CONTOH KARANGAN TERBAIK PELAJAR SMAKASAS (PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013)
Karangan Berpandu diubahsuai daripada karangan Hasilan Nurul Ashikin bt. Abdullah ( Tingkatan 5 Ibnu Haitham) Pelajar Tingkatan 5 Wajib Menyalin Karangan Di bawah.
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Panjang karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Karangan di bawah bukan soalan Percubaan SPM 2013 SMKASAS. Saya masukkan karangan berkenaan atas dasar kehebatan hasilan karangan pelajar berkenaan dan boleh dijadikan contoh semasa mengarang oleh setiap pelajar. Justeru, karangan di bawah wajib salin.
Busana indah bertata suasa,
Menari puteri di dalam taman,
Pantun lambang budaya bangsa,
Takkan hilang ditelan zaman.
Rangkap pantun di atas menggambarkan pantun sebagai satu lambang keistimewaan mayarakat Melayu. Pantun merupakan seni bangsa yang telah diperturunkan daripada generasi terdahulu kepada generasi pasca kemerdekaan ini. Pantun yang kaya dengan seni kata yang halus dan irama yang indah turut melambangkan kehebatan dan kepakaran masyarakat Melayu dalam bidang berbahasa. Marcapada, puisi tradisional kini turut dipertahan dan diberi penekanan oleh golongan pencinta ilmu agar tidak terhakis dibawa arus perubahan zaman yang rakus menelan budaya Melayu dari bangsanya. Justeru, komponen sastera yang diperkenalkan dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan usaha bijak pandai kita agar pendedahan sedari usia rebung pasti mampu memupuk kecintaan pelajar atau generasi muda terhadap kemahiran berbahasa terutamanya kemahiran berpantun. Bukan itu saja, malah harapan kita agar generasi sekarang juga diharapkan mampu mencipta hasilan pantun seperti generasi nenek moyang kita sebelumnya. Seterusnya, diharapkan kesenian berbahasa ini akan menjadi budaya masyarakat bangsa dalam setiap aktiviti harian sama ada ketika berkomunikasi secara umum ataupun formal. Jelasnya, kenenian berbahasa menggunakan pantun sebagai wahana komunikasi antara masyarakat mempunyai pelbagai keistimewaan dan peranannya.
Mari kita bersama-sama memfokuskan lensa perbincangan ke arah horizon minda pelajar kelas pertama dengan membicara kata kunci pertama iaitu fungsi pantun sebagai wahana penyampaian rasa penghargaan dan terima kasih kepada seseorang. Masyarakat Melayu yang sememangnya terkenal dengan sikap suka menghargai dan berterima kasih atas sumbangan dan jasa orang lain. Antara hasilan pantun generasi terdahulu yang masih diaplikasi masayarakat sehingga kini terpapar melalui pantun seperti di bawah,
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Justeru, penggunaan pantun sebagai alat untuk menyampaikan rasa penghargaan dan ucapan terima kasih seperti tergambar dalam pantun di atas memaparkan kehalusan budi bangsa Melayu sesuai dengan pepatah Melayu iaitu harimau mati meninggalkan belang, manusia matiu meninggalkan nama. Ucapan terima kasih melalui penggunaan pantun yang selalunya digunakan dalam ucapan semasa acara rasmi, atau dalam perbualan seorang rakan dengan rakan memang meninggalkan impak yang besar kepada pendengarnya. Ucapan dengan penggunaan pantun ini boleh berlaku apabila seseorang itu menghulurkan bantuan sama ada kewangan, tenaga atau usaha membantu orang lain dalam meringankan bebanan kerja, memberikan idea dalam menyelesaiakan masalah, memberikan nasihat dan sebagainya. Secara langsung, penggunaan pantun dalam menyampaikan penghargaan terima kasih ini dapat melahir dan menyemaikan bibit-bibit kasih sayang antara pengguna atau penutur bahasa. Tuntasnya, pantun menjadi wadah dan wahana dalam menyampaikan rasa penghargaan dan terima masih seseorang dalam kehidupan bermasyarakat.
Seterusnya, mari kita selusuri fokus lensa perbincangan menggunakan minda pelajar kelas pertama mengenai peranan pantun dan keistimewaannya dengan kata kunci kedua iaitu pantun juga boleh diguna pakai sebagai medan media berkomunikasi dalam menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Sebagai contoh, kita sering melihat iklan yang dipaparkan di kaca televisyen menggunakan pantun sebagai medium komunikasi mereka. Usaha murni media massa menggunakan pantun sebagai alat menyampaikan pesanan atau nasihat amat dipuji kerana dengan aplikasi pantun berkenaan dalam media akan membangkitkan rasa kecintaan masyarakat terhadap fungsi pantun dalam kehidupan dan secara langsung mereka tidak akan lupa akan peranan pantun dalam kehidupan seharian serta tidak melupakan identiti bangsa mereka. Di samping itu, media komunikasi tidak kira media cetak ataupun media elektronik boleh menggalakkan masyarakat mengaplikasi pantun dalam kehidupan mereka sama ada semasa berinteraksi atau berhubung melalui komunikasi berbahasa ataupun melalui tulisan. Antara contoh, media massa seperti radio dan televisyen menyiarkan rancangan berbalas pantun sama ada secara tertutup mahupun secara siaran langsung dalam rancangan mereka. Langkah ini juga patut dipuji kerana golongan yang meminati siaran eletronik ini antaranya golongan remaja dan mereka inilah bakal pemimpin dan merupakan aset negara. Bahkan juga, penggunaan pantun dalam kehidupan boleh menjadi bahan untuk hiburan dan jenaka kerana pantun sering mendapat perhatian dalam kalangan penghibur negara terutama dalam rancangan realiti televisyen sekarang seperti Super Spontan, Maharaja Lawak, Karott Komedia X, dan sebagainya mencuri tumpuan peminat dalam kalangan masyarakat. Tamsilnya, pabila masyarakat menonton rancangan seperti ini mereka akan dapat melupakan sementara rasa sedih dan stress mereka setelah bergulamang dengan kerjaya pada sebelah siangnya. Sebagai nasihat, dalam berhibur ciri-ciri pantun sebagai puisi lama tidak perlu diabaikan kerana di situlah erti keindahan dan keunikan berbahasa yang ditinggalkan oleh generasi dahulu kepada kita. Tegasnya, masayarakat tidak perlu memandang rendah peranan pantun dalam kehidupan mereka kerana pantun berperanan sebagai penyampai maklumat dan juga sumber hiburan yang mengasyikkan.
Darsawarsa, segelintir masyarakat kita, terutama masyarakat Melayu alpa kerana meminggir dan tidak menghargai tradisi pantun sebagai satu medium atau wahana untuk menyindir dan menempelak sesorang tanpa menyinggung perasaan pendengar. Kita sedia maklum, masyarakat Melayu terkenal dengan sifat berbudi bahasa dan sentiasa menjaga akhlak semasa berkomunikasi. Hal ini kerana setiap individu tidal lari daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau sebaliknya sehingga menggores perasaan orang di sekeliling mereka. Justeru, pabila kita berbalik kepada generasi nenek moyang kita dahulu, mereka cenderung menggunakan pantun dalam menyindir atau menempelak sesorang. Dengan cara sedemikian, pendengar atau orang yang dilawan bercakap tidak akan berasa pedihnya sindiran berkenaan berbanding jika disampaikan dengan cara terus terang. Contohnya boleh kita lihat melalui pantun berikut, "Berakit ke hulu dengan bergalah, buluh pecah terbelah dua, orang tua jangan dilangkah, kelak biadap dituduhnya pula." Pantun berkenaan jelas menunjukkan contoh cara golongan tua menyindir golongan muda yang sering menempelak golongan tua sama ada semasa bercakap atau semasa memberi nasihat kerana orang tua lebih banyak makan garam. Berbanding sekiranya dalam menempelak atau menyindir seperti berkata, " Diam, jangan melawan cakap orang tua", menunjukkan seseorang terus menghalang orang lain bersikap biadap dengan orang tua. Sekiranya berlaku situasi sedemikian, sudah pasti golongan muda yang mendengar kata-kata seperti itu akan tersinggung dan akibatnya hubungan mereka akan menjadi renggang.Situasi ini sering berlaku dalam alaf milenium ini kerana golongan remaja sekarang lebih suka berterus terang semasa berbual dengan rakan-rakan sebaya, dan sudah pasti ada kalanya sikap ini akan mengundang padah seperti berlakunya pertengkaran dan perkelahian. Tegasnya, masyarakat terutama golongan remaja boleh menggunakan pantun apabila cuba untuk menempelak atau menyindir rakan sebaya kerana penggunaan pantun akan melembutkan maksud teguran berbanding jika teguran itu dizahirkan secara berterus terang.
