Thursday, August 13, 2015

LATIHAN JENIS-JENIS AYAT

TATABAHASA

(Jenis-jenis Ayat)

Empat jenis ayat terdapat dalam Bahasa Melayu yang ditentukan oleh intonasi atau lagu bahasa serta tujuan penuturannya.


1. Ayat Penyata
Menyatakan sesuatu hal.
 Abdullah sedang tidur.
 Norlia membeli makanan dari kedai itu.
 Musa menjadi pegawai polis
.

2. Ayat Tanya

- Ayat tanya dengan kata tanya.
- Ayat tanya tanpa kata tanya

Menanyakan sesuatu hal dan ayatnya diakhiri dengan tanda tanya.
( ? )
Ayat tanya dengan kata tanya
 Apa benda itu?
 Siapakah yang patut saya temui.
Ayat tanya tanpa kata tanya
 Rumah kamu di Melaka?
 Kamal ke Langkawi?

3. Ayat Perintah
a. Ayat suruhan
b. Ayat larangan
c. Ayat silaan
d. Ayat permintaan

Memerintah seseorang untuk melakukan sesuatu

Ayat suruhan
 Engkau tunggu dia di sini
Ayat larangan
 Jangan tidur di sini
Ayat silaan
 Silalah makan dahulu.
Ayat permintaan
 Harap jangan berhenti di sini.

4. Ayat Seru

Melahirkan perasaan dan ayatnya diakhiri dengan tanda seru ( ! )
 Aduh, bisanya!
 Wah, tingginya bangunan itu!

latihan
Tentukan jenis ayat di bawah :
1.Aduh, sakit kakiku ini
2.Mangsa kemalangan itu telah dihantar ke hospital.
3.Harap hadirin bersabar seketika.
4.Bilakah tarikh perkahwinan Badrul?
5.Leornardo Da Vinci merupakan pelukis potret Monalisa.
6.Kampung saya bernama Kampung Aman.
7.Biarkan sahaja mereka bermain di situ .
8.Hebatkah Panglima Hitam berbanding Panglima Jali ?

LATIHAN 2
Tukarkan ayat penyata di bawah kepada ayat tanya tanpa mengubah maksud asalnya .

(i) Ibu bapa perlu sentiasa memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada ada anak – anak agar mereka tidak berasa tersisih.
(ii) Majalah ini diterbitkan di New York.
(iii) Kita perlu bersenam sekurang – kurangnya seminggu sekali.
(iv) Syarikat telekomunikasi itu kepunyaan Dato’ Malik.
(v) Mereka berlepas ke Mekah petang tadi.

LATIHAN 3
Baca ayat – ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti ayat – ayat tersebut dan klafikasikannya sama ada ayat – ayat itu ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan, atau ayat permintaan.
(i) Awak siapkanlah kerja itu sekarang.
(ii) Tidak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi.
(iii) Sila buat laporan tentang kejadian tersebut di balai pilis yang berdekatan.
(iv) Tolong hantar jawapan sebelum hari Sabtu.
(v) Engkau tunggu dia di rumah.

LATIHAN 4
Baca ayat – ayat di bawah ini dengan teliti. Klafikasikan ayat – ayat tersebut kepada jenis – jenis ayat utama dalam bahasa Melayu.

(i) Mulai saat ini usahlah engkau pedulikan aku lagi.
(ii) Amboi, cantiknya baju baru awak !
(iii) Mengapakah awak muram saja hari ini?
(iv) Pihak Kastam berjaya menumpaskan satu sindikit penyeludupan beras semalam.
(v) Pokok di hadapan sekolah itu telah ditebang oleh Pak Maon.

LATIHAN 5
Baca ayat di bawah dengan teliti. Klasifikasikan ayat–ayat tersebut kepada jenis-jenis ayat utama dalam bahasa Melayu.
(i) Mengapakah manusia sering mengabaikan kebersihan?
(ii) Syabas, engkau telah menang!
(iii) Tolong selesaikan tugasan ini.
(iv) Negeri Johor memang terkenal dengan tarian kuda kepang.
(v) Dengan siapakah anak En. Malik berkahwin?

LATIHAN 6
Bina satu ayat dengan menggunakan jenis ayat yang diberikan.
(i) Ayat tanya
(ii) Ayat seru
(iii) Ayat perintah
(iv) Ayat penyata
(v) Ayat tanya dengan kata tanya

LATIHAN 8

Tukarkan ayat tanya kepada ayat penyata tanpa mengubah maksud asal.
(i) Di manakah Norlia membeli pakaian tadi?
(ii) Surat itukah yang dibaca oleh Ahmad?
(iii) Puan Mariam suri rumah?
(iv) Siapa gurunya?
(v) Manakah yang dipilih olehnya?
LATIHAN 9

Kenal pasti jenis ayat – ayat di bawah dan nyatakan jenisnya.

(i) Tikus semakin banyak di bendang Pak Samad kerana hanya padinya sahaja yang menjadi pada tahun ini.
(ii) “Mengapa kamu tidak dating ke padang permainan semalam?” tanya Afiq kepada Adib.
(iii) “Cepat buka pintu ni! Ada anjing gila kat luar rumah,”jerit adik.
(iv) “Wah pandainya awak lukis kain ini!’’ puji samad kepada Wati.
(v) “Tolong buka kasut setiap kali masuk perpustakaan,” kata pengawas itu.

2 comments: