Thursday, October 31, 2019
BINGKAI RUMUSAN
https://drive.google.com/file/d/0B7qQ6Km2F0RCSDJPWGtzaGJlaDU3UjZJbU9wYS1SQVdMM1Rj/view?usp=sharing
KOSA KATA HOW [HIGHER ORDER WORDS] DAKAM KARANGAN SPM
Kosa Kata Tinggi Untuk Karangan Bahasa Melayu SPM
1. Ironinya,Impak -Kesannya
2. Memorabilia -kenangan manis yg x dpt dilupakan.
3. Mutakhir ini, Marcapada ini, - Dewasa ini
4. Obses - terlalu terikut-ikut
5. Rencaman -Pelbagai
6. Wadah -Alat
7. Disemarakkan -digiatkan
8. Dijana -dijalankan
9. Memperkasa -meningkatkan
10. Kekangan -masalah
11. Kemelut -masalah
12. Glokal/lokal -peringkat tempatan
13. Global -peringkat dunia
14. Sarwajagat -peringkat antarabangsa
15. Dangkal -pengetahuan yg cetek
16. Arus Modenisasi -Zaman moden
17. Diuar-uarkan -diberitahu,dihebahkan
18. Rentetan itu, -Sehubungan itu
19. Sinergi -kerjasama
20. Kebejatan moral -keruntuhan moral
21. Ukhrawi -rohani (berkenaan akhirat)
22. Duniawi - berkenaan dunia
23. Nescaya -pasti
24. Enteng -ambil mudah/ringan
25. menerjah - (cth: menerjah masuk)
26. Remeh - (cth: dipandang remeh)
27. Diimplementasikan -digunakan
28. Nirmala -Hening (pagi yg hening)
29. Izhar -Jelas
30. Delinkuen -tidak mematuhi peraturan
31. Komentar -komen
32. Polemik -isu yg sering dibincangkan
33.Penuh iltizam -penuh semangat
34. Inovasi -kemajuan
35. Mangkin yang efektif -faktor-faktor penyebab..
36. Pragmatis -praktikal
37. Menjurus -menyebabkan
38. Mengorak -memulakan (cth: mengoral langkah)
39. Seantero - seluruh (cth: seantero dunia)
40. Perencah -faktor
41. Keakraban -hubungan yg erat
42. Belenggu -konkongan
43. Berkaliber -(cth: pemimpin yg berkaliber)
44. Mercu-menempa
45. Kontemporari -masa kini
46. Utopia -masyarakat yg terlalu ideal/sempurna (tidak mungkin diwujudkan)
47. Rohaniah dan insani -nilai-nilai kemanusiaan
48. Terhunus -telah sedia tercabut (cth: keris yang terhunus)
49. Khusyuk -menumpukan perhatian
50. Nafsi -sikap mementingkan diri
51. Evasif -sikap mengelak diri drpd sesuatu tanggungjawab
52. Hedonisme -mementingkan keseronokan
53. Serampang dua mata -dasar yg mempunyai 2 objektif
54. Signifikan -bermakna atau penting
55. Meledakkan -menyebabkan terbitnya sesuatu
56 Modal insan -pembangunan manusia (cth:modal insan yg cemerlang)
57. Komitmen -memberikan sepenuh tenaga (kerjasama)
58. Prestij -reputasi (cth: anugerah yg berprestij)
59. Entiti mithali -sesuatu yg patut diteladani
60. Justifikasi -suatu alasan yg menjadikan sesuatu wajar dilakukan/diberikan
61. Darah setampuk pinang -belum ada pengalaman lagi
62. Anjakan paragdigma -perubahan yg baik
63. Altruisme -sifat suka mengutamakan kebajikan orang
64. Kendatipun begitu -walaupun begitu
65. Takuk lama -tahap lama
66. Tersohor -terkenal/termasyur
67. Sementelahan pula -tambahan pula,lebih-
lebih agi
68. Tergusur -terheret,tertarik
69. Sofistikated -bersifat kompleks
70. Mayapada -dunia
71. Luwes - tidak terlalu ketat (peraturan)
72. Memanifestasikan -melahirkan,menunjukkan
73. Arus globalisasi -Zaman global (dunia tanpa
sempadan)
73. Heterogen -pelbagai
74. Pidana -kejahatan
75. Aspirasi -cita-cita
76. Ghalibnya -biasanya,lazimnya
77. Swadaya -kekuatan sendiri
78. Uswah -teladan,contoh
79. Dominan -utama
80. Tarbiah -pendidikan
81. Menyoroti -membicarakan
82. Pasrah -menyerah
83. Kealpaan (alpa) -Kecuaian/lupa
84 Ideal -mulia
85 Berhempas pulas -berkerja keras
86. Dirangkaikan -dihubungkan
87. Mampan -mantap
88. Metropolitan -bandar raya
89. Tamsilan -contoh
90. Nescaya -sudah tentu
91. Filsafat -falsafah
92. Ideal -sempurna/sesuai
93. Petualang -penghalang
94. Efisien -menjlnkan tugas dgn cekap
95. Ruwet -kalut,kusut atau sulit
96 Mantan -bekas
97. Holistik –mulia
98.vital-penting
99. ikhtisas- mata pencarian
100. aktivis –org yg melibatkan diri
secara aktif
101. tidak bernoktah- tiada pengakhiran
102. turun padang- turuts serta
103.berintegriti-mempunyai kejujuran
104.meneroka- menyelidik
105. aroma- bau
106. alternatif- pilihan
107.vital- penting
108.pesimis-orang yang bersikap tidak yakin
akan pendirian
109.inderloka- syurga
110. teruja- timbul minat/keinginan yang kuat
KARANGAN BUDAYA BIBLIHOLISME
Sedasarwasa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat
manusia di segenap empat penjuru dunia ini mengenai peranan ibu bapa dan
pelbagai pihak dalam melestarikan budaya biblioholisme . Istilah ‘
biblioholisme ' mungkin kedengaran agak janggal bagi segelintir masyarakat
Malaysia . Sudah terang lagi bersuluh , semakin menghampiri ambang 2020 ,
keadaan ini telah menandakan bahawa budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia
semakin pupus hari demi hari . Lantaran itu , tiada ubat dan tiada penawarnya
maka peranan ibu bapa dan pelbagai pihak yang konkrit , sistematik dan
pragmatik haruslah diusahakan secara
berterusan agar kemelut ini dapat dibasmi sehingga ke akar umbi . Persoalannya
, apakah peranan ibu bapa dan pelbagai pihak dalam merealisasikan budaya biblioholisme
?