Mari kita lebarkan fokus lensa perbincangan kepada kata kunci peranan pantun dalam adat istiadat orang Melayu . Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan sikap mengutamakan adat dalam upacara seperti merisik, pertunangan dan perkahwinan. Dalam majlis seperti rombongan merisik kebiasaannya ahli keluarga akan memilih golongan tua daripada keluarga mereka menjadi orang utama dalam majlis seperti disebutkan di atas. Kebiasaannya, orang paling utama dalam acara seperti tersebut dipilih dalam kalangan ahli keluarga yang petah berkata-kata dan kaya dengan kesenian berpantun. Selalunya, pantun akan digunakan sebagai mukadimah atau pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran sebelum aktiviti selanjutnya dijalankan semasa upacara merisik, pertunangan dan perkahwinan. Dalam berpantun kebiasaannya ketua rombongan akan cuba untuk menyampaikan hasrat rombongan keluarga mereka dan selalunya ke rumah gadis yang menjadi pilihan ahli keluarga lelaki. Selalunya, pantun yang dikemukan akan dibalas oleh keluarga gadis. Sebagai contoh pantun berkenaan seperti di bawah:-
Tok Sami ke teluk Lipat,
Kain batik dibawa Salma,
Datang kami membawa hajat,
Kalau sudi minta diterima.
Dari Pauh singgah Permatang,
Singgah merapat papan kemudi,
Dari jauh saya datang,
Kerana tuan yang baik budi.
Pantun seperti di atas, biasanya dipertuturkan semasa adat merisik, pertunangan atau perkahwinan yang mengambar orang Melayu sentiasa berkomunikasi secara bersopan dalam acara tertentu. Tegasnya, budaya masyarakat Melayu begitu unik dan kaya dengan kesenian bahasa antara kemahiran berpantun dalam upacara adat.
Selain itu, pantun juga sering digunakan sebagai usaha untuk memberi tunjuk ajar atau nasihat kepada seseorang. Nasihat dan tunjuk ajar ini kebiasaannya diajukan kepada setiap lapisan masyarakat tidak kira usia muda atau tua. Pada zaman dahulu, orang tua-tua sering mengutamakan pantun sebagai usaha untuk memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada anak-anak atau golongan remaja kerana dengan cara tersebut teguran dan nasihat yang hendak disampaikan secara lebih bersopan. bahkan juga, dengan penggunaan pantun teguran dan tunjuk ajar dapat disampaikan tanpa menggores perasaan golongan yang menjadi sasarannya. Contoh pantun nasihat seperti di bawah:-
Pergi ke pantai berkereta coklat,
berdayung sampan hingga ke malam,
Firman Tuhan tutuplah aurat,
Menjadi kewajipan wanita Islam.
Berdasarkan pantun di atas, pemantun cuba menasihatkan golongan hawa agar sentiasa menutup aurat mereka kerana perkara tersebut sudah menjadi kewajipan kaum wanita di sisi Tuhan. Jelasnya, melalui pantun seperti diatas nasihat yang disampaikan secara lembut dan tidak berbentuk keras dalam bentuk paksaan walaupun perkara berkenaan adalah wajib dilaksanakan kaum perempuan. Berbanding dengan situasi remaja sekarang lebih suka membuat teguran secara terus terang sehingga menyebabkan timbul perasaan tidak senang dalam kalangan mereka. Adakalanya, cara teguran disampaikan menyebabkan hubungan antara mereka akan renggang malah ada juga yang mencetuskan perkelahian kerana ada yang berpendapat soal menutup aurat adalah soal peribadi. Tegasnya, pantun amat signifikan untuk memberikan nasihat dan teguran kerana cara ini lebih lembut dan bersopan.
Akhirulkalam, sudah terang lagi bersuluh bahawa pantun sememangnya banyak kelabihan dan keistimewaannya tersendiri. Antara, pantun berfungsi sebagai hiburan, berguna dalam adat istiadat, sebagai nasihat, menempelak dan sebagainya. Sebagai penerus generasi terdahulu, kita bukan sahaja perlu menghargai keunikan dan kesenian pantun Melayu, malah lebih jauh lagi kita perlu mempertahan dan seterusnya membudaya tradisi penggunaan pantun dalam kehidupan seharian agar tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas dibawa arus zaman yang serba ligat dengan kemodenan zaman milineum ini. Justeru, kita sebagai perwaris bangsa perlu bekerjasama ibarat aur dengan tebing, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat dalam usaha untuk terus memartabat dan memperkasakan pantun sebagai satu wahana dan mideum komunikasi sopan antara masyarakat Melayu yang terkenal dengan budi bahasanya. Oleh sebab itu, ternyatalah keistimewaan pantun dan peranannya dalam masyarakat tidak dapat dipertikaikan.
Soalan Berfokus Diri:-
Anak jiran anda menghidapi masalah penyakit yang kronik. Tuliskan pendapat anda cara untuk membantu anak jiran anda berkenaan agar bebanan keluarganya dapat diringankan. Saya mohon para pelajar melihat hasilan karangan pelajar di bawah dan buat rumusan ringkas mengenai karangan berkenaan dan saya harap semasa di dalam kelas untuk berbincang berkenaan keistimewaan dan kelemahan karangan berkenaan aharp maklum.
Ulasasan anda:-
1. Idea relevan atau tidak dengan tugasan.
2. Pengolahan idea menarik atau tidak, mengaplikasi kaedah deduktif atau tidak.
3. Gaya bahasa menarik atau tidak. ( Ejaan, frasa, ayat)
4. Ejaan dan tanda baca ( Terdapat kesalahan ejaan atau tanda baca)
5. Pemerengganan. ( Cukup 7 perrenggan atau tidak/ Kepanjangan seimbang atau tidak )
Ulasan keseluruhan ( Cemerlang atas, Cemerlang, Cemerlang bawah, Kepujian )
.........................................................................................................................................................
Anda juga boleh memberikan markah untuk karangan umum di atas.
Saya akan cuba memasukkan lagi karangan menarik Percubaan SPM SMKASAS 2013. Tetapi dua karangan yang saya lampirkan di atas merupakan karangan menarik pelajar tingkatan empat yang boleh dijadikan contoh kerana kualiti karangan berkenaan, kecuali karangan di atas. Karangan di atas perlu diberi ulasan dan markah. Setelah cuti nanti, pelajar diminta menyatakan ulasan dan tahap pencapaian karangan pelajar di atas semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Contoh Karangan Berpandu Nukilan Nur Aishah Humaira bt. Moideen Tingkatan 5 Ibnu Khaldun
Contoh Karangan Berpandu Percubaan SPM 2013
Karangan Umum Fokus Keluarga / Ibu Bapa
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk membentuk budaya membaca dalam kalangan anggota keluarga mereka.
Bincangkan pernyataan di atas.
Karangan ini nukilan Nur Aisah Humaira bt. Moideen Ting. 5 Ibnu Khaldun
Karangan Nukilan Nurfarhana Nisa bt. Muhammad Fauzi Tingkatan 5 Al Haitham
Karangan Umum Berfokus Diri Hasilan Nur Sayidah bt. Malek Tingkatan 5 Ibnu Khaldun
Anda bercita-cita menjadi seorang usahawan menjelang tahun 2020. Jelaskan persediaan-persediaan yang dilakukan untuk mencapai cita-cita tersebut.
