pengorbanan dalam menempuh kehidupan
a. Azfa Hanani
sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz bagi
menggantikan tempat Tengku Murni.
Kesanggupannya itu juga membolehkan
sepupunya mendapat rawatan
penyakit lumpuhnya sebagai balasan.
b. Azfa Hanani
berkorban dengan meninggalkan rakan-rakannya dan keluarga di
kampung.
c. Azfa Hanani
sanggup mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di
rumah
Datin Maziah. Hal yang demikian
kerana Azfa Hanani dapat merasakan bahawa Tengku
Muzaffar dan Tengku Datuk Makmur
seakan-akan tidak menyukai kehadirannya di
rumah itu.
2. Berani mengambil risiko
a. Azfa
Hanani seorang gadis yang baru berusia 17 tahun tetapi berani mengambil
risiko
dengan menyamar sebagai
Tengku Murni.
b. Azfa Hanani
berani mencuba suasana yang baharu, iaitu di rumah baharu, sekolah
baharu dan
kawan-kawan yang baharu.
3. Kegigihan dan tidak berputus asa dalam menjalani kehidupan
seharian
a. Azfa Hanani yang berasal daripada keluarga miskin
tetap gigih belajar dengan tujuan
untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya.
b. Selepas
dihalau oleh Datin Maziah dan kembali tinggal di kampung, Azfa Hanani
masih
bersikap optimis dan tidak berputus asa.
4. Sikap manusia yang mementingkan darjat atau
pangkat
a. Datuk Tengku Makmur menganggap Azfa Hanani sanggup
untuk menyamar kerana
tamakkan harta.
b. Tengku
Muzaffar tidak membenarkan arwah adiknya berkawan dengan Ekran
kerana
Ekran berasal dari keluarga yang susah.
c. Sikap Laili
yang sombong dan angkuh kerana berasal daripada keluarga yang kaya.
5. Berpegang kepada janji
a.
Datuk Tengku Makmur tetap menunaikan janjinya untuk
membayar ‘upah’ kepada
Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Murni.
b.
Tengku Mazran menunaikan janjinya dengan membiayai
kos rawatan Zuraini.
c.
Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah berpegang
kepada janji mereka 16 tahun yang
lalu untuk menjaga Azfa Hanani dengan penuh kasih sayang sebagai
menebus kesalahan
mereka.
No comments:
Post a Comment