Koleksi bahasa kiasan (Bidalan dan Pepatah)
BIDALAN
1. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak [jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha]
2. Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi
lumut [Seseorang yang sering
bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan]
3. Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa
gembira]
4. Berbual di alang, belayar di luar musim [Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai]
5. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam
dengar-dengar [Perlu berhati-hati
apabila memperkatakan sesuatu]
6. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat [Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak]
7. Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak [Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap]
8. Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian [Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian]
9. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman
orang [Membetulkan kesalahan
sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain]
10. Bertanjak baharu tinjau [Membuat
kerja mengikut aturan]
11. Biar alah sabung, asalkan menang sorak [Tewas dalam perlawanan naun masih bercakap besar]
12. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati [Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia]
13. Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian [Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal]
14. Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil [Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang
yang lemah]
15. Biar genting, jangan putus [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]
16. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas [Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik
daripada dipecat]
17. Biar lambat asalkan selamat [Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati]
18. Biar mati anak jangan mati adat [Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban]
19. Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma [Biar mati kerana membuat kebaikan daripada mati kerana membuat
kejahatan]
20. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut [Menyimpan rahsia]
21. Biar putih tulang jangan putih mata [Sanggup mati daripada menyerah kalah]
22. Biar senget, jangan tertiarap [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]
23. Biar titik, jangan tumpah [Biar rugi sedikit jangan rugi banyak]
24. Buang yang keruh, ambil yang jernih [Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang
baik sahaja]
25. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali [Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan
sekali-kali dicuba]
26. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit [Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu]
27. Cicir dipungut, hilang dicari [Jangan melakukan pembaziran]
28. Daripada cempedak baiklah nangka [Lebih baik ada daripada tiada langsung]
29. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga [Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan
nama yang baik]
30. Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati [Jika tutur katanya elok, seseorang itu akan disayang semasa ia
hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati]
31. Elok lenggang di tempat datar [Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnya]
32. Gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahannya [Jangan terlalu percaya akan kata-kata orang]
33. Genggam bara api biar sampai jadi arang [Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah
bersabar dan menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya]
34. Habis akal, baru tawakal [Sesudah
habis segala ikhtiar barulah berserah kepada Tuhan]
35. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga [Budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun orang itu
sudah meninggal dunia]
36. Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa [Berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan
masyarakat]
37. Hilang geli kerana geletek [Sesuatu yangc sudah biasa tidak berbekas kepada kita]
38. Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis [Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis
harta]
39. Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak [Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara asing]
40. Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak [Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan]
41. Jangan bermain di air keruh [Jangan ditiru perbuatan yang buruk]
42. Jangan buat kerbau tanduk panjang [Jangan campuri urusan orang lain]
43. Jangan dibangunkan kucing tidur [Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa]
44. Jangan didengarkan siul ular [Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat musuh]
45. Jangan difikir air pasang sahaja [Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik]
46. Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri
berpegang [Jangan dilepaskan kerja
yang ada sebelum mendapat kerja yang baru]
47. Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak
berintis [Jangan buat orang
yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak]
48. Jangan lemparkan pancing tiada berumpan [Sia-sia mengharapakn sesuatu kalau tidak cukup syarat]
49. Jangan mengukur baju orang di badan sendiri [Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan
kedudukan diri sendiri]
50. Jangan punting berasap jua [Perselisihan (perkara) yang sudah selesai, jangan
diungkit-ungkitkan lagi]
51. Jangan tercirit di periuk [Jangan berbuat angkara di tempat kita menumpang]
52. Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan [Mendengar nasihat pakar]
53. Kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga [Jangan lakukan apa-apa yang tidak mampu kita lakukan]
54. Kalau di bawah, melompat; kalau di atas, menyusup [Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan]
55. Kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa kerja buruk [Jangan dilewat-lewatkan sebarang kerja yang baik]
56. Kusut di hujung balik ke pangkal [Apabila berdepan dengan masalah, carilah puncanya]
57. Mamah dulu baru telan [Melakukan
sesuatu pekerjaan perlulah mengikut peraturannya]
58. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut
adat resam masyarakat di situ]
59. Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam
tembilang [Jika merantau ke
negara asing, hendaklah melakukan perkara yang berguna dan tidak membuang masa
begitu sahaja]
60. Naik tangga dari bawah [Kejayaan
tidak datang dengan tiba-tiba]
61. Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai [Hidup akan senang kita berjimat cermat]
62. Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi [Setelah beberapa lama menanggung susah, akhirnya tercapai
cita-cita]
63. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke
seberang [Cita-cita tidak akan
tercapai jika malas berusaha]
64. Pipit itu pipit jugalah lawannya [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan tarafnya]
65. Sarang tebuan jangan dijolok [Jangan sengaja mencari kesusahan]
66. Sediakan payung sebelum hujan [Bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu]
67. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit [Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang
memuaskan]
68. Segan berkayuh perahu hanyut [Orang yang malas berusaha akan menghadapi kesusahan]
69. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain [Tekun dan sabar membuat sesuatu kerja, akhirnya memperoleh
kejayaan]
70. Sempit bertimpuh, lega berlunjur [Kita hendak menyesuaikan perbelanjaan denga pendapatan]
71. Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah [Hendak bersatu padu agar beroleh kekuatan untuk menang]
72. Sudah calit, jangan palit [Jangan membabitkan orang lain dalam kesalahan yang kita
lakukan]
73. Tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot pun sampai juga [Jika sesuatu kerja itu tidak dapat disudahkan dengan sekali
gus, lakukanlah secara beransur-ansur]
74. Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang [Jangan harapkan bantuan orang untuk berjaya]
75. Tak usah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai juga [Tidak perlu menunjuk ajar orang yang memang mahir dalam
pekerjaannya]
76. Tali jangan putus, kaitan jangan sekah [Menyelesaikan pertelingkahan atau masalah dengan bijaksana dan
adil]
77. Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampai landak
ditendang [Jangan hina orang
kecil, mana tahu dia dapat melebihi kita]
78. Tercicir harus dibaliki [Apa-apa
yang belum selesai hendaklah diselesaikan]
79. Yang baik dipakai, yang buruk dibuang [Memilih kesesuaian sesuatu perkara itu hendaklah dengan
bijaksana]
80. Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi [Membuat kerja biarlah sempurna jadinya]
PEPATAH
81. Ada air, adalah ikan [Ada
negeri tentulah ada rakyatnya]
82. Ada angin, ada pokoknya [Segala
sesuatu mestilah ada asal mulanya]
83. Ada bangkai adalah hering [Di mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki jahat]
84. Ada gula adalah semut [Di
tempat yang mudah memperoleh rezeki, di situlah banyak orang berkumpul]
85. Adakah buaya menolak bangkai? [Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk
berbuat jahat]
86. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras [Sesuatu pekerjaan itu akan dilakukan dengan cepat dan sempurna
jika cukup upahnya]
87. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas [Sekiranya seseorang membuat kebaikan, akan mendapat balasan
yang baik juga]
88. Ada udang di sebalik batu [Ada sesuatu tujuan di sebalik apa-apa yang dilakukan]
89. Air dicencang tidak akan putus [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan
berpanjangan]
90. Air digenggam tidak tiris [Orang yang kedekut
atau terlalu cermat apabila berbelanja]
91. Air mudik sungai, semua teluk diranai [Orang yang boros akan berbalanja tanpa perhitungan]
92. Air pun ada pasang surutnya [Keadaan hidup seseorang tidak menentu, kadangkala susah]
93. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya [Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut]
94. Alah bisa, tegal biasa [Pekerjaan
yang sukar akan menjadi mudah jika kerap dilakukan]
95. Alah jadi abu, menang jadi arang [Dalam sesuatu pertikaian, sama ada menang atau kalah, kedua-dua
pihak mendapat kerugian]
96. Alah membeli, menang memakai [Tidak mengapa barang yang dibeli itu mahal sedikit asalkan
barang itu tahan lama]
97. Alah sabung, menang sorak [Kalah dalam sesuatu perlawanan tetapi masih bercakap besar]
98. Alang-alang berminyak biar licin [Sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan sehingga
selesai]
99. Alang-alang mandi biar basah/ Alang-alang berminyak biar
licin [Melakukan sesuatu
perlu sehingga selesai]
100. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan [Kalau sudah terlanjur dalam membuat sesuatu perbuatan yang
tidak baik, biarlah dibuat sehingga memperoleh hasilnya]
101. Anjing bercawat ekor [Orang
yang menyisihkan dirinya kerana perasaan malu atau sebagainya]
102. Anjing biasa makan tahi, jika tidak makan, dicium ada juga [Orang yang pada suatu masa pernah berbuat jahat, sekali sekala
teringat akan perbuatan jahatnya itu]
103. Anjing ditepuk menjongket ekor [Orang yang tiada berbudi pekerti jika dihormati akan menjadi
sombong]
104. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis [Memang mudah menyuruh seseorang melakukan sesuatu kerja tetapi
orang yang melakukan kerja itu akan menghadapi kesukaran]
105. Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada [Cukup mempunyai segala yang diperlukan]
106. Aur ditanam betung tumbuh [Mendapat laba yang banyak dengan modal yang sedikit]
107. Ayam baru belajar berkokok [baru cukup umur]
108. Ayam berinduk, sirih berjunjung [Setiap orang yang lemah harus mendapat bantuan dan
perlindungan]
109. Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan [Orang yang hidup miskin di negara yang kaya dan makmur/ Hidup
menderita walaupun bergaji besar, beristeri, atau bersuamikan orang kaya]
110. Ayam ditambat disambar helang, padi di tangan lalang [Nasib yang malang]
111. Ayam tak patuk, itik tak sudu [Seseorang yang hina dalam masyarakat]
112. Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam [Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah
nasibnya]
113. Bagaimana acuan begitulah kuihnya [Bagaimana kelakuan ibu atau bapa begitulah kelakuan anaknya]
114. Bagaimana bunyi gendang, begitulaqh tarinya [Bagaimana perintah, begitulah seharusnya sesuatu itu dilakukan]
115. Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun
keruh [Berasa hairan melihat
orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh]
116. Baharu bertatih hendak berlari, langsung tersembam [Melakukan sesuatu sebelum tiba masanya, akhirnya akan ditimpa
kesusahan]
117. Bahasa menunjukkan bangsa [Bahasa mencerminkan tinggi atau rendahnya kedudukan sesuatu
bangsa itu]
118. Bakar air hendakkan abu [Membuat
pekerjaan yang mustahil]
119. Bangkai gajah bolehkah ditudung oleh nyiru? [Sesuatu perbuatan jahat yang besar tidak dapat disembunyikan
daripada pengetahuan orang ramai]
120. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam [Setiap orang mempunyai kegemaran, kemahuan, dan pendapat yang
tidak sama]
121. Barang tergenggam jatuh terlepas [Barang yang mungkin menjadi hak milik kita, tiba-tiba terlepas
ke tangan orang lain]
122. Baharu bertunas sudah dipetik, masakan boleh hidup [Belum banyak untungnya sudah berbelanja besar]
123. Baharu dianjur, sudah tertarung [Baru hendak memulakan sesuatu sudah berhadapan dengan pelbagai
masalah]
124. Batu direbus masakan empuk [Orang yang bebal, bagaiamana diajar sekalipun tidak akan
pandai]
125. Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah
tangga [Lelaki yang belum
cukup umur sudah mahu beristeri]
126. Baung di bawah bangkar [Bunyi
orang bersungut tetapi tidak jelas hujung pangkalnya]
127. Belakang parang kalau diasah nescaya tajam [Bagaimana bodoh sekalipun seseorang itu, jika diasuh akhirnya
dia akan pandai juga]
128. Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang [Orang yang arif dan rajin]
129. Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa
gembira]
130. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [Belum ada keputusan]
131. Belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk [Kembali ke tempat asalnya]
132. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit
dulu, bersenang-senang kemudian [Menempuh kesusahan
dahulu sebelum mendapat kesenangan]
133. Beranak tidak berbidan [Mendapat
kesusahan kerana kesalahan sendiri]
134. Berani kerana benar, takut kerana salah [Bertindak kerana berada di pihak yang benar]
135. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul [Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan,
susah lagi orang yang mengalaminya]
136. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing [Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja, sama ada susah atau
mudah]
137. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah [Dua orang yang setaraf dan sepadan]
138. Berhakim kepada beruk [Minta
pengadilan kepada orang yang tamak, sudah tentu mendapat kerugian]
139. Berkerat rotan berpatah arang [Pergaduhan atau perceraian yang tidak boleh berbaik-baik
semula]
140. Berlindung di sebalik telunjuk [Hendak menyembunyikan sesuatu rahsia, sedangkan rahsia itu
telah diketahui orang]
141. Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap [Mengerjakan sesuatu dengan tidak mengetahui caranya, hanya akan
mendatangkan kerugian]
142. Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing [Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti
yang dapat dipegang]
143. Bertanam tebu di bibir mulut [Mengeluarkan kata-kata manis untuk memujuk atau memuji]
144. Bertemu buku dengan ruas [Bertemu
lawan yang sama-sama handal]
145. Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang [Perselisihan faham antara dua saudara tentang sesuatu, orang
lain juga yang beruntung]
146. Besar periuk, besarlah keraknya [Besar pendapatan, besar pula perbelanjaan]
147. Besar pasak daripada tiang, besar sandal daripada gelegar [Lebih besar belanja
daripada pendapatan]
148. Biduk lalu kiambang bertaut [Dua pihak yang berselisih faham akan berbaik semula sekiranya
orang yang menjadi pengacau atau penghasut dapat disingkirkan]
149. Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi [Ketua atau pemerintah yang telah hilang kuasanya tidak lagi
ditakuti oleh orang bawahannya]
150. Bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut [Orang yang tidak mahu ditunjuk ajar langsung]
151. Bukan tanah menjadi padi [Bukan
tempatnya untuk berbuat baik]
152. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat [Kejayaan sesuatu pekerjaan itu adalah hasil persefahaman dan
kerjasama yang erat]
153. Bumi mana tak ditimpa hujan [Manusia tidak lepas daripada membuat kesalahan]
154. Bunga disunting, perlu ditendang [Seorang suami yang hanya menyayangi isterinya tetapi membenci
mentuanya]
155. Bunga raya kembang pagi [Muka
yang merah padam kerana marah akan sesuatu]
156. Bunga mekar di taman, baunya semerbak ke mana-mana [Gadis yang cantik akan mashyur dan menjadi sebutan di
mana-mana]
157. Buruk perahu buruk pangkalan [Seorang suami yang telah bercerai dengan isterinya, tidak mahu
menjenguknya lagi]
158. Burung hantu kesiangan [Tidak
dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya]
159. Burung terbang dipipiskan lada [Sesuatu yang dihajati belum tentu dapat tetapi rancangan untuk
menggunakannya telah dibuat]
160. Cacing hendak menjadi naga [Orang berpangkat rendah berlagak seperti orang berpangkat
tinggi]
161. Cacing menelan naga [Orang
lelaki daripada keturunan orang kebanyakan dapat berkahwin dengan anak gadis
orang bangsawan]
162. Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar [Orang yang cakapnya sahaja besar, hasil pekerjaan tiada]
163. Cakap sejengkal dibawa sehasta [Perkara yang kecil diperbesar]
164. Calak-calak ganti asah, menanti tukang belum datang [Dipakai untuk sementara belum ada yang lebih baik]
165. Cari umbut kena buku [Mencari
yang baik, mendapat yang buruk]
166. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan]
167. Cencaru makan petang [Pekerjaan
yang dilakukan dengan lambat mendatangkan hasil yan baik dan lumayan]
168. Condong ditumpil, lemah dianduh [Memberi pertolongan (kewangan, fikiran, dan sebagainya) kepada
orang yang dalam kesusahan]
169. Condong yangv akan menongkat, rebah yang akan menegakkan [Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada
kesusahan yang menimpa rakyatnya itu]
170. Cuba-cuba menanam mumbang, jika hidup turus negeri [Meneruskan sesuatu pekerjaan yang kurang berharga, mungkin akan
mendatangkan hasil kelak]
171. Dada manusia tidak dapat diselami [Isi hati atau fikiran seseorang itu tidak dapat kita ketahui]
172. Dalam kilat ada kilau [Dalam