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Panjang karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat, faktor kesihatan masyarakat pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan pihak berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia. Semakin hari, masalah wabak pelbagai penyakit semakin menjalar dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia tua atau muda. Jika dahulu masalah darah tinggi dan kencing manis merupakan penyakit yang sering dihadapi oleh golongan tua tetapi pada hari ini golongan kanak-kanak juga sering dihantui penyakit berkenaan. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011, angka pesakit yang menghadapi masalah kesihatan telah meningkat sebanyak 200 000 orang pesakit melebihi bilangan pesakit pada tahun sebelumnya. Sebenarnya masalah kesihatan masyarakat mampu diatasi dengan pelbagai cara terutamanya dengan kemudahan prasarana berkaitan kesihatan semakin banyak disediakan oleh pihak kerajaan. Klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa, Hospital Besar merupakan tempat masyarakat mendapat kemudahan rawatan kesihatan. Persoalannya, mengapakah kadar pertambahan bilangan pesakit yang tidak mengenal usia berlaku pada zaman sekarang? Bak kata pepatah, setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Salah satu daripadanya adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah caranya untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat?
Mari kita capahkan lensa perbincangan kita kepada skop yang lebih khusus di bawah kata kunci pengambilan makanan seimbang. Kebanyakan rakyat Malaysia mengganggap pengambilan makanan seimbang ialah diet. Sebenarnya, tanggapan masyarakat mengenai perkara tersebut adalah salah sama sekali.Hal ini kerana pengambilan makanan seimbang bermaksud pengambilan makanan oleh seseorang individu yang mengandungi semua nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan secara seimbang. Jika kita merujuk piramid makanan, pembahagian pemakanan terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut keperluan makanan berdasarkan seorang manusia normal. Bahagian bawah piramid makanan merupakan kumpulan makanan mengandungi karbohidrat, diikuti dengan kumpulan makanan yang mengandungi vitamin, mineral, dan serat, seterusnya kumpulan makanan yang mengandungi protin, dan terakhir bahagian atas ialah kumpulan makanan mengandungi lemak. Piramid makanan juga merupakan panduan kepada pengguna dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak di bahagian atas sekali, seperti lemak dan gula,. Oleh sebab itu, makanan berlemak hanya perlu kita ambil dalam kuantiti sedikit. Berbanding kandungan karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti yang banyak kerana makanan seperti ini membekalkan kita tenaga untuk menjalani kehidupan seharian, contohnya nasi, roti, dan bijirin. Seorang ahli falsafah Yunani iaitu Socrates berkata " Aku makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan." Tegasnya, kita boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang setiap hari.
Seterusnya, mari kita lebarkan lensa perbincangan dengan memperkatakan gaya hidup sihat iaitu menjalankan aktiviti rekreasi. Sebagai mana yang kita sedia maklum, kegiatan rekreasi merupakan aktiviti yang berfaedah terutama untuk mengisi masa senggang, merehatkan minda dan mengelakkan stress, selain menyehatkan badan. Pada abad milenium ini, banyak tempat rekreasi, sama ada bertemakan air, alam sekitar dan sebagainya. Dengan adanya pusat rekreasi, anak muda atau remaja boleh menyertai aktiviti berkenaan dengan mandaftar diri dan menyertai program yang dianjurkan seperti kursus berkayak, mendaki gunung, , menyelam, "jungle tracking" dan sebagainya. Bagaimana kegiatan rekreasi ini dapat menyihatkan tubuh badan? Aktiviti rekreasi merupakan aktiviti mencabar. Sebelum melakukan aktiviti berkenaan, peserta selalunya diminta untuk melakukan aktiviti regangan agar seluruh sendi dan sistem kardivaskular kita bersedia terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti berkenaan. Bahkan juga, dengan adanya aktiviti regangan dan pemanasan badan, kadar pengaliran darah dan pergerakan jantung akan stabil sebelum peserta melakukan aktiviti yang berat. Selain itu, kelenjar endokrin dan kelenjar adrenalina akan merembeskan peluh yang mengandungi toksin untuk disingkirkan daripada badan. Oleh sebab itu, badan kita akan menjadi sihat dan sukar untuk dijangkiti patogen-patogen penyakit. Kebiasaanya, seorang fasiltator akan memberi penerangan kepentingan melakukan regangan dan peringatan mengenai langkah-langkah menjaga keselamatan sepanjang program rekreasi diadakan untuk mengelak sebarang kemalangan atau kecederaan. Bak kata pepatah, malang tidak berbau dan sediakan payung sebelum hujan. Justeru, tahap keselamatan peserta lebih terjamin semasa melakukan aktiviti lasak tersebut. Hal ini jelas menunjukkan aktiviti berekreasi merupakan satu cara untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan.
Mari kita meneruskan perbincangan menggunakan minda pelajar kelas pertama dalam membicara aktiviti sukan sebagai amalan gaya hidup sihat. Sebagaimana kita maklum, remaja tidak lari daripada melakukan aktiviti sukan dalam kehidupan mereka sejajar dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan pelaksanaan Program 1 Murid 1 Sukan yang mewajibkan pelajar sekurang-kurang menyertai satu aktiviti sukan di sekolah. Bahkan juga,Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah 10% syarat kemasukan ke universiti berdasarkan pencapaian pelajar dalam bidang kokurikulum antaranya sukan permainan. Namun, pelaksanaan program ini belum mencapai objektifnya kerana sebilangan pelajar masih belum membudayakan diri mereka untuk bersukan dan penglibatan mereka dalam aktiviti berkenaan hanya sekadar untuk penyertaan bukan sebagai budaya. Sebenarnya, pucuk pangkal permasalahan berkenaan terus berlaku akibat masyarakat masih belum mengetahui akan manfaat dan kepentingan sukan dalam kehidupan mereka. Dengan bersukan, masyarakat akan mendapat manfaat iaitu selain menyihatkan badan, mereka juga akan dapat mencergaskan minda mereka. Hal ini kerana ketika bersukan oksigen akan diserapkan ke dalam badan dengan lebih cepat dan akan mengaktifkan sel-sel badan menjalankan proses respirasi, disamping aliran oksigen ke otak akan lebih aktif. Secara langsung neuron-neuron otak juga akan bersambung dan badan akan menerima cas-cas positif yang berfungsi untuk menyihatkan badan dan mencerdaskan otak. Kebaikannya kepada pelajar, mereka tidak akan mudah mengantuk semasa berada di dalam kelas dan sudah pasti proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna. Pepatah Arab ada mengatakan bahawa minda cerdas lahir daripada badan yang sihat. Justeru, kita boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti bersukan.
Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh bahawa pemeriksaan dan rawatan kesihatan adalah penting dalam memastikan tahap kesihatan kita sentiasa berada di bawah paras bahaya. Masyarakat Malaysia perlu bersyukur kerana kerajaan terutamanya di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia amat mengambil berat dalam menyediakan prasarana dan kemudahan kesihataperkhidmatan bertaraf dunia. Hal ini boleh kita lihat di setiap pelusuk negara terdapat pusat rawatan sama ada klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa dan Hospital Besar sentiasa terbuka untuk dikunjungi oleh rakyat yang sedar akan kepentingan kesihatan mereka. Bahkan juga, pengamal perubatan yang sedia merawat pesakit adalah lepasan universiti dikerah berkhidmat di pusat rawatan daerah, dan negeri agar setiap masyarakat mudah untuk mendapat perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Berbading suatu ketika dahulu, pesakit yang memerlukan rawatan daripada seorang doktor hanya boleh mendapat perkhidmatan mereka di hospital desa atau hospital besar. Rawatan kesihatan amat penting supaya setiap warganegara akan tahu tahap dan darjah kesihatan mereka dari semasa ke semasa. Apabila kita melakukan rawatan kesihatan secara berskala sekurang-kurangnya tiga bulan sekali perkembangan kesihatan kita boleh dipantau oleh pengamal perubatan atau doktor dengan sebaik-baiknya. Natijahnya cukup positif kerana pengesanan penyakit secara awal akan memudahkan mereka mendapat rawatan yang sepatutnya. Secara langsung pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa kerana kadang kala penyakit menyerang tanpa disedari terutama penyakit tiga serangkai iaitu darah tinggi, kecing manis dan serangan jantung. Contohnya, sekiranya pesakit mengalami penyakit kencing manis para doktor berpengalaman akan menasihatkan pesakit mengawal kaedah pemakanan yang sesuai dan sekiranya pesakit mengalamai masalah diabetis yang kronik suntikan insulin akan dilakukan untuk mengawal paras gula dalam badan. Pepatah ada menyebut " mencegah lebih baik daripada merawat." Tegasnya mendapat pemeriksaan dan rawatan kesihatan adalah sangat penting dalam memastikan tahap kesihatan masyarakat dalam keadaan baik.
