Novel Jendela
Menghadap Jalan & Novel Songket Berbenang Emas
Soalan 1
Berdasarkan dua
novel yang anda kaji, huraikan tema yang di paparkan dalam kedua-dua
novel berkenaan.
Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin,
pengarang memaparkan tema kecekalan seorang gadis dalam menghadapi pelbagai
cabaran dan rintangan. |
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 pula Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip, pengarang memaparkan tema kegigihan seorang gadis dalam
mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya. |
Lili :- Lili cekal menghadapi kerenah ibunya yang menyuruh dia menghabiskan
cuti persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan
cadangan tersebut kerana dia amat menyayangi ibunya. Lili juga cekal berusaha untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah
tangga yang dihadapi oleh jiran datuknya, Che Jah yang selalu dipukul dan
dicemuh oleh suaminya, Seman. Akhirnya, Seman berjaya ditangkap dan akan
didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya itu. Lili cekal menghadapi dugaan semasa dirinya dikurung dan diikat oleh
Rafiq dan Haziq di sebuah pondok buruk yang terletak di dalam hutan di
Kampung Sentosa. Lili cekal menghadapi kerenah penduduk kampung yang tidak bersepakat
dalam isu pemasangan kubah pada bumbung surau lama kerana kekurangan nilai
keagamaan. Akhirnya, penduduk kampung menerima cadang Lili untuk membina
masjid baharu. |
Dahlia:- Dahlia gigih menghadapi ujian dalam hidupnya serta tidak pernah
menjalankan nasib malang yang menimpa diri dan keluarganya. Sebaliknya dia
berusaha untuk menempuh semua ujian tersebut dengan jiwa dan semangat yang
kental. Dahlia gigih menghadapi dugaan apabila ibunya, Saleha terpaksa
dihantar ke hospital Batu Pahat, kemudian dipindahkan ke Hospital Permai,
Johor Bahru untuk menjalani rawatan pemulihan akibat menghadapi penyakit
kemurungan. Kegigihan Dahlia yang seterusnya dapat dilihat apabila dia dapat
menghadapi sikap prejudis neneknya, Nek Kiah terhadap mereka sekeluarga
dengan tenang. Dahlia juga mendepani cacian dan tohmahan Aton yang menuduhnya
membunuh Said dan menggelarnya perempuan murahan serta ramai kenalan
lelakinya. |
Soalan 2
Berdasarkan
sebuah novel yang anda kaji, huraikan latar masyarakat yang
dipaparkan dalam
novel.
( 7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan |
Novel Songket Berbenang Emas |
Masyarakat kampung 1. Masyarakat kampung yang tinggal di Kampung Sentosa
terdiri daripada Haji Abdul Rahman, datuk Lili, Abang Rashid, Seman, Che Jah
dan lain-lain. 2. Masyarakat kampung yang masih berpegang kepada cara hidup
tradisi. Contohnya, rumah penduduk di Kampung Sentosa jendelanya menghadap
jalan. 3. Masyarakat kampung yang masih percaya kepada perubatan
tradisional. Datuk Lili merupakan seorang yang pakar dalam perubatan
tradisional dengan menggunakan herba. |
Masyarakat kampung 1. Masyarakat kampung yang tinggal di Kampung Parit Haji
Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang
lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain. 2. Masyarakat kampung yang hidup bekerjasama antara satu sama
lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk
sambutan Majlis Maulidur Rasul. |
Masyarakat yang saling membantu 1. Geetha dan Danel membantu Lili menyelesaikan masalah kubah
surau di Kampung Sentosa . 2. Datuk Lili membantu pesakitnya, Puan Letchumi dan Puan
Hamimah mendapatkan rawatan menggunakan perubatan tradisional. 3.Lili dan Kak Mimah membantu menyelesaikan masalah keganasan rumah
tangga yang dialami oleh keluarga Che Jah. |
Masyarakat yang saling membantu 1. Haji Sulaiman selaku ketua kampung membantu keluarga
Dahlia menyelesaikan masalah emak Dahlia yang menghidap tekanan perasaan. 2. Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia. 3. Penduduk kampung membina rumah Embong semula, setelah
rumah musnah dilanda banjir. |
Masyarakat yang ikhlas dalam membantu orang lain. 1. Datuk Lili ikhlas membantu Che Jah dan anak-anaknya walaupun berdepan
dengan pelbagai tohmahan daripada segelintir penduduk kampung. 2. Lili ikhlas membantu Che Jah menyelesaikan masalah
keganasan rumah tangganya. |
Masyarakat yang ikhlas dalam membantu orang lain 1. Tauke Lim ikhlas membantu memberi hutang kepada keluarga
Dahlia. 2. Haji Sulaiman ikhlas membantu Embong menyelesaikan masalahnya. 3. Najib ikhlas membantu Dahlia membawa adiknya, Anggerik yang
demam ke klinik. |
Masyarakat yang
insaf akan kesilapannya. 1. Haziq dan Rafik akhirnya insaf akan kesilapan mereka terlibat
dalam gejala sosial seperti mencuri harta orang kampung dan menagih dadah. |
Masyarakat yang insaf akan kesilapannya 1. Abu Bakar insaf akan kesilapannya yang suka membuang masa
dengan rakan-rakannya. 2. Abu Bakar juga insaf akan kesalahannya yang telah
mencuri kambing milik bapanya sendiri. 3. Nek Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia
apabila Dahlia dan emaknya yang banyak membantu beliau ketika sakit
sedangkan anak-anak yang selama ini amat disayangi langsung tidak
menziarahinya. |
Masyarakat yang bertanggungjawab 1. Datuk bertanggungjawab menjaga Lili sepanjang dia menghabiskan
cuti persekolahannya di kampung. 2. Datuk bertanggungjawab membantu merawat pesakit yang datang
berubat dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional. |
Masyarakat yang bertanggungjawab 1. Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya,Embong
yang menghadapi masalah isterinya yang mengalami masalah mental dan masalah
kewangan. 2. Haji Sulaiman bertanggungjawab menyuruh penduduk kampung
membantu membina rumah Embong semula yang musnah akibat banjir. |
Masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial 1. Anak-anak Che Jah iaitu Rafik dan Haziq suka mencuri harta
benda penduduk kampung dan terlibat dalam penagihan dadah. 2. Suami Che Jah, Seman suka bermain judi. |
Masyarakat remaja yang terlibat dalam gejala sosial 1. Abu Bakar, adik Dahlia suka berfoya-foya dengan
rakan-rakannya. 2. Abu Bakar sanggup mencuri kambing milik bapanya sendiri. |
Soalan 3
Dalam sesebuah
novel, terdapat peristiwa-peristiwa yang menarik perhatian pembaca. Berdasarkan
dua buah novel yang anda kaji, pilih satu peristiwa yang menarik dan
nyatakan sebab peristiwa itu berjaya menarik perhatian anda.
