USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN
TRADISIONAL
Pendahuluan
·         Bertepatan
dengan peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, Malaysia kini berhadapan
dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada  pembangunan
yang pesat.
·         generasi
muda hari ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer sehingga
melupakan permainan tradisionali.
·         permainan
tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih  daripada arus
perdana kehidupan masyarakat.
·         Adakah
kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek
peredaran zaman yang berlaku?
·         sebelum
nasi menjadi bubur, semua pihak  perlu mencari pendekatan yang pragmatik
bagi meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita
·         bersesuaian
dengan kata peribahasa  di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
·         Prakarsa
yang berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut diusahakan
secara bersungguh-sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di nusa
tercinta ini.
1.     Ibu
bapa
·         pihak
yang paling dominan berperanan memperkenalkan permainan tradisional kepada
generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka
·         kerana
kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang membesar.
·         Ibu
bapa perlu  mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka
sejak kecil
·         bertepatan
dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi
tujuan memupuk minat  bermain permainan tradisional.
·         membelikan
anak-anak mereka permainan tradisional sebagai hadiah
·         menganjurkan
pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga
·         memberikan
peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba
bermain permainan tradisional seperti congkak, menaikkan layang-layang dan
bermain gasing
·         akan
mempopularkan sesuatu permainan tradisional serta
·         mengeratkan
lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga,
·         bak
kata peribahasa sambil menyelam minum air.
2.     pihak
kerajaan
·         Kementerian
Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional sebagai satu
daripada kegiatan kokurikulum di sekolah
·         pihak
sekolah menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional
seperti Kelab Budaya Bangsa
·         pelajar
boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain dan mengetahui syarat-syarat
bermain sesuatu permainan tradisional.
·         pelajar
akan berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut.
·         penting
kerana mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa
serta mewarnai masyarakat masa hadapan
·         Bertepatan
dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka iltizam pihak sekolah
amat dituntut
·         agar
pelajar dapat bergiat aktif mempopularkan permainan tradisional
·         di
samping mengurangkan sedikit tekanan menghadapi peperiksaan.
3.     mengadakan
pelbagai kempen cintai permainan tradisional
·         Kempen
ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara
terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik
seperti akhbar dan televisyen.
·         Pihak
media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan
permainan tradisional di negara kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain
·         memperkenalkan
sejarah dan cara bermain
·         pihak
media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan permainan
tradisional kepada masyarakat dan Negara
·         Pelbagai
aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan mengarang,
pameran,  peraduan melukius poster dan lain-lain lagi
·         permainan
tradisional boleh menjadi popular di merata-rata tempat bersesuaian dengan kata
peribahasa seperti pegaga tumbuh melata.
·         pasti
permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya kepada generasi baru.
4.     Pertukaran
budaya dengan Negara luar
·         pelajar
dari luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang bermain pelbagai
permainan tradisional di sini
·         Apabila
pulang mereka akan mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga permainan yang pernah
mereka mainkan di sini.
·         nama
Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh
berbangga
·         yang
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
·         agensi
pelancongan yang bertindak sebagai medium penyebar maklumat untuk
memperkenalkan permainan tradisional kepada pelancong asing
·         agensi
pelancongan boleh mengurus aktiviti seperti bermain gasing, galah panjang dan
teng-teng di tempat penginapan pelancong asing
·         membuatkan
para pelancong  terhibur sekali gus
·         berminat
dengan acara-acara yang disediakan dan
·         ingin
datang kembali ke Malaysia
·         pertukaran
budaya antara negara dan peranan agensi pelancongan mampu menjadi platform
dalam usaha kerajaan mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat
luar.
5.     penganjuran
pelbagai bentuk pertandingan
·         semua
pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan
ukhwah antara mereka
·         kerana
sebagai fitrah manusia,  segelintir masyarakat  memang suka
bertanding untuk mendapatkan sesuatu
·         Agensi-agensi
kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung
dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis
·         menganjurkan
pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan
hinggalah ke peringkat antarabangsa
·         contoh
yang terbaik ialah penganjuran Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir
Gudang , Johor  oleh kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pelbagai badan
korporat.
·         pertandingan
layang-layang tersebut  berjaya menarik peminat-peminat permainan
layang-layang dari seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian.
·         penganjuran
pelbagai pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisional sekali gus
mempromosikan industri pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara
Penutup
·         semua
etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka terus lenyap di muka
bumi kerana warisan tersebut ialah  khazanah dunia yang tidak ternilai
harganya.
·         kita
tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang
melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita.
·         Kita
amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada
setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang
mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang
·         setiap
anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan menghadapi semangat
habis kapak berganti beliung untuk merealisasikan impian
negara tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia Boleh!
No comments:
Post a Comment