Kesimpulannya, pengamalan gaya hidup sihat merupakan inisiatif kita sendiri. Jika kita inginkan kesihatan kita sentiasa sihat, kita perlulah melibatkan diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan kita seperti pengambilan makanan seimbang, melakukan aktiviti rekreasi, menyertai aktiviti sukan dan mendapatkan rawatan kesihatan secara sempurna. Oleh itu, untuk menyokong kerajaan dalam merealisasikan Wawasan 2020, kita perlulah memastikan tahap kesihatan kita dalam keadaan terbaik kerana pekerja, pentadbir, dan pemimpin yang sihat jasmani, rohani, emosi dan inteleknya sahaja yang akan dapat membantu menggapai cita-cita pemimpin untuk memastikan Malaysia mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Justeru, kesihatan merupakan aset paling penting sebagai warganegara Malaysia kerana bak kata pepatah, kesihatan itu lebih penting daripada wang ringgit yang menggunung.
Para pelajar boleh mengolah dan, menambah istilah, frasa atau ayat, maklumat atau fakta serta frasa menarik asalkan binaan ayatnya gramatis.

CONTOH KARANGAN BERPANDU KEDUA
Diubahsuai daripada karangan nukilan Norfaezah bt. Mohd. Nozani ( Pelajar Tingkatan 4 Ibnu Sina )
Karangan Umum Berfokus Komsas.
Soalan : Dalam karangan masyarakat Malaysia, pantun merupakan puisi tradisional yang masih kekal sehingga ke hari ini. Bincangkan keistimewaan pantun dan peranannya dalam masyarakat Melayu.
Menari puteri di dalam taman,
Pantun lambang budaya bangsa,
Takkan hilang ditelan zaman.
Rangkap pantun di atas menggambarkan pantun sebagai satu lambang keistimewaan mayarakat Melayu. Pantun merupakan seni bangsa yang telah diperturunkan daripada generasi terdahulu kepada generasi pasca kemerdekaan ini. Pantun yang kaya dengan seni kata yang halus dan irama yang indah turut melambangkan kehebatan dan kepakaran masyarakat Melayu dalam bidang berbahasa. Marcapada, puisi tradisional kini turut dipertahan dan diberi penekanan oleh golongan pencinta ilmu agar tidak terhakis dibawa arus perubahan zaman yang rakus menelan budaya Melayu dari bangsanya. Justeru, komponen sastera yang diperkenalkan dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan usaha bijak pandai kita agar pendedahan sedari usia rebung pasti mampu memupuk kecintaan pelajar atau generasi muda terhadap kemahiran berbahasa terutamanya kemahiran berpantun. Bukan itu saja, malah harapan kita agar generasi sekarang juga diharapkan mampu mencipta hasilan pantun seperti generasi nenek moyang kita sebelumnya. Seterusnya, diharapkan kesenian berbahasa ini akan menjadi budaya masyarakat bangsa dalam setiap aktiviti harian sama ada ketika berkomunikasi secara umum ataupun formal. Jelasnya, kenenian berbahasa menggunakan pantun sebagai wahana komunikasi antara masyarakat mempunyai pelbagai keistimewaan dan peranannya.
Mari kita bersama-sama memfokuskan lensa perbincangan ke arah horizon minda pelajar kelas pertama dengan membicara kata kunci pertama iaitu fungsi pantun sebagai wahana penyampaian rasa penghargaan dan terima kasih kepada seseorang. Masyarakat Melayu yang sememangnya terkenal dengan sikap suka menghargai dan berterima kasih atas sumbangan dan jasa orang lain. Antara hasilan pantun generasi terdahulu yang masih diaplikasi masayarakat sehingga kini terpapar melalui pantun seperti di bawah,
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Justeru, penggunaan pantun sebagai alat untuk menyampaikan rasa penghargaan dan ucapan terima kasih seperti tergambar dalam pantun di atas memaparkan kehalusan budi bangsa Melayu sesuai dengan pepatah Melayu iaitu harimau mati meninggalkan belang, manusia matiu meninggalkan nama. Ucapan terima kasih melalui penggunaan pantun yang selalunya digunakan dalam ucapan semasa acara rasmi, atau dalam perbualan seorang rakan dengan rakan memang meninggalkan impak yang besar kepada pendengarnya. Ucapan dengan penggunaan pantun ini boleh berlaku apabila seseorang itu menghulurkan bantuan sama ada kewangan, tenaga atau usaha membantu orang lain dalam meringankan bebanan kerja, memberikan idea dalam menyelesaiakan masalah, memberikan nasihat dan sebagainya. Secara langsung, penggunaan pantun dalam menyampaikan penghargaan terima kasih ini dapat melahir dan menyemaikan bibit-bibit kasih sayang antara pengguna atau penutur bahasa. Tuntasnya, pantun menjadi wadah dan wahana dalam menyampaikan rasa penghargaan dan terima masih seseorang dalam kehidupan bermasyarakat.
Seterusnya, mari kita selusuri fokus lensa perbincangan menggunakan minda pelajar kelas pertama mengenai peranan pantun dan keistimewaannya dengan kata kunci kedua iaitu pantun juga boleh diguna pakai sebagai medan media berkomunikasi dalam menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Sebagai contoh, kita sering melihat iklan yang dipaparkan di kaca televisyen menggunakan pantun sebagai medium komunikasi mereka. Usaha murni media massa menggunakan pantun sebagai alat menyampaikan pesanan atau nasihat amat dipuji kerana dengan aplikasi pantun berkenaan dalam media akan membangkitkan rasa kecintaan masyarakat terhadap fungsi pantun dalam kehidupan dan secara langsung mereka tidak akan lupa akan peranan pantun dalam kehidupan seharian serta tidak melupakan identiti bangsa mereka. Di samping itu, media komunikasi tidak kira media cetak ataupun media elektronik boleh menggalakkan masyarakat mengaplikasi pantun dalam kehidupan mereka sama ada semasa berinteraksi atau berhubung melalui komunikasi berbahasa ataupun melalui tulisan. Antara contoh, media massa seperti radio dan televisyen menyiarkan rancangan berbalas pantun sama ada secara tertutup mahupun secara siaran langsung dalam rancangan mereka. Langkah ini juga patut dipuji kerana golongan yang meminati siaran eletronik ini antaranya golongan remaja dan mereka inilah bakal pemimpin dan merupakan aset negara. Bahkan juga, penggunaan pantun dalam kehidupan boleh menjadi bahan untuk hiburan dan jenaka kerana pantun sering mendapat perhatian dalam kalangan penghibur negara terutama dalam rancangan realiti televisyen sekarang seperti Super Spontan, Maharaja Lawak, Karott Komedia X, dan sebagainya mencuri tumpuan peminat dalam kalangan masyarakat. Tamsilnya, pabila masyarakat menonton rancangan seperti ini mereka akan dapat melupakan sementara rasa sedih dan stress mereka setelah bergulamang dengan kerjaya pada sebelah siangnya. Sebagai nasihat, dalam berhibur ciri-ciri pantun sebagai puisi lama tidak perlu diabaikan kerana di situlah erti keindahan dan keunikan berbahasa yang ditinggalkan oleh generasi dahulu kepada kita. Tegasnya, masayarakat tidak perlu memandang rendah peranan pantun dalam kehidupan mereka kerana pantun berperanan sebagai penyampai maklumat dan juga sumber hiburan yang mengasyikkan.