(8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan |
Novel Songket Berbenang Emas |
Peristiwa mengubati pesakit 1. Datuk Lili menyembuhkan penyakit Puan
Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan rawatan tradisional melalui penggunaan
herba. 2. Datuk Lili merawat Kak Mimah yang
menghidap penyakit gout dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan herba seperti mas
cotek, pegaga, daun sirih,daun belimbing dan sebagainya. Sebab 1. Peristiwa ini berjaya menarik
perhatian saya kerana penggunaan herba dalam perubatan tradisional ini dapat
membantu menyembuhkan pesakit yang tidak mahu pergi ke hospital kerana kos
rawatan yang tinggi. 2. Peristiwa ini berjaya menarik
perhatian saya kerana datuk Lili bersedia membantu sesiapa sahaja
yang menghidap penyakit dengan perubatan tradisional. Kita juga perlu
membantu orang yang memerlukan bantuan jika kita mempunyai kepakaran dalam
apa-apa bidang. |
Peristiwa menyelamatkan nyawa orang lain 1. Dahlia sanggup terjun ke dalam sungai untuk
menyelamatkan Said yang lemas. Sebab 1. Peristiwa ini berjaya menarik
perhatian saya kerana sifat berani yang ada pada Dahlia yang sanggup
menghadapi sebarang risiko dalam menyelamatkan nyawa orang lain ini jarang
dimiliki oleh orang lain. Walaupun Dahlia seorang gadis, namun dia berani
terjun ke dalam sungai yang berarus deras itu demi menyelamatkan nyawa orang
lain. |
Peristiwa menyelesaikan masalah kubah surau 1. Lili , Geetha, Danel mewakili golongan
remaja yang bekerjasama untuk menyelesaikan masalah orang-orang
kampung yang kurang bersetuju dengan pembinaan masjid baharu,
sebaliknya hanya mahu kubah dipasang di surau yang sudah lama usianya. Sebab 1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian
saya kerana walaupun Geetha dan Danel berlainan bangsa dan agama, mereka
sanggup membantu Lili yang beragama Islam untuk menyelesaikan masalah
berkaitan dengan surau di Kampung Sentosa. |
Peristiwa keluar dari asrama demi kepentingan
keluarga 1. Dahlia sanggup berkorban dengan keluar
dari asrama kerana ingin menguruskan adik-adiknya yang masih kecil setelah
ibunya dimasukkan ke hospital akibat kemurungan. Walaupun peperiksaan STPM
hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi, Dahlia selaku anak sulung tidak
mementingkan dirinya sendiri dan sanggup berkorban demi keluarganya yang
dilanda musibah. Sebab 1. Peristiwa ini
berjaya menarik perhatian saya kerana Dahlia sanggup berkorban dan lebih
mengutamakan kepentingan keluarga daripada kepentingan dirinya sendiri yang
akan menduduki peperiksaan STPM tidak lama lagi. 2. |
Peristiwa mengenai
semangat setiakawan yang tinggi 1. Lili
telah diculik oleh Rafiq dan Haziq. Hal ini telah menggemparkan seluruh
penduduk kampung. Dia telah dilarikan dan disembunyikan di sebuah tempat.
Namun begitu, dek rasa tanggungjawab terhadap rakan masih utuh dalam diri
Danel, dia telah berusaha untuk menjejaki Lili dan dia akhirnya telah berjaya
menyelamatkan Lili daripada dua beradik itu. Sebab 1. Peristiwa ini
berjaya menarik perhatian saya kerana Danel telah menunjukkan semangat
setiakawan yang tinggi dan berusaha menyelamatkan Lili yang diculik oleh
Rafiq dan Haziq. |
Peristiwa
mengenai perkara mistik 1. Pada
mulanya, ibu Dahlia tiba-tiba sahaja gila dan dimasukkan ke dalam hospital.
Keadaan menjadi semakin pelik apabila binatang berbisa, iaitu ular mula
mengganggu keluarga Dahlia. Semuanya terungkai apabila Abu Bakar, adik Dahlia
telah menjumpai kain kuning yang usang ditanam di bawah rumah mereka. Sebab 1. Peristiwa ini
berjaya menarik perhatian saya kerana pelbagai perkara pelik dan malang yang
berlaku dalam keluarga Dahlia secara bertimpa-timpa seolah-olah seperti
dirancang. |
Peristiwa anak yang
patuh akan ibunya 1. Lili tidak mahu pulang ke kampung ibunya
kerana masa cutinya telah diaturkan dengan pelbagai aktiviti bersama
rakan-rakannya. Akan tetapi, ibunya berkeras mahu menghantarnya ke kampung
dengan alasan yang pelbagai. Akhirnya, Lili akur kerana dia percaya setiap
yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dia perlu patuh akan kehendak ibunya. Sebab 1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian
saya kerana sebagai seorang anak yang patuh akan kata ibunya, Lili sanggup
mengetepikan kehendak diri sendiri kerana dia percaya perancangan ibunya
pasti mempunyai hikmah. |
Peristiwa sikap membantu dalam diri 1. Dahlia yang membantu anak Aton, Said yang
kelemasan di dalam sungai. Pada mulanya, Dahlia ternampak Said bermandi-manda
di dalam sungai di hadapan rumahnya. Namun, tiba-tiba sahaja Said lemas.
Dahlia mengambil keputusan untuk terjun ke dalam sungai dan menyelamatkan
Said. Malangnya, derasan air sungai bermaharajalela ketika itu. Said mati
lemas dan niat baik Dahlia itu disalah ertikan. Sebab 1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian
saya kerana walaupun tidak pandai berenang, Dahlia tetap memberanikan diri
terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said. Dia bagaimanapun gagal
menyelamatkan Said yang telah lemas. |
Peristiwa memaafkan kesalahan orang 1. Lili memaafkan kesalahan Rafik dan Haziq
yang telah menculiknya, walaupun tindakan mereka itu tidak baik. Sebab 1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian
saya kerana kesanggupan Lili memaafkan orang yang pernah menculiknya
memberikan pengajaran kepada saya supaya kita mestilah memaafkan kesalahan
orang lain walaupun orang tersebut pernah melakukan perkara yang tidak baik
kepada kita. |
Peristiwa sanggup membantu orang lain tanpa
mengira bangsa dan agama 1. Tauke Lim menyumbangkan barang-barang
keperluan untuk Majlis Mauludir Rasul yang diadakan di Kampung Parit Haji
Rais, walaupun dia berbangsa Cina. 2. Tauke Lim juga sanggup memberi keluarga
Dahlia membeli barang secara hutang kerana amat memahami penderitaan yang
dialami oleh sahabatnya, Embong. 3. Tauke Lim menyumbangkan sebanyak RM300
kepada Dahlia yang apabila dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun. 4. Tauke Lim juga sanggup membayar harga
tanah sebanyak RM15000 kepada Nek Kiah kerana dia tidak mahu keluarga Embong
berpindah dari situ apabila tanah itu dijualkan kepada orang lain kerana dia
amat memahami penderitaan hidup keluarga Dahlia. Sebab 1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian
saya kerana walaupun berlainan bangsa dan agama kita mestilah bersedia
membantu dan menyumbangkan apa-apa yang mampu kepada sesiapa sahaja yang
memerlukan bantuan tanpa mengira status, kaum dan agama. |
Peristiwa menghargai pemberian orang lain 1. Nenek Lili berusaha mencari bekas kemenyan
yang hilang. Bekas kemenyan ini diberikan oleh pesakit datuk iaitu Puan
Lecthumi. Datuk dan nenek amat menghargai pemberian orang lain,oleh sebab itu
nenek tetap erusaha mencarinya sehingga berjaya menemukannya. Sebab 1. Peristiwa ini berjaya menarik
perhatian saya kerana kita mestilah menghargai apa-apa sahaja pemberian orang
lain kepada kita supaya dapat memupuk hubungan yang baik sesama kita. |
Peristiwa menghargai pemberian orang lain 1. Dahlia amat menghargai kain songket
berbenang emas berwarna merah yang dihadiahkan oleh Azhari. Simbolik daripada
hadiah Azhari,Dahlia berjanji akan menjaga jati dirinya walaupun di
mana-mana jua dia berada. 2. Dahlia juga menghargai gelang pusaka yang
dihadiahkan oleh Nek Kiah. Pemberian itu merupakan satu anugerah kerana
Nek Kiah telah menganggap Dahlia dan adik-adiknya sebagai cucu. Selama ini,
Nek Kiah tidak pernah mengambil peduli tentang keluarga Dahlia. Sebab 1. Peristiwa ini berjaya menarik
perhatian saya kerana kita mestilah menghargai apa-apa sahaja pemberian orang
lain kepada kita supaya dapat memupuk hubungan yang baik sesama kita. |
Soalan 4
Berdasarkan sebuah
novel yang anda pelajari, huraikan dua perwatakan seorang watak
sampingan yang terdapat dalam novel
tersebut.
(7 markah)
Novel Jendela Menghadap
Jalan |
Novel Songket
Berbenang Emas |
Datuk( Haji Abdul Rahman) 1. Seorang yang kuat bekerja Sebagai contoh, tangan datuk macam besi berkarat, uratnya biru dan
tertonjol. 2. Seorang yang pakar tentang perubatan tradisional akar –akar
kayu dan pengamal perubatan tradisionalSebagai contoh, datuk merawat Puan
Letchumi dan Kak Mimah dengan menggunakan herba. 3. Seorang yang menghargai pemberian orang lain. Sebagai contoh, datuk risau apabila bekas kemenyan pemberian Puan
Letchumi dan tasbih hilang 4. Seorang yang kuat beribadat Sebagai contoh, datuk tidak pernah meninggalkan solat dan pandai dalam
hal-hal keagamaan.Datuk selalu menguji Lili dalam hal berkaitan agama. 5. Seorang yang sangat menghargai nilai sejarah Sebagai contohnya, datuk menceritakan kehebatan rumah-rumah di
Kampung Sentosa yang jendelanya menghadap jalan. |
Embong 1. Seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab Sebagai contoh, Embong tidak mahu anak-anaknya berhenti sekolah dan
mengatakan beliau akan bertanggungjawab menyara kehidupan mereka walaupun
isterinya sakit. 2. Seorang yang penyayang Sebagai contoh, Embong sangat menyayangi isteri dan
anak-anaknya.Beliau sanggup melakukan dua kerja untuk menampung perbelanjaan
keluarganya. 3. Seorang yang percaya akan kehendak takdir Sebagai contoh, Embong percaya akan kehendak takdir isterinya,Saleha
menjadi kurang siuman kerana ketentuan Allah SWT. 4. Seorang yang penyabar Sebagai contohnya, Embong sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri
kerana hidup miskin. 5. Seorang yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya Sebagai contohnya, Embong menyuruh Dahlia pergi ke sekolah dan akan
menguruskan hal adik-adik Dahlia 6. Seorang yang berani Sebagai contohnya, Embong berani membunuh ular sawa yang
membelit badannya. |
Geetha 1. Seorang yang peramah Sebagai contohnya, Geetha bertanyakan pelbagai soalan kepada Lili
sewaktu berada di dalam bas. 2. Seorang yang berani Sebagai contohnya, Geetha berani mengajak Lili mendaki bukit
untuk melihat matahari terbenam. 3. Seorang yang bijaksana Sebagai contohnya, Geetha bijak dalam menuntut ilmu dalam bidang
kejuruteraan di Universiti Malaya. |
Azhari 1. Seorang yang berpendidikan tinggi Sebagai contohnya, Azhari baru mendapat segulung ijazah 2. Seorang yang suka memberikan nasihat Sebagai contohnya, Azhari sentiasa menasihati Dahlia
agar belajar dengan bersungguh-sungguh. 3. Seorang yang pandai memujuk Sebagai contohnya, Azhari pandai memujuk Dahlia agar menerima
lamarannya. |
Soalan 5
Berdasarkan dua buah
novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang dapat
dikaitkan dengan persoalan keberanian dalam menghadapi
masalah.
(8 markah)
Novel Jendela
Menghadap Jalan |
Novel Songket
Berbenang Emas |
Persoalan keberanian dalam menghadapi masalah 1. Peristiwa Lili, Danel, dan Geetha berani menyelesaikan masalah
kubah surau yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Sentosa. 2.Peristiwa Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafik
dan Haziq. |
Persoalan
keberanian dalam menghadapi masalah 1. Peristiwa
Dahlia berani menyelamatkan Said, anak Aton yang lemas di sungai berhampiran
rumah Dahlia. 2. Peristiwa
Embong berani membunuh ular sawa yang membelitnya di kebun sawit di Kampung
Parit Haji Kadir. |
Soalan 6
Huraikan dua nilai
kemanusiaan yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda
pelajari.
(7 markah)
Novel Jendela
Menghadap Jalan |
Novel Songket
Berbenang Emas |
Dua nilai
kemanusiaan 1. Nilai kasih
sayang - Nenek dan datuk melayan Lili dengan penuh kasih sayang semasa Lili bercuti
di kampung 2. Nilai keyakinan - Keyakinan Datuk terhadap perubatan secara tradisional yang
diusahakannya selama ini merupakan perubatan alternatif kepada pesakit yang
datang menemuinya iaitu Kak Mimah dan William Ng dan Mak cik Lechutmi 3. Nilai bertanggungjawab - Datuk, Lili bersama-sama penduduk kampung bertanggungjawab terhadap
masalah yang berlaku dalam kampung mereka seperti kecurian, aktiviti haram,
rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka berusaha
menyelesaikan masalah. 4. Nilai keprihatinan - Lili prihatin akan nasib Rafik dan Haziq yang berpunca daripada
kepincangan rumah tangga Che Jah Walaupun mereka menculik Lili namun Lili
menziarahi Che Jah untuk mendapat maklumat latar belakang Haziq dan Rafik
bagi membantu menyelesaikan masalah mereka. - Penduduk kampung prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam
kampung mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan
sebagainya. Justeru mereka berusaha menyelesaikan masalah walaupun ada
antaranya menggunakan cara kekerasan dan kurang sesuai. 5. Nilai ketaatan - Datuk menghabiskan masa selepas solat berjemaah dengan berzikir dan
membaca kitab dua tiga halaman. 6. Nilai baik hati - Danel sering datang ke rumah nenek untuk membantu nenek masak dan
mengganggap masakan nenek sedap. - Datuk menggunakan kepakarannya dalam bidang perubatan tradisional
untuk membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan. Usaha datuk telah
berjaya sebagai perubatan alternatif untuk menyembuhkan penyakit selain
berubat secara perubatan moden. 7. Nilai keberanian - Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafiq. 8. Nilai bekerjasama - Penduduk kampung berkumpul di rumah datuk untuk bersolat hajat bagi
mendoakan keselamatan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafiq. 9. Nilai kegigihan - Datuk gigih mempertahankan perubatan tradisional contohnya beliau
sanggup masuk hutan waktu malam ke hutan untuk mencari akar kayu sebagai
ramuan perubatan tradisionalnya. 10. Nilai kesabaran - Che Jah sabar menghadapi karenah suaminya Seman yang tidak
bertanggungjawab terhadap keluarga. |
Dua nilai
kemanusiaan 1. Nilai kasih sayang - Embong dan Saleha sangat menyayangi anak-anak mereka walaupun
kehidupan mereka miskin . - Dahlia sanggup curi-curi keluar dari asrama dan terus ke Hospital
Permai untuk melawat ibu yang sedang dirawat kerana masalah mental. 2. Nilai bertanggungjawab - Embong bertanggungjawab memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan
yang sempurna walaupun hidup dalam kemiskinan. Beliau sanggup bekerja hingga
malam untuk menambah pendapatan keluarga. - Dahlia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya di
rumah semasa ibu dan ayahnya dirawat di hospital. 3. Nilai kegigihan - Dahlia gigih mengulang kaji pelajaran walaupun ketika berada di
pusat pemindahan banjir yang tidak selesa. 4. Nilai kebijaksanaan. - Dahlia bijak menguruskan masa untuk mengulang kaji pelajaran
dan menjaga adik-adiknya, walaupun hidup dalam kemiskinan . 5. Nilai keberanian - Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang berarus deras dan
berkeladak untuk menyelamatkan Said yang lemas . 6. Nilai semangat setia kawan - Kavita dan Najib berkunjung ke rumah Dahlia untuk bertanya khabar
Dahlia yang tidak hadir ke sekolah. Kavita juga membuat salinan (fotostat)
nota pelajaran untuk Dahlia. 7. Nilai bersimpati - Tauke Lim bersimpati terhadap keluarga Embong yang berhadapan dengan
masalah kesihatan isterinya,masalah kewangan dan masalah anaknya lelaki
tunggalnya yang terlibat dengan gejala sosial. 8. Nilai keprihatinan - Dahlia yang bimbang akan keadaan Nek Kiah yang tidak kelihatan
selama beberapa hari terus pergi ke rumah neneknya untuk memastikan keadaan
neneknya selamat. 9. Nilai bekerjasama - Penduduk kampung bekerjasama membina rumah Embong yang roboh akibat
banjir. 10. Nilai ketabahan - Dahlia tabah menghadapi pelbagai masalah keluarga seperti
kemiskinan,kesihatan ibu bapanya,masalah penjagaan adik-adiknya yang masih
kecil ketika ibu bapanya sakit dan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar. |
Soalan 7
Jelaskan satu bukti kepincangan
masyarakat dalam dua buah novel yang telah anda
pelajari.
(8 markah)
Novel Jendela
Menghadap Jalan |
Novel Songket
Berbenang Emas |
1. Kepincangan
masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial Sebagai
contohnya, Rafik dan Haziq suka mencuri harta benda orang kampung. Selain
itu, mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah. 2. Kepincangan
masyarakat yang terlibat dalam masalah perjudian Sebagai
contohnya, Seman,suami Che Jah seorang kaki judi sehingga sanggup mengabaikan
tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. 3. Kepincangan masyarakat yang bercanggah pendapat Sebagai contohnya, penduduk kampung yang mengalami percanggahan
pendapat mengenai perletakan kubah di surau ataupun membina masjid yang baru. 4. Kepincangan masyarakat
yang tidak bertanggungjawab Sebagai
contohnya, suami Cik Jah iaitu Pak Seman sering memukul Cik Jah. Dia juga
sering berjudi sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. 5. Kepincangan masyarakat yang suka memandang serong terhadap
kekurangan orang lain Sebagai contohnya, Rafiq dan Haziq sering menjadi hinaan dan kutukan
masyarakat kampung secara berterusan kerana suka mencuri, menagih dadah dan
pecah rumah. Bagi Lili, mereka ialah manusia biasa yang memerlukan bantuan
untuk berubah. |
1. Kepincangan
masyarakat yang berprasangka buruk terhadap orang lain Sebagai contohnya, Aton dan Nek Kiah berprasangka buruk terhadap
keluarga Dahlia. Nek Kiah suka menghina Dahlia dan keluarganya
disebabkan kemiskinan mereka. Aton suka menabur fitnah tehadap Dahlia
dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk tupai kerana lelaki datang ke
rumahnya silih berganti. 2. Kepincangan
masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial Sebagai contohnya,Abu
Bakar suka berfoya-foya dengan rakan-rakannya sehingga sanggup mencuri
kambing milik bapanya sendiri. 3. Kepincangan masyarakat yang suka menghina Sebagai
contohnya, Mak Aton yang suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan
kemiskinan mereka. Mak Aton juga suka menabur fitnah tehadap Dahlia dengan
mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk tupai kerana lelaki datang ke rumahnya
silih berganti. 4. Kepincangan masyarakat
yang mempunyai hasad dengki Sebagai
contohnya, Dahlia, Abu Bakar, Kiambang dan Melati menjumpai bungkusan telur
yang sudah busuk. Telur itu berisi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir
dan dua batang paku yang dijumpai mereka dibawah rumah. Bungkusan itu ditanam
oleh seseorang yang dengki akan mereka. 5.Kepincangan masyarakat yang memandang serong tentang kemiskinan
orang lain Sebagai
contohnya, Nek Kiah tidak suka akan menantunya Embong dan cucu-cucunya kerana
hidup dalam kemiskinan sedangkan anak-anaknya yang lain berjaya dalam
kehidupan. 6. Kepincangan
masyarakat yang tidak mahu menerima ketentuan takdir Sebagai
contohnya, Aton telah menuduh Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati
lemas walaupun Dahlia sanggup berkorban nyawa dengan terjun ke sungai untuk
menyelamatkan Said. |
Soalan 8
Huraikan dua bukti ketabahan watak
utama dalam sebuah novel yang telah anda kaji.
(7 markah)
Novel Jendela
Menghadap Jalan |
Novel Songket
Berbenang Emas |
Ketabahan
menghadapi kerenah orang tua 1. Watak
utama, Lili tabah menghadapi kerenah ibunya yang mahu Lili menghabiskan
cuti persekolahannya di kampung datuk dan neneknya. 2. Watak
utama, Lili tabah menghadapi kerenah datuk yang tidak mahu menceritakan
sejarah jendela menghadap jalan. Ketabahan
menghadapi cabaran ketika diculik 1. Watak
utama, Lili tabah berhadapan dengan Rafik dan Haziq yang
menculiknya. |
Ketabahan menghadapi
kerenah ibu dan orang sekeliling 1. Watak
utama, Dahlia tabah menghadapi kerenah ibunya yang tidak mengenalinya
setelah menghidap tekanan perasaan. 2. Watak
utama, Dahlia tabah menghadapi kerenah Aton yang menghina Dahlia semasa
Azhari menghantarnya pulang ke rumah. Ketabahan dalam menuntut
ilmu 1. Watak
utama, Dahlia tabah mengulang kaji pelajaran di balai raya semasa
kampung mereka dilanda banjir. |
Soalan
9
Pengarang
mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh
pembaca.Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari,
jelaskan satu peristiwa yang dapat dijadikan teladan.