Bagi memulakan
perbicaraan yang ingin ditujukan pada hari ini , ibu bapa seyogianya
memperagakan suri teladan yang baik kepada anak-anak . Saya yakin rakyat
Malaysia mengenali peribahasa Melayu , “bapa borek , anak rintik " . Benar
, peribahasa ini terdapat ilmiahnya . Sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap
masa depan anak-anaknya , kita haruslah menunjukkan nilai teladan yang baik dan
hindarilah diri daripada segala perkara yang menterjerumuskan kita ke dalam
kancah negatif . Ini dapat dibuktikan bahawa sifat keperibadian anak-anak
adalah bergantung kepada faktor sekeliling misalnya orang tuanya . Contoh yang boleh diketengahkan , ibu bapa
yang acap kali membaca surat khabar turut dapat dicontohi oleh anak-anak mereka
bagi meluaskan horizon pemikiran mereka untuk membaca buku . Hari demi hari,
budaya biblioholisme di dalam sesebuah kekeluarga dapat dipupuk serta dicontohi
oleh keluarga yang lain . Oleh itu , sikap ibu bapa yang bagai enau dalam
belukar , melepaskan pucuk masing-masing haruslah dielakkan bagi menghasilkan
individi yang berkualiti pada masa akan datang.
Bagi menelusuri topik
ini hingga ke akar umbi , pihak sekolah wajarlah mengadakan aktiviti membaca untuk
menyuntik semangat membaca di kalangan
para pelajarnya . Pernahkah terlintas
dalam benak kita , bahawa betapa pentingnya amalan membaca ? Anak wantan
pewaris bangsa kini acap kali mengadu bahawa kaedah pembelajaran di alma mater
agak membosankan . Hal ini tidak dapat
dinafikan lagi bahawa kaedah pembelajaran yang ditunjuk ajar pada era
globalisasi kini yang semakin mencapai kemajuannya tidak berkedudukan sama
taraf . Para pelajar cenderung untuk menunjukkan sikap-sikap culasnya dengan
tidur atau bergurau senda bersama-sama rakan karibnya di dalam kelas . Kajian
menunjukkan kaedah pengajaran yang mujarab adalah dengan mengimplemenkan bahan
belajar yang bermaterialistik bagi membentuk para pelajar yang kreatif dan
inovatif daya pemikirannya . Melalui kaedah ini, kaca mata para pelajar
terhadap membaca akan berubah dan beranggapan bahawa budaya membaca merupakan
suatu yang menarik . Persis kata cendekiawan yang bernama Thomas Edison bahawa
“Orang yang tidak mengasah mindanya dengan membaca akan terlepas banyak peluang
dalam hidup. "
Jika meninjau dari skop yang lain , pihak media wajarlah
menggunakan kuasa siaran mereka sebaik mungkin . Saya yakin dalam arus persada
globalisasi kini , pihak media lebih mementingkan untuk mempromosikan rancangan
televisyen , iklan barangan komersial dan lain-lain . Tetapi pernahkah kita
terfikir impak positif jika kita mempromosi budaya membaca di kaca televisyen
? Suntingan dan promosi merupakan dua
aspek yang penting. Nescaya ini dapat memanipulasikan kaca mata setiap rakyat
terhadap amalan membaca . Sesungguhnya kita tidak sepatutnya sesekali terlupa
bahawa masa yang diibaratkan emas itu tidak akan berundur walaupun sedetik .
Biarlah mempromosi barangan komersial secara berleluasa sekalipun , amalan
membaca tidak sepatutnya dilupakan .