percakapan yang terang atau biasa, ada sesuatu maksud yang tersembunyi]
173. Daun mengenalkan pohonnya [Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengenali
peribadinya]
174. Dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata [Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidk senonoh]
175. Datang seperti rebut, pergi seperti semut [Sesuatu penyakit itu cepat merebak tetapi lambat pulih]
176. Datang tak berjemput, pulang tak berhantar [Tetamu yang tidak penting]
177. Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga [Tidak sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak
orang lain]
178. Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk [Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya]
179. Dengar cakap enggang, makan buah brluluk; dengar cakap orang,
terjun masuk lubuk [Sesuatu pekerjaan
yang hendak dilakukan mestilah diusahakan dengan sungguh-sungguh dan jangan
sekali-kali mendengar cakap orang kerana diri sendiri yang akan menerima
padahnya]
180. Deras datang dalam kena [Pekerjaan
yang dilakukan secara terburu-buru akan mendatangkan kerugian]
181. Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat [Diam orang yang berilmu berfikir sementara diam orang yang
bodoh itu sia-sia sahaj]
182. Diam penggali berkarat [Ilmu
yang disimpan sahaja, lama-kelamaan akan hilang]
183. Dianjak layu, dianggur mati [Keputusan yang tidak dapat diubah lagi]
184. Dibakar tidak hangus, dijemur tidak kering, direndam tidak
basah, ditetak tidak putus [Tidak dapat dibuat
apa-apa lagi terhadap seseorang yang keras hati atau berkuasa]
185. Dibalik-balik bagai memanggang [Difikirkan semasak-masaknya]
186. Dihujani kering, dijemur basah [Membuat sesuatu pekerjaan yang menyusahkan orang lain]
187. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan [Jika ada azam, apa-apa yang dihajati dapat dicapai]
188. Di mana anjing menyalak di situlah biawak memanjat [Jika hendak menyiasat sesuatu kejadian jahat, carilah puncanya
di tempat kejadian itu]
189. Di mana kayu bengkok, di situlah musang meniti [Tempat yang tidak dijaga dengan baik akan didatangi pencuri]
190. Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas
kepala [Sudah menjadi adat,
anak bergantung pada ayah dan yang miskin bergantung kepada yang kaya]
191. Di mana tumbuh, di situ disiang [Jika terjadi sesuatu perkara atau perselisihan, hendaklah
diperiksa dan diselesaikan di situ juga]
192. Ditelan mati emak, diluah mati bapak [Dalam keadaan serba salah]
193. Dua badan senyawa [Dua orang yang
berteguh janji taat setia sehidup semati; sangat karib]
194. Dua kali dua empat [Dua orang yang
sama sifat atau perangai]
195. Duduk berkisar, tegak berpaling [Memungkiri apa-apa yang telah dikatakan dahulu]
196. Duduk dengan cupak dan gantang [Mendapat ketua yang adil]
197. Dulu besi sekarang timah [Seorang
yang telah turun pangkat]
198. Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat [Sesuatu yang hendak dilakukan, elok dibicarakan dahulu dengan
kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat]
199. Emas berpeti, kerbau berkandang [Harta benda harus disimpan di tempat yang betul supaya selamat]
200. Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang [Nasihat untuk kebaikan perlu disebut berulang kali]
201. Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing[Orangyang mementingkan diri sendiri]
202. Enau sebatang dua sigainya [Jika sesuatu pekerjaan mempunyai dua orang ketua, tentu
hasilnya tidak menjadi/ Seorang isteri yang menduakan suami]
203. Enggang lalu ranting patah [Orang yang pernah terlibat dalam jenayah, kebetulan berada di
tempat berlakunya jenayah, tentulah dia disyaki walaupun dia tidak
melakukannya]
204. Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang
sama [Hubungan, ikatan,
ataujodoh
yang sama taraf kedudukannya]
205. Gagak bersuara murai [Rupanya
hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya]
206. Gajah berak besar kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati
kebebangan [Seseorang yang
berbelanja seperti orang kaya, akhirnya menderita]
207. Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan
belang, manusia mati meninggalkan nama [Orang
yang berjasa akan dikenang selama-lamanya setelah meninggal dunia]
208. Gajah mati, tulang setimbun [Apabila seseorang jutawan mati, tentu sekali banyak
meninggalkan harta]
209. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah [Dua pihak yang berkuasa bergaduh, rakyat yang menderita]
210. Gantung tak bertali, salai tak berapi [Seseorang suami yang meninggalkan isteri tanpa memberinafkah atau menceraikannya]
211. Garam dikulum tidak hancur [Orang yang pandai menyimpan rahsia]
212. Garam jatuh di air [Nasihat
yang diterima dengan baik atau dipatuhi]
213. Gayung tua, gayung memutus [Kata-kata orang tua biasanya benar dan tepat]
214. Gemuk membuang lemak,
cerdik membuang kawan [Sesudah
kaya atau berpangkat, tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarga sendiri]
215. Geruh tak berbunyi,
malang tak berbau [Kemalangan
terjadi tanpa diketahui]
216. Getikkan puru di
bibir [Susah
hendak membenci anak isteri sendiri walaupun perangai mereka buruk]
217. Gigi dengan lidah adakala
tergigit juga [Suami
isteri atau sanak saudara adakalanya berselisih faham juga]
218. Gigi tanggal, rawan
murah [Keinginan
yang datang sesudah tidak ada kesempatan lagi]
219. Gunung yang tinggi akan
runtuh jika setiap hari digali [Harta yang banyak akan habis sekiranya tidak ditambah]
220. Hanya air dingin yang
dapat memadamkan api [Kata-kata
yang lemah lembut dapat menyejukkan hati yang marah]
221. Hapus panas setahun oleh
hujan sehari [Jasa
atau kebaikan seseorang boleh hilang akibat kesalahan yang sedikit]
222. Harapkan pagar, pagar
makan padi [Orang
yang diberi kepercayaan untuk menjaga sesuatu, mengkhianati kepercayaan itu]
223. Hari guruh takkan
hujan [Orang
yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul orang lain]
224. Harimau mengaum tak makan
orang [Orang
yang marah-marah sambil bersungut, tidak berniat membenci atau menganiaya orang
lain]
225. Harimau menunjukkan
belangnya [Orang
yang menunjukkan kekuasaan atau keberaniannya]
226. Harimau menyembunyikan
kukunya [Orang
yang berilmu tidak mahu menunjukkan kebolehannya]
227. Hasrat hati hendak peluk
