Thursday, October 31, 2019

KARANGAN BUDAYA BIBLIHOLISME


Sedasarwasa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini mengenai peranan ibu bapa dan pelbagai pihak dalam melestarikan budaya biblioholisme . Istilah ‘ biblioholisme ' mungkin kedengaran agak janggal bagi segelintir masyarakat Malaysia . Sudah terang lagi bersuluh , semakin menghampiri ambang 2020 , keadaan ini telah menandakan bahawa budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia semakin pupus hari demi hari . Lantaran itu , tiada ubat dan tiada penawarnya maka peranan ibu bapa dan pelbagai pihak yang konkrit , sistematik dan pragmatik  haruslah diusahakan secara berterusan agar kemelut ini dapat dibasmi sehingga ke akar umbi . Persoalannya , apakah peranan ibu bapa dan pelbagai pihak dalam merealisasikan budaya biblioholisme ?

  Bagi memulakan perbicaraan yang ingin ditujukan pada hari ini , ibu bapa seyogianya memperagakan suri teladan yang baik kepada anak-anak . Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa Melayu , “bapa borek , anak rintik " . Benar , peribahasa ini terdapat ilmiahnya . Sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap masa depan anak-anaknya , kita haruslah menunjukkan nilai teladan yang baik dan hindarilah diri daripada segala perkara yang menterjerumuskan kita ke dalam kancah negatif . Ini dapat dibuktikan bahawa sifat keperibadian anak-anak adalah bergantung kepada faktor sekeliling misalnya orang tuanya .  Contoh yang boleh diketengahkan , ibu bapa yang acap kali membaca surat khabar turut dapat dicontohi oleh anak-anak mereka bagi meluaskan horizon pemikiran mereka untuk membaca buku . Hari demi hari, budaya biblioholisme di dalam sesebuah kekeluarga dapat dipupuk serta dicontohi oleh keluarga yang lain . Oleh itu , sikap ibu bapa yang bagai enau dalam belukar , melepaskan pucuk masing-masing haruslah dielakkan bagi menghasilkan individi yang berkualiti pada masa akan datang.

 Bagi menelusuri topik ini hingga ke akar umbi , pihak sekolah wajarlah  mengadakan aktiviti membaca untuk menyuntik  semangat membaca di kalangan para pelajarnya  . Pernahkah terlintas dalam benak kita , bahawa betapa pentingnya amalan membaca ? Anak wantan pewaris bangsa kini acap kali mengadu bahawa kaedah pembelajaran di alma mater agak membosankan .  Hal ini tidak dapat dinafikan lagi bahawa kaedah pembelajaran yang ditunjuk ajar pada era globalisasi kini yang semakin mencapai kemajuannya tidak berkedudukan sama taraf . Para pelajar cenderung untuk menunjukkan sikap-sikap culasnya dengan tidur atau bergurau senda bersama-sama rakan karibnya di dalam kelas . Kajian menunjukkan kaedah pengajaran yang mujarab adalah dengan mengimplemenkan bahan belajar yang bermaterialistik bagi membentuk para pelajar yang kreatif dan inovatif daya pemikirannya . Melalui kaedah ini, kaca mata para pelajar terhadap membaca akan berubah dan beranggapan bahawa budaya membaca merupakan suatu yang menarik . Persis kata cendekiawan yang bernama Thomas Edison bahawa “Orang yang tidak mengasah mindanya dengan membaca akan terlepas banyak peluang dalam hidup. "

Jika meninjau dari skop yang lain , pihak media wajarlah menggunakan kuasa siaran mereka sebaik mungkin . Saya yakin dalam arus persada globalisasi kini , pihak media lebih mementingkan untuk mempromosikan rancangan televisyen , iklan barangan komersial dan lain-lain . Tetapi pernahkah kita terfikir impak positif jika kita mempromosi budaya membaca di kaca televisyen ?  Suntingan dan promosi merupakan dua aspek yang penting. Nescaya ini dapat memanipulasikan kaca mata setiap rakyat terhadap amalan membaca . Sesungguhnya kita tidak sepatutnya sesekali terlupa bahawa masa yang diibaratkan emas itu tidak akan berundur walaupun sedetik . Biarlah mempromosi barangan komersial secara berleluasa sekalipun , amalan membaca tidak sepatutnya dilupakan .

 Jika dilihat daripada perspektif yang lain , kerajaan turut berpotensi untuk menyemaikan semangat biblioholisme dalam setiap masyarakat . Pada hemat saya , kerajaan sepatutnya mengadakan aktiviti ‘ Membaca Sedunia ' bagi melahirkan generasi yang celik huruf dan akal untuk menerajui bumi Jalur Gemilang yg
tercinta ini bagi masa yang akan datang . Pertandingan membaca dibalas dengan ganjaran yang lumayan direkomendasikan bagi memberi memotivasi kepada anak-anak muda untuk terus berjuang . Anak wantan pewaris bangsa kini pantang jika diberi ganjaran yang lumayan . Karakteristik yang leka dan culas segara dilupakan oleh mereka semata-mata untuk memperolehi ganjaran tersebut . Kerajaan seyogianya diingatkan bahawa generasi yang bijaksana dapat menjana ekonomi negara kita setaraf dengan peringkat antarabangsa.  Peribahasa yang cocok di sebalik tadbir senario ini ialah serampang dua mata

  Perbincangan tentang mauduk peranan ibu bapa dan pelbagai pihak dalam melestarikan budaya biblioholisme telah meniti puncaknya. Amalan membaca mungkin kelihatan membosankan tetapi sebenarnya amalan inilah salah satu amalan yang mempunyai seribu satu maslahat bukan sahaja terhadap rakyatnya turut kepada negaranya  . Kita sepatutnya turut dinasihati , istilah ‘ biblioholisme ' bukan sekadar membaca . Pengajaran daripada buku tersebut seyoginya dipelajari . Tak tumbuh tak melata ,tak sungguh orang tak kata . Benarlah pepatah orang Cina bahawa “ Jika seseorang itu membaca buku tetapi tidak mengamalkan pengajaran daripada buku itu , orang itu ibarat tidak tahu membaca  ." Jangan sudah terhantuk baru terngadah . Usaha-usaha dengan penuh tekad dan iltizam haruslah dijalankan dengan segera bak kata pepatah peribahasa Melayu , biar genggam bara api sampai menjadi arang .

No comments:

Post a Comment