Soalan 2(c)
- Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar
ke Melaka.” Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh
orang sertanya yang pergi. Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun
belayarlah.
Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia
pun singgah di luar kota pada kampung
segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang
banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main
segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.
Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada
orang Patih Kerma Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya
mengikut Patih Kerma Wijaya pergi menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu.
Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu
dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang pada
Laksamana; maka ia pun fikir dalam hatinya, “Dialah gerangan hulubalang Ratu
Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia
dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.”
(Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”
dalam
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Tingkatan 4
Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(i)
Berikan maksud rangkai kata singgah di luar kota. [2 markah]
(ii)
Apakah tindakan Kertala Sari setelah
sampai ke Melaka?
[3 markah]
(iii)
Laksamana ialah orang yang membunuh bapa
Kertala Sari.
Jika anda Kertala Sari, bagaimanakah anda
mahu mengalahkan Laksamana?
[3 markah]
No comments:
Post a Comment