gunung, apakan daya tangan tak sampai [Tidak berdaya mencapai apa-apa yang
dihajati atau dicita-citakan]
228. Hati bak serangkak
dibungkus [Sangat
berharap akan mendapat sesuatu yang diingini]
229. Hati gajah sama dilapah,
hati kuman sama dicecah [Pembahagian
yang sama rata, beruntung banyak sama-sama mendapat sedikit]
230. Hendak harum terlalu
hangit [Kerana
terlalu hendak meninggikan diri, akhirnya, mendapat malu]
231. Hendak dapat pisang
terkupas [Inginkan
kesenangan tetapi malas berusaha]
232. Hendak seribu daya,
hendak seribu dalih [Jika
berkehendakkan sesuatu, akan berusaha untuk mendapatkannya tetapi jika tidak
mahu melakukan sesuatu, berbagai-bagai alasan akan diberikan]
233. Hendak terbang tiada
bersayap, hendak hinggap tiada berkaki [Seseorang yang tidak berupaya membuat
sesuatu]
234. Hilang bahasa lenyap
bangsa [Jika
sesuatu bahasa itu tidak digunakan lagi bererti bangsanya pun sudah tidak ada/
Hilang budi bahasa, hilang darjat diri]
235. Hidung tak mancung, pipi
tersorong-sorong [Seseorang
yang suka menonjol-nonjolkan dirinya kepada orang lain sedangkan orang
berkenaan langsung tidak memberikan perhatian terhadapnya]
236. Hidup dikandung adat,
mati dikandung tanah [Semasa
hidup kita hendaklah mengikut peraturan atau adat yang ditetapkan, apabila
sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan]
237. Hitam-hitam tahi minyak
dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang [Barang yang buruk tetapi berguna akan
disimpan manakala barang yang cantik tetapi tidak berguna dibuang]
238. Hujan emas di negeri
orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri [Walau baaimana mewah dan
baik negara orang berbanding dengan negara sendiri, lebih baiklah berada di
negara sendiri]
239. Hujan, tempat berteduh;
panas, tempat berlindung [Orang
yang selalu memberikan pertolongan kepada orang lain yang mendapat kesusahan]
240. Hujung lurus pangkal
berkait [Orang
yang pada zahirnya baik tetapi hatinya tidak]
241. Hutang darah dibayar
darah, hutang nyawa, nyawa padahnya [Tiap-tiap hukuman itu mestilah bersesuaian
dengan kesalahannya]
242. Ikut hati mati, ikut rasa
binasa, ikut suka duka [Membuat
sesuatu yang didorong oleh hawa nafsu akhirnya mendatangkan kesusahan]
243. Indah khabar daripada
rupa [Keadaan
sesuatu yang tidak sama seperti yang digambarkan]
244. Ini hari orang, esok hari
kita [Malang
sukar ditentukan, oleh itu kita hendaklah sentiasa beringat-ingat]
245. Intan disangka batu
kelikir [Tidak
mengetahui nilai (keadaan) yang sebenarnya]
246. Intan itu jika terbenam
di perlimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya [Kebenaran akan terserlah
juga walaupun disembunyikan]
247. Jauhari juga yang
mengenal manikam [Orang
yang bijaksana juga yang mengetahui kelebihan sesuatu ilmu]
248. Jauh berjalan banyak
pemandangan, lama hidup banyak dirasa [Jika kita banyak merantau banyaklah
perkara yang dapat kita lihat, begitu juga orang yang telah lama hidup
banyaklah pengalamannya]
249. Jauh panggang dari api [Jauh daripada yang
dimaksudkan atau mustahil boleh berlaku]
250. Jika tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat sagunya [Hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang
dihajati]
251. Jika tidak kerana angin
masakan pokok bergoyang [Jika
perkara itu tidak berlaku, masakan ada orang yang berkata-kata tentang hal itu]
252. Jika ular menyusur akar
sekalipun tak akan hilang bisanya [Orang mulia atau berpangkat tinggi tidak
akan jatuh darjatnya sekalipun dia bergaul dengan orang kebanyakan]
253. Jiwa bergantung di hujung
rambut [Dalam
keadaan yang sangat mencemaskan dan berbahaya]
254. Jual sutera beli
mastuli [Mendapat
ganti yang lebih berharga lagi]
255. Kail sebentuk umpannya
seekor, sekali putus sehari berhanyut [Melakukan sesuatu tanpa membuat persediaan
yang cukup untuk menghadapi sebarang kemungkinan]
256. Kain basah kering di
pinggang [Keadaan
orang yang terlalu miskin]
257. Kais pagi makan pagi,
kais petang [Pendapatan
yang diperoleh cukup untuk sehari sahaja]
258. Kalau asal benih yang
baik jatuh ke laut menjadi pulau [Orang yang berketurunan baik, ke mana-mana
sahaja dia pergi akan tetap menjadi baik]
259. Kalau bertepuk sebelah
tangan tidak akan berbunyi [Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi
daripada satu pihak sahaja]
260. Kalau bukan rezeki, di
mulut lari ke luar [Rezeki
(harta) yang belum dapat ditentukan sebagai milik sendiri]
261. Kalau dicampak bunga
takkan dibalas dengan tahi [Budi baik seseorang tidak akan dibalas dengan kejahatan]
262. Kalau pandai meniti buih,
selamat badan sampai ke seberang [Orang yang pandai membawa diri, hidupnya
akan selamat]
263. Kalau secupak takkan jadi
segantang [Sesuatu
yang sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi]
264. Karam berdua basah
seorang [Dua
orang yang melakukan kesalahan tetapi seorang sahaja yang dihukum]
265. Kasihkan anak
tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan [Jangan terlampau memanjakan orang
yang disayangi]
266. Kata seorang dibulati,
kata bersama diperiakan [Urusan
peribadi boleh diputuskan sendiri tetapi urusan orang ramai perlu dirundingkan
bersama-sama]
267. Ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni [Sama-sama
menikmati kesenangan atau menghadapi kesusahan]
268. Kecil jangan disangka
anak, besar jangan disangka bapa [Pengetahuan seseorang itu bukanlah diukur
berdasarkan rupa/ umurnya]
269. Kecil tapak tangan nyiru
ditadahkan [Menyatakan
rasa terima kasih dan berbesar hati kerana nasihat atau pertolongan orang lain]
270. Ke mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi? [Sifat
seseorang ibu atau bapa sedikit banyak akan turun kepada anaknya]
271. Kena parang bermata
dua [Sangat
menyakitkan hati (perasaan)]
272. Kepala sama hitam, hati
lain-lain [Lain
orang, lain fikirannya]
273. Kerbau dipegang pada
talinya, manusia dipegang pada janjinya [Segala janji yang telah dilafazkan
mestilah ditepati]
274. Kerbau sekawan boleh
dikandang, manusia seorang tiada terkawal [Sukar menjaga seorang gadis supaya nama
baiknya tidak tercemar]
275. Keris pedang tiada tajam,
lebih tajam mulut manusia [Kata-kata seseorang itu lebih tajam daripada senjata]
276. Kerja bertangguh tak
menjadi, kerja beransur tak bertahan [Kerja yang selalu ditangguh-tangguhkan
tidak akan dapat diselesaikan]
277. Kerja raja dijunjung,
kerja sendiri dikelek [Kerja
