Thursday, April 2, 2015

ANALISIS SOALAN TATABAHASA

Gerbang Maklumat BMSPM  Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998
 ANALISIS SOALAN BM SPM (Nov. 2005 - Jun 2014)
Tahun
Jenis Soalan
Soalan 3 - Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
Nov. 2005
(a)  Membina ayat (kata berimbuhan)
(b)  Menukarkan ayat pasif kepada ayat aktif.
(c)  Membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat.
(d)  Membetulkan kesalahan penggunaan kata, istilah, atau tatabahasa dalam ayat.
(e)  Menyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat.
Nov. 2006
(a)  Membina ayat (kata dasar dan kata berimbuhan).
(b)  Memisahkan ayat (mencerakinkan ayat majmuk).
(c)  Membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat.
(d)  Membetulkan kesalahan penggunaan kata, istilah, atau tatabahasa dalam ayat.
(e)  Menyenaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat.
Nov. 2007
(a)  Membina ayat (kata dasar dan kata berimbuhan).
(b)  Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.
(c)  Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan dalam ayat.
(d)  Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa dalam ayat.
(e)  Menyatakan maksud peribahasa.
Nov. 2008
(a)  Membina ayat (kata majmuk).
(b)  Menyatakan pola ayat.
(c)  Membetulkan tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan dalam petikan.
(d)  Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa dalam ayat.
(e)  Membina ayat berdasarkan peribahasa.
Nov. 2009
(a)  Membina ayat (kata ganda).
(b)  Mengenal pasti subjek dan predikat ayat.
(c)  Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan dalam ayat.
(d)  Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa dalam ayat.
(e)  Menyatakan peribahasa yang sesuai.
Nov. 2010
(a)  Membina ayat (kata berimbuhan).
(b)  Membina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya.
(c)  Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan dalam ayat.
(d)  Membetulkan tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa dalam petikan.
(e)  Mengisi tempat kosong dengan peribahasa.
Nov. 2011
(a)  Membina ayat (kata nama).
(b)  Menyambungkan ayat menjadi tiga ayat.
(c)  Membetulkan tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan dalam petikan.
(d)  Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa dalam ayat.
(e)  Menyatakan peribahasa berdasarkan maksud peribahasa.
Nov. 2012
(a)  Membina ayat (kata ganda) - Boleh tambah imbuhan.
(b)  Menukarkan ayat songsang kepada ayat susunan biasa.
(c)  Membetulkan tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan dalam tiga ayat yang diberikan.
(d)  Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
(e)  Berikan maksud tiga peribahasa yang diberikan.

Jun. 2013
(a)  Membina ayat (kata berimbuhan) - Tidak boleh tambah atau tukar imbuhan.
(b)  Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.
(c)  Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan dalam tiga ayat yang diberikan.
(d)  Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
(e)  Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Nov. 2013
(a)  Membina ayat (penjodoh bilangan) - Tidak boleh tambah atau tukar imbuhan.
(b)  Pola ayat (FN dll)
(c)  Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan dalam tiga ayat yang diberikan.
(d)  Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
(e)  Berikan peribahasa berdasarkan maksud yang disenaraikan.
Jun. 2014
(a)  Membina ayat Kata pinjaman Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
(b)  Cakap ajuk dan cakap pindah
(c)  Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan dalam tiga ayat yang diberikan.
(d)  Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
(e)  Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi .

No comments:

Post a Comment