Jika dilihat daripada
perspektif yang lain , kerajaan turut berpotensi untuk menyemaikan semangat
biblioholisme dalam setiap masyarakat . Pada hemat saya , kerajaan sepatutnya
mengadakan aktiviti ‘ Membaca Sedunia ' bagi melahirkan generasi yang celik
huruf dan akal untuk menerajui bumi Jalur Gemilang yg
tercinta ini bagi masa yang akan datang . Pertandingan
membaca dibalas dengan ganjaran yang lumayan direkomendasikan bagi memberi
memotivasi kepada anak-anak muda untuk terus berjuang . Anak wantan pewaris
bangsa kini pantang jika diberi ganjaran yang lumayan . Karakteristik yang leka
dan culas segara dilupakan oleh mereka semata-mata untuk memperolehi ganjaran
tersebut . Kerajaan seyogianya diingatkan bahawa generasi yang bijaksana dapat
menjana ekonomi negara kita setaraf dengan peringkat antarabangsa. Peribahasa yang cocok di sebalik tadbir
senario ini ialah serampang dua mata
Perbincangan tentang
mauduk peranan ibu bapa dan pelbagai pihak dalam melestarikan budaya
biblioholisme telah meniti puncaknya. Amalan membaca mungkin kelihatan
membosankan tetapi sebenarnya amalan inilah salah satu amalan yang mempunyai
seribu satu maslahat bukan sahaja terhadap rakyatnya turut kepada
negaranya . Kita sepatutnya turut
dinasihati , istilah ‘ biblioholisme ' bukan sekadar membaca . Pengajaran
daripada buku tersebut seyoginya dipelajari . Tak tumbuh tak melata ,tak
sungguh orang tak kata . Benarlah pepatah orang Cina bahawa “ Jika seseorang
itu membaca buku tetapi tidak mengamalkan pengajaran daripada buku itu , orang
itu ibarat tidak tahu membaca ."
Jangan sudah terhantuk baru terngadah . Usaha-usaha dengan penuh tekad dan
iltizam haruslah dijalankan dengan segera bak kata pepatah peribahasa Melayu ,
biar genggam bara api sampai menjadi arang .
RAMALAN BM SPM 2019
SOALAN RAMALAN BM SPM 2019
FOKUS UTAMA (KOMSAS)
Prosa Tradisional
• Burung terbang dipipiskan lada (F4)
Puisi Tradisional
- Gurindam 12 Fasa Yg ke3 (F4)
- sang gembala kuda (F4)
- sejadah rindu (F5)
- Erti Hidup Bererti (F5)
Drama
- munsyi
- Jaket Kulit Kijang
- Berkhidmat Untuk Negara
Novel
- konflik watak & Cara Watak mengatasi konflik
- Latar Tempat
- pengajaran
- Nilai Keberanian
shuuš£, [31.10.19 23:42]
[In reply to nur ayuni ali]
budaya membacaa
nur ayuni ali, [31.10.19 23:43]
[In reply to Ihsan]
Ouh... Thanks you
RAMALAN KESALAHAN EJAAN
50 kesalahan ejaan yang popular dan selalu dibuat oleh pengguna bahasa.
1.
seringkali❌
sering kali✅
2.
acapkali❌
acap kali✅
3.
barang kali❌
barangkali✅
4.
ulangkaji❌
ulang kaji✅
5.
penguatkuasa❌
penguat kuasa✅
6.
sekaligus❌
sekali gus✅
7.
kadang kala❌
kadangkala✅
8.
mustika❌
mestika✅
9.
nanas Sarawak❌
nanas serawak✅
10.
kebanyakkan❌
kebanyakan✅
11.
kerosakkan❌
kerosakan✅
12.
kecantikkan❌
kecantikan✅
13.
dakyah❌
diayah✅
14.
Zohor❌
zuhur✅
15.
disamping❌
di samping✅
16.
menge-melkan❌
meng-e-melkan✅
17.
motorsikal❌
motosikal✅
18.
pontianak❌
puntianak✅
19.
tengahari❌
tengah hari✅
20.
aturcara❌
atur cara✅
21.
was-was❌
waswas✅
22.
sum-sum❌
sumsum✅
23.
taksub❌
taasub✅
24.
anti-dadah❌
antidadah✅
25.
Puan Hajjah Aisyah ❌
Puah Hajah Aisyah ✅
26.
pra bayar❌
prabayar✅
27.
pasca-bayar❌
pascabayar✅
28.
masaalah❌
masalah✅
29.
samada❌
sama ada✅
30.
Yang Dipertuan Agong❌
Yang di-Pertuan Agong✅
31.
mengemaskini❌
mengemas kini✅
32.
pasaraya❌
pasar raya✅
33.
gambarajah❌
gambar rajah✅
34.
lagenda❌
legenda✅
35.
catit❌
catat✅
36.
losyen❌
losen✅
37.
silaturrahim❌
silaturahim✅
39.
insya Allah❌
insya-Allah✅
40.
sanak-saudara❌
sanak saudara✅
41.
karisme❌
karisma✅
42.
kolestrol❌
kolesterol✅
43.
eskalatur❌
eskalator✅
44.
dikenalpasti❌
dikenal pasti✅
45.
efisyen❌
efisien✅
46.
mahsyur❌
masyhur✅
47.
taukeh❌
tauke✅
48.
rekacipta❌
reka cipta✅
49.
rambut kerinting❌
rambut keriting✅
50.
tuhan❌
Tuhan✅
1.
seringkali❌
sering kali✅
2.
acapkali❌
acap kali✅
3.
barang kali❌
barangkali✅
4.
ulangkaji❌
ulang kaji✅
5.
penguatkuasa❌
penguat kuasa✅
6.
sekaligus❌
sekali gus✅
7.
kadang kala❌
kadangkala✅
8.
mustika❌
mestika✅
9.
nanas Sarawak❌
nanas serawak✅
10.
kebanyakkan❌
kebanyakan✅
11.
kerosakkan❌
kerosakan✅
12.
kecantikkan❌
kecantikan✅
13.
dakyah❌
diayah✅
14.