yang disuruh oleh ketua diutamakan daripada kerja sendiri]
278. Kesat-kesat daun pimping,
kalau kesat daun labu boleh dicelur [Orang yang miskin serta tidak berilmu tiada
gunanya di kalangan orang banyak, tetapi kalau baik kelakuannya, ada juga
faedahnya]
279. Ketam menyuruh anaknya
berjalan betul [Orang
yang menasihati orang lain berbuat sesuatu dengan betul sedangkan dia sendiri
berbuat salah]
280. Ke tengah boleh ke tepi
pun boleh [Orang
yang dapat menyesuaikan diri di mana-mana dia berada]
281. Kita baru mencapai
pengayuh, orang sudah tiba ke seberang [Orang yang bijaksana selalu mencapai
sesuatu maksud lebih dahulu daripada orang lain]
282. Kokok berderai-derai,
ekor bergelumang tahi [Orang
miskin yang bercakap besar dan berlagak seperti orang kaya]
283. Kuman di seberang laut
nampak, gajah di bibir mata tak kelihatan [Kesalahan orang walaupun kecil nampak
tetapi kesalahan sendiri yang lebih besar tidak disedari]
284. Kundur tidak melata
pergi, labu tidak melata mari [Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada
kedua-dua belah pihak]
285. Lagi terang lagi bersuluh [Sudah memahami sesuatu
perkara tetapi masih bertanya lagi]
286. Lain bengkak lain
bernanah [Orang
lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dpersalahkan]
287. Lain dulang lain kakinya,
lain orang lain hati [Manusia
mempunyai sifat atau kehendak yang berbeza]
288. Lain lubuk, lain
ikannya [Setiap
negara mempunyai adat resam yang berlainan]
289. Lalang ditanam takkan
padi yang tumbuh [Perbuatan
yang jahat tidak akan mendapat balasan yang baik]
290. Laut mana yang tak
berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan [Setiap orang tidak terlepas daripada
melakukan kesalahan/ Segala usaha itu mesti ada kesukaran atau cabarannya]
291. Lemak-lemak santan
berlada [Kata-kata
manis dan lemah lembut tetapi mengandungi sindiran yang tajam]
292. Lembah diraih, pantai
dititi [Sikap
yang bijaksana dalam mengeluarkan sesuatu perintah atau arahan]
293. Lembu punya susu, sapi
dapat nama [Orang
lain yang membuat sesuatu pekerjaan, orang lain pula yang mendapat nama]
294. Lembut gigi daripada
lidah [Berkata-kata
dengan lemah lembut dan merendahkan diri kerana berhajatkan sesuatu]
295. Lempar batu sembunyi
tangan [Membuat
sesuatu yang tidak baik kemudian brpura-pura tidak tahu]
296. Lenggang-lenggok bagai
cupak hanyut [Gaya
jalan yang lemah lembut dan menarik]
297. Lengkuas di tepi kandang,
tegak puas badan menyandang [Kesalahan yang kita buat, kita juga yang menanggung
akibatnya]
298. Lepas bantal berganti
tikar [Mengahwini
saudara atau ahli keluarga isteri atau suami yang telah meninggal dunia]
299. Luka sudah hilang, parut
tinggal juga [Sungguh
pun orang yang berselisih faham itu telah berdamai namun peristiwa itu tetap
berbekas di hati masing-masing]
300. Lulus jarum lulus
kelindan [Kalau
kehendak pertama itu tercapai kehendak lain akan tercapai juga]
301. Mahu seribu daya, tak
mahu seribu dalih [Jika
hendakkan sesuatu, seseorang akan mencuba untuk mendapatkan dengan sedaya
upayanya tetapi jika dia tidak mahu, pelbagai alasan akan diberikan]
302. Makan hati berulam
jantung [Perasaan
sedih yang amat sangat]
303. Makan keringat
orang [Mengecap
kesenangan dengan cara memeras orang lain]
304. Makin murah makin
menawar [Seseorang
yang telah dituruti kehendaknya, berkehendakkan lebih lagi]
305. Malu jika anak harimau
menjadi anak kambing [Tidak
patut anak orang baik-baik menjadi jahat]
306. Malu bertanya sesat
jalan [Kalau
tidak mahu berusaha tentu tidak akan mendapat kejayaan]
307. Manikam itu kalau jatuh
ke limbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya [Intan itu jika terbenam
di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya]
308. Mara jangan dicari,
rezeki jangan ditolak [Bahaya
atau kesusahan jangan sekali-kali dicari tetapi jangan pula menolak sesuatu
yang mendatangkan kebaikan]
309. Marahkan pijat kelambu
dibakar, tidur terdedah [Disebabkan
takut akan bahaya yang kecil, keuntungan yang besar dibuang akhirnya diri
sendiri yang rugi]
310. Masuk kandang kambing
mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di tempat orang, kita
hendaklah mengikuti adat resam masyrakat di situ]
311. Masuk telinga kanan
keluar telinga kiri [Nasihat
dan pengajaran yang tidak diterima]
312. Melentur aur/ buluh
biarlah dari rebungnya [Mendidik
anak hendaklah sejak kecil lagi kerana apabila sudah besar, susah hendak
mendidiknya]
313. Meludah ke langit, timpa
atas batang hidung sendiri [Memburukkan keluarga sendiri, diri sendiri juga yang
malu]
314. Membasuh arang yang
terconteng di muka [Menghilangkan
aib]
315. Membeli kerbau di
padang [Melakukan
sesuatu tanpa usul periksa lebih dahulu]
316. Memberakkan periuk nasi
sendiri [Mengkhianati
tempat kita menumpang atau tempat kita bekerja]
317. Membesarkan kerak
nasi [Berbelanja
lebih dan membazir]
318. Membujur lalu melintang
patah [Sanggup
menghadapi sebarang tentangan atau dugaan]
319. Memulangkan paku buah
keras [Membangkitkan
perkara yang sudah lepas]
320. Menabur benih di atas
batu [Berbuat
baik kepada orang yang tidak tahu membalas budi tentulah sia-sia]
321. Menabur benih di tanah
subur [Berbuat
baik kepada orang yang tahu mengenang budi]
322. Menahan lukah di
pergentingan [Mencari
keuntungan dalam keadaan kecemasan/ Mengambil kesempatan daripada orang yang
susah]
323. Menantikan kucing
bertanduk [Mangharapkan
sesuatu yang mustahil akan berlaku]
324. Menantikan nasi disajikan
ke lutut [Seseorang
yang malas berusaha tetapi mengharapkan kesenangan datang kepadanya]
325. Mencurahkan air di daun
keladi [Memberikan
nasihat kepada orang yang tidak mahu menerimanya]
326. Mendengar guruh di
langit, air di tempayan dicurahkan [Mengharapkan sesuatu yang belum tentu
dapat, barang yang ada dihabiskan atau dibuang]
327. Menetak dengan belakang
parang [Menyuruh
orang malas bekerja]
328. Mengata dulang paku
serpih, mengata orang dirinya yang lebih [Menegur keburukan orang, sedangkan
keburukan diri sendiri tidak disedari]
329. Minyak takkan bercampur
dengan air [Sesuatu
yang tidak dapat disatukan]
330. Muka ditampal kulit
babi [Orang
yang berasa amat malu]
331. Mulut tempayan boleh
ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya [Rahsia yang sudah diketahui orang akan
tersebar ke mana-mana sahaja]
332. Murai berkicau hari