(8 markah)
Novel Jendela
Menghadap Jalan |
Novel Songket
Berbenang Emas |
Satu peristiwa yang dapat dijadikan teladan 1. Peristiwa membantu mengubati pesakit - Datuk Lili menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan
menggunakan rawatan tradisional melalui penggunaan herba. - Datuk Lili merawat Kak Mimah yang menghidap penyakit gout
dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan herba seperti mas cotek, pegaga, daun
sirih,daun belimbing dan sebagainya. Alasan Peristiwa ini dapat diteladani kerana datuk Lili bersedia
membantu sesiapa sahaja yang menghidap penyakit dengan perubatan
tradisional. |
Satu peristiwa yang dapat dijadikan teladan 1. Peristiwa sanggup membantu orang lain - Tauke Lim sanggup membantu memberi hutang kepada keluarga
Dahlia walaupun berlainan bangsa. - Penduduk kampung mengutip sumbangan untuk diberikan kepada
Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran ke Jepun. Alasan Peristiwa ini dapat diteladani kerana kita mestilah membantu sesiapa
sahaja yang memerlukan bantuan. 2. Peristiwa penduduk kampung bekerjasama untuk membantu orang
lain - Penduduk kampung bekerjasama membina rumah Embong yang musnah semasa
dilanda banjir. Alasan Peristiwa ini dapat diteladani kerana kita mestilah bekerjasama untuk
meringankan beban yang dihadapi oleh orang lain. |
Soalan 10
Berdasarkan sebuah
novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang
terdapat dalam novel
tersebut. (7 markah)
Novel Jendela
Menghadap Jalan |
Novel Songket
Berbenang Emas |
1.Kuala Lumpur – Tempat tinggal Lili dan keluarganya 2. Stesen bas- Lili menaiki bas dari Kuala Lumpur ke kampung
datuk dan neneknya di Dungun, Terengganu 3. Perhentian bas Pekan Sentosa,Dungun, Terengganu- Lili berhenti
sebelum ke Kampung Sentosa,tempat tinggal datuk dan nenek Lili 4. Pekan Sejahtera, Dungun, Terengganu - Tempat tinggal Geetha 5. Surau- tempat orang kampung berkumpul 6. Bangsal di tepi sawah – Lili menunggu neneknya yang bekerja di
sawah padi 7. Hutan- tempat datuk mencari tumbuhan-tumbuhan herba dan akar
kayu 8. Jeti nelayan- tempat Lili, Geetha dan Danel menyaksikan
matahari terbit |
1. Padang bola jaring –Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan
rakannya, Siti Wangi. 2. Kantin – Tempat Azhari menunggu Dahlia 3. SMK Tun Ismail – lima kilometer dari kampung halaman, tempat
Azhari dan Dahlia pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari
Tingkatan Lima 4. Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim- Dahlia menimba ilmu
sebagai pelajar tingkatan enam. Dia tinggal di asrama sekolah ini. 5. Bilik Kerjaya- Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik
ini, Cikgu Hisyam mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita. 6. Kebun getah- 20 meter dari rumah seluas lima ekar tempat
Saleha menoreh getah 7. Kampung Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia . Di sini,
Dahlia menjaga adik-adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah
emaknya dirawat di hospital. 8. Hospital Batu Pahat (Wad 6) -Tempat Saleha dibawa untuk
mendapatkan rawatan pada peringkat awal. 9. Hospital Batu Pahat (Wad 4)- Abah Dahlia dirawat di hospital
ini setelah dipatuk ular. 10. Hospital Permai, Johor Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat di
bilik 16. Di sini juga Azhari bekerja sementara setelah mendapat segulung
ijazah. 11. Sungai –kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia- Dahlia cuba menyelamatkan
Said yang lemas di sungai ini. 12. Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir- Kira-kira dua
kilometer dari rumah Dahlia di sinilah Embong memotong kelapa sawit
setelah pulang dari rumah Aton. Di kebun kelapa sawit inilah ular sawa telah
membelit Embong. 13. Sekolah Kebangsaan Jelotong- Said dan Melati bersekolah di
sini 14. Rumah Aton kira-kira 150 meter dari rumah Dahlia.- Dahlia
disindir oleh Aton kerana dikatakan Dahlialah yang menyebabkan Said mati
lemas. 15. Balai raya Kampung Parit Haji Rais- Beberapa orang penduduk
bergotong – royong semasa majlis sambutan Maulidur Rasul. Selain itu, di sini
juga menjadi tempat pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampung Dahlia. |
Soalan 11
Huraikan satu peristiwa
peleraian cerita dan kewajaran pengarang mengakhiri cerita tersebut
dalam dua buah novel yang anda pelajari
.
(8 markah)
Novel Jendela
Menghadap Jalan |
Novel Songket
Berbenang Emas |
Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu novel Jendela Menghadap
Jalan karya Ruhaini Matdarin, saya berpendapat bahawa wajar novel ini
berakhir sedemikian melalui peristiwa menyelesaikan isu berkaitan kubah
surau.Lili, Danel dan Geetha berjaya menyelesaikan isu berkaitan kubah surau
yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Sentosa. Isu kubah surau ini telah
menyebabkan generasi muda dan generasi tua tidak sependapat. Apabila masalah
ini dapat diselesaikan dengan baik, suasana di kampung itu harmoni semula. Selain itu, peristiwa saling berhubungan antara satu sama lain.
Sebagai contohnya hubungan Lili, Geetha dan Danel semakin erat , mereka
saling berhubungan antara satu sama lain melalui e-mel dan telefon. Seterusnya, peristiwa menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga.
Sebagai contohnya, Kak Mimah telah berjaya menyelesaikan masalah keluarga Che
Jah yang selalu didera oleh suaminya, Seman. Haziq dan Rafik telah pergi ke
sekolah semula dan akan menduduki peperiksaan PMR. Peristiwa ingin tahu tentang sejarah kampung. Sebagai contohnya,Lili
tidak sabar untuk kembali ke kampung datuk dan neneknya semula kerana dia
ingin tahu dengan lebih lanjut tentang sejarah jendela menghadap jalan. |
Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu novel Songket Berbenang
Emas karya Khairuddin Ayip, saya berpendapat bahawa adalah wajar novel ini
berakhir sedemikian melalui peristiwa berjaya melanjutkan pelajaran.Sebagai
contohnya, Dahlia telah berjaya melanjutkan pelajarannya ke Jepun.Hal ini
berlaku demikian kerana, Dahlia telah berusaha dengan gigih untuk
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM walaupun dia telah
menghadapi pelbagai cubaan dan dugaan dalam hidupnya.Sebagai contohnya, dia
terpaksa keluar dari asrama atas sebab emaknya dimasukkan ke hospital kerana
menghidapi kemurungan/ tekanan perasaan sehingga kurang siuman. Selain itu, novel ini wajar berakhir sedemikian melalui peristiwa
pertunangan. Sebagai contohnya,watak utamanya Dahlia bertunang dengan pemuda
yang disukainya iaitu Azhari. Azhari merupakan seorang pemuda yang menyukai
Dahlia dan selalu mengambil berat akan hal Dahlia dan keluarganya.Oleh hal
yang demikian,memang wajar Dahlia mengikat tali pertunangan dengan Azhari
kerana hubungan mereka direstui oleh kedua-dua belah pihak. Keluarga Azhari
juga dapat menerima Dahlia yang hidup dalam kemiskinan. Seterusnya, peristiwa pemberian hadiah kepada seseorang yang istimewa.
Sebagai contohnya ,hadiah kain songket berbenang emas yang diberikan oleh
Azhari memang sesuai kerana songket ini melambangkan jati diri orang Melayu.
Dahlia mesti berpegang kepada janjinya dengan Azhari. Dahlia perlu menjaga
tatasusila walau di mana-mana pun dia berada kerana dia telah menjadi tunangan
orang dan akan berkahwin dengan Azhari selepas tamat pengajiannya nanti. |
Soalan 12
Huraikan dua pengajaran yang
terdapat dalam novel yang telah anda kaji.
(7 markah)
Novel Jendela
Menghadap Jalan |
Novel Songket
Berbenang Emas |
Dua pengajaran 1. Kita mestilah prihatin terhadap masalah yang menimpa orang
lain. Sebagai contohnya, Lili prihatin akan nasib Che Jah dan anak-anaknya
yang menjadi mangsa dera suaminya,Seman. 2. Kita mestilah bantu-membantu dalam
kehidupan. Sebagai contohnya, Lili, Danel dan Geetha saling membantu menyelesaikan
masalah kubah surau yang dihadapi oleh penduduk Kampung Sentosa. 3. Kita mestilah berani menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran
dalam kehidupan. Sebagai contohnya, Danel berani menyelamatkan Lili yang
diculik oleh Haziq dan Rafik. 4. Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain. Sebagai contohnya, datuk dan nenek amat menyayangi Lili. Mereka
sanggup menjaga Lili sepanjang cuti persekolahannya. |
Dua pengajaran 1. Kita mestilah prihatin terhadap masalah yang menimpa orang
lain. Sebagai contohnya, Tauke Lim dan Haji Sulaiman prihatin akan nasib
keluarga Dahlia.Haji Sulaiman prihatin akan masalah isteri Embong menghidap
tekanan perasaan. 2. Kita mestilah bantu-membantu dalam kehidupan. Sebagai contohnya,Penduduk Kampung Parit Haji Rais membantu membina
rumah Embong setelah rumahnya musnah dilanda banjir. 3. Kita mestilah berani menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran
dalam kehidupan. Sebagai contohnya, Dahlia berani menyelamatkan Said,anak
Aton yang lemas di sungai berdekatan dengan rumahnya. 4. Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain. Sebagai contohnya, Dahlia amat menyayangi adik-adiknya iaitu
Anggerik,Melati,dan Kiambang. Dia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga
adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital. |
Soalan 13
Berdasarkan dua
buah novel yang anda kaji,jelaskan satu peristiwa yang memaparkan
konflik dan cara penyelesaiannya bagi setiap novel
tersebut.
