SKEMA BAGI SOALAN SEMINAR
Apabila
menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara berikut perlu diubah
atau diberi perhatian.
Cakap
Ajuk
|
Cakap
Pindah
|
saya,
aku, hamba
beta
kami,
kita
anda,
awak, kamu, engkau
dia
beliau
mereka
ini
itu
sini
begini
demikian
ini
sekarang
malam
tadi
semalam
hari
ini
esok
|
dia,
ia, nya, beliau
baginda
mereka
saya,
dia, nya
dia
beliau
mereka
itu
itu
situ,
sana, tempat itu
begitu
demikian
itu
masa
itu, ketika itu
malam
semalamnya
semalamnya
hari
itu
esoknya,
keesokan harinya, hari itu
|
LATIHAN
Tukarkan cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk
dengan mengekalkan maksud asalnya. Gunakan bahasa yang gramatis.
Amir menerangkan kepada Hazmi bahawa giginya sakit sejak semalamnya. Hazmi menyuruh Amir bersegera ke klinik gigi. Amir memberitahu bahawa dia takut sekira giginya dicabut. Hazmi menjelaskan kepada Amir agar tidak takut giginya akan dicabut kerana sekiranya kerosakan giginya besar sahaja barulah akan dicabut. Amir bertanya kepada Hazmi jika ada cara lain. Amir memberitahu sekiranya akar gigi Amir masih kuat doktor hanya menampal lubang pada gigi Amir. Amir berseruju untuk ke klinik gigi pada masa itu juga.

Jawapan
"Gigi aku sakit sejak semalam," terang Amir kepada Hazmi.
"Baik kamu cepat ke klinik gigi," beritahu Hazmi.
"Aku takutlah, nanti gigi aku kena cabut," balas Amir.
"Alah jangan kamu jangan takut, kalau rosak banyak barulah dicabut," jelas Hazmi.
"Selain kena cabut, ada tak cara lain?" tanya Amir.
"Kalau akar gigi kamu masih kuat doktor tidak cabut tetapi dia hanya tampal lubang pada gigi kamu sahaja," beritahu Hazmi,
"Jika begitu, biarlah aku ke klinik gigi sekarang," jawab Amir.

1. Kenal pasti
jenis-jenis ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata,
ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.
(i) Murid yang
miskin itu sudah diberi biasiswa.
(ii) Sudahkah
awak membaca novel tulisan A. Samad Said itu ?
(iii) Jamaliah
baru sahaja melapor diri untuk bertugas di sekolah ini tadi.
(iv) Wah, awak
kelihatan sungguh ceria sejak akhir-akhir ini!
(v) Jangan
memuji saya berlebih-lebihan.
(vi) Syabas,
teruskan usaha murni awak!
[6 markah]
2. Tukar ayat
bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud
asalnya.
(i) Pelajar
yang cacat penglihatan itu gigih sungguh.
(ii) Ibunya
masih belum pulang dari pejabat .
(iii)
Murid-murid kelas tadika itu berkejar-kejaran di padang sekolah.
(iv) Dia
menulis rencana itu di bilik bacaan.
(v) Semua umat
Islam wajib bertawakal kepada Allah.
[6 markah]
3. Tulis semula
ayat-ayat di bawah supaya menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asal
ayat-ayat tersebut.
Kita berasa
terkilan apabila melihat kemasukan warga asing ke negara ini yang semakin
bertambah walaupun kerajaan sudah mengambil tindakan yang sewajarnya. Hal ini
berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab sebilangan kecil rakyat kita
sendiri kerana mereka bukan sahaja telah memberikan peluang pekerjaan kepada
warga asing, malah menyeludupkan warga asing masuk ke negara ini.
[6 markah]
4. Tukar
ayat-ayat pasif di bawah ke bentuk ayat aktif tanpa mengubah maksud asal
ayat-ayat tersebut.
(i) Kampung itu
dilanda banjir besar.
(ii) Harta
benda mereka yang hanyut tidak dapat diselamatkan oleh orang kampung.
(iii) Perahu
kami gunakan untuk memindahkan mangsa banjir.
(iv) Mangsa
banjir turut dibantu berpindah ke tempat yang selamat oleh orang ramai.