Zohor❌
zuhur✅
15.
disamping❌
di samping✅
16.
menge-melkan❌
meng-e-melkan✅
17.
motorsikal❌
motosikal✅
18.
pontianak❌
puntianak✅
19.
tengahari❌
tengah hari✅
20.
aturcara❌
atur cara✅
21.
was-was❌
waswas✅
22.
sum-sum❌
sumsum✅
23.
taksub❌
taasub✅
24.
anti-dadah❌
antidadah✅
25.
Puan Hajjah Aisyah ❌
Puah Hajah Aisyah ✅
26.
pra bayar❌
prabayar✅
27.
pasca-bayar❌
pascabayar✅
28.
masaalah❌
masalah✅
29.
samada❌
sama ada✅
30.
Yang Dipertuan Agong❌
Yang di-Pertuan Agong✅
31.
mengemaskini❌
mengemas kini✅
32.
pasaraya❌
pasar raya✅
33.
gambarajah❌
gambar rajah✅
34.
lagenda❌
legenda✅
35.
catit❌
catat✅
36.
losyen❌
losen✅
37.
silaturrahim❌
silaturahim✅
39.
insya Allah❌
insya-Allah✅
40.
sanak-saudara❌
sanak saudara✅
41.
karisme❌
karisma✅
42.
kolestrol❌
kolesterol✅
43.
eskalatur❌
eskalator✅
44.
dikenalpasti❌
dikenal pasti✅
45.
efisyen❌
efisien✅
46.
mahsyur❌
masyhur✅
47.
taukeh❌
tauke✅
48.
rekacipta❌
reka cipta✅
49.
rambut kerinting❌
rambut keriting✅
50.
tuhan❌
Tuhan✅
LATIHAN KBAT KOMSAS SPM 2019
Cerpen Jaket Kulit Kijang(Tingkatan
4)
1.
Langkah-langkah pihak kerajaan untuk mengatasi masalah warga emas yang hidup
gelandangan?
P1
Menyediakan rumah / tempat penginapan
P2 Memberikan
pekerjaan yang sesuai
P3 Memberikan
bantuan perubatan / makanan
P4 Memberikan
bantuan kewangan
2.Cara
untuk menaikkan nama negara dalam bidang pelancongan
P1Meningkatkan
perpaduan agar tiada berlaku pergaduhan kaum
P2 Tambah
baik infrastruktur untuk kemudahan kepada pelancong
P3 Kempen
Tahun melawat Malaysia agar banyak yang datang ke Malaysia
P4 Jaringan
pengangkutan untuk memudahkan pelancong ke destinasi
3.Langkah-langkah yang patut dilakukan
sebelum melancong ke luar negara.
P1 Kenal
pasti tahap keselamatan negara tersebut.
P2 Mengetahui
adat resam dan budaya
P3
Mempelajari sedikit bahasa negara tersebut.
P4 Menukar
mata wang negara tersebut.
Cerpen Munsyi
1.
Cara-cara untuk meningkatkan semangat jati diri remaja sekarang?
P1
Memperkukuh ilmu agama
P2 Penerapan
semangat cinta akan negara / jati diri dalam mata pelajaran di sekolah
P3 Penggunaan
bahasa kebangsaan dalam komunikasi rasmi dan harian
P4 Pengajaran
tentang sejarah negara merentas kurikulum
P5 Kempen /
program semangat jati diri secara berterusan
2.Langkah-langkah
yang perlu diambil untuk mengelakkan Peristiwa 13 Mei berulang kembali?
P1Dasar / sistem pendidikan yang sama bagi semua kaum
P2 Merapatkan jurang ekonomi antara kaum
P3 Pemimpin jangan memainkan fahaman politik
P4 Peranan media menguar-uarkan kepentingan perpaduan.
Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil(Tingkatan
5)
1.Faedah-faedahnya jika kita menguasai
lebih daripada satu bahasa?
P1Menambahkan / meluaskan ilmu pengetahuan
P2 Mudah berhubung / berkomunikasi dengan orang lain
P3 Meningkatkan keyakinan ketika berada di khalayak
P4 Mudah mencari / memahami maklumat daripada sumber lain
2. Untuk mengelakkan negara kita dijajah
oleh kuasa asing semula?
P1Kerajaan menyediakan pertahanan negara yang kuat daripada ancaman
musuh
P2 Rakyat perlu mengekalkan perpaduan / saling menghormati antara kaum.
P3 Rakyat rela bersedia
menyumbang tenaga demi keselamatan negara.
P4 Pihak sekolah menyemai semangat cinta akan negara kepada para pelajar
(kokurikulum)
Cerpen Hipertensi
1.Insentif-insentif
untuk mengembangkan potensi murid-murid yang cerdik seperti Aiman Aqil?
P1Menawarkan
peluang belajar di Permata Pintar Negara.
P2 Memberikan
biasiswa khas untuk menyambung pelajaran di universiti-universiti
terkemuka di
dalam dan luar negara.
P3 Memberi
peluang kepada mereka untuk mendalami bidang yang diminati.
P4 Menawarkan
laluan terus untuk menamatkan zaman persekolahannya lebih awal (lompat kelas)
Drama Khidmat Negara
(Tingkatan 4)
1.Usaha-usaha
meningkatkan semangat patriotik generasi muda selain menyertai PLKN?
P1 Ibu bapa
membawa anak-anak menyertai Sambutan Bulan Kemerdekaan.