(8 markah)
Novel Jendela
Menghadap Jalan |
Novel Songket
Berbenang Emas |
1. Peristiwa
isu kubah surau Konflik untuk
meletakkan kubah surau sama ada di surau lama atau di masjid yang akan
dibina. Cara penyelesaian Lili, Danel dan Geetha akan mengadakan perjumpaan terbuka
dengan penduduk kampung untuk menjelaskan kepentingan membina masjid daripada
memasang kubah di bumbung surau. |
1. Peristiwa
berprasangka buruk tentang orang lain Konflik antara
Nek Kiah dengan Dahlia apabila Nek Kiah berprasangka buruk terhadap Dahlia
apabila melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya. Cara penyelesaian Dahlia hanya
mendiamkan diri semasa ditegur oleh Nek Kiah. |
2. Peristiwa
keganasan rumah tangga Konflik rumah
tangga antara Che Jah dengan suaminya,Seman. Cara penyelesaian Lili mendapatkan
bantuan Kak Mimah,pesakit datuk yang bekerja sebagai pegawai di Jabatan
Kebajikan Masyarakat untuk menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. |
2. Peristiwa
sewaktu di asrama SMK Temenggung Ibrahim Konflik antara
Dahlia dengan Cikgu Salwani yang tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama
untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital. Cara penyelesaian Dahlia bertekad
keluar dari asrama dan berulang-alik dari rumah ke sekolah. |
Soalan 15
Huraikan dua keistimewaan
watak utama sehingga menimbulkan perasaan kagum dalam diri
pembaca
(7markah)
Novel Jendela
Menghadap Jalan |
Novel Songket
Berbenang Emas |
Keistimewaan
watak utama (Lili) 1. Seorang yang penyayang Lili memenuhi permintaan ibunya agar menghabiskan cuti persekolahan di
kampung neneknya untuk membuktikan dia menyayangi ibunya. 2. Seorang yang gigih menuntut ilmu. Lili gigih mempelajari bahasa Cina sehingga berjaya menguasai bahasa
tersebut dengan baik. 3. Seorang yang bijaksana menyelesaikan masalah. Lili bijak menangani kes keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh
Seman terhadap isterinya, Che Jah dan anak-anak dengan cara menceritakan
masalah tersebut kepada Kak Mimah, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat. |
Keistimewaan watak utama (Dahlia) 1. Seorang yang bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya Dahlia bertanggungjawab menjaga makan minum abah dan adik-adiknya setelah emaknya dirawat di hospital. 2. Seorang yang menghormati tetamu yang bertandang ke rumahnya Dahlia melayan neneknya degan baik dan menghidangkan air
walaupun neneknya tidak suka akan keluarganya. Dahlia juga menghidangkan
air bujang ketika Kavita dan Najib bertandang ke rumahnya. 3. Seorang yang tabah mengharungi dugaan hidup Dahlia tabah mengharungi kehidupannya walaupun ibunya
menghidap penyakit kemurungan manakala bapanya telah dipatuk ular. |
Soalan 14
Berdasarkan dua
buah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh nilai
tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut.
(8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan |
Novel Songket Berbenang Emas |
1.Nilai
tanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Contohnya, Datuk
Lili, sebagai pengamal perubatan tradisional bertanggungjawab dalam membantu
pesakit yang datang berubat dengannya berasaskan akar-akar kayu dan
daun-daun herba. |
1. Nilai tanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya, Embong bertanggungjawab menyara kehidupan keluarganya
dengan menoreh getah dan memetik buah kelapa sawit. |
2. Nilai tanggungjawab mendapatkan rawatan untuk ibu bapa. Contohnya, Danel dan adik-beradiknya ingin mendapatkan rawatan yang
lebih baik untuk bapanya. |
2. Nilai tanggungjawab seorang guru terhadap pelajar. Contohnya, Cikgu Hisyam bertanggungjawab terhadap tugasnya sebagai
guru kelas Dahlia dengan sentiasa mengambil tahu perkembangan pelajaran dan
permasalahan anak-anak muridnya termasuk Dahlia. |
3. Nilai tanggungjawab sebagai ketua kampung. Contohnya, ketua kampung bertanggungjawab mengarahkan
penduduk-penduduk kampung supaya merobohkan pondok tempat Rafiq dan Haziq
bersembunyi. |
3. Nilai tanggungjawab seorang kakak terhadap adik-adiknya. Contohnya, Dahlia bertanggungjawab menjaga adik-adiknya sewaktu
ayahnya keluar bekerja sementara ibunya pula dirawat di Hospital Bahagia. |
4. Nilai tanggungjawab membantu orang yang dalam kesusahan. Contohnya, Lili bertanggungjawab dalam membantu menyelesaikan masalah
Che Jah yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dengan berusaha
membantunya berjumpa dengan Kak Mimah, selaku penolong pegawai di Jabatan
Kebajikan Masyarakat. |
5. Nilai tanggungjawab sesama rakan. Contohnya, Kavita bertanggungjawab untuk membantu Dahlia agar tidak
ketinggalan dalam pelajaran dengan menyalinkan nota untuk diberikan kepada
Dahlia sepanjang ketiadaan Dahlia di sekolah. |
Soalan 16
Dalam novel yang
dikaji, bahagian peleraian cerita diakhiri dengan kejayaan. Berdasarkan
novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang membuktikan kejayaan
tersebut.
