Friday, October 25, 2013

SEMINAR BM DI GTC


NOTA DAN LATIHAN
Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara berikut perlu diubah atau diberi perhatian.

Cakap Ajuk
LATIHAN
Tukarkan cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk dengan mengekalkan maksud asalnya. Gunakan bahasa yang gramatis.
Amir menerangkan kepada Hazmi bahawa giginya sakit sejak semalamnya. Hazmi menyuruh Amir bersegera ke klinik gigi. Amir memberitahu bahawa dia takut sekira giginya dicabut. Hazmi menjelaskan kepada Amir agar tidak takut giginya akan dicabut kerana sekiranya kerosakan giginya besar sahaja barulah akan dicabut. Amir bertanya kepada Hazmi jika ada cara lain. Amir memberitahu sekiranya akar gigi Amir masih kuat doktor hanya menampal lubang pada gigi Amir. Amir bersetuju untuk ke klinik gigi pada masa itu juga.

 
Cakap Pindah
saya, aku, hamba
beta
kami, kita
anda, awak, kamu, engkau
dia
beliau
mereka
ini
itu
sini
begini
demikian ini
sekarang
malam tadi
semalam
hari
ini
esok

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
 




1. Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.
(i) Murid yang miskin itu sudah diberi biasiswa.
(ii) Sudahkah awak membaca novel tulisan A. Samad Said itu ?
(iii) Jamaliah baru sahaja melapor diri untuk bertugas di sekolah ini tadi.
(iv) Wah, awak kelihatan sungguh ceria sejak akhir-akhir ini!
(v) Jangan memuji saya berlebih-lebihan.
(vi) Syabas, teruskan usaha murni awak!
2. Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Pelajar yang cacat penglihatan itu gigih sungguh.
(ii) Ibunya masih belum pulang dari pejabat .
(iii) Murid-murid kelas tadika itu berkejar-kejaran di padang sekolah.
(iv) Dia menulis rencana itu di bilik bacaan.
(v) Semua umat Islam wajib bertawakal kepada Allah.
3. Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut.
Kita berasa terkilan apabila melihat kemasukan warga asing ke negara ini yang semakin bertambah walaupun kerajaan sudah mengambil tindakan yang sewajarnya. Hal ini berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab sebilangan kecil rakyat kita sendiri kerana mereka bukan sahaja telah memberikan peluang pekerjaan kepada warga asing, malah menyeludupkan warga asing masuk ke negara ini.
[6 markah]
4. Tukar ayat-ayat pasif di bawah ke bentuk ayat aktif tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut.
(i) Kampung itu dilanda banjir besar.
(ii) Harta benda mereka yang hanyut tidak dapat diselamatkan oleh orang kampung.
(iii) Perahu kami gunakan untuk memindahkan mangsa banjir.
(iv) Mangsa banjir turut dibantu berpindah ke tempat yang selamat oleh orang ramai.
(v) Bantuan wang ihsan untuk meringankan beban kesusahan yang dialami oleh
mangsa banjir disalurkan oleh kerajaan.
(vi) Bekalan makanan dan keperluan harian untuk mangsa banjir tersebut turut
disumbangkan oleh sektor swasta .
LATIHAN MELENGKAPKAN PERIBAHASA

PERIBAHASA
MAKSUD

Sudah dapat gading bertuah,


Sepandai-pandai tupai melompat


Laut mana tak berombak


Gajah sama gajah berjuang


Kerbau dipegang pada talinya


Kalau asal benih yang baik


Calak-calak ganti asah


Bila kucing tidak bergigi


Alang-alang menyeluk pekasam


Cakap berdegar-degar


Masuk kandang kambing mengembek,


Sepuluh jong masuk


Pelanduk selalu melupakan jerat


Bagai enau dalam belukar





Latihan peribahasa 2013 – latihan peribahasa setara (sinonim)
Seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit


Api padam punting masih berasap

Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah

Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

Bagai isi dengan kuku


Pengayuh saying dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang

Air dicencang tak akan putus

Genggam bara api, biar sampai menjadi arang

Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang

Hujan jatuh ke pasir

Menangguk di air keruh

Burung terbang dipipis kan lada

Bagai pinang dibelah dua

Lembu dogol jangan dibalun

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit


LATIHAN KARANGAN SPM 2013
1.      Kesihatan dari segi fizikal, mental, rohani dan emosi amat penting dalam kehidupan remaja.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan amalan-amalan remaja yang sihat.

2.      Tuliskan satu karangan tentang peranan negara-negara di dunia ini dalam
memulihara tempat-tempat bersejarah.

3.      Masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami oleh negara kita saban tahun.   Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana acap kali melanda negara.
Bincangkan punca-punca berlakunya masalah jerebu dan kesan-kesannya .

4.      Kemahiran menguasai pelbagai bahasa sangat penting untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain. Huraikan

5.      Anda digalakkan untuk menyertai pertubuhan sukarela. Jelaskan kebaikan menyertai pertubuhan sukarela itu.







RUMUSAN
KATA KUNCI
PADANAN
KATA KUNCI
PADANAN
Peranan

harapan

Sebab

Ciri-ciri

Cara

masalah

Kesan

cabaran

Kebaikan

persediaan

Keburukan

formula

Kekangan

panduan

kerenah

Peranan

syor

potensi

natijah




                CADANGAN AGIHAN MASA MENJAWAB SOALAN
No.
Bentuk
Markah
Masa
1
Rumusan
30
35 minit
2
Pemahaman Prosa Moden
30
35 minit
3(a)
Pemahaman klasik
20
25 minit
3(b)
Pemahaman sajak
20
25 minit
4
Tatabahasa
20
25 minit
4 soalan dijawab

100
120 minit

Bagi soalan pemahaman klasik:
                          (a) jika calon sukar untuk memahami petikan walaupun telah berkali-kali mencba, cubalah                              mengagak berdasarkan penggunaan dan kesesuaian konteks ayat. Gariskan isi penting                              untuk memudahkan pemahaman.
(b) gunakan bahasa Melayu moden.
(c) jangan terpengaruh dengan struktur ayat bahasa klasik yang biasanya panjang dan berbelit-belit.
(d) perkataan `hatta’, `arakian’ dan sebagainya boleh digugurkan kerana ia hanya penyedap ayat.
(e) tukarkan ayat pasif yang banyak digunakan dalam teks klasik kepada struktur bahasa Melayu moden (ayat aktif) Contoh: Oleh baginda diceterakan (salah) Baginda menceritakan….. (betul)
(f) unsur perulangan yang banyak terdaat dalam teks klasik perlu diabaikan dan penggunaan bahasa songsang diperbetulkan.

Bagi soalan sajak:
(a) Aspek paling penting ialah pemahaman pelajar terhadap sajak yang diberi.
(b) hayati sajak dan kesan penanda penting dalam sajak seperti tema, dan simbol/perlambangan.
Kelemahan & cadangan:
(a) jawapan mesti lengkap/isi cukup dan ayat tidak tegantung. Banyakkan latihan.
(b) tulisan mudah untuk dibaca.
(c) jangan tulis jawapan dalam bentuk poin/nombor kerana akan menjejaskan markah.
(d) pastikan setiap jawapan ditulis nombor soalan.
(e) jawab ikut urutan khususnya bagi soalan-soalan pecahan supaya nampak lebih sistematik.
(f) setiap kesalahan bahasa akan ditolak ½ markah mengikut pertimbangan pemeriksa.
(g) cadangan masa : 35 minit (soalan 2), 25 minit (soalan 3a atau 3b)

RAMALAN KOMSAS







































No comments:

Post a Comment