Darsawarsa, segelintir masyarakat kita, terutama masyarakat Melayu alpa kerana meminggir dan tidak menghargai tradisi pantun sebagai satu medium atau wahana untuk menyindir dan menempelak sesorang tanpa menyinggung perasaan pendengar. Kita sedia maklum, masyarakat Melayu terkenal dengan sifat berbudi bahasa dan sentiasa menjaga akhlak semasa berkomunikasi. Hal ini kerana setiap individu tidal lari daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau sebaliknya sehingga menggores perasaan orang di sekeliling mereka. Justeru, pabila kita berbalik kepada generasi nenek moyang kita dahulu, mereka cenderung menggunakan pantun dalam menyindir atau menempelak sesorang. Dengan cara sedemikian, pendengar atau orang yang dilawan bercakap tidak akan berasa pedihnya sindiran berkenaan berbanding jika disampaikan dengan cara terus terang. Contohnya boleh kita lihat melalui pantun berikut, "Berakit ke hulu dengan bergalah, buluh pecah terbelah dua, orang tua jangan dilangkah, kelak biadap dituduhnya pula." Pantun berkenaan jelas menunjukkan contoh cara golongan tua menyindir golongan muda yang sering menempelak golongan tua sama ada semasa bercakap atau semasa memberi nasihat kerana orang tua lebih banyak makan garam. Berbanding sekiranya dalam menempelak atau menyindir seperti berkata, " Diam, jangan melawan cakap orang tua", menunjukkan seseorang terus menghalang orang lain bersikap biadap dengan orang tua. Sekiranya berlaku situasi sedemikian, sudah pasti golongan muda yang mendengar kata-kata seperti itu akan tersinggung dan akibatnya hubungan mereka akan menjadi renggang.Situasi ini sering berlaku dalam alaf milenium ini kerana golongan remaja sekarang lebih suka berterus terang semasa berbual dengan rakan-rakan sebaya, dan sudah pasti ada kalanya sikap ini akan mengundang padah seperti berlakunya pertengkaran dan perkelahian. Tegasnya, masyarakat terutama golongan remaja boleh menggunakan pantun apabila cuba untuk menempelak atau menyindir rakan sebaya kerana penggunaan pantun akan melembutkan maksud teguran berbanding jika teguran itu dizahirkan secara berterus terang.
Mari kita lebarkan fokus lensa perbincangan kepada kata kunci peranan pantun dalam adat istiadat orang Melayu . Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan sikap mengutamakan adat dalam upacara seperti merisik, pertunangan dan perkahwinan. Dalam majlis seperti rombongan merisik kebiasaannya ahli keluarga akan memilih golongan tua daripada keluarga mereka menjadi orang utama dalam majlis seperti disebutkan di atas. Kebiasaannya, orang paling utama dalam acara seperti tersebut dipilih dalam kalangan ahli keluarga yang petah berkata-kata dan kaya dengan kesenian berpantun. Selalunya, pantun akan digunakan sebagai mukadimah atau pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran sebelum aktiviti selanjutnya dijalankan semasa upacara merisik, pertunangan dan perkahwinan. Dalam berpantun kebiasaannya ketua rombongan akan cuba untuk menyampaikan hasrat rombongan keluarga mereka dan selalunya ke rumah gadis yang menjadi pilihan ahli keluarga lelaki. Selalunya, pantun yang dikemukan akan dibalas oleh keluarga gadis. Sebagai contoh pantun berkenaan seperti di bawah:-
Tok Sami ke teluk Lipat,
Kain batik dibawa Salma,
Datang kami membawa hajat,
Kalau sudi minta diterima.
Dari Pauh singgah Permatang,
Singgah merapat papan kemudi,
Dari jauh saya datang,
Kerana tuan yang baik budi.
Pantun seperti di atas, biasanya dipertuturkan semasa adat merisik, pertunangan atau perkahwinan yang mengambar orang Melayu sentiasa berkomunikasi secara bersopan dalam acara tertentu. Tegasnya, budaya masyarakat Melayu begitu unik dan kaya dengan kesenian bahasa antara kemahiran berpantun dalam upacara adat.
Selain itu, pantun juga sering digunakan sebagai usaha untuk memberi tunjuk ajar atau nasihat kepada seseorang. Nasihat dan tunjuk ajar ini kebiasaannya diajukan kepada setiap lapisan masyarakat tidak kira usia muda atau tua. Pada zaman dahulu, orang tua-tua sering mengutamakan pantun sebagai usaha untuk memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada anak-anak atau golongan remaja kerana dengan cara tersebut teguran dan nasihat yang hendak disampaikan secara lebih bersopan. bahkan juga, dengan penggunaan pantun teguran dan tunjuk ajar dapat disampaikan tanpa menggores perasaan golongan yang menjadi sasarannya. Contoh pantun nasihat seperti di bawah:-
Pergi ke pantai berkereta coklat,
berdayung sampan hingga ke malam,
Firman Tuhan tutuplah aurat,
Menjadi kewajipan wanita Islam.
Berdasarkan pantun di atas, pemantun cuba menasihatkan golongan hawa agar sentiasa menutup aurat mereka kerana perkara tersebut sudah menjadi kewajipan kaum wanita di sisi Tuhan. Jelasnya, melalui pantun seperti diatas nasihat yang disampaikan secara lembut dan tidak berbentuk keras dalam bentuk paksaan walaupun perkara berkenaan adalah wajib dilaksanakan kaum perempuan. Berbanding dengan situasi remaja sekarang lebih suka membuat teguran secara terus terang sehingga menyebabkan timbul perasaan tidak senang dalam kalangan mereka. Adakalanya, cara teguran disampaikan menyebabkan hubungan antara mereka akan renggang malah ada juga yang mencetuskan perkelahian kerana ada yang berpendapat soal menutup aurat adalah soal peribadi. Tegasnya, pantun amat signifikan untuk memberikan nasihat dan teguran kerana cara ini lebih lembut dan bersopan.
Akhirulkalam, sudah terang lagi bersuluh bahawa pantun sememangnya banyak kelabihan dan keistimewaannya tersendiri. Antara, pantun berfungsi sebagai hiburan, berguna dalam adat istiadat, sebagai nasihat, menempelak dan sebagainya. Sebagai penerus generasi terdahulu, kita bukan sahaja perlu menghargai keunikan dan kesenian pantun Melayu, malah lebih jauh lagi kita perlu mempertahan dan seterusnya membudaya tradisi penggunaan pantun dalam kehidupan seharian agar tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas dibawa arus zaman yang serba ligat dengan kemodenan zaman milineum ini. Justeru, kita sebagai perwaris bangsa perlu bekerjasama ibarat aur dengan tebing, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat dalam usaha untuk terus memartabat dan memperkasakan pantun sebagai satu wahana dan mideum komunikasi sopan antara masyarakat Melayu yang terkenal dengan budi bahasanya. Oleh sebab itu, ternyatalah keistimewaan pantun dan peranannya dalam masyarakat tidak dapat dipertikaikan.
Soalan Berfokus Diri:-
Anak jiran anda menghidapi masalah penyakit yang kronik. Tuliskan pendapat anda cara untuk membantu anak jiran anda berkenaan agar bebanan keluarganya dapat diringankan. Saya mohon para pelajar melihat hasilan karangan pelajar di bawah dan buat rumusan ringkas mengenai karangan berkenaan dan saya harap semasa di dalam kelas untuk berbincang berkenaan keistimewaan dan kelemahan karangan berkenaan aharp maklum.
1. Idea relevan atau tidak dengan tugasan.
2. Pengolahan idea menarik atau tidak, mengaplikasi kaedah deduktif atau tidak.
3. Gaya bahasa menarik atau tidak. ( Ejaan, frasa, ayat)
4. Ejaan dan tanda baca ( Terdapat kesalahan ejaan atau tanda baca)
5. Pemerengganan. ( Cukup 7 perrenggan atau tidak/ Kepanjangan seimbang atau tidak )
Ulasan keseluruhan ( Cemerlang atas, Cemerlang, Cemerlang bawah, Kepujian )
.........................................................................................................................................................
Anda juga boleh memberikan markah untuk karangan umum di atas.
Saya akan cuba memasukkan lagi karangan menarik Percubaan SPM SMKASAS 2013. Tetapi dua karangan yang saya lampirkan di atas merupakan karangan menarik pelajar tingkatan empat yang boleh dijadikan contoh kerana kualiti karangan berkenaan, kecuali karangan di atas. Karangan di atas perlu diberi ulasan dan markah. Setelah cuti nanti, pelajar diminta menyatakan ulasan dan tahap pencapaian karangan pelajar di atas semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Contoh Karangan Berpandu Nukilan Nur Aishah Humaira bt. Moideen Tingkatan 5 Ibnu Khaldun
Karangan Umum Fokus Keluarga / Ibu Bapa
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk membentuk budaya membaca dalam kalangan anggota keluarga mereka.
Bincangkan pernyataan di atas.
Karangan ini nukilan Nur Aisah Humaira bt. Moideen Ting. 5 Ibnu Khaldun
Karangan Umum Berfokus Diri Hasilan Nur Sayidah bt. Malek Tingkatan 5 Ibnu Khaldun
Anda bercita-cita menjadi seorang usahawan menjelang tahun 2020. Jelaskan persediaan-persediaan yang dilakukan untuk mencapai cita-cita tersebut.
Karangan berfokus masyarakat.
Kaum wanita di negara ini wajar diberikan peluang yang sama rata dengan kaum lelaki untuk menceburi diri dalam pelbagai bidang.
Berikan komen anda tentang pernyataan di atas.
“Mampukah wanita menggalas tugas kaum lelaki?” “ Kaum wanita hanya sesuai di dapur, mengemas rumah dan menjaga anak” “ Bolehkah wanita menjadi seorang pemimpin?” Persoalan sebegini kerap diperbual dan kerap menjadi perbincangan dalam kalangan masyarakat terutama dalam kalangan kaum adam yang sering memandang rendah akan kemampuan kaum hawa. Namun, tohmahan dan pandangan kaum adam akan terhakis apabila nama-nama tokoh wanita sudah membarisi nama-nama hebat dengan kejayaan mereka dalam pelbagai bidang dan sekaligus membuktikan mereka mampu menyamai dan ada yang mengatasi kaum lelaki. Hal ini terbukti terbukti sejak dari dahulu lagi. Mana tidaknya, semenjak zaman Rasulullah sendiri nama wanita seperti Saiditina Aisyah, Ummi Salamah, Fatimah dan Zainab Al Ghazali memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan Islam. Begitu wanita di Malaysia yang Berjaya dalam bidang mereka seperti Dr. Zeti Akhtar Aziz wanita pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia, Aireen Omar wanita pertama yang mengepalai syarikat Penerbangan Air-Asia, Datuk Dr. Maznah Hamid bekerjaya dan memiliki syarikat sekuriti dan hartanah, Kadijah Abdullah Ketua Eksekutif Insuran Malaysia dan pelbagai lagi nama wanita berjaya di Malaysia, sudah pasti menutup pandangan serong golongan adam akan kebolehan kaum hawa. Benarlah kata pepatah, tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia. Tegasnya, wanita wajar diberi peluang yang sama rata dengan kaum lelaki untuk menceburi pelbagai bidang asalkan peranan mereka tidak bertentangan dengan agama.
Mari kita lebarkan lensa skop perbincangan berdasarkan minda pelajar kelas pertama dengan kata kunci golongan wanita mampu menerajui bidang kewangan negara. Nama yang tidak asing dalam bidang kewangan berkenaan ialah Dr. Zeti Akhtar Aziz iaitu anak kepada pasangan Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dan Sharifah Azah Alsagof merupakan Tokoh Budayawan Negara. Dr. Zeti Akhtar Aziz merupakan wanita Malaysia pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia setelah menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam Jurusan Kewangan dan Ekonomi Antarabangsa Universiti Pennyslvania pada tahun 1978. Atas sumbangan dan kejayaannya dalam mentadbir kewangan negara, beliau telah terpilih sebagai Ahli Perbankan Pusat Terbaik di dunia oleh Majalah Global Finance. Beliau menerima anugerah berprestij tersebut bersama-sama tokoh kewangan dunia seperti Gabenor Bank Australia, Gabenor Bank Israel, dan tokoh kewangan dari Filipina dan Taiwan. Selain Dr. Zeti Akhtar, nama wanita berjaya dalam bidang ekonomi seperti nama yang disebut di bahagian pengenalan iaitu Aireen Omar, Datuk Maznah, begitu juga Pengurus Syarikat Faiza Sdn. Bhd. iaitu Faiza Bawurni Sayed Ahmad terkenan dengan pengedar beras basmathi. Justeru, terbukti bahawa golongan wanita mampu untuk mentadbir kewangan dan ekonomi negara, malah jauh mengatasi kebolehan golongan lelaki apabila Dr. Zeti Akhtar telah diiktiraf sebagai antara Ketua Bank Negara yang terbaik di dunia.
Seterusnya, mari kita selongkar kehebatan kaum hawa dalam bidang sukan agar sikap dan prasangka kebolehan wanita tidak dipertikai sebagai kaum yang lemah malah boleh berjaya seperti peserta sukan lelaki. Kaum wanita juga mampu untuk berjaya seperti kaum lelaki dalam acara sukan sekiranya diberi ruang dan peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka. Kejayaan mereka bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah ada yang berjaya di peringkat global apabila mampu menunduk pencabar dunia. Justeru, nama-nama seperti peserta sukan wanita berjaya dalam karear mereka di peringkat antarabangsa seperti Dato' Nicol Ann David dan Pandela Rinong berjaya dalam acara sukan yang mereka tandingi di peringkat dunia iaitu dalam acara skuasy dan acara terjun. Dalam acara skuasy, Ratu Skuasy Negara sering memberi kejutan demi kejutan apabila berjaya meneruskan gelaran sebagai pemain skuasy pertama dunia apabila muncul sebagai johan dalam pelbagai kejohanan skuasy di peringkat dunia. Kejayaan Pandela Rionong mendapat pingat gangsa dalam acara terjunan di Sukan Olimpik London pada tahun 2013 amat membanggakan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, beliau merupakan peserta sukan pertama negara yang berjaya mencapai kejayaan gemilang seperti itu di peringkat Sukan Olimpik. Tegasnya, kaum hawa juga mampu menggegarkan dunia apabila diberi ruang untuk menyertainya.
Jika kita sorot lensa perbincangan kepada penglibatan golongan wanita dalam aktiviti ekstrim atas dasar untuk menyenaraikan nama wanita Malaysia sebaris dengan kejayaan wanita negara luar. Sebagai warganegara Malaysia, kita amat berbangga dengan semangat patriotik golongan hawa yang sanggup menggadai nyawa untuk memartabatkan nama negara kita sebaris dengan negara maju yang lain agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara yang lain. Nama kaum hawa yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, pensyarah Psikologi Sukan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau telah mengambil risiko untuk menjelajah kawasan paling sejuk di dunia iaitu untuk menjelajahi Kutub Utara walaupun beliau sedar kemungkinan nyawa beliau boleh melayang dalam menjayakan usaha menjelajahi kutub berkenaan secara solo. Oleh sebab semangatnya yang membara untuk berjaya menakluk Kutub Utara akahirnya usahanya berjaya melaksanakan ekspedisinya pada 17 April 2007, sekali gus menjadikannya sebagai wanita Asia pertama berjaya menjelajah kedua-dua Kutub Utara dan Kutub Selatan. Semangat dan keazaman penuh membara yang ditunjukkan oleh mereka ini seharusnya dijadikan iltizam buat generasi masa hadapan untuk terus mengorak langkah merintis kecemerlangan. Tegasnya, kaum wanita juga mampu untuk berjaya sekiranya mempunyai semangat patriotisme, di samping kecekalan hati dalam menghadapi cabaran mengharungi kawasan paling sejuk dan paling mencabar di dunia.