(v) Bantuan
wang ihsan untuk meringankan beban kesusahan yang dialami oleh
mangsa banjir
disalurkan oleh kerajaan.
(vi) Bekalan
makanan dan keperluan harian untuk mangsa banjir tersebut turut
disumbangkan
oleh sektor swasta .
[6 markah]
LATIHAN KARANGAN 1
Kesihatan
dari segi fizikal, mental, rohani dan emosi amat penting dalam kehidupan
remaja.
Berdasarkan
pernyataan di atas, huraikan amalan-amalan remaja yang sihat.
Kesihatan
bukan sahaja berkaitan dengan bebas daripada penyakit tetapi juga memiliki
pemikiran yang cerdas bersama-sama emosi yang stabil. Pemilikan kesihatan yang
baik penting buat remaja kerana tahap kesihatan ketika usia mudalah yang akan
menentukan tahap kesihatan mereka pada masa tua kelak. Untuk mendapatkan
kesihatan yang baik, remaja harus melakukan amalan yang baik untuk perkembangan
fizikal, mental dan emosi.
Antara
amalan yang yang harus dilakukan ialah remaja perlu
mempunyai disiplin diri yang baik. Maksud disiplin dalam aspek ini ialah remaja
itu mematuhi jadual belajar, menghormati orang tua, guru, rakan-rakan dan
peraturan budaya serta undang-undang negara. Remaja yang berdisiplin sebegini
pasti tidak akan terjebak dalam sebarang aktiviti yang tidak sihat dalam
kehidupan mereka lalu mampu memiliki tahap kesihatan yang baik. Maka, amalan
disiplin yang baik menjadikan seseorang remaja itu mempunyai kesihatan yang
baik.
Selain
itu, remaja juga perlulah mengamalkan cara hidup yang sihat. Konsep cara hidup
yang sihat ini meliputi makanan yang seimbang, melakukan riadah dan aktiviti
kemasyarakatan. Sudah banyak kajian yang membuktikan bahawa amalan cara hidup
yang sihat menjadikan diri seseorang itu lebih positif dan mampu menjalani
kehidupan mereka dengan lebih baik lagi. Sesungguhnya, cara hidup yang sihat
menjamin kesihatan yang seimbang kepada remaja di negara ini.
Malahan,
amalan mempelajari dan mematuhi ajaran agama merupakan satu lagi amalan yang
turut mampu menguatkan kesihatan seseorang itu. Semua ajaran agama menekankan
aspek keseimbangan kehidupan seseorang supaya mampu menjalani satu
kehidupan yang baik di dunia dan akhirat kelak. Sikap mematuhi amalan agama
memberikan remaja satu matlamat hidup yang mampu meninggikan tahap kesihatan
mereka pada masa yang serupa pula. Jadi, sikap mematuhi ajaran keagamaan boleh
memberi remaja satu kepuasan dalam hidupnya yang berupaya juga meningkatkan
tahap kesihatan.
Remaja
juga perlu bersikap tegas terhadap tindakan-tindakan negatif yang wujud dalam
kehidupan mereka. Sikap suka merokok, melepak, dadah dan jenayah haruslah
dikikis dalam minda remaja. Ketegasan remaja dalam semua aspek di atas itu
mampu menjauhi remaja daripada sebarang kemelut sosial yang melanda negara ini
lalu memberikan kesihatan yang baik kepada remaja juga. Bukan sahaja remaja
sihat tetapi mereka seolah-olah sedar keperluan atau kepentingan hidup mereka
di dunia ini.
Amalan
murni yang penting diamalkan seterusnya ialah remaja hendaklah mampu
mengawal emosinya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Ketenangan inilah
yang memberikan remaja satu pemikiran yang rasional dan rela berbincang apabila
mengalami sesuatu kemelut dalam hidup mereka. Semua tindakan yang diambil
ketika berfikir rasional mampu memberikan satu persepi baru yang boleh
menunjukkan jalan keluar terhadap masalah yang dihadapi itu. Oleh itu, sikap
rasional ketika melakukan sesuatu tindakan boleh menjadikan kesihatan seseorang
itu lebih baik.
Kesimpulannya,
semua amalan yang positif ini perlu dilaksanakan oleh remaja. Kesihatan remaja
yang mengamalkan semua amalan ini pasti baik kerana bukan sahaja tubuh mereka
sihat tetapi emosi serta pemikiran mereka turut menerima impak positifnya.
Remaja yang sihat sebeginilah yang diperlukan oleh negara dalam mengharungi
cabaran kehidupan moden kini.
SOALAN 1:
Tuliskan satu karangan tentang peranan negara-negara di dunia ini dalam
memulihara tempat-tempat bersejarah.
Langkah-langkah Memulihara Tempat-tempat Bersejarah [GLOBAL]
Pengenalan
Tempat bersejarah yang berserakan di dunia ini adalah asset berhargan yang wajar
dipertahankan.
- dikekalkan agar tidak hilang ditelan zaman
- tatapan generasi muda akan datang agar mengetahui sejarah yang silam
- negara-negara di dunia ini mestilah memainkan peranan yang saksama
Idea-idea Utama
Menyeragamkan undang-undang dalam melindungi tempat bersejarah ini.
- tidak mudah dirompak oleh golongan yang tertentu
- makam Firaun di negara Mesir telah banyak menjadi mangsa penyangak dari seluruh
dunia untuk mendapatkan emas
- kesan daripada undang-undang yang agak longgar dan tidak selari dengan negara di
dunia yang lain
Memulihara tempat tersebut daripada sebarang kerosakan.
- negara yang kaya membantu negara yang miskin
- tempat yang bersejarah dapat dikekalkan
- tidak akan lenyap dan menjadi tatapan masyarakat dunia
Mengadakan hubungan diplomatik antara negara yang mempunyai tempat bersejarah.
- mengadakan seminar atau forum tentang tempat-tempat bersejarah
- bertukar-tukar pandangan dan pendapat demi penambahbaikan
- tempat-tempat bersejarah ini dapat dipelbagaikan fungsinya
Memberikan kemudahan ahli sejarah dari negara lain membuat penyelidikan.
- mampu mewujudkan kerjasama yang baik antara negara-negara di dunia
- mengekalkan hubungan yang telah sedia ada
- dapat mengurangkan konflik dan mengelakkan peperangan
Mengiktiraf tempat bersejarah di dunia ini sebagai artifak yang tidak boleh dimusnahkan.
- tidak memusnahkan atas nama pembangunan
- sentiasa dijaga dengan rapi kerana menjaga sensitif negara yang lain
- mampu dikekalkan sampai bila-bila
Penutup
Tempat bersejarah bukan dibina dengan sesuka hati.
- memiliki sejarah yang tersendiri dan mengimbas masa lampau
- Tembok Besar China,Kota A.Farmosa,Piramid dan banyak lagi adalah contoh yang terbaik
- aset berharga dan mampu menarik ramai pelancong ke negara tersebut

Masalah
jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami oleh negara kita saban tahun.
Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara
kerana acap kali melanda negara.
Bincangkan punca-punca berlakunya masalah jerebu dan kesan-kesannya .
Bincangkan punca-punca berlakunya masalah jerebu dan kesan-kesannya .
Memang
tidak dapat dinafikan, masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami
oleh negara kita saban tahun. Fenomena ini
seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana acap
kali melanda negara Jerebu berlaku apabila kehadiran partikel terampai di
atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara
kering. Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran
Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Namun,
realitinya keadaan udara yang berjerebu di negara kita amat membahayakan
kesihatan rakyat. Persoalannya, apakah punca-punca berlakunya masalah
jerebu?
Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia sendiri iaitu pertamanya melalui pambakaran
hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar. Contohnya,
asap tebal hampir menjadi masalah tahunan kepada Singapura dan Malaysia,
selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila peladang di Indonesia
membersihkan ladang secara murah dengan membakarnya. Maklumat daripada
ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan lingkaran asap
jerebu dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia
hingga ke selatan Pantai Barat Semenanjung. Keadaan ini telah menyebabkan
Malaysia mengalami masalah jerebu yang membimbangkan.
Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah tindakan masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang. Contohnya, sesetengah anggota masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang mereka. Mereka tidak betanggungjawab dan tidak mengambil kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu.

Tambahan pula, peningkatan jumlah
kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga telah
mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di
jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium
dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan keadaan
jerebu bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap
yang mencemarkan udara. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan
menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan
berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat
keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan
berlakulah jerebu di negara kita.
Seterusnya, pengeluaran asap
yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian
yang menggunakan minyak dan arang batu turut menjadi punca utama jerebu.
Sikap pengusaha kilang yang bagai enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap
dari kilang dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan udara di negara kita.
Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat
penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan
asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang
boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk
apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu
rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Contoh kawasan
perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang.
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu bagai
aur dengan tebing untuk mengatasi masalah jerebu ini. Usaha ini
sangat penting demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
sebelum terlambat, sebelum nasi menjadi bubur, , pihak kerajaan
terutamanya perlu mengorak langkah drastik
bagi mengatasi masalah jerebu ini dari terus-menerus menghantui negara kita.
Rakyat yang sihat merupakan tonggak utama untuk memastikan kemajuan
negara kerana 'Rakyat Sihat Negara Maju'.
Kemahiran
menguasai pelbagai bahasa sangat penting untuk memudahkan komunikasi antara
satu sama lain.
Huraikan.
Bahasa asing dilihat
sebagai bahasa yang tidak digunakan secara meluas atau kerap oleh seseorang
itu. Antara bahasa asing yang terkenal di negara ini meliputi bahasa Inggeris,
bahasa Jepun, bahasa Korea, dan bahasa Arab. Penggunaan bahasa asing terutama
bahasa Inggeris mula mendapat tempat dalam kalangan pelajar dan pihak media
massa turut mempromosikan penggunaan bahasa ini. Sebenarnya, bahasa asing ada
membawa banyak manfaat kepada seseorang itu.
Sudah pasti kebaikan
utama seseorang yang mahir dalam bahasa asing ialah diri mereka lebih mudah
untuk menguasai sesuatu ilmu tersebut. Banyak bahan kajian terutama dalam bidang
teknologi dan sains yang diterbitkan dalam bahasa asing terutama bahasa
Inggeris dan Jepun serta Jerman. Ilmu yang ada dalam bahan bacaan ini hanya
boleh dikutip oleh pembaca yang mahir dalam bahasa asing tersebut. Jadi, mereka
yang menguasai bahasa luar boleh mempelajari pelbagai bidang ilmu yang amat
penting itu.
Selain itu,
penguasaan bahasa asing membolehkan manusia untuk berhubung dengan masyarakat
dunia luar pula. Komunikasi yang lancar dan baik boleh dilaksanakan jika
kedua-dua individu yang terlibat dalam perbualan itu memahami satu bahasa
terutama bahasa asing. Maksud dan isi tersirat yang wujud dalam komunikasi itu
akan dapat difahami dengan tepat jika individu terbabit memahami bahasa asing
secara mendalam. Jelaslah, penguasaan bahasa asing memudahkan komunikasi dengan
masyarakat luar berlaku dalam suasana yang baik terutama dalam urusan
perniagaan, politik dan sosial pula.
Malah, individu yang
sanggup mempelajari bahasa asing akan mendapati diri mereka lebih senang
memperoleh peluang pekerjaan terutama dalam era globalisasi ini. Majikan zaman
ini lebih meminati pekerja yang mampu menguasai lebih banyak bahasa kerana
mereka mudah untuk berurusan dengan pengguna dan boleh dihantar bekerja di
mana-mana cawangan syarikat tersebut di seluruh dunia. Diri seseorang yang
menguasai bahasa asing ini juga boleh memohon pekerjaan di dalam dan di luar
negara kerana sedar bahasa bukanlah penghalang lagi. Sesungguhnya, pekerja yang
mahir dalam pelbagai bahasa akan mendapati diri mereka senang memperoleh kerja.
Malahan, kemahiran
dalam bahasa asing telah dilihat sebagai satu tuntutan era globalisasi ini.
Maknanya, mereka yang menguasai bahasa asing itu dilihat sebagai unik, menarik,
dan berkebolehan berbanding dengan individu yang hanya tahu bertutur dalam bahasa
ibunda mereka. Kemahiran sebegini menjadikan diri mereka lebih sesuai untuk
menghadapi pelbagai cabaran yang timbul akibat perubahan dalam pemikiran dan
cara manusia menjalani kehidupan harian mereka itu. Maka, berbahasa asing itu
dilihat sebagai satu keperluan utama dalam menjalani kehidupan zaman moden ini.