( 7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan |
Novel Songket Berbenang Emas |
1. Peristiwa kejayaan Lili
menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga Che Jah. Contoh : Lili telah berjaya menyelesaikan
kemelut rumah tangga Che Jah dengan bantuan Puan Hamimah, Pegawai Kebajikan
Masyarakat. |
1. Peristiwa kejayaan Dahlia
melanjutkan pelajaran ke Jepun. Contoh : Dahlia berjaya melanjutkan
pelajaran ke Jepun walaupun terpaksa mengharungi pelbagai kesusahan seperti
kemiskinan hidup keluarga dan masalah keluarga. |
2. Peristiwa kejayaan Danel
menyiapkan artikel 'Segalanya Tentang Pisang’. Contoh : Danel berjaya menyiapkan
berbelas-belas artikel tentang pisang dalam sebuah buku. |
2. Peristiwa kejayaan keluarga Dahlia
menginsafkan Nek Kiah. Contoh: Nek Kiah yang tidak menyukai keluarga
Dahlia akhirnya insaf selepas dia dijaga oleh Dahlia dan adik-beradiknya
semasa Nek Kiah sakit. |
3. Peristiwa kejayaan Rafik dan Haziq
menyambung pelajaran. Contoh: Mereka berdua telah berubah dan insaf
dengan bantuan datuk Lili. Akhirnya mereka akan menduduki peperiksaan PMR
sebagai calon persendirian. |
3. Peristiwa kejayaan masyarakat
kampung bermuafakat dan bekerjasama semasa banjir besar melanda. Contoh : Penduduk Kampung Haji Rais telah
bemuafakat dan bekerjasama membina rumah Embong semula yang musnah akibat
banjir. Kaum wanita bergotong-royong menyediakan makanan. |
4. Peristiwa kejayaan Lili dan Danel
menyelesaikan isu kubah. Contoh: Lili dan Danel berasa amat gembira
kerana akhirnya mereka berjaya menyelesaikan isu kubah dengan mencadangkan
kubah itu diletakkan di masjid baharu yang bakal dibina. |
4. Peristiwa kejayaan hubungan Dahlia
dengan Azhari. Contoh: Dahlia dan Azhari akhirnya bertunang
walaupun menempuh pelbagai dugaan dalam perhubungan mereka. |
Soalan 17
Berdasarkan dua buah
novel yang anda kaji, huraikan satu persoalan kegigihan watak
utama yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
(8 markah
Novel Jendela Menghadap Jalan |
Novel Songket Berbenang Emas |
1.Kegigihan menyelesaikan konflik kekeluargaan Contoh : Lili gigih membantu Che Jah dan
anak-anaknya daripada terus menjadi mangsa keganasan Seman. |
1. Kegigihan dalam menuntut ilmu Contoh : Dahlia gigih menuntut ilmu walaupun
hidup dalam kemiskinan dan menghadapi masalah kekeluargaan seperti ibunya
yang sakit dan ayahnya yang dipatuk ular. |
2. Kegigihan menangani isu kubah Contoh : Lili dan Danel gigih berusaha
memberikan cadangan untuk menyelesaikan isu kubah yang menjadi konflik
penduduk kampung. |
2.Kegigihan menguruskan rumah
tangga/keluarga Contoh : Dahlia gigih memikul tanggungjawab
menguruskan adik-adiknya terutama Anggerik yang masih kecil ketika ibu dan
ayahnya dimasukkan di hospital. |
3. Kegigihan mencari rahsia jendela
menghadap jalan Contoh : Lili gigih berusaha mencari rahsia
tentang sebab-sebab kebanyakan rumah penduduk di Kampung Sentosa mempunyai
jendela menghadap jalan. |
3. Kegigihan menyelamatkan mangsa
lemas Contoh : Dahlia gigih berusaha menyelamatkan
Said anak Aton yang lemas di sungai. |
Soalan 18
Berdasarkan sebuah
novel yang anda kaji, huraikan dua persoalan yang
dipaparkan dalam novel
tersebut.
(7
markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan |
Novel Songket Berbenang Emas |
1. Persoalan masalah kepincangan rumah tangga Contoh: Che Jah dengan suaminya, Seman yang selalu memukul
anak-anak serta menderanya. 2. Persoalan keagamaan Contoh: Dalam perjuangan membina kubah surau di kampung dalam
menegakkan syiar Islam. Penduduk sanggup menolak peruntukan dari Yang
Berhormat untuk membina sebuah balai raya tetapi bersetuju untuk membina
kubah surau bagi tujuan keagamaan. 3. Persoalan persahabatan Contoh: Persahabatan antara Lili dengan Geetha yang begitu akrab
walaupun berlainan agama dan bangsa. 4. Persoalan perpaduan antara kaum Contoh: Perpaduan kaum menjadi baik seperti adanya hubungan kemesraan
yang terjalin antara masyarakat Melayu, Cina dan India. Mereka hidup aman
damai tanpa perbalahan, malah hubungan kaum ini begitu rapat antara keluarga
Geetha dan Lili. Geetha pernah bermalam di rumah Lili kerana hubungan yang
sangat mesra dan rapat. 5. Persoalan menuntut ilmu pengetahuan Contoh:Geetha merupakan seorang mahasiswa yang rajin menuntut ilmu,
juga merupakan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti
Malaya, begitu juga Lili yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke
universiti. 6. Persoalan golongan muda yang terjebak masalah dadah Contoh: Haziq dan Rafiq yang terjerumus ke dalam kancah ketagihan
dadah akibat masalah keluarga yang dihadapi. Tertekan dengan masalah keluarga
kerana ayahnya Seman begitu garang dan sering memukul anak-anaknya sehingga
menyebabkan hidup mereka tertekan. Mereka mengambil jalan mudah dengan
melibatkan diri dalam kancah ketagihan dadah. 7. Persoalan hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapa Contoh:Ibu Lili tidak berminat untuk menghabiskan masanya di kampung,
tetapi menghantar Lili ke kampung sepanjang cuti persekolahan. Ibu Lili
melanjutkan pelajaran keluar negara, terdedah dengan dunia Barat sehingga
menganggap kampung terlalu jumud. Ibu Lili juga terlalu jarang pulang
ke kampung untuk menjenguk kedua-dua ibu bapanya, menyebabkan hubungannya
menjadi renggang. 8. Persoalan hubungan manusia dengan alam sekitar Contoh: Hubungan antara manusia dengan alam sekitar seperti datuk
sangat mengambil berat tentang herba-herba yang banyak memberi jasa
kepadanya. Datuk mengenali semua herba yang boleh dijadikan ubat-ubatan. 9. Persoalan suka fitnah memfitnah dalam masyarakat Contoh: Masyarakat Melayu yang suka membuat fitnah antara satu sama
lain, yang menyebabkan keretakan dalam masyarakat akhirnya membawa
perpecahan. Cerita kubah dilarikan orang oleh beberapa wanita mengesyaki
angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal
dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka
tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. |
1. Persoalan kejayaan hasil daripada kegigihan dalam
pelajaran Contoh: Dahlia tetap mengutamakan pelajarannya dengan meminjam
nota dan bertanyakan kepada Kavita dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu
ayahnya menguruskan rumah tangga setelah ibunya di hantar ke hospital untuk
menerima rawatan. 2. Persoalan kemiskinan dalam masyarakat kampung Contoh: Dalam dunia moden hari ini, masih ada masyarakat kampung yang
masih miskin dan memerlukan bantuan untuk menjalani kehidupan.
Contohnya keluarga Embong yang masih miskin dan terpaksa berhutang dengan
Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan harian. 3. Persoalan berani bertindak dalam menghadapi situasi
yang bahaya Contoh: Embong berjaya mengalahkan ular sawa yang cuba
membelitnya sewaktu memotong kelapa sawit di ladang. 4. Persoalan keinsafan selepas menyedari kesilapan diri Contoh: Nek Kiah akhirnya insaf setelah Dahlia yang selama ini
dibencinya telah menjaga dan merawatnya ketika terlantar sakit. Begitu
juga dengan Abu Bakar yang selalu berpeleseran sehingga sanggup mencuri
kambing ayahnya berubah sikap apabila ditempelak
oleh rakan-rakannya sendiri. 5. Persoalan bantu-membantu dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh orang lain Contoh: Kavita membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan
memberikan nota pelajaran sepanjang ketidakhadirannya
ke sekolah. Najib cuba menghulurkan bantuan
kewangan semasa Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi
tempat tinggal Dahlia dan keluarganya. 6. Persoalan kepentingan ilmu bagi mengubah taraf hidup Contoh: Embong amat mementingkan pelajaran dan sering
menasihatkan anak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh.