siang [Sesuatu
yang sudah terang dan nyata]
333. Naga ditelan ular
lidi [Anak
orang bangsawan berkahwin dengan orag kebanyakan]
334. Nak menangguk ikan,
tertangguk batang [Mengharapkan
untung tetapi mendapat kerugian]
335. Nasi masak periuk
pecah [Hukuman
yang telah dijatuhkan tidak boleh diminta belas kasihan lagi]
336. Nasi sama ditanak, kerak
dimakan seorang [Sama-sama
melakukan sesuatu pekerjaan tetapi keuntungannya diambil seorang]
337. Nasi sudah menjadi
bubur [Sesuatu
yang sudah terlanjur tidak dapat dibetulkan lagi]
338. Nasi tak dingin, pinggan
tak retak [Cermat
melakukan sesuatu pekerjaan]
339. Nasib penyapu, banyak
jasa [Turun
darjat terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri]
340. Ombaknya kedengaran,
pasirnya tidak kelihatan [Khabarnya
telah kedengaran, tetapi buktinya belum ada]
341. Orang berbudi kita
berbahasa, orang memberi kita merasa [Jika orang telah berbudi kepada kita, kita
harus membalasnya dengan baik]
342. Orang lain yang makan
nangka, orang lain yang terkena getah [Orang lain yang membuat kesalahan, orang
lain pula yang menerima akibatnya]
343. Orang mandi berselam,
kita mandi bertimba [Orang
mendapat keuntungan besar, kita mendapat keuntungan kecil]
344. Orang mencubit, kita
menampar [Cara
membuat sesuatu berlainan tetapi kesannya sama sahaja]
345. Orang mengantuk
disorongkan bantal [Mendapat
sesuatu yang diinginkan tentulah berasa gembira]
346. Padi setangkai bernas
semuanya [Keluarga
yang hidup beruntung dan berbahagia]
347. Patah kemudi perahu
hanyut [Apabila
ketua sesuatu kumpulan telah tiada, keadaan kumpulan itu akan menjadi
kucar-kacir]
348. Patah tumbuh hilang
berganti [Sesuatu
yang hilang itu ada gantinya]
349. Penyu bertelur
beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung [Orang yang mendapat
sesuatu dengan banyak berdiam diri sahaja sedangkan orang yang mendapat sesuatu
dengan sedikit, heboh memberitahu orang lain tentang hal itu]
350. Perahu papan bermuat
intan [Menunjukkan
jodoh yang tidak sesuai]
351. Pinang pulang ke
tampuk [Sesuatu
benda yang sesuai pada tempatnya/ Suami isteri yang telah bercerai berbalik
semula]
352. Pipit hendak meminang
enggang [Ingin
membuat sesuatu di luar kemampuan diri]
353. Pipit pekak makan
berhujan [Sangat
rajin]
354. Pokok yang besar juga
yang dinaiki sakat [Orang
yang kaya juga yang bertambah kekayaannya]
355. Pucuk dicita, ulam
mendatang [Mendapat
sesuatu yang lebih baik daripada yang diharapkan]
356. Pukul anak sindir
menantu [Memarahi
seseorang tetapi sebenarnya kemarahan itu ditujukan kepada orang lain]
357. Punggur rebah belatuk
menumpang mati [Jika
orang yang menjadi pelindung atau penaung jatuh, anak buahnya turut menerima
akibatnya]
358. Raja adil raja disembah,
raja zalim raja disanggah [Raja atau pemerintah yang adil dan saksama akan
disayangi rakyat tetapi jika zalim, akan dibenci oleh rakyat]
359. Rajin bekerja mudah
belanja [Orang
yang rajin sentiasa murah rezeki]
360. Rantai besi dimakan
bubuk [Cerita
yang tidak logik]
361. Rasa pedih cuping
telinga [Berasa
marah kerana mendengar kata-kata yang menyakitkan hati]
362. Rebung tidak jauh dari
rumpun [Perangai
anak tidak jauh bezanya daripada perangai ibu bapa mereka]
363. Rezeki helang takkan dapat
dimakan oleh musang [Rezeki
seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain]
364. Ringan mulut berat
punggung [Pandai
bercakap sahaja tetapi malas bekerja]
365. Ringan sama dijinjing,
berat sama dipikul [Melakukan
sesuatu pekerjaan bersama-sama]
366. Ringan tulang berat
perut [Rajin
bekerja mudah belanja]
367. Rosak anak oleh
menantu [Orang
yang dikasihi merosakkan harta yang diberikan kepadanya]
368. Rosak badan kerana
mulut [Mengeluarkan
kata-kata kasar terhadap seseorang tanpa berfikir panjang yang boleh
menyusahkan diri sendiri]
369. Rosak bawang ditimpa
jambak [Rosak
nama atau maruah seseorang kerana kelakuannya sendiri]
370. Rosak tapai kerana
ragi [Pekerjaan
yang dibuat tanpa berhati-hati tidak akan sempurna]
371. Rumah sudah pahat berbunyi [Mengemukakan pendapat
setelah perkara itu dibuat keputusan]
372. Rumah terbakar tikus
habis keluar [Apabila
berlaku sesuatu malapetaka di sesebuah negara, rakyat negara itu akan melarikan
diri]
373. Runcing taduk berbelang
kening [Sudah
terkenal jahatnya]
374. Sakit sama mengaduh, luka
sama menyiuk [Sama-sama
ikut bertanggungjawab]
375. Sambil berdiang, nasi
masak [Membuat
dua kerja dalam satu masa]
376. Sambil menyelam minum
air [Membuat
dua pekerjaan dalam satu masa]
377. Sebesar-besar bumi
ditampar tak kena [Perkara
yang kelihatan mudah tetapi sukar untuk membuatnya]
378. Sebusuk-busuk daging
dibasuh, dikincah dimakan jua [Walau bagaimana jahatnya keluarga atau keluarga atau
kaum kerabat, tidak sampai hati membiarkannya]
379. Sedangkan bah kapal tak
hanyut, inikan pula kemarau panjang [Pada masa ada mata pencarian tidak boleh
hidup senang, inikan pula tanpa pekerjaan]
380. Sekali air bah sekali
pantai berubah [Lain
ketua lainlah pula kemahuannya]
381. Sekali jalan terkena, dua
kali jalan tahu [Sekali
tertipu tentu akan berhati-hati pada masa akan datang]
382. Sepandai-pandai tupai
melompat akhirnya jatuh ke tanah juga [Walau bagaimana pandai seseorang itu pasti
akan melakukan kesilapan]
383. Sepuluh jong masuk,
anjing bercawat ekor juga [Orang yang tidak mengendahkan kemajuan dan perubahan]
384. Sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna [Tiap-tiap sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat hendaklah
difikir terlebih dahulu supaya tidak menyesal pada kemudian hari]
385. Sesat di hujung jalan,
balik ke pangkal jalan [Kalau
tidak mencapai kata sepakat dalam perundingan, hendaklah berbalik kepada pokok
persoalannya]
386. Siapa makan nangka, maka
kena getahnya [Siapa
yang membuat kesalahan dia sendiri yang menanggung akibatnya]
387. Siapa makan cili dialah
berasa pedas [Siapa
yang melakukan kesalahan, dialah yang terasa bersalah apabila orang lain
menyindirnya]
388. Si bingung makanan si
cerdik [Orang
yang bodoh seringkali diperdayakan oleh orang yag cerdik]
389. Si kudung mendapat
cincin [Orang
yang mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu menggunakannya dengan
baik]
390. Si mandul baru
beranak [Terlalu
gembira kerana mendapat sesuatu yang tidak disangka-sangka]
391. Sirih naik junjungan
patah [Baru
