Wednesday, October 30, 2019

SOALAN RAMALAN SPM 2019


SOALAN PASTI KELUAR SPM 2019
(a)                 Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tema dalam novel tersebut.
[7 markah]

(b)                 Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

[8 markah]
JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Tema novel ini adalah tentang kehidupan masyarakat kampung yang masih mengamalkan kehidupan tradisional namun semakin diancam arus pemodenan.

Bukti yang pertama ialah pengamal perubatan tradisional yang mengubati pesakit dengan menggunakan ubat-ubatan tradisional. Datuk menggunakan ubat-ubatan tradisional untuk mengubati Kak Mimah yang menghidapi penyakit gout. Datuk membalut kaki kiri Kak Mimah dengan campuran herba, cendawan pokok, daun sirih, daun belimbing, pegaga, dan mas cotek untuk meredakan bengkak urat. Datuk menyuruh Kak Mimah bermalam di rumahnya untuk membuat rawatan susulan iaitu mandi akar-akar kayu.

Bukti yang kedua ialah anak yang mengubati ayahnya dengan perubatan moden. Danel menyatakan kepada datuk bahawa dia ingin membawa William mencuba rawatan moden. Namun, pantang larang ketika proses rawatan tradisional telah menghalang hasrat mereka. Danel mahu ayahnya menghentikan pengambilan akar kayu dan herba sebaliknya beralih menggunakan produk kesihatan keluaran syarikat MLM. Datuk cuba mempertahankan kaedah rawatannya namun Danel tetap dengan pendiriannya menyebabkan datuk kecewa
SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Tema novel ini adalah tentang kegigihan seorang gadis dalam menempuhi berbagai-bagai cabaran dan dugaan hidup.

Bukti yang pertama ialah kegigihan cucu berhadapan dengan sikap buruk sangka neneknya. Dahlia gigih berhadapan dengan sikap buruk sangka nenek terhadap dirinya. Nek Kiah menuduh Dahlia pembawa sial dan perempuan murahan kerana membawa lelaki pulang. Apabila Nek Kiah jatuh sakit, Dahlia dan adik-adiknya menjaga Nek Kiah di hospital secara bergilir-gilir.

Bukti yang kedua ialah kegigihan anak menghadapi masalah kesihatan ibunya. Dahlia gigih menghadapi masalah kesihatan ibunya, Saleha yang bersikap kurang siuman dan terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat dan Hospital Permai di Johor Bahru untuk rawatan pemulihan. Ibu Dahlia sering bercakap sendirian dan sesekali ketawa di kebun getah dan merayau-rayau tidak tentu arah apabila menjelang senja. Masalah kesihatan ibunya ini menyebabkan Dahlia perlu memikul tanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya.

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat pelbagai peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.

Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, terdapat peristiwa kasih sayang Lili terhadap ibunya. Lili menyayangi ibunya apabila dia tidak membantah permintaan ibu yang menyuruhnya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu. Walaupun Lili tidak bersetuju dengan cadangan ibunya namun Lili terpaksa menyembunyikan perasaannya daripada diketahui oleh ibu. Lili mahu ibunya sentiasa kelihatan gembira dan Lili tidak akan membantah sebarang kata-kata ibunya kecuali ibunya menyuruh melakukan kejahatan. Lili berpura-pura tersenyum untuk menjaga hati ibunya.

Peristiwa tentang nilai kasih sayang dalam novel Tirani ialah peristiwa kasih sayang Dahlia terhadap adik-adiknya. Dahlia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Dahlia juga sanggup ulang-alik dari rumah ke sekolah semata-mata untuk memastikan adik bongsunya, Anggerik mendapat penjagaan yang sempurna sepanjang ibunya menerima rawatan di hospital. Dia juga menjaga keperluan adik-adiknya yang lain iaitu Abu Bakar, Mawar, Melati, dan Kiambang

No comments:

Post a Comment