Seterusnya, mari kita terus menyelongkar kehebatan wanita Malaysia menggunakan minda pelajar kelas pertama dengan memperkatakan kehebatan kaum hawa dengan kata kunci mereka juga boleh berjaya dalam bidang politik terutama membantu barisan kabinet menerajui kepimpinan negara. Kini terdapat ramai wanita yang menyandang jawatan menteri, senator, ahli parlimen, ahli EXCO, ADUN dan sebagainya. Kita berbangga dengan ahli-ahli politik wanita seperti Datuk Seri Rafidah Aziz, mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang berusaha gigih menjaga hak dan kepentingan wanita. Berdasarkan senarai anggota kabinet Malaysia 2013, Datuk Rohani Abdul Karim merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengganti Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Tidak lupa juga jasa mantan Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani yang telah banyak berjasa kepada negara dan pertama di Malaysia yang dilantik ke jawatan senator pada tahun 1963 dan merupakan wakil wanita pertama dari Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1973, beliau dilantik menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat dan memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1984. Oleh sebab itu, jasa mereka terhadap masyarakat amat dikagumi terutama dalam menentukan kebajikan golongan wanita agar sentiasa terbela terutama golongan ibu tunggal. Tuntasnya, kaum wanita juga memainkan peranan membantu barisan kabinet negara menerajui kepimpinan negara Malaysia.
Setelah kita membincangkan jasa pemimpin wanita membela kaum wanita dan membantu barisan kabinet mentadbir negara dalam bidang politik, mari kita menelesuri pula peranan wanita dalam dalam membantu kebajikan masyarakat peringkat antarabangsa. Bukan senang untuk mencari seorang budiman seperti Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood yang sanggup meninggalkan kesenangan dan kemewahan demi untuk membantu orang lain. Beliau merupakan pengerusi dan pengasas MERCY Malaysia ataupun 'Malaysian Medical Relief Society' iaitu pertubuhan bantuan perubatan sukarela yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1999 berikutan perang di Kosovo. Beliau sendiri selalu mengetuai misi membantu penduduk di negara-negara yang menghadapi bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan juga di wilayah yang bergolak akibat perang. Baginya apa yang dilakukannya itu adalah lebih berharga daripada apa yang boleh dibeli oleh wang ringgit. Dr. Jemilah merupakan salah seorang daripada 16 yang lain dipilih oleh Setiausah Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), General Ban Ki-moon sebagai kumpulan penasihat Pusat Tindakan Tabung Kecemasan PBB (CERF). Begitulah jasa seorang wanita dan atas jasanya tersebut pelbagai penghargaan telah diterimanya seperti anugerah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Yang Teramat Mulia Sultan Azlan Shah pada tahun 2002 dan Panglima Jasa Negara (PJN) oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2003.Pada 6 Jun 2009, beliau dianugerahkan Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Tan Sri.
Beliau juga telah menerima Anugerah Keamanan Wanita yang Pertama di Asia Timur (Kategori Perkhidmatan Kemanusiaan) di Manila. Anugerah yang berprestij itu juga pernah dianugerahkan kepada Presiden Filipina Corazon Aquino dan Aung San Suu Kyi dari Manila. Justeru, insan bergelar kaum hawa memang hebat kerana jasa mereka sentiasa disanjung tinggi dunia atas jasa mereka tidak pernah kenal sempadan.
Akhir kalam, jasa dan peranan wanita memang telah diiktiraf semenjak zaman Rasulullah lagi dan seterusnya nama-nama wanita Malasyia juga tidak kurang hebatnya. Mereka sentiasa mewarnai senario di tanah tumpah darah mereka dalam pelbagai bidang , sama ada di bidang politik, sukan, ekonomi, berusaha memartabatkan nama negara di mata dunia, membantu kepimpinan negara dan membantu masyarakat tanpa mengenal sempadan dunia. Sebagai warganegara Malaysia kita harus berbangga dengan sumbangan kaum hawa ini kerana keberadaan mereka membantu kaum adam untuk memantapkan segala kekurangan yang ada pada mereka. Oleh sebab itu, kaum wanita memang perlu diberi ruang untuk menceburi pelbagai bidang kerana kepakaran mereka bukan racun yang mampu membunuh kaum adam malah boleh diibaratkan ubat yang mampu menyembuhkan penyakit kaum adam. Allah berfirman bahawa kaum adam dijadikan untuk berpasangan dengan kaum hawa. Justeru, prasangka buruk dalam kalangan kaum adam terhadap kaum hawa perlu dihapuskan agar sikap bekerjasama akan wujud demi membina sebuah negara merdeka dan perkasa dalam pelbagai bidang agar mampu untuk menyinar di mata dunia.
Cuba anda lihat per pentingnya maklumat dalam membina karangan jenis fakta berfokus masyarakat di atas. Oleh sebab itu, pelajar tidak memilih karangan berkenaan kerana kekurangan maklumat. Karangan di atas wajib salin kerana saya bersusah payah mencari maklumat dan mengolahnya.
Karangan Tambahan.
Masyarakat pada zaman alaf milenium ini amat mudah untuk mendapat maklumat melalui internet. Berdasarkan pernyataan berkenaan huraikan kebaikan internet dalam kalangan masyarakat kini.

Saban hari penggunaan internet semakin digemari oleh setiap lapisan masyarakat di negara kita. Tahukan anda bahawa penggunaan internet di negara kita ibarat cendawan tumbuh selepas hujan kerana pertambahan penggunaannya amat ketara sama ada di kawasan bandar mahu pun di kawasan luar bandar. Penggunaan internet juga bertambah dalam kalangan rakyat di negara kita disebabkan wujudnya rangkaian jaringan sosial seperti Facebook, Friendster, My Space dan Tagged dalam internet yang semakin meluas. Bahkan, negara kita tersenarai dalam sepuluh negara yang paling banyak menggunakan jaringan sosial iaitu Facebook. Sedar atau tidak, penggunaan internet juga telah sampai di segenap desa apatah lagi selepas wujudnya teknologi ‘3G’ dan "4G". Apa yang pasti, kajian telah menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh buah rumah di negara kita menggunakan kemudahan internet untuk pelbagai tujuan. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelbagai manfaat dapat diperoleh daripada kemudahan penggunaan internet dalam kalangan masyarakat sekaligus mengubah ajakan paradigma masyarakat dalam era teknologi maklumat kini kerana maklumat berada di hujung jari.
Mari kita melebarkan lensa perbincangan dengan mengupas kebaikan penggunaan internet dalam kalangan masyarakat kini. Pertama kita gunakan minda pelajar kelas pertama dalam memperinci tajuk perbincangan pertama dengan kata kunci internet bermanfaat untuk mencari dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat. Hal ini kerana dalam era globalisasi ini segala maklumat sama ada formal atau tidak formal telah dimuat naik dalam rangkaian internet oleh pelbagai pihak dengan cepat sehingga mengalahkan media cetak seperti surat khabar. Dalam soal ini, pengguna hanya perlu menaip sahaja maklumat yang dikehendaki dalam carian enjin google atau yahoo dan segala maklumat yang diperlukan akan tertera di skrin komputer. Malah, setiap maklumat yang kita perlu dapat kita peroleh menggunakan pelbagai sumber yang boleh dipercayai keesahannya. Sebagai contoh, jika kita ingin mencari maklumat berkenaan berita terkini di akhbar, kita akan memperoleh banyak maklumat kerana hampir semua akhbar telah dibuka atas talian seperti Utusan Malaysia Online, Berita Harian Online, Malaysia Kini dan News Strait Times. Malahan, pelajar juga boleh mendapat maklumat mengenai berita terkini berlaku di dunia kerana dengan internet kerana dunia ibarat tanpa sempadan. Perkara ini secara tidak langsung memudahkan kita mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dan kita juga akan memperoleh berita terbaru kerana dalam media mungkin berita berkenaan masih belum disiarkan. Contohnya, kita akan mengetahui peristiwa seperti bencana tsunami yang pernah berlaku di Acheh dan Jepun, serangan Israel ke atas negara kecil iaitu di Palestin. Justeru, pada zaman milineum ini bergantung kepada seseorang pelajar untuk mencari maklumat dan sekiranya mereka malas berbuat demikian mereka boleh diibarat seperti katak di bawah tempurung. Oleh itu, kita dapat membuat kesimpulan bahawa mencari maklumat akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan kemudahan internet.
