Wednesday, March 7, 2012

LATAR

LATAR
Latar
Tempat
1. Di makmal kimia. Di sinilah Azfa Hanani bimbang kerana mengesyaki
perbuatannya ‘mencuri’ buku-buku rujukan dari perpustakaan
terbongkar.
2. Di bilik pengetua. Azfa Hanani bertemu buat kali yang pertama dengan
Tengku Mazran dan Kak Finaz.
3. Di rumah pak long. Tempat Azfa Hanani dibesarkan.
4. Di Hotek Universe. Azfa Hanani diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang
cara Tengku Murni makan, bercakap, dan lain-lain lagi.
5. Di banglo kepunyaan Datin Maziah. Tempat tinggal Azfa
Hanani.
6. Di Sekolah Menengah Taman Sari. Perjumpaan yang diadakan oleh
pelajar-pelajar Tingkatan lima bagi berbincang tentang projek Hari Sumbangsih
yang akan diadakan.
7. Di Institut Lingua Franca. Tempat di mana Azfa Hanani belajar bahasa
Inggeris dan Bahasa Jepun.
8. Di rumah Tengku Ellina. Azfa Hanani dan para pelajar yang lain berlatih
dan berbincang tentang pertandingan Forum Remaja.
9. Di dusun Pak Haji Arshad. Datuk Tengku Makmur sekeluarga datang menemui
Azfa Hanani.
Latar
Masa
1. Latar masa novel ini mengambil masa beberapa bulan sahaja iaitu semasa
Azfa Hanani menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan kemudiannya meneruskan
persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari.
2. Peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu siang, petang dan malam.
Azfa Hanani menjalani kehidupannya sebagai pelajar pada waktu pagi . Waktu
petang pula adalah ketika Datin Maziah mengadakan sambutan hari jadi Azfa Hanani
yang ke-17. Latar malam ketika Azfa Hanani membaca dan mengkaji diari Tengku
Murni.
Latar
Masyarakat
1. Masyarakat yang sanggup berkorban dengan tujuan membantu orang
lain.
Contohnya, Azfa Hanani yang sanggup menerima tawaran menyamar sebagai
Tengku Murni dengan tujuan untuk menyelamatkan Datin Maziah daripada mengalami
tekanan jiwa.
2. Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang.
Contohnya, sungguhpun kehidupan pak long sekeluarga susah, namun mereka kaya
dengan kasih sayang.
3. Masyarakat yang bertanggungjawab.Contohnya, sikap Azfa Hanani yang
melaksanakan tugas sebagai pengerusi Hari Sumbangsih yang dipertanggungjawabkan
kepadanya dengan cemerlang sekali.
4. Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya.
Contohnya, Datuk Tengku Makmur yang memandang rendah dan menghina Azfa Hanani
kerana berasal dari kampung dan miskin dengan mencampakkan wang ke atas katil
sebagai upah menyamar.
5. Masyarakat pelajar. Contohnya, masyarakat pelajar di Sekolah
Menengah Sri Dian tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajaran di Tingkatan 5
Kenanga. Selain itu, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Taman Sari yang
sibuk menjayakan Hari Sumbangsih.
6. Masyarakat yang berpegang kepada janji. Contohnya, Tengku Mazran
berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi
menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke
Indonesia.

No comments:

Post a Comment