P2 Ibu bapa
membawa anak-anak melancong / melawat tempat bersejarah.
P3 Kerajaan
melancarkan kempen kesedaran tentang kepentingan semangat patriotik.
P4 Media
massa menyiarkan rancangan / filem / drama / dokumentari bertemakan semangat
patriotik.
2.
Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memartabatkan bidang kesusasteraan
tanah air
P1 Pihak Kementerian Pendidikan
memperkasakan subjek kesusasteraan di peringkat sekolah
P2Guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran .
P3 Sekolah menjemput tokoh sastera untuk berkongsi ilmu
pengetahuan/pengalaman.
P4 Pihak kerajaan mempergiat kempen mempelajari bidang kesusasteraan.
3.Cara
media massa memupuk rasa cinta terhadap budaya warisan.
P1 Banyak menyiarkan hasil penulisan budaya warisan
P2 Banyak menayangkan rancangan berunsurkan budaya warisan
P3 Mengadakan kempen cintai budaya warisan
P4 Mewujudkan laman sosial berkaitan budaya warisan.
4. Tindakan ibu Aiman memastikan Aiman tidak berasa terus diabaikan oleh
ahli keluarganya.
P1
sediakan makanan untuk Aiman/makan bersama-sama
P2
bertanyakan /membincangkan / menyelesaikan masalah yang dihadapi
P3
beribadat/bersolat bersama-sama
P4
beri hadiah/pujian atas kejayaan Aiman
5.Kebaikan
melaksanakan program PLKN mengikut acuan
sendiri
P1 remaja bangga akan negara
sendiri/ menghargai negara
P2 memupuk jati diri yang
kental/identiti negara
P3 melahirkan remaja yang berdisiplin/bersahsiah terpuji
P4 sanggup berjuang mempertahankan
negara
6.Langkah-langkah
memastikan remaja terus berminat menyertai PLKN
P1 jangka masa latihan sesuai/tidak terlalu lama
P2 aktiviti riadah/sukan yang menyeronokkan / sesuai dengan
remaja/sukan lasak
P3 kemudahan kem yang sentiasa
selesa/kondusif/lengkap
P4 elaun yang tinggi
Drama Bukan Gila(Tingkatan 5)
1.Tindakan-tindakan
menangani masalah kemurungan dalam kalangan murid sekolah?
P1.Guru
kaunseling untuk mengenal pasti murid-murid yang murung dengan memberikan
rawatan awal.
P2
Mengelakkan kes buli dalam kalangan murid.
P3
Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolah yang melibatkan kes kemurungan.
P4
Menggalakkan murid-murid terlibat dengan kegiatan kokurikulum / perkhemahan /
aktiviti kokurikulum / bersukan.
2.Cara-cara membantu rakan yang sakit
di sekolah
Pl
memberitahu guru bertugas bertugas
P2 Menelefon
ibu bapa /penjaga rakan
P3 Menghantar
ke bilik sakit
P4Membuat
panggilan kecemasan/ambulans
3. Ciri-ciri
ibu bapa yang bertanggungjawab
P1 -
Mengambil berat hal anak-anak
P2 -
Menyediakan keperluan hidup anak-anaknya
P3 - Memberi
kasih sayang kepada anak-anak
P4 -
Meluangkan masa bersama dengan anak-anak
4. Cadangkan untuk menangani tekanan yang
dihadapi oleh mereka dan alasannya.
P1Cadangan:
riadah jasmani. Alasan: dapat menjadikan sistem pernafasan kita juga dapat berjalan dengan lancar.
P2 meluahkan
perasaan kepada sahabat karib .Sahabat karib boleh memberikan bantuan .
P3Melihat
segala masalah itu dari segi positif .Menerima masalah itu sebagai panduan
dalam kehidupan .
2.Langkah-langkah pihak sekolah bagi
menangani masalah ponteng?
P1Guru-guru
memberi kesedaran tenang keburukan ponteng / kepentingan datang ke sekolah.
P2 Pihak
berkuasa / PIBG memantau lokasi-lokasi yang menjadi tempat pelajar ponteng.
P3 Guru / kaunselor
berkunjung ke rumah murid yang ponteng sekolah memberikan khidmat kaunseling.
P4 Pihak
sekolah sentiasa memberitahu ibu bapa perihal kehadiran murid.
Prosa Tradisional Kepimpinan
Melalui Teladan (Tingkatan 4)
1.Perbuatan
ibu Kertala Sari menceritakan kisah kematian suaminya kepada Kertala Sari
adalah wajar.
P1Kerana yang
meninggal dunia itu ialah ayah Kertala Sari
P2 Kerana dia
tidak mahu disalahkan oleh ayahnya
P3 Kerana dia
mahu anaknya tahu perkara yang sebenarnya berlaku
P4 Supaya anaknya
dapat melakukan sesuatu tindakan
2.
Kita perlu melakukan perancangan sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan?
P1Sebagai
persediaan awal
P2 Berjaya
dilaksanakan
P3 Kurang
risiko
P5 Dapat
mengenal pasti masalah yang bakal dihadapi
3.Langkah
yang boleh dilakukan untuk mengelakkan masalah kecurian daripada berleluasa?