hendak memperoleh kesenangan tiba-tiba mendapat kecelakaan]
392. Sudah dapat gading
bertuah, tanduk tidak berguna lagi [Orang yang mendapat sesuatu yang lebih
baik, yang lama ditinggalkannya]
393. Sudah diludah, dijilat
balik [Sudah
dicela atau dibuang, dipuji dan diambil semula]
394. Sudah gaharu cendana
pula [Bertanya
akan sesuatu perkara yang memang sudah diketahui]
395. Sudah jatuh ditimpa
tangga [Mendapat
kemalangan yang berturut-turut]
396. Sudah menjadi abu
arang [Dalam
keadaan yang telah rosak binasa]
397. Sudah patah yang
bertaji [Orang
yang ditakuti dan disegani sudah tiada lagi]
398. Sudah terhantuk baru
tengadah [Beringat-ingat
hanya selepas ditimpa sesuatu muslihat]
399. Sukakan kemenyan,
dibakar [Sukakan
pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan seluas-luasnya]
400. Tak dapat tanduk telinga
dipulas [Sanggup
melakukan apa-apa sahaja asalkan dapat membalas dendam]
401. Takkan buaya menolak
bangkai [Orang
yang berperangai jahat susah hendak meninggalkan perangai buruk itu]
402. Takkan pisang berbuah dua
kali [Sekali
jalan terkena, dua kali jalan tahu]
403. Takkan sama getah daun
dengan getah batang [Kasih
sayang terhadap anak sendiri tidak akan sama dengan anak saudara yang ada dalam
jagaan kita]
404. Tak sungguh seluang
melaut, akhirnya balik ke tepi juga [Tak tahan merantau akhirnya balik ke
kampungnya semula]
405. Tak tahu membalas
guna [Tidak
tahu membalas budi orang]
406. Tak tahu menari dikatakan
lantai jongkang-jongket [Tidak
mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri]
407. Takut jatuh lain
tertiarap, takut titik lalu tumpah [Takut rugi sedikit langsung rugi banyak]
408. Tanam padi lalang yang
tumbuh [Berpenat
lelah membuat sesuatu untuk mendapatkan keuntungan, akhirnya tidak mendapat
apa-apa pun]
409. Tatang (Menatang) di anak
lidah [Sangat
mengasihi anak isteri]
410. Tebas buluh
serumpun [Merosakkan
nama keluarga kerana perbuatan yang tidak baik]
411. Tebu habis manis, sepah
dibuang [Seorang
isteri yang diceraikan setelah kecantikannya tidak menarik lagi]
412. Telinga yang lembut
itulah selalu dipulas orang [Orang yang lemah lembut dan murah hati kerap menjadi
suruhan orang]
413. Tempayan yang penuh itu
tidak berkocak airnya [Orang
yang bijaksana dan berpengetahuan tinggi tidak akan menonjolkan diri]
414. Tepuk dada tanya
selera [Sesuatu
pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis]
415. Terkilat ikan dalam air,
sudah tahu jantan betina [Orang
yang bijaksana dapat mengetahui maksud seseorang daripada gerak-gerinya]
416. Terlangsung perahu boleh
balik, terlangsung cakap tak boleh balik [Berfikir baik-baik sebelum bercakap kerana
kata-kata yang telah diucapkan tidak dapat ditarik balik]
417. Terlepas dari mulut buaya
masuk ke mulut harimau [Setelah
terlepas daripada satu bahaya, mendapat bahaya yang lain pula]
418. Tiada beban batu
digalas [Mencampuri
hal orang lain dan menyusahkan diri sendiri]
419. Tiada gading yang tak
retak [Walau
bagaimana elok sekalipun sesuatu atau seseorang itu tentu ada cacatnya]
420. Tiada rotan akar pun
berguna [Kalau
tidak ada barang yang terbaik, barang yang kurang baik pun boleh digunakan
juga]
421. Tidak sama air hujan
dengan air telaga [Tidak
sama orang yang mulia dengan orang yang hina]
422. Tidur tak lena, mandi tak
basah [Bersusah
hati kerana terlalu memikirkan sesuatu]
423. Tinggal kain sehelai
sepinggang [Kehabisan
harta kerana ditimpa kecelakaan]
424. Tong yag kosonglah yang
selalu berkocak [Orang
yang tidak berilmu selalu bercakap besar]
425. Tua-tua keladi, semakin
tua semakin menjadi [Orang
tua yang berperangai seperti orang muda]
426. Tukang tidak membuang
kayu [Orang
yang cerdik selalu berhemat atau berhati-hati dalam segala perkara]
427. Tunggang hlang berani
mati [Tidak
gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela agama, bangsa, dan negara]
428. Tunggul terbakar di
tengah huma [Rupa
yang hitam]
429. Untung sepanjang jalan,
malang sekejap mata [Untuk
berjaya sangat susah, untuk gagal sangat mudah]
430. Ukur baju di badan
sendiri [Tiap-tiap sesuatu
yang dibuat, mestilah berpadanan dengan kemampuan diri sendiri]
431. Ular dipalu biarlah mati,
pemalu janganlah patah, tanah janganlah lembang [Apabila membuat sesuatu
pekerjaan biarlah dengan cermat, bijak, dan berhati-hati]
432. Ulat di dalam batu pun
hidup juga [Orang
yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan]
433. Untung sabut timbul,
untung batu tenggelam [Kalau
nasib seseorang itu baik, dia akan mendapat keuntungan tetapi kalau sebaliknya,
dia akan kerugian]
434. Upah bidan pun tak
terbayar [Anak-anak
nakal yang menyusahkan ibu bapa]
435. Usul menunjukkan asal,
bahasa menunjukkan bangsa [Dengan memperhatikan perangai seseorang dapatlah kita
menilai asal keturunannya sama ada daripada baka yag baik atau daripada baka
yang tidak baik]
436. Walau disepuh emas
lancang, kilat tembaga tampak juga [Bagaimana diajar sekalipun, orang yang
biadab itu kelihatan juga perangainya yang kurang baik]
437. Wayang kepadaman
damar [Keadaan
kacau yang terjadi dengan tiba-tiba]
438. Ya sepanjang hari, janji
sepanjang jalan [Mudah
berjanji, tetapi sukar menepatinya]
439. Yang berhutang terjerat
di kaki, yang menjamin terjerat di leher [Orang yang menjadi penjamin kepada
seseorang yang berhutang terpaksa membayar hutang tersebut apabila orang yang
berhutang itu melarikan diri]
440. Yang bulat datang
bergolek, yang pipih datang melayang [Seseorang yang bertuah akan mendapat
rezeki di mana-mana sahaja]
441. Yang bongkok juga dimakan
sarung [Orang
yang bersalah tetap akan menerima hukuman]
442. Yang disuruh tenggelam,
yang menyuruh pun tenggelam [Orang yang malas disuruh mengawasi orang yang malas,
akhirnya sia-sia belaka]
443. Yang dikejar tak dapat,
yang dikendong berciciran [Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti lalu barang yang
ada dibuang]
444. Yang rendah terpendek
sangat, yang tinggi terunjur sangat [Tidak pernah berasa puas dengan sesuatu
perolehan]
445. Yang tajam tumpul, yang
bisa tawar [Dengan
kata-kata yang lemah lembut dapat menyelesaikan segala sengketa]
446. Zaman beralih, musim
bertukar [Sesuatu
itu hendaklah disesuaikan dengan peralihan masa]
447. Zaman Tuk Nadur berkajang
kain [Zaman
yang telah lalu; sangat lama]
Sumber Ilham muinmohsein at 10:53 No comments:
No comments:
Post a Comment