Embong mengharapkan anak-anaknya dapat mengubah taraf hidup keluarga setelah
berjaya dalam pelajaran mereka nanti. 7. Persoalan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas Contoh: Haji Sulaiman telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai
ketua kampung dengan baik. Haji Sulaiman banyak membantukeluarga
Embong walaupun orang kampung menyisihkan mereka. Haji Sulaiman
mencadangkan agar Saleha dihantar ke
hospital untuk mendapatkan rawatan. 8. Persoalan pengamalan ilmu hitam dalam kalangan masyarakat Contoh: Penemuan dua biji telur ayam berwarna hitam yang berisi
jarum, cincin akek, butiran pasir dan dua batang paku oleh Abu Bakar di bawah
rumah mereka menunjukkan bahawa masyarakat masih mengamalkan ilmu hitam untuk
menganiaya orang lain. 9. Persoalan semangat kejiranan walaupun berlainan bangsa Contoh: Tauke Lim banyak membantu keluarga Embong yang sering
menghadapi masalah kewangan. Tauke Lim membenarkan Embong
berhutang di kedainya. Tauke Lim juga
menghulurkan RM300 untuk Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke
Jepun. 10. Persoalan pengekalan identiti bangsa dan jati diri Contoh:Azhari menghadiahkan sepasang kain songket berbenang emas
kepada Dahlia sebagai tanda kenang-kenangan dan berpesan kepada Dahlia agar
sentiasa mengingati asal-usulnya sebagai orang Melayu. |
Soalan 19
Berdasarkan dua
buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang mengandungi
unsur saspens yang terdapat dalam setiap novel
tersebut.
(8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan |
Novel Songket Berbenang Emas |
1. Peristiwa kehilangan kubah surau Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu orang yang
mencuri kubah tersebut. Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq tetapi,
sebenarnya Semanlah yang mencuri kubah tersebut. |
1. Peristiwa Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu apa akan
terjadi kepada Dahlia. Rupa-rupanya Dahlia selamat dan berjaya menjumpai Said
di dasar sungai |
.2. Peristiwa penculikan Lili Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu perkara yang
terjadi kepada Lili setelah diculik oleh Haziq dan Rafiq.Pembaca juga tertanya-tanya
sama ada Danel berjaya menyelamatkan Lili. |
2. Peristiwa Embong membawa bangkai ular sawa balik ke rumah Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya tentang
tujuan Embong membawa balik bangkai ular sawa yang telah dibunuh itu ke
rumahnya. Embong membawa balik ular itu untuk membuktikan bahawa dia mampu
menewaskan ular tersebut serta kekuatannya kepada Dahlia. |
3. Peristiwa Lili diminta untuk pulang ke kampung oleh ibunya Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya tujuan
sebenarnya ibu Lili meminta Lili pulang ke kampung datuknya seorang diri.
Sebenarnya, Ibu Lili mahu Lili rapat dengan datuk dan neneknya serta belajar
hidup berdikari. |
3. Peristiwa pertemuan Najib dan Azhari di rumah Dahlia Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya
peristiwa yang terjadi antara Najib dan Azhari apabila bersua muka pada masa
yang sama .Azhari cemburu kepada Najib dan pulang tanpa bertemu dengan
Dahlia. |
4. Peristiwa kehilangan datuk Lili Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya tentang
kehilangan datuk pada malam tersebut. Sebenarnya datuk masuk ke hutan mencari
akar-akar kayu untuk dijadikan ubat. |
4. Peristiwa Bakar menemukan bungkusan yang mengandungi dua
biji telur busuk,jarum peniti,cincin arked dan paku yang tertanam di bawah
rumah Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya orang
yang meletakkan bungkusan tersebut dan tujuan bungkusan itu diletakkan di
bawah rumah Embong. |
5. Peristiwa datuk bercerita tentang jendela menghadap jalan Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya sebab
jendela dibina menghadap jalan. Rupa-rupanya jendela menghadap jalan
merupakan satu strategi masyarakat Kampung Sentosa untuk mengintip pergerakan
tentera Jepun. |
5. Peristiwa hujan lebat telah menyebabkan paras air naik dan
bot tidak sampai ke rumah Embong untuk membawa mereka keluar dari rumahnya Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya perkara
yang akan terjadi kepada Embong sekeluarga jika bot penyelamat tidak sampai
ke rumah Embong. Sebenarnya bot penyelamat sampai sebelum paras air meningkat
ke paras bahaya. |
6. Peristiwa Che Jah tidak mesra ketika kunjungan Lili ke
rumahnya Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya sebab
Che Jah tidak mesra dengan Lili. Sebenarnya Che Jah bimbang Lili akan membuat
laporan polis atas salah laku anak-anaknya. |
6. Peristiwa keluarga Azhari lewat sampai ke rumah Dahlia pada
hari pertunangan mereka Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya punca
kelewatan tersebut. Punca sebenarnya ialah kereta mereka rosak. 7. Peristiwa Kiambang hilang terjatuh akibat tiang dapur patah
dan runtuh Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya sama ada
Kiambang selamat atau tidak. Sebenarnya Bakar telah berjaya menyelamatkan
adiknya apabila dia memegang dan menarik kayu beluti serta menarik naik
Kiambang. |
Cadangan jawapan soalan 4 (a)
Pilih salah satu novel sebagai jawapan:-
Bahagian permulaan memainkan peranan yang penting kepada pembaca untuk
meneruskan pembacaannya.
Berdasarkan sesebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab
bahagian permulaan novel itu menarik minat anda.
( SOALAN NEGERI KELANTAN)
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHANI MATDARIN |
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP |
Berdasarkan novel yang saya kaji di tingkatan empat iaitu Jendela
Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin terdapat dua sebab mengapakah
pengenalan atau permulaan cerita novel ini menarik minat saya. Pertama, Lili ingin bercuti
ke kampung datuk dan neneknya atas cadangan ibunya, tetapi sebenarnya dia
tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung dan dia berpura demi menjaga
hati ibunya. Sebenarnya, dia ingin menghabiskan cuti bersama rakan-rakannya.
Kedua, kampung datuknya
jauh dari pembangunan dan tidak seperti di bandar, dan Lili tidak begitu
mengetahui keadaan sebenar kampung datuk dan neneknya. Tambahan pula bagi
Lili tidak ada kenangan manis selama ini dikecapinya di kampung datuk dan
neneknya. Ketiga, Lili sudah biasa dengan
kehidupan selesa di bandar atau di rumah ibu bapanya. Apakah suasana di
kampung mengembirakannya Kesimpulannya permulaan cerita Novel Jendela Menghadap Jalan menarik
minat saya untuk membaca dan mengetahui cerita selanjutnya berlaku kepada
Lili di sana. Gembirakah Lili atau sebaliknya sepanjang cuti di kampung datuk
dan neneknya. |
Berdasarkan novel yang saya kaji di tingkatan lima, Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip terdapat dua sebab mengapakah
pengenalan atau permulaan cerita cerita novel ini menarik minat saya. Pertama, Dahlia
sedang bermain bola jaring di sekolah bersama-sama rakan-rakan dan pada
ketika itu dia teringatkan ibunya, Saleha yang kebelakangan ini sering bercakap
seorang diri. Kenapa dengan ibu Dahlia? Kedua Azahari, datang
berjumpa beliau dan menyatakan keluarganya akan berjumpa dengan keluarga
Dahlia untuk menentukan hubungan mereka selanjutnya. Sekali lagi pengenalan
cerita ini menarik minat saya untuk membaca apakah kesudahan hubungan Dahlia
dan Azhari. Adakah mereka akan menjadi pasangan suami isteri? Ketiga, Dahlia seorang
pelajar yang cerdik dan dihormati kawan-kawan. Beliau bakal mengambil
peperiksaan STPM. Adakah Dahlia berjaya dalam peperiksaannya dan adakah
beliau akan melanjutkan pelajarannya selepas peperiksaan STPM. Kesimpulannya
permulaan cerita Songket Berbenang Emas menarik minat saya untuk membaca dan
mengetahui cerita selanjutnya berlaku kepada Dahlia dan juga ibunya. |
good
ReplyDelete