P1Mengadakan
kawalan / rondaan ketat oleh pihak berkuasa
P2
Menguatkuasakan undang-undang terhadap pesalah yang mencuri
P3 Menyimpan
barang berharga di tempat yang selamat seperti bank dan mempunyai nombor
kawalan
P4
Memperhebat kawalan Rukun Tetangga
4.Kesan
wujudnya keamanan di dalam negara?
P1Kestabilan
politik
P2 Ekonomi /
taraf hidup meningkat
P3 Menarik
pelabur asing / pelancong
P4 Masyarakat
hidup sejahtera / harmoni
P5 Menaikkan
imej negara di mata dunia
5.Baginda
menitahkan kegiatan kecurian itu diatasi dengan segera?
P1Masyarakat
dapat meneruskan kehidupan dengan tenang
P2 Tidak
berlaku banyak kehilangan harta benda
P3 Pemilik
harta benda tidak berada dalam kerugian
P4 Moral
masyarakat setempat dapat ditingkatkan
6.Tidakan
yang wajar dilakukan oleh Temenggung untuk menangani masalah kecurian .
P1Memperkemas
sistem kawalan keselamatan
P2
Melengkapkan sistem kawalan yang lebih canggih di setiap premis perniagaan dan
kediaman.
P3 Melatih
pengawal keselamatan yang bertugas dalam pelbagai ilmu seni mempertahankan
diri.
P4
Menguatkuasakan undang-undang terhadap pesalah.
7.Sebab
seseorang itu sanggup menggadaikan nyawanya untuk kebahagiaan orang lain?
P1Membuktikan
kesetiaannya / kasih sayangnya / perasaan cinta yang tidak berbelah bahagi
P2
Membuktikan kehebatannya menewaskan sesiapa sahaja tanpa perasaan gentar
P3
Membuktikan pengorbanan yang sanggup dilakukan
8.Sebab Patih Gajah Mada menyempurnakan
pesanan ayah Kertala Sari kepada Kertala Sari.
P1Patih Gajah
Mada seorang yang amanah.
P2 Patih
Gajah Mada ingin membela nasib Kertala Sari yang kematian ayah
P3 Patih
Gajah Mada mahu Kertala Sari mendapat haknya
9. Adakah
anda akan bertindak membahagikan harta tersebut kepada orang lain
Ya
P1Harta
tersebut dibahagikan kepada orang yang lebih memerlukan dan berjasa
P2merupakan
tugas Laksamana dalam menjaga keselamatan
dan keamanan .
Tidak
P1Harta
tersebut boleh digunakan untuk tujuan dan kerja kebajikan lain
P2Harta
tersebut boleh digunakan untuk hal-hal kecemasan
10.Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun
tiada diambil oleh Laksamana.” Pada pendapat anda, mengapakah Laksamana berbuat
demikian
P1 Laksamana
seorang yang berharta/kaya
P2 Laksamana
bersikap murah hati/membantu orang-orangnya yang susah/orang miskin
P3
Mengekalkan pengaruh
P4 Menjaga
maruah sebagai pemimpin/nama baik/imej
11. Kelebihan
bersedekah :
P1 Melahirkan
rasa syukur / tanda penghargaan
P2 Menjaga hubungan
dengan pengikutnya
P3
Mendekatkan diri kepada agama/Terhindar dari sifat kedekut
12 Cara mahu mengalahkan Laksamana:
P1 Mengkaji
kekuatan/ kekuatan Laksamana sebelum pergi ke Melaka
P2 Berguru
dengan orang yang lebih bijak/ berilmu/
berpengalaman
P3 Mencari
perkara yang boleh mengganggu emosi Laksamana
P4 Meminta
bantuan/bekerjasama daripada pihak lain untuk mengalahkannya
Prosa Tradisional Burung
Terbang Dipipiskan Lada (Tingkatan 5)
1.Tindakan
Tun Perak mengarahkan orang-orangnya membawa anak isteri bersama-sama untuk
berperang?
Wajar:
P1
Bersemangat juang tinggi
P2
Keselamatan anak isteri terjamin
P3 Sebagai
tanda taat setia rakyat kepada raja
P4
Mengeratkan ikatan kekeluargaan
Tidak wajar:
P1
Keselamatan anak isteri terancam
P2
Membebankan / menyusahkan untuk melaksanakan tanggungjawab kepada raja
P3 Kos
perbelanjaan meningkat
P4 Isteri
bertanggungjawab menguruskan rumah tangga bukannya ke medan perang
2.Tindakan-tindakan
untuk membalas jasa Sidi Arab yang telah berjaya membunuh Cau Pandan?
P1Memberi
hadiah / sepersalinan pakaian
P2 Memberi
gelaran / anugerah
P3 Melantik
sebagai pembesar istana / memberi jawatan
P4
Mengahwinkannya dengan puteri atau kerabat diraja
3.Kesan-kesan
buruk kepada negara sekiranya pemimpin tidak bermuafakat?
P1Sepanjang
masa dihabiskan untuk membina pengaruh
P2 Tiada masa
untuk urusan pentadbiran
P3 Pemimpin
yang baik / jujur mungkin kecundang
P4 Berlaku
banyak penyelewengan
4.Kepentingan
khidmat pakar dalam sistem pertahanan sesebuah negara?
P1Mampu
merancang strategi pertahanan
P2 Mengemas
kini sistem persenjataan
P3 Menaik
taraf sistem radar keselamatan
5.Tindakan
sesuai yang boleh diambil jika rakyat mengadukan pelbagai masalah kepada anda.
