Wednesday, March 7, 2012

PLOT

PLOT
Plot ialah jalan cerita iaitu rentetan peristiwa yang ada
sebab dan akibat.
Plot novel ini disusun secara kronologi iaitu mengikut
urutan masa.
Permulaan cerita
/Eksposisi.
Pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang
berasa takut setelah mengetahui bahawa orang yang selalu mencuri buku rujukan di
perpustakaan telah dikenal pasti dan akan
ditangkap.
Azfa Hanani berkenalan dengan Tengku Mazran dan Kak Finaz
yang memintanya menyamar sebagai Tengku Murni kerana muka mereka
seiras.
Perkembangan.
Azfa Hanani diajar cara bertutur, makan dan bergaul
seperti Tengku Murni dan kemudiannya dihantar ke Sekolah Menengah Taman Sari
untuk bersekolah.
Azfa Hanani belajar menyesuaikan diri menjalani kehidupan
mewah sebagai Tengku Murni. Di sekolah dia mengalami konflik kerana
kadang-kadang dia menjadi Azfa Hanani dan Tengku
Murni.
Kumpulan Budak Glamor benci akan Azfa Hanani kerana
sebelum ini mereka tidak sependapat dengan Murni.
Azfa Hanani diminta menjadi pengerusi forum menggantikan
Ellina. Dia berjaya menjalankan tugas itu dengan baik dan muncul sebagai
pengerusi terbaik.
Tengku Muzaffar yang pada mulanya membenci Azfa Hanani
kini mula menunjukkan perasaan sayang seperti seorang adik setelah sering
mendengar Azfa Hanani membaca surah Yasin.
Berdasarkan diari Tengku Murni, Azfa Hanani mengetahui
bahawa Tengku Muzaffarlah menjadi punca putusnya hubungan antara Murni dan
Ekran.
Klimaks/Puncak Cerita
Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar kerana
sikap Tengku Muzaffar yang membenci, menghina dan menghalang Azfa Hanani
daripada berkawan dengan Ekran.
Pertengkaran mereka didengar oleh Datin Maziah dan rahsia
penyamarannya terbongkar.
Datin Maziah begitu marah kerana berasa tertipu lalu
menampar dan menghalau Azfa Hanani dari rumah.
Peleraian Cerita
Penyakit lumpuh Zuraini telah sembuh setelah menjalani
rawatan di
Jakarta.
Datuk Tengku Makmur menemui orang yang dicari selama ini
dan mengakui bahawa dialah yang melanggar teksi yang dinaiki oleh ibu bapa Azfa
Hanani sehingga mereka terbunuh. Akhirnya Azfa Hanani diterima sebagai anggota
keluarga mereka dan kembali ke banglo Datin
Maziah.
Syafinaz menyambung kerjayanya sebagai
arkitek.
Iskandar terbunuh dalam kemalangan jalan raya dan Laili
cedera parah.
Program Hari Sumbangsih berjaya mengumpul dana melebihi
sasaran yang ditetapkan.
Pasukan Forum Remaja Azfa Hanani menjadi johan peringkat
negeri dan dia diumumkan sebagai pengerusi
terbaik.
Kumpulan budak glamor dibubarkan.

No comments:

Post a Comment