Seterusnya mari kita memperinci perbincangan selanjutnya dengan kata kunci penggunaan jalur lebar dapat menyelesaikan pelbagai urusan seharian seperti membayar bil dan urusan perbankan Kini, kehidupan masyarakat kita terutama mereka yang tinggal di bandar sangat sibuk dek tekanan tempat kerja dan kesesakan lalu lintas sebelum serta selepas pulang dari pejabat. Jadi, kesuntukan masa yang dialami ini amat menyusahkan apabila mereka hendak menguruskan hal-hal berkaitan rumah tangga dan pembayaran pelbagai bil. Oleh sebab itu, masyarakat di bandar sering mengalami tekanan kehidupan atau stress yang membelenggu kehidupan mereka seharian. Justeru, masyarakat milenium mereka perlu sedar akan kemudahan yang telah disediakan oleh pelbagai agensi sama ada agensi kerajaan mahupun swasta dalam meringankan bebanan dan masa. Bak kata pepatah, masa itu emas, sekiranya kita tidak memotongnya masa akan memotong kita. Oelh sebab itu satu cara untuk menyelesaikan masal pembayaran bil dalam kehidupan seharian adalah dengan penggunaan internet. Justeru, pembayaran bil dan urusan perbankan boleh dilakukan pada bila-bila masa sama ada sambil minum kopi dan berbual bersama-sama ahli keluarga di rumah, atau dipejabat. Perkara ini dapat dibuktikan apabila banyak bank seperti Maybank, CIMB Bank, Agro Bank dan RHB Bank menyediakan perniagaan secara ‘online’ di internet kepada para pelanggan untuk memindahkan wang ke dalam akaun lain dan menyimpan wang secara ‘online’, begitu juga dengan pembayaran bil kad kredit. Pembayaran bil elektrik, bil air dan bil telefon juga dapat dibayar dengan penggunaan internet di rumah melalui laman web kerajaan iaitu myeg.com. Pendek kata, kita dapat menguruskan pembayaran bil dan urusan perbankan di rumah melalui internet sekaligus menjimatkan masa kita.
Di samping itu, manfaat penggunaan internet di rumah dapat memudahkan kita berkomunikasi di antara jarak jauh dan dekat malah merentasi lautan seantero dunia. Hal ini kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di internet untuk tujuan komunikasi. Malah, syarikat gergasi telekomunikasi berlumba-lumba membuka laman web mereka untuk memudahkan pengguna berkomunikasi di internet. Berkomunikasi di internet bukan sahaja melibatkan suara orang yang dihubungi malah kita dapat bersua muka dan melihat wajah kenalan atau individu yang baru kita kenali dengan hanya duduk di kerusi dan mengadap komputer serta tangan bermain dengan tetikus melalui beberapa klik. Perkara ini amat memberi kebaikan kepada ahli keluarga yang jauh meninggalkan keluarga untuk bekerja dan belajar di luar negara seperti di Asia Barat dan Eropah. Oleh sebab itu dengan penggunaan internet hubungan ahli keluarga yang jauh dapat dipererat dengan menggunakan internet. Mereka hanya perlu mengakses aplikasi ‘yahoo mesengger’ untuk berkomunikasi bagi melihat wajah dan mendengar suara ahli keluarga yang jauh bagi melepaskan kerinduan. Tambahan pula, gajet telefon sekarang seperti ipad dan telefon pintar lain boleh diaplikasi sebagai akses kemudahan internet dan ini mempermudah komunikasi antara masyarakat berlaku dengan mudah. Tuntasnya, penggunaan internet amat bermanfaat dalam kalangan masyarakat untuk mereka berkomunikasi jarak jauh.
Negara kita sedang mengorak langkah untuk menjadi negara maju, justeru Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa meningkatkan mutu pendidikan negara dengan dengan memperkenal pelbagai kemudahan seperti Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang memudahkan ibu bapa melihat keputusan anak mereka diinternet sama ada untuk mengetahui keputusan ujian bulanan dan peperiksaan. Melalui capaian internet ini ibu bapa akan mudah mendapat keputusan peperiksaan anak secara cepat dan berkesan. Seterusnya, ibu bapa boleh membuat langkah susulan bertemu dengan para pendidik di sekolah untuk mengetahui keputusan anak mereka dengan lebuh lanjut. Selain itu program pengajaran dan pembelajaran secara maya sedang diaplikasi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan memudahkan guru dan pelajar untuk berinteraksi melaui capaian internet. Sistem berkenaan yang dikenali sebagai Frog Vle merupakan satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. Justeru, pembelajaran kini boleh berlaku di mana-mana sahaja dan sudah pasti pembelajaran secara berterusan akan memantapkan lagi prestasi pelajaran dan anak-anak akan lebih tertarik belajar secara interaktif. Malahan ibu bapa juga mampu mengetahui prestasi pembelajaran anak mereka sebagai sokongan Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang diguna pakai sekarang. Tegasnya, Kementerian Pelajaran Malaysia kini berusaha membuat Transformasi Pendidikan Negara ke araf pendidikan bertaraf dunia agar pendidikan negara kita boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan negara maju di dunia.
Akhirnya, sebagai pelajar berminda kelas pertama saya ingin menggunakan kata kunci bahan-bahan bloger di internet yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dalam mata pelajaran mampu memperkasakan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran terutama pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam. Hal ini terbukti apabila guru-guru yang bertanggungjawab, berdedikasi berusaha untuk membantu pelajar menguasai kemahiran pelajar dalam mata pelajaran berkenaan. Bukan itu sahaja, guru-guru berkenaan juga membuka ruang kepada pelajar untuk berinterksi di lamam web seperti bmspmet, mohdramsul.blogspot, mohdrazak.bogspot, dan sebagainya dengan aplikasi chatrool, face book, dan pelbagai aplikasi lain agar pelajar boleh sentiasa berhubung, sama ada untuk bertanya hal berkaitan kemahiran yang sukar pelajar kuasai. Malangnya, pelajar tidak mengambil kesempatan untuk menggunakan kemudahan yang ada untuk tujuan penguasaan terhadap kemahiran berkenaan. Tambahan pula, guru-guru pakar berkenaan tidak mengenakan bayaran kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam penguasaan kemhiran tatabahasa, komsas, dan penulisan karangan. Usaha tangga kejayaan, setiap usaha akan ada balasannya, begiutlah ungkapan pepatah Melayu yang membawa maksud sekiranya pelajar berusaha apa sahaja yang mereka usahakan, akhirnya mereka akan menerima hasilnya. Justeru, terbukti internet banyak memberikan kebaikan kepada peajar terutamapelajar yang bijak menggunakan aplikasi ini untuk tujuan meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran.

Kesimpulannya, penggunaan internet mendatangkan pelbagai manfaat berguna kepada masyarakat. Oleh itu, masyarakat di negara kita perlu memanfaatkan penggunaan internet kerana melalui penggunaan internet segala maklumat berada di hujung jari anda. Apa yang pasti, internet mampu memberikan seribu satu macam kemudahan kepada pengguna jika digunakan sebaiknya. Dalam era serba moden ini, penggunaan internet seakan tidak dapat dipisahkan lagi dengan kemajuan negara sekarang. Jadi, pihak kerajaan perlu mendidik masyarakat menggunakan internet bagi melahirkan generasi celik IT sekaligus setanding dengan masyarakat negara maju lain seperti Jepun demi mencapai wawasan 2020. Selain itu, ibu bapa juga tidak ketinggalan perlu mendidik anak-anak mempelajari internet di rumah kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Akhirul kalam, tidak dapat dinafikan bahawa kemudahan internet di rumah memberi pelbagai faedah kepada kita.
No comments:
Post a Comment