Berdasarkan sebuah
novel yang telah anda pelajari, huraikan dua
latar tempat yang melibatkan watak utama dalam novel tersebut
JENDELA
MENGHADAP JALAN
Novel yang
saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak latar tempat yang melibatkan Lili dalam novel ini.
Latar
tempat yang pertama adalah di Pekan
Sentosa. Lili turun dari bas di Pekan Sentosa sebelum meneruskan perjalanan
ke kampung datuk neneknya. Sebaik turun dari bas, Lili diikuti oleh seorang
pemuda Cina yang disangkanya cuba mengejar dirinya. Rupa-rupanya, pemuda Cina
itu ingin menyerahkan buku kepunyaan Lili yang tertinggal di dalam bas.
Latar
tempat yang kedua ialah di balai raya
Kampung Sentosa. Mesyuarat tergempar diadakan di balai raya pada pukul 10
pagi yang turut dihadiri oleh Kak Mimah dan rakannya, Nadia. Che Jah bersetuju
supaya suaminya diambil tindakan kerana dia sudah tidak tahan dengan perbuatan
suaminya. Lili memberikan cadangan agar suami Che Jah dihantar ke pusat
pemulihan akidah. Kak Mimah bersetuju dengan cadangan Lili dan kemudiannya
meminta Che Jah membuat laporan polis agar bantuan kewangan dan sumbangan dapat
disalurkan kepada keluarga Che Jah.
SONGKET
BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji ialah novel
Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak latar tempat
dalam novel ini.
Latar
tempat yang pertama adalah di Sekolah
Menengah Kebangsaan Temenggung
Ibrahim. Sekolah Menengah Kebangsaan
Temenggung Ibrahim ialah tempat Dahlia, Kavita dan Siti Wangi menuntut ilmu
sebagai murid tingkatan enam atas dan bakal menduduki STPM pada hujung tahun.
Dahlia sendiri pernah memanggil Cikgu Salwani apabila mendapati pintu pagar
sekolah telah dikunci kerana dia lewat tiba.
Latar tempat yang kedua adalah di Universiti Malaya. Dahlia telah
terpilih untuk mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama
selama empat tahun di Jepun. Sebelum itu, Dahlia diwajibkan mengikuti kursus
bahasa Jepun selama enam bulan di Universiti Malaya. Dahlia telah dipilih oleh
Jabatan Pendidikan Negeri Johor mewakili calon STPM daripada Bahagian Sri
Gading.
No comments:
Post a Comment