P1Memberikan
nasihat yang sesuai
P2 Mengajak
berbincang
P3
Menyuruhnya merujuk kepada pihak-pihak yang berkenaan
P4
Menyerahkan kepada pemimpin lain untuk tindakan seterusnya
6.Ikhtiar
seseorang perintah untuk mengelakkan negaranya terlibat dalam peperangan.
P1Mengadakan
rundingan dengan negara terlibat .
P2 Mengadakan
hubungan diplomatik dengan negara jiran untuk memastikan hubungan baik terjalin
P3 Mengadakan
perjanjian damai supaya tidak ada negara yang memulakan persengketaan .
P4 Mengadakan
usaha sama dalam pelbagai bidang untuk memajukan negara masing-masing
7.Sesebuah
negara perlu mempunyai pemimpin yang bijaksana dan adil?
P1Untuk
memastikan keharmonian dan perpaduan rakyat
P2 Untuk
mengekalkan keamanan dan kemerdekaan negara daripada ancaman musuh
P3 Untuk
mengangkat imej negara sebuah negara yang maju dan berdaya saing di peringkat
antarabangsa.
8.Kesan buruk
jika berlakunya peperangan dalam sesebuah negara?
P1Meragut
ribuan nyawa manusia yang tidak berdosa .
P2 Kemusnahan
harta benda masyarakat setempat
P3
Peningkatan pelbagai masalah sosial
P4 Krisis
makanan akan terjejas dengan teruk
9. Sikap bertanya wajar diamalkan.
P1Dapat menyelesaikan
masalah yang dihadapi
P2Mengikis
sikap negatif dalam diri
P3Mengelakkan
berlaku perkara buruk
P4.Wujud rasa
hormat orang lain terhadap kita.
10.Cara-cara yang perlu dilakukan untuk
mengukuhkan ikatan perkahwinan setiap
pasangan
P1
hormat-menghormati antara pasangan
P2 Rujuk
kaunselor sekiranya menghadapi masalah
dalam rumah tangga
P3
Berkomunikasi secara berkesan
P4 Beriadah /
melancong / bercuti / berekreasi bersama-sama
11.Raja sering diagung-agungkan oleh
rakyat.
P1lambang
kedaulatan negara
P2 - ketua
negara
P3 -
berketurunan bangsawan
P4 -
berkuasa/ berpengaruh
12.Terima atau tidak tawaran untuk
membunuh Laksamana
Setuju
P1ingin
membalas dengan kematian bapa
P2menunjukkan
kesetiaan kepada perintah raja
P3menguji
kepahlawanan diri
Tidak Setuju
P3membunuh
ialah satu dosa besar
P4tidak elok
berdendam kepada orang lain
P5Laksamana
tidak bersalah dan hanya menjalankan tugas
Sajak Aku Membaca Lagi
1.Langkah-langkah
berkesan untuk memantapkan kedaulatan bahasa Melayu
P1Menjadikan
syarat lulus dalam peperiksaan
P2 Menjadikan
mata pelajaran wajib di semua institusi pendidikan
P3 Kempen
Cintai Bahasa Melayu
P4 Dijadikan
syarat dalam pengambilan pekerja
2.Segelintir remaja kini tidak
menggunakan bahasa Melayu yang betul semasa berkomunikasi
P1Malu untuk
menggunakan bahasa Melayu
P2Trend
remaja kini yang menggunakan bahasa slanga
P3Latar
belakang keluarga / pengaruh keluarga yang menggunakan bahasa asing / dialek daerah / negeri
P4Terpengaruh
oleh rakan / media massa / rancangan televisyen / artis pujaan
3. Peranan anda mengelakkan kemusnahan
alam sekitar
P1Mengelakkan
pembakaran terbuka
P2Tidak
membuang sampah ke dalam sungai
P3Tidak
menggunakan beg plastik ketika membeli –belah
P4Menyertai
aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan.
Sajak Sang Gembala Kuda
1.Langkah-lanhkah untuk memajukan sukan
berkuda
P1 Kerajaan mewujudkan kompleks sukan berkuda negara
P2Persatuan
Berkuda diaktifkan
P3Kerajaan
menyediakan dana mencukupi untuk sukan ini.
P4Atlet sukan
berkuda perlu menjalani latihan intensif
Sajak Gelanggang
1.Kepentingan-kepentingan
hidup bersatu padu kepada sesebuah negara.
P1Negara
menjadi aman dan damai
P2 Rakyat
hidup sejahtera dan harmoni
P3 Negara
bertambah maju dan cemerlang
P4 Program
pelancongan berjaya dan berkesan
2.Usaha dilakukan untuk mewujudkan
negara yang harmoni.
P1 Perpaduan
kaum dieratkan
P2Sikap
toleransi antara kaum dipupuk
P3Sikap cinta
akan negara oleh setiap warganegara ditingkatkan.
3.Usaha-usaha pelbagai pihak untuk
mempertahankan kemerdekaan negara
Pl kerajaan
mengadakan kempen kesedaran semangat mempertahankan negara.
P2 ibu bapa
hendaklah mendidik anak-anak sejak kecil lagi
P3 media
massa menyiarkan rancangan menaikkan semangat rakyat
P4 pihak
sekolah mengajarkan murid-murid tentang kepentingan mempertahankan kemerdekaan
negara .
SAJAK SEJADAH RINDU
1.Kesan-kesan
positif apabila seseorang itu menginsafi kesalahan yang telah dilakukan?
