Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu
rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat
kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung
pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan
yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang
berkualiti. Semngat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam
menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
Jiran ialah orang yang tinggal
paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada
diri kita terlbih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang
yang paling mudah memberikan petolongan pada saat kita ditimpa bencana.
Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara
menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar
belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat
yangbbesar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan
kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang
sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang
ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.
Segala perkara yang mencemarkan
keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat
kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat,
penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan
peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu
bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap
ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak
kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana
bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat
menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan
program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama
jiran.
Perpaduan ialah kunci kemakmuran
dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan
kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.
Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik
ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan
mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka
lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa
kepada perbalahan dan perpecahan.
Kesimpulannya, jelaslah kepada
kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan
kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja
yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa
akan datang.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara
Kekalkan
Hubungan Baik, oleh Ahmad Tarmizi Zakaria,
Utusan Malaysia, Jun 2003)
A: STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSURAT
STRATEGI 1
Baca dan fahamkan petikan rumusan yang diberi
sekurang-kurangnya 2 kali,
· Bacaan kali pertama untuk dapatkan gambaran keseluruhan
petikan.
(masa dicadangkan 2 minit)
· Bacaan kali kedua untuk dapatkan pemahaman
(masa dicadangkan 5 minit)
STRATEGI 2 :
Tentukan kata tugas dalam soalan (Fokus 1 dan Fokus 2)
dan gariskan perkataan-perkataan tersebut.
· Fokus 1 = Isi tersurat
· Fokus 2 = Isi tersirat
Sebagai contoh dalam petikan contoh 1 Fokus 1 iaitu faedah-faedah
hidup berjiran merupakan fokus untuk isi tersurat manakala Fokus 2 iaitu
cara-cara memupuk semangat kejiranan pula merupakan fokus untuk isi tersirat.
CONTOH 1
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu
rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran [ISI TERSURAT] dan cara-cara
memupuk semangat kejiranan.
[ISI TERSIRAT] Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
STRATEGI 3
Baca perenggan 1 petikan yang diberi sekali lagi dan
gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan
dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemamtapan
dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat
antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti.
Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam (menjana
kehidupan setempat yang aman dan harmoni).
[ISI 1]
Baca perenggan 2 petikan yang diberi sekali lagi dan
gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan
dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.
Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat
kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui
oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling (mudah memberikan
pertolongan pada saat kita ditimpa bencana) [ISI 2]. Pertolongan seperti inilah
yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak
berwajib atau sanak-saudara. (Jiran yang berbeza latar belakang) pekerjaan,
pendidikan, agama dan budaya akan (memberikan manfaat yang besar kepada
kita)[ISI 3]. Hal ini kerana (mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang
boleh kita kongsi bersama-sama).[ISI 3-PILIHAN 2] Di samping itu, jiran yang
sepakat dan bersatu padu (mampu menjamin keselamatan setempat) [ISI 4] daripada
sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.
Baca perenggan 3 petikan yang diberi sekali lagi dan
gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan
dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.
(Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat dapat dicegah)[ISI 5] dengan semangat kerjasama dan
keperihatinan seama jiran. (Gejala sosial) seperti khalwat, penderaan
kanak-kanak dan kes-kes jenayah (dapat dibendung)[ISI 6] jika jiran memainkan
peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu
bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap
ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak
kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana
bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya (dapat
menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat).[ISI 7]
Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang
mantap sesama jiran.
Baca perenggan 4 petikan yang diberi sekali lagi dan
gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan
dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.
Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara.
Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak
lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. (Perpaduan dapat dilahirkan
melalui hubungan baik sesama jiran).[ISI 8] Jiran yang baik ialah jiran yang
berjaya (memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan
perkongsian pintar sesama mereka).[ISI 9] Sekiranya hal ini diabaikan, maka
lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa
kepada perbalahan dan perpecahan.
Baca perenggan 5 petikan yang diberi sekali lagi dan
gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan
dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan
besarnya peranan jiran dalam (menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah
negara)[ISI 10] Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat
meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
STRATEGI 4
Senaraikan FOKUS 1 (isi-isi tersurat) yang terdapat dalam
petikan tersebut dan kira jumlah perkataannya.
Isi Tersurat : faedah-faedah hidup berjiran
1. Dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni [
8 ]
2. Mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa
bencana. [ 8 ]
3. Jiran yang berbeza latar belakang memberikan manfaat yang
besar kepada kita. [ 11 ]
Atau
Dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki
mereka [ 8 ]
4. Mampu menjamin keselamatan setempat. [ 4 ]
5. Dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat. [ 9 ]
6. Gejala sosial dapat dibendung. [4 ]
7. Dapat menjana program yang menyumbang kabijakan kepada
masyarakat setempat. [ 9 ]
8. Melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 4 ]
9. Memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan
mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. [ 11 ]
10. Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara.