Pada masa yang sama,
individu yang boleh bertutur dalam bahasa asing akan mudah menyesuaikan diri
mereka dalam sebarang suasana, situasi dan tempat. Mereka tidak akan berasa
janggal apabila berada dalam majlis yang menggunakan bahasa asing tersebut.
Pemahaman tentang sesuatu perkara juga akan menjadi lebih mudah kerana mereka
boleh menjelaskan maksud bahasa asing itu ke dalam bahasa ibunda dengan lebih
tepat. Lantaran itu, penguasaan bahasa luar ini menjadikan manusia itu lebih
mudah untuk menyesuaikan dirinya dalam sebarang situasi dan tempat.
Kesimpulannya, semua
manfaat yang dihuraikan tadi memang boleh diperoleh apabila seseorang itu
menguasai banyak bahasa asing. Kita harus sedar bahawa sikap mempelajari bahasa
asing ini bukanlah sesuatu yang negatif tetapi satu perkara yang bijak untuk
diamalkan pula. Remaja yang berpandangan jauh akan mula memahirkan diri mereka
dalam beberapa bahasa asing sebelum terlewat. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya
selera yang menjelaskan bahawa sikap mempelajari bahasa asing ini banyak
ditentukan oleh sikap seseorang itu sendiri.
Anda digalakkan untuk
menyertai pertubuhan sukarela.
Jelaskan kebaikan
menyertai pertubuhan sukarela itu.
Pertubuhan
sukarelawan boleh diseertai oleh pelbagai golongan, usia, kaum, dan agama. Di
negara ini terdapat banyak persatuan sukarela untuk disertai oleh rakyat
Malaysia. Antara contoh pertubuhan sukarela itu ialah Persatuan Bulan Sabit
Merah dan Askar Wataniah. Ada banyak kebaikan menyertai pertubuhan sebegini.
Penglibatan remaja
atau belia dalam pertubuhan ini menjadikan seseorang itu boleh mengisi masa
lapang dengan perkara yang berfaedah. Maknanya, remaja yang menyertai
pertubuhan sebegini mampu menghindarkan diri daripada terbabit dalam gejala
negatif. Maka, remaja mampu memiliki masa lapang yang dipenuhi dengan aktiviti
yang berfaedah.
Malah, remaja yang
menyertai pertubuhan ini boleh membantu orang lain ketika bencana seperti
banjir dan kebakaran berlaku. Malang sukar untuk diramalkan jadi remaja yang
ada kemahiran sebegini sudah pasti boleh mengurangkan kesusahan yang dialami
oleh mangsa bencana tersebut. Jelaslah, pertubuhan sukarela menjadikan remaja
mampu menghulurkan bantuan kepada masyarakat umum.
Selain itu, remaja juga
mampu melatih diri mereka menjadi orang yang berdisiplin apabila menyertai
pertubuhan sebegini. Pertubuhan sukarela mempunyai peraturan dan latihan yang
tertentu. Semua perkara ini memerlukan disiplin yang tinggi daripada diri
remaja untuk satu tempoh yang panjang. Sesungguhnya, remaja akan menjadi lebih
baik dirinya menerusi pembabitan dalam pertubuhan sebegini.
Pertubuhan sukarela
juga membolehkan remaja melihat tempat orang dan meluaskan pengetahuan mereka
tentang kehidupan. Pelbagai lawatan dan usaha menghulurkan bantuan akan
dianjurkan oleh pertubuhan sebegini. Keadaan ini akan memberikan satu
pengalaman yang berharga buat seseorang remaja itu. Jelaslah, remaja akan mampu
belajar tentang kehidupan dengan lebih baik.
Kesimpulannya,
pasukan sukarela memang memberi banyak impak positif kepada remaja. Ajaran
agama juga menuntut agar masyarakat menghulurkan bantuan kepada individu
yang memerlukannya. Remaja yang menyertai pertubuhan sebegini akan mampu
melihat satu perubahan drastik berlaku dalam peribadi mereka.
No comments:
Post a Comment