P1Tidak
mengulangi kesalahan / sentiasa berhati-hati dalam tindakan
P2 Berazam
menjadi orang baik / mendekati diri dengan Tuhan / sentiasa bertaubat
P3 Memperoleh
ketenangan jiwa
P4 Mendapat
ramai sahabat / dihormati masyarakat
2.Taubat
wajar dilakukan dalam kadar segera?
P1Menimbulkan
keinsafan dan rasa syukur
P2 Tidak
mengulanginya lagi kerana jika lambat bertaubat
P3 Masyarakat
menaruh kepercayaan semula kepada kita
SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
1.Cara
seseorang anak menghormati dan menyayangi ibu bapa.
P1Mendengar
nasihat ibu bapa
P2 Belajar
bersungguh-sungguh
P3 Tidak
memalukan / menjaga maruah ibu bapa
P4 Bertutur /
bercakap dengan sopan
P5 Memberikan
hadiah / penghargaan sempena hari istimewa
2.Anak-anak
yang jarang-jarang menziarahi ibu bapa mereka?
P1Sibuk
dengan tugas / pekerjaan masing-masing
P2 Menganggap
ibu bapa menyusahkan
P3 Tiada masa
/ tidak cukup masa
P4 Tinggal
jauh
3.Aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan oleh warga tua
supaya kehidupan mereka lebih berkualiti?
P1Aktiviti
kemasyarakatan seperti membantu orang susah dan bergotong-royong
P2 Aktiviti
keagamaan seperti menghadiri kelas agama
P3 Aktiviti
riadah seperti bersenam dan berkebun
4.Tindakan-tindakan yang perlu
dilakukan untuk berbakti kepada ibu bapa
P1menziarahi
ibu bapa
P2menjaga
kebajikan ibu bapa
P2meraikan
hari istimewa ibu bapa seperti hari lahir dan hari ulang tahun perkahwinan
P3mengajak
ibu bapa melancong / menunaikan umrah atau haji
P4memberi
wang / hadiah kepada ibu bapa
SAJAK KUDUP PERANG
1. Kita perlu
menghargai jasa-jasa pahlawan.
P1Pahlawan
telah banyak berjasa kepada rakyat, masyarakat dan negara .
P2 Pahlawan
telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan kudrat .
P3 Pahlawan
telah menumpaskan musuh-musuh negara .
P4 Pahlawan
telah menjaga dan mengawasi sempadan negara daripada dicerobohi oleh musuh .
SYAIR BIDASARI
1.Sebagai
rakyat yang prihatin, apakah sumbangan anda kepada mangsa yang ditimpa bencana?
P1Bantuan
kewangan
P2 Bantuan
ubat-ubat, makanan dan pakaian
P3 Sokongan
moral iaitu khidmat kaunseling
P4
Perlindungan keselamatan kepada mangsa bencana
2. Persediaan
yang perlu dilakukan untuk menghadapi musibah tidak disangka-sangka.
P1Orang ramai
perlu menguasai ilmu tentang sesuatu
musibah yang pernah berlaku di negara-negara lain.
P2 Pihak
kerajaan menyediakan alat kawalan keselamatan /alat penggera di kawasan yang
berisiko
P3 Pihak
kerajaan menyediakan kawasan penempatan baharu yang lebih tinggi dan selamat.
P4 Media
massa menyebarkan maklumat keselamatan kepada masyarakat .
GURINDAM Puisi Tradisional(Gurindam Dua
Belas) Fasal yang Ketiga
1. -Kebaikan-kebaikan memelihara tutur
kata:
P1sentiasa
dihormati / disegani
P2 dapat
berbicara / berhujah dengan baik
P3 tidak
dipulaukan oleh masyarakat
P4 tidak
menimbulkan perbalahan
SYAIR BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
1.Pada
pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan
P1Mewujudkan
kelas / sekolah / institut kemahiran pertukangan
P2 Melantik
pakar yang sedia ada sebagai jurulatih / penasihat
P3 Kemahiran
seni bina didokumentasikan / dibukukan
P4 Mengadakan
pertandingan berkaitan dengan kemahiran pertukangan
2. Ciri-ciri rumah yang selesa
P1- kemudahan
asas yang lengkap
P2- mempunyai
ruang yang luas
P3-
persekitaran yang bersih
P4- mudah
memperoleh capaian Internet
3. Sesebuah istana dibina dalam keadaan
yang mewah dan indah.
P1 Untuk
membezakan taraf/status antara raja dengan rakyat
P2 Untuk
menunjukkan kekukuhan ekonomi negara
P3 Menjaga
imej/maruah raja
P4 Sebagai
lambang/mercu tanda sesebuah negara
4.Apakah kepentingan-kepentingan memelihara
bangunan lama
P1
Dapat dijadikan bukti yang kukuh tentang peristiwa yang berlaku / sejarah bangunan lama
P2
Dapat menjadi teladan/iktibar kepada masyarakat tentang jasa para pejuang
P3
Banyak memberi manfaat dari sudut pelancongan
P4
Sebagai sumber rujukan seni bina bangsa
5.Punca-punca seni ukir kurang diminati
oleh generasi muda:
P1 Kurang /
tiada pendedahan sejak kecil
P2
terpengaruh oleh gaya hidup moden
P3 kurang
penganjuran pertandingan seni ukir
P4 tiada
bantuan daripada pihak kerajaan
Subscribe to:
Posts (Atom)