[ 6 ]
STRATEGI 5
Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah perenggan
yang lengkap.
PERINGATAN:
1. Maksimum isi untuk
fokus 1 ialah 6 isi. Oleh itu anda tidak perlu memasukkan kesemua isi
kerana jumlah perkataan yang agak terhad. Adalah dicadangkan jumlah perkataan
untuk fokus 1 ialah 60 – 65 patah perkataan
2. Anda perlu menulis kata tugas untuk Fokus 1 dalam ayat
pertama perenggan isi tersurat.
CONTOH:
Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan
setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat
kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, dapat
membendung gejala sosial serta melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 46 patah
perkataan ]
B : STRATEGI
MENGHASILKAN ISI TERSIRAT
STRATEGI:
1. Isi tersirat dibina berdasarkan Fokus 2 soalan. Isi
ini tidak terdapat dalam petikan
yang diberikan. Contoh dalam Petikan 1 Fokus 2 ialah:
cara-cara memupuk semangat
kejiranan.
2. Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang
mendalam berdasarkan isi tersurat
dan fokus 2 dalam arahan soalan.
3. Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan
sekurang-kurangnya 2 isi tersirat.
4. Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat
pertama perenggan isi tersirat.
STRATEGI 1
Kenal pasti dan senaraikan isi tersirat berdasarkan fokus 2
iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan.
CONTOH :
1. Mengadakan majlis gotong royong / aktiviti
kemasyarakatan / bersedia memberi
pertolongan / tolong menolong [ konsep: bekerjasama ]
2. Mengadakan rumah terbuka / majlis keraian / ziarah
menziarahi / perihatin atau ambil
berat hal ehwal jiran / bertanya kabar / pelihara
hubungan kejiranan / bertegur sapa /
saling mengenali [ konsep : Interaksi tidak formal ]
3. Membuat rondaan bersama pada waktu malam / rukun
tetangga.
4. Mengadakan tabung kebajikan / kursus/ kempen kejiranan /
tabung khairat .
5. Mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat / tubuhkan
sektor rukun tetangga /
persatuan belia / JKKK [ Konsep : Interaksi formal ]
6. Mengadakan hari keluarga / sukaneka / riadah /
pertandingan
7. Mengikis sikap negatif dalam diri individu / jangan
mementingkan diri / tidak sombong /
berbaik sangka dengan jiran .
STRATEGI 2
Membina perenggan isi tersirat.
CONTOH PERENGGAN ISI TERSIRAT
Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan
mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat.
Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan. [
23 patah perkataan ]
C : STRATEGI
MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSAN.
STRATEGI :
1. Fahami maksud keseluruhan petikan yang diberikan.
2. Kenal pasti fokus 1 petikan tersebut kerana
berdasarkan fokus 1 itulah penfahuluan rumusan karangan dapat kita hasilkan.
3. Anda perlu melakukan pengubahsuaian supaya ayat yang
anda bina itu menjadi ayat anda sendiri.
4. Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.
5. Mulakan ayat pendahuluan dengan ; Petikan
membincangkan / membicarakan …….
CONTOH
PENDAHULUAN:
Fokus 1 : Faedah-faedah hidup berjiran
Pendahuluan:
Petikan membincangkan peranan jiran dalam kehidupan
bermasyarakat di negara kita.
atau
Petikan membincangkan kebaikan / kepentingan / kelebihan /
manfaat / hidup berjiran dalam masyarakat
D : STRATEGI
MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN.
1. Kaji semula fokus soalan sama ada Fokus 1 dan Fokus 2.
2. Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan fokus soalan
tersebut.
3. Kesimpulan merupakan cadangan / harapan anda terhadap
fokus tersebut berserta kesan atau akibat cadangan / harapan tersebut.
4. Anda juga perlu menghubungkan antara cadangan / harapan
dengan kesan atau akibat cadangan dengan menggunakan kata hubung, ‘agar,
supaya, demi’.
5. Gunakan penanda wacana atau rangkai kata, frasa yang
menunjukkan bahawa ayat tersebut merupakan ayat kesimpulan.
Contoh : Kesimpulannya, ….Justeru, …
CONTOH KESIMPULAN:
1. Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar
kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan
Atau
2. Justeru, semua pihak perlu menjalankan tanggung jawab
mereka dalam masyarakat dengan berkesan agar sebuah komuniti yang sejahtera
dapat diwujudkan.
CONTOH PETIKAN
RUMUSAN YANG LENGKAP
Petikan membincangkan kebaikan hidup berjiran dalan sesebuah
masyarakat.
Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan
setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat
kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, serta
dapat membendung gejala sosial dan melahirkan perpaduan sesama jiran. Hidup
berjiran juga dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat.
Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan
mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat.
Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan.
Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar
kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan.
[ 100 patah perkataan]
No comments:
Post a Comment