JENDELA
MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela
Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah
novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa
pengajaran tentang keberanian dalam novel ini.
Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, pengajaran tentang
keberanian yang ditonjolkan oleh pengarang ialah kita haruslah berani bertindak untuk membantu orang yang dalam kesusahan. Danel berani bertindak
apabila pergi ke rumah usang tempat Lili dikurung oleh Rafik dan Haziq pada waktu malam sendirian.
Danel tidak membenarkan orang ramai mencari Lili kerana dia tahu tempat
persembunyian Rafik dan Haziq. Oleh sebab tindakan berani Danel itu, maka Lili
dapat diselamatkan tanpa mengalami apa-apa kecederaan.
Pengajaran tentang keberanian yang terdapat dalam novel Songket
Berbenang Emas pula ialah kita perlulah
berani bertindak agar dapat menyelamatkan orang lain. Dahlia berani terjun
ke sungai yang berkeladak dan berarus deras semata-mata untuk menyelamatkan
Said yang tenggelam di dasar sungai tanpa memikirkan keselamatan dirinya.
Seorang anak muda telah mengangkat Said ke tebing sungai lalu memeriksa jantung
Said. Nek Kiah mula mengarahkan pemuda tersebut mengangkat Said serta dibawa
keliling rumah sebanyak tujuh kali untuk memastikan Said kembali bernyawa namun
usaha tersebut gagal.